100% found this document useful (1 vote)
139 views22 pages

Penetapan Awal Hijrah, Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah

Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (1 vote)
139 views22 pages

Penetapan Awal Hijrah, Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah

Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 22

Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1433H / 2012M

Kata Kunci: Taqwim Islam, Imkanur Rukyah, Hilal Abstrak: Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau satu sistem susunan masa. Kertas kerja ini membincangkan secara umum mengenai peranan takwim dalam kehidupan manusia seharian. Ia juga menerangkan mengenai kaedah yang digunakan di Malaysia bagi menetapkan permulaan bulan-bulan hijri. Turut dibincangkan adalah mengenai hasil hitungan bagi tarikh awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1433H / 2012M serta isu tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha. Alamat Perhubungan : Dr. Azhari bin Mohamed Seksyen Geodesi Bahagian Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 50578 KUALA LUMPUR Tel. +603 2617 0970 Fax. +603 2691 2757 e-mail: [email protected] http://www.jupem.gov.my Maklumat Biografi: Dr. Azhari bin Mohamed mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kamil dan Sekolah Menengah Kamil di Pasir Puteh, Kelantan mulai 1968 hingga 1978. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat A Levels di Bournemouth and Poole College for Further Education, England antara tahun 1979 dan 1981, dan seterusnya lulus dengan B.Sc (Honours) Surveying and Mapping Sciences daripada University of East London, England dalam tahun 1984. Sekembalinya, beliau telah berkhidmat sebagai Juruukur Daerah selama 9 tahun dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Perlis. Dalam tahun 1993, beliau telah melanjutkan pelajaran semula ke University of Newcastle upon Tyne, UK dan memperolehi M.Phil (GPS Geodesy). Kemudian, dari tahun 2000 dan 2002, beliau telah mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia dan dianugerahkan dengan PhD (Geomatic Engineering). Kini minat beliau tertumpu kepada penyelidikan berikut: the dynamics of the Earth as observed by space geodetic techniques, physical geodesy, GPS time series for crustal deformation, sea level variation dan Islamic astronomy termasuklah eclipse tracking dan moon crescent observation. Beliau adalah pengarang dan pengarang bersama lebih 40 kertas-kertas kerja teknikal dan 3 buah buku mengenai pelbagai tajuk, khususnya dalam bidang geodesi dan falak syarie. Beliau telah bertugas di Seksyen Geodesi, JUPEM Kuala Lumpur sejak 1995, di Seksyen Ehwal Persempadanan sejak 2005 dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi) mulai 2007. Beliau menganggotai Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan, Jawatankuasa Penyelarasan Zon Waktu-Waktu Solat Kebangsaan, Jawatankuasa Teknikal Balai Cerap Negara, Jawatankuasa Pembangunan dan Aktiviti Balaicerap Al-Khawarizmi, Jawatankuasa Pembangunan Balaicerap Telok Kemang, National Working Group on Global Navigational Satellite System (GNSS), Working Group on CCS Pilot Project Melaka, AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia, Eclipse Tracking Team serta turut terlibat di dalam memberi ceramah dan latihan falak anjuran JUPEM, JAKIM, ILIM, Jabatan Mufti Negeri-negeri, PERKIM, INSTUN, UTP, UIA, USM, UTM, UM, UKM, UMS, UUM, UiTM, KISDAS, FELDA, LJT, RISM dan lain-lain agensi. Beliau juga adalah seorang Felo Royal Institute of Surveyors Malaysia, seorang Juruukur Tanah Berdaftar serta penyelia kepada seorang pelajar PhD dan pemeriksa luar kepada dua orang pelajar Sarjana.
________________________________________________________________________________________ .1. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

1.0

Pengenalan

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam Surah al-Faatihah Ayat 2
Ayat di dalam surah pembukaan Al-Quran ini menarik perhatian manusia kepada Allah dan segala apa jua penciptaanNya. Sebagai orang Islam, kita seharusnya merasa terpanggil untuk menerokai alam buana ini, sekurang-kurangnya untuk menimbulkan rasa keinsafan di atas kekerdilan kita dan sehebat-hebatnya untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu Surah adz-Dzaariyaat Ayat 20-22
Sebenarnya minat kepada alam semesta telah lama bermula sejak wujudnya manusia diatas muka bumi, hasil dari rasa kagum dan ingin tahu terhadap kejadian-kejadian yang berlaku di langit dan perubahan-perubahan dalam alam. Mutakhir ini menyaksikan minat yang tinggi didalam bidang falak. Perkembangan ini berhubung kait dengan sains teknologi dan penerokaan angkasa lepas. Sejajar dengan kedatangan Islam serta pengembangan wilayah takluknya, maklumat-maklumat berkaitan dengan perlakuan ibadat, aktiviti ekonomi dan sosial, lokasi geografi, perhubungan dan kemasyarakatan amat diperlukan. Ini lebih-lebih lagi dari segi penentuan hala kiblat, perhitungan waktu solat, penetapan tarikh bulan hijri serta penyediaan pandu arah perjalanan bagi tujuan dakwah, perdagangan, politik dan pentadbiran urusan manusia sehari-hari.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui Surah al-AnAam Ayat 97
2.0 Sistem Bumi-Bulan-Matahari

"Dan Dia lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masingmasing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. - Surah Al Anbiyaa' Ayat 33
Hubungan di antara Ilmu Falak dan penentuan awal bulan hijrah sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di Malaysia. Ianya amat penting dalam membentuk Takwim Hijriah dan seterusnya menentukan tarikh-tarikh penting di dalam Islam seperti Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Bulan mempunyai saiz yang paling kecil berbanding dengan jasad matahari dan bumi. Ia berbentuk bulat atau sepiar seperti bola dan jelas kelihatan pada waktu malam. Bulan beredar mengelilingi bumi pada orbitnya yang mengakibatkan terbentuknya bilangan bulan. Manakala bumi pula berputar di paksinya yang membentuk Gerakan Harian (Diurnal) sambil bergerak mengelilingi matahari dan terjadinya Gerakan tahunan (Annual).
________________________________________________________________________________________ .2. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Gerakan Harian (Diurnal) Gerakan Harian ialah putaran bumi pada paksinya dari barat ke timur. Ia mengambil masa selama 24 jam bagi satu putaran genap. Gerakan harian ini menyebabkan terjadinya fenomena siang dan malam. Bahagian bumi yang mengadap ke matahari akan mengalami siang manakala bahagian yang terlindung akan mengalami malam. Tempoh waktu siang dan malam pada sesuatu tempat adalah bergantung kepada garislintang (latitud) tempat tersebut. Bagi tempat-tempat yang berada di kawasan Katulistiwa (latitud 0), tempoh waktu siang dan malamnya hampir sama. Putaran bumi juga menyebabkan terjadinya matahari terbit dan terbenam.

Bulan

Bumi Matahari

Gerakan tahunan (Annual) Bumi beredar mengelilingi matahari di atas orbitnya dalam tempoh masa lebih kurang 365 hari iaitu satu tahun. Ini dikenali sebagai Gerakan Tahunan (Annnual). Bumi beredar mengelilingi matahari pada arah berlawanan jam dan orbitnya berbentuk eliptik (membujur). Oleh itu jarak antara bumi dan matahari berubah-ubah semasa peredarannya. Jarak paling dekat sekali (matahari-bumi) dikenali sebagai Perihelion dan jarak paling jauh sekali (matahari-bumi) dipanggil Aphelion. Kesan daripada kecondongan paksi bumi terhadap satah orbit bumi mengelilingi matahari iaitu sebanyak 66.5 menyebabkan lahirnya empat musim iaitu musim panas , gugur, sejuk, dan bunga. Bagi kawasan-kawasan yang berada di latitud yang tinggi iaitu samaada bahagian atas atau bawah dari kawasan katulistiwa. Sekiranya di hemisfera utara mengalami musim panas, maka di hemisfera selatan pula akan mengalami musim sejuk.

Peredaran Bulan

Dan Kami telah tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah sehingga (setelah dia sampai kemanzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya - Surah Yasin ayat: 39-40
Bulan adalah satu badan cakerawala berbentuk bulat atau sepiar, beredar mengelilingi bumi dari arah barat ke timur. Bulan mengambil masa selama 27.32 hari bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi bumi yang mana ianya dipanggil bulan sideris (sidereal). Manakala tempoh waktu yang diambil oleh
________________________________________________________________________________________ .3. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

bulan untuk melengkapkan pusingan dengan bumi beserta matahari (matahari, bulan dan bumi berkedudukan di atas longitud yang sama) ialah selama 29.53059 hari dan dipanggil bulan sinodis (synodic) atau dikenali juga sebagai satu bulan ijtimak. Tempoh satu bulan ijtimak tidak sentiasa sama (29.53059 hari) di sebabkan pengaruh tarikan planet-planet di sekeliling. Fasa-Fasa Bulan

"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: 'Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji ." - Surah Al Baqarah Ayat 189

Bumi

Matahari

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingannya di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan. Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi: Fasa Fasa Fasa Fasa Pertama kedua Ketiga Keempat : : : : Ijtimak (bulan gelap) dan hilal Bulan pada suku pertama Bulan pada suku kedua (bulan purnama) Bulan pada suku ketiga

Ijtimak (conjunction) Ijtimak dikatakan berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada didalam longitud yang sama, iaitu ketiga-tiga jasad tersebut berkesedudukan didalam satu garisan. Akibat daripada penyusunan ini, bulan akan membelakangi matahari. Bayang bulan akan terhasil dan sekiranya ia jatuh keatas permukaan bumi, maka terjadilah gerhana matahari.

Bulan Baru (astronomical new moon)

Bulan baru terhasil ketika ijtimak berlaku. Bagi kaum Cina, ia menandakan permulaan atau hari pertama dalam bulan baru. Bulan baru mustahil untuk dilihat dari bumi kerana kedudukannya itu tidak memungkinkan ia untuk ________________________________________________________________________________________ .4.
NRE Excecutive Discourse 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M

Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

mamantunkan cahaya matahari. Oleh kerana itu, bulan baru tidak boleh dilihat, kecuali ketika gerhana matahari. Hilal, Anak Bulan atau Bulan Sabit (moon crescent) Selepas sahaja ijtimak berlaku, maka bulan akan terus beredar mengelilingi bumi. Dalam masa yang sama, bumi pula berputar pada paksinya. Oleh kerana putaran bumi adalah lebih laju daripada peredaran bulan, maka bulan akan segera terbenam diufuk barat pencerap. Hilal atau anak bulan atau bulan sabit hanya akan terbentuk dan wujud selepas bulan itu keluar daripada garisan ijtimaknya dan berada di kedudukan yang membenarkan ia memantunkan cahaya matahari kepada pencerap di bumi. Justeru, bagi pencerap dibumi, hilal adalah kenampakan pertama lengkuk cahaya tersebut. Bagi umat Islam, apabila hilal telah kelihatan, ia menandakan permulaan atau hari pertama dalam bulan baru.

Jarak Lengkung Bulan Matahari Jarak lengkung merupakan salah satu daripada nilai yang penting bagi Kriteria Imkanurukyah. Ia adalah jarak sudut yang dihitung dari titik tengah bulan hingga ke titik pertemuan antara ufuk dengan piring matahari ketika maghrib.

Tinggi Hilal Ketinggian hilal yang juga disebut sebagai altitud adalah jarak sudut yang diukur dari ufuk hingga ke titik tengah hilal.

Umur Hilal Tempoh masa diantara waktu ijtimak dengan waktu hilal terbenam dinamakan umur hilal. Lagi lama tempoh ini, maka lagi tinggi peluang untuk melihat hilal. Ini adalah kerana bulan telah jauh meninggalkan garisan ijtimak tersebut. Geometri kedudukannya adalah semakin besar secara relatif kepada matahari dan bumi. Bentuk dan ketebalan cahaya hilal bergantung keatas geometri ini.

3.0

Takwim

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui" Surah Yunus Ayat 5-6
Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau satu sistem susunan masa. Taqwim membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi hari. Takwim memainkan peranan yang amat penting didalam kehidupan manusia sejak berzaman lagi.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran Surah Al-Asyr ayat 1 - 3
________________________________________________________________________________________ .5. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Ia boleh diibaratkan sebagai satu time planning mechanism yang bersifat a self correcting system dan berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan keagamaan bagi membantu manusia mentadbir kehidupan mereka seharian, termasuklah amalan-amalan ketamadunan dan keagamaan. Justeru, manusia menggunakan Takwim bagi merancang, mengurus, mengatur, mentadbir dan melaksanakan aktiviti-aktiviti hariannya, termasuklah perlakuan ibadat keagamaan, perayaan, kebudayaan, pertanian dan sebagainya.

3.1

Takwim Islam dan Kalendar Miladiah

Hubungan di antara penentuan awal bulan hijriah dengan ilmu falak syarie sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Ianya amat penting dalam membentuk Takwim dan seterusnya untuk menentukan tarikh-tarikh penting seperti awal Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Takwim Islam iaitu Takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji Surah Al-Baqarah: 189
Menurut ilmu astronomi, perkiraan bulan baru dikatakan bermula ketika berlakunya waktu ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal bulan baru Hijriah dikira bermula selepas peristiwa ijtimak dengan terlihatnya hilal di ufuk barat selepas matahari terbenam.

"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah kami terangkan dengan jelas." Surah Al Israk Ayat 12
Apabila hendak membangunkan sesebuah Takwim, ianya boleh di asaskan sama ada kepada kedudukan bulan (seperti Takwim Hijriah) atau matahari (Kalendar Miladiah) atau kedua-duanya sekali (Kalendar Cina dan Hebrew). Jadual-jadual berikut menyenaraikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan diantara Taqwim Islam dan Kalendar Miladiah:

Taqwim Islam Ciri-Ciri Umum berasas kepada peredaran bulan mengelilingi bumi mula diperkenalkan pada tahun 638 Miladiah oleh Saidina Umar ibn Al-Khattab bersempena dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam bulan September 622M 1 Muharram 1H = 16 Julai 622M tahun baru disambut selepas 12 kali kenampakan hilal

Kalendar Miladiah Ciri-Ciri Umum berasaskan kepada peredaran bumi mengelilingi matahari berasal daripada Kalendar Julian (Julius Caesar) yang diperkenalkan sejak tahun 45BC hanya mula digunakan secara resmi sejak Mac 1582M setelah melalui pengubahsuaian oleh Pope Gregory XIII pada tahun 1545M tahun baru disambut selepas 1 peredaran bumi mengelilingi matahari

________________________________________________________________________________________ .6. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Surah At-Taubah Ayat 36 Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (sesuatu bulan kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran: kerana mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain pula, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang dihormati yang empat) yang telah diharamkan oleh Allah (berperang di dalamnya), dan menjadikan yang haram itu sebagai halal. . . . Surah at-Taubah Ayat 37

Taqwim Islam Bulan 1 tahun mempunyai 12 bulan (Muharram, Safar, Rawal, Rakhir, Jawal, Jakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zkaedah, dan Zhijjah) bulan Ramadan penghulu bulan tiada intercalation atau penambahan bilangan bulan awal bulan bermula keesokkan harinya dengan kebolehnampakan hilal pada waktu maghrib hari ke-29, sekiranya tidak ia akan bermula hari lusa

Kalendar Miladiah Bulan 1 tahun mempunyai 12 bulan (Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember) tiada intercalation atau penambahan bilangan bulan awal bulan baru bermula secara tetap, iaitu apabila bilangan hari dalam bulan lepas telah cukup

Sesungguhnya kami umat yang ummi tidak tahu menulis dan tidak tahu mengira, sebulan adalah seperti ini dan seperti ini; yakni sekali 29 (hari) dan sekali 30 (hari) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim barangsiapa diantara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu . Surah Al-Baqarah Ayat 185 Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puloh Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

________________________________________________________________________________________ .7. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Taqwim Islam Hari bermula hampir 6 jam lebih awal dari hari Miladiah bermula dari dan berakhir pada waktu matahari terbenam kitaran hari = 24 jam 1 minit Hari Jumaat penghulu hari malam kepunyaan hari siang esoknya (hari Khamis, malam Jumaat) mempunyai 354/355 (354.36 hari) didalam setahun bilangan hari dalam bulan tidak semestinya sama dari tahun ketahun 29/30 hari (29.53 hari); 1 tahun = 354/355 hari = 12 bulan (354.36 hari) hari kebesaran dirayakan dalam musim yang berlainan (1 pusingan=33 tahun M)

Kalendar Miladiah Hari bermula lewat dari hari Islam bermula dari dan berakhir pada waktu tengah malam kitaran hari = 24 jam Hari Ahad hari rehat malam kepunyaan hari siang (hari Khamis, malam Khamis) bilangan hari dalam bulan adalah tetap dari tahun ketahun penambahan 1 hari dalam bulan Februari pada tahun lompat mempunyai 365/366 (365.242 hari) didalam setahun 28/29/30/31 hari - diagih dari 365/366 hari (tahun matahari) tahun lompat setiap 4 tahun dan kurun lompat setiap 400 tahun hari-hari penting disambut didalam musim yang sama

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui" Surah Yunus Ayat 5
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dibawah pengawasan Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan berperanan menyediakan Taqwim Islam Malaysia (TIM) untuk kegunaan resmi rakyat di negara ini. JUPEM adalah agensi yang dipertanggungjawab menyediakan data-data teknikal dalam penyediaan Taqwim Islam Malaysia untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Setiap tahun operasi penyediaan Takwim Islam Malaysia oleh JUPEM akan melalui beberapa peringkat dimana setiap satunya akan disahkan oleh Jawatan Kuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pusat Islam Malaysia.

3.2

Kaitan Antara Takwim Islam dan Kalendar Miladiah

Didalam Al-Quran, terdapat satu surah yang memberi pertalian atau kaitan diantara tahun Islam/Hijriah dan tahun Miladiah. Surah yang dimaksudkan itu berbunyi:

Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi). Surah Al Kahfi ayat 25.
Dari ayat diatas, jelas diceritakan bahawa jumlah bilangan tahun pemudapemuda Ashhabul Kahfi tidur didalam gua ialah (300 + 9 ) tahun atau 309 tahun. Bagaimanapun, oleh kerana ketika itu, kalendar Miladiah masih belum digunakan secara meluas diseluruh dunia (lihat para 2.1), maka kita boleh rumuskan disini
________________________________________________________________________________________ .8. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

bahawa tentulah sistem tahun yang dimaksudkan didalam surah diatas adalah sistem tahun Islam (taqwim Hijriah hanya digunakan selepas 16 tahun penghijrahan Rasulullah SAW). Berdasarkan hadis Nabi dan juga ayat Al-Quran (rujuk para 2.1), bilangan 309 tahun ini boleh ditukarkan kepada bilangan hari dalam sistem tahun Islam melalui perkiraan berikut: Bilangan hari dalam tahun Islam = (Bilangan hari dalam bulan Islam) x (Bilangan bulan dalam tahun Islam) = ( 29.5 hari x 12 bulan ) = 354 hari Oleh itu, secara puratanya, jumlah bilangan hari dalam satu tahun Hijriah adalah sebanyak 354 hari. Dari jumlah ini, kita dapat menghitung jumlah bilangan hari pemuda-pemuda Ashhabul Kahfi berada didalam gua: Jumlah bilangan hari = 309 tahun x (Bilangan hari dalam tahun Hijriah) = 309 x 354 hari = 109,386 hari Bilangan 109,386 ini adalah merupakan jumlah hari dalam 309 tahun dalam sistem kalendar Islam atau Taqwim Hijriah. Persoalannya, mengapakah ayat 25 Surah Al Kahfi menyebut tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun . Mengapakah tidak disebut 309 tahun sahaja? Adakah 300 tahun itu berasaskan sistem kalendar yang lain? Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini, kita boleh cuba bahagikan jumlah bilangan 109,386 hari dengan 300 tahun untuk mengetahui berapakah bilangan hari dalam setahun berdasarkan sistem tersebut. Jumlah bilangan hari dalam setahun = (109,386 hari) (300 tahun) = 364.62 365 hari Angka 365 hari setahun ini sebenarnya merupakan jumlah hari yang diambil oleh bumi untuk mengelilingi matahari (angka sebenar adalah 365.242 hari). Angka inilah yang digunakan sebagai asas kepada pembentukan sistem kalendar matahari atau disebut kalendar Miladiah. Oleh itu, dapatlah disimpulkan disini bahawa berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis, secara puratanya bilangan hari dalam Taqwim Hijriah adalah 354 hari dan bilangan hari dalam Kalendar Miladiah adalah 365 hari, seterusnya memberikan perbezaan diantara kedua-duanya sebanyak 11 hari. Dan semua fakta-fakta saintifik ini telah pun dinyata dan diterangkan didalam Al-Quran melalui surah Al Kahfi lebih 1400 tahun dahulu!

Katakanlah: Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua); kepunyaanNya lah semua yang tersembunyi di langit dan di bumi .. Surah Al Kahfi ayat 26.
Wallahualam bissawab.

3.3

Jenis-jenis Takwim Islam

Walaupun pada asasnya Takwim Hijrah berdasarkan kepada peredaran bulan,


________________________________________________________________________________________ .9. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

tetapi secara praktikalnya ia terbahagi kepada beberapa jenis takwim, bergantung kepada tujuan pemakaian dan keadaan masa. Pelbagai peringkat takwim telah di bentuk dan digunapakai di Malaysia sehingga kini seperti: Takwim Istilahi Bilangan hari bagi bulan-bulan yang terdapat di dalam takwim ini disusun berselang-seli diantara 30 dan 29 hari untuk menjadikan 354 hari setahun. Takwim Ijtimak Hakiki Takwim yang berdasarkan kepada sistem ijtimak bumi-bulan-matahari, di mana penentuan awal bulan Hijriah dikira berpandukan selepas berlakunya ijtimak hakiki. Sekiranya ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam pada hari yang ke-29 bulan Hijriah, maka sejak terbenamnya matahari itulah dikira sebagai awal bulan Hijriah yang baru atau dengan lain perkataan, esoknya adalah 1 haribulan. Sebaliknya jika ijtimak berlaku selepas terbenamnya matahari pada hari tersebut, maka keesokan harinya dijadikan 30 haribulan. Takwim Ijtimak Wujudul Hilal Takwim jenis ini juga berdasarkan sistem ijtimak bumi-bulan-matahari. Bagaimanapun, penentuan awal bulannya bergantung kepada samada hilal itu wujud atau tidak di atas ufuk pada saat matahari terbenam pada hari ke-29 bulan Hijriah. Sekiranya hilal itu wujud, maka bermula dari waktu terbenam matahari itulah bulan baru atau 1 haribulan itu dikira. Begitulah sebaliknya dan takwim ini digunakan di Malaysia sebelum 1996 bagi penentuan awal 10 bulan selain Ramadan dan Syawal. Takwim Imkanur Rukyah Takwim Imkanur Rukyah pula terbentuk bila mana penentuan bagi setiap awal bulan Hijriah dibuat berdasarkan ketetapan kriteria Imkanur Rukyah yang tertentu. Takwim ini digunakan di Malaysia bagi kesemua bulan Hijriah sejak 1996 berdasarkan kriteria yang telah dipersetujui dalam tahun 1991.

4.0

Kaedah Penentuan Awal Bulan Hijrah

Di Malaysia, penentuan awal bulan hijrah melibatkan dua kaedah iaitu: i. ii. Penentuan secara falak (hisab) Penentuan secara rukyah (melihat)

Kedua-dua kaedah ini berhubungkait di antara satu sama lain di dalam urusan penentuan awal bulan hijriah di Malaysia. Setiap awal bulan ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlakunya ijtimak iaitu apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Bilangan hari pula dikira dari kedudukan ini sehingga bulan kembali ke kedudukan ijtimak seterusnya iaitu selama 29.53 hari. Menurut astronomi moden, perkiraan bulan baru adalah bermula ketika berlakunya waktu ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal bulan baru Hijrah bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam. Oleh itu, berlakulah perbezaan diantara tahun Hijrah dengan tahun Miladiah sebanyak 10 atau 11 hari.

________________________________________________________________________________________ .10. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Konsep paling asas sekali didalam penentuan awal bulan Hijriah di Malaysia adalah mengkaji sifat bulan pada penghujung petang hari yang ke-29 bulan Hijriah, dengan mengambilkira:

Awal bulan Hijrah dikira ketika hilal atau bulan sabit kelihatan

i.

Dua faktor konfigurasi bulan, iaitu: Ketinggian hilal, iaitu jarak sudut dari ufuk ke pusat bulan, dan Jarak lengkung, iaitu jarak sudut dari piring matahari ke pusat bulan.

HILAL

Ketinggian hilal
UFUK

Jarak lengkung

MATAHARI
ii. Satu faktor kematangan bulan, iaitu: Umur bulan, iaitu tempoh masa dari waktu ijtimak sehingga bulan terbenam.

Umur bulan

________________________________________________________________________________________ .11. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Jika sekiranya sifat bulan pada penghujung petang hari yang ke-29 mengikut hitungan membenarkan kebolehnampakan hilal, maka tarikh keesokkannya menjadi 1 haribulan. Jika keadaan berlaku sebaliknya, maka keesokkannya adalah 30 haribulan. Sifat bulan ini boleh ditentukan berdasarkan kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah.

4.1

Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah

Bulan Hijrah bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari 'terlihatnya' hilal. Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan. Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optik, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah ketetapan kriteria Imkanur Rukyah (kebolehnampakan hilal) yang mengambilkira faktor-faktor tersebut digunakan bagi menentukan permulaan bulan Hijriah. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat dari masa kesemasa. Kriteria Imkanur Rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan ketetapan: Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 ketika matahari terbenam. Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 8 ketika matahari terbenam.

Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklirasi Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif: Umur bulan tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersepakat untuk mengubahsuai Kaedah Imkanur Rukyah yang sedia ada. Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah adalah: Sebelum matahari terbenam, ijtimak telah berlaku 29 haribulan Hijriah dan melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi salah satu syarat-syarat berikut : Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 dan jarak lengkung 3 atau Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).

Kaedah Imkanur Rukyah ini pada mulanya diguna bagi penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja manakala bulan-bulan lain secara kaedah Wujudul Hilal. Pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Malaysia telah menetapkan penggunaan kaedah Imkanur Rukyah untuk semua bulan Hijriah dalam perlaksanaan Takwim Islam Malaysia. Secara ringkasnya, sejarah evolusi kriteria tersebut adalah seperti berikut:
________________________________________________________________________________________ .12. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

SIFAT BULAN Kriteria Imkanur Rukyah dan Tahun KIR78 KIR84 KIR91 Ketika Matahari terbenam Ketinggian 5 5 2 Jarak Lengkung 8 8 3 Ketika bulan terbenam Umur Bulan 8 jam 8 jam

4.2

Mekanisme Penetapan Awal Bulan Hijriah di Malaysia

Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan telah ditubuhkan di akhir tahun 80an. Ianya terletak di bawah Jawatankuasa Induk Penetapan Puasa dan Hari Raya yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana dahulunya dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa Induk ini ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 14 Disember 1989. JUPEM merupakan salah satu anggota Ahli Jawatakuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan. Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) dilantik setiap 2 tahun sekali di mana ada yang dilantik melalui jabatan dan ada yang dilantik secara perseorangan. Ianya adalah terdiri daripada pegawai berugama Islam dari agensi-agensi yang teribat secara langsung di bidang ini. Semasa Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali pertama yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada tahun 1989, ketetapan telah dibuat untuk mengadakan penyelarasan dalam penyediaan taqwim Hijrah di kalangan negara-negara anggota. Pada tahun 1992 bertempat di Labuan, MABIMS telah bersepakat bahawa penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di kalangan negaranegara anggota dibuat berdasarkan rukyah dan hisab dengan mengguna kaedah Imkanur Rukyah, manakala bulan-bulan yang lain dengan kaedah Wujudul Hilal (secara hisab) sebelum maghrib. Dalam tahun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 telah berkenan supaya Malaysia merayakan Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan tidak lagi mengikut sebagaimana ketetapan sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah. Manakala pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah mengesyorkan kaedah Imkanur Rukyah agar diperluaskan bagi penentuan kesemua bulan-bulan Hijriah sebagai asas kepada Takwim Islam Malaysia. Justeru, mulai tahun 1996, kesemua bulan-bulan Hijriah ditentukan melalui ketetapan kriteria Imkanur-Rukyah.

4.3

Kronologi Penetapan Awal Bulan Hijriah

Secara ringkasnya, sejarah penetapan awal bulan Hijriah adalah seperti berikut: 1972 1977: Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan bahawa permulaan puasa dan hari raya puasa berdasarkan Rukyah dan hisab falak Anak bulan Ramadan dan Syawal, kiranya tidak kelihatan kerana terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut kiraan falak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak
________________________________________________________________________________________ .13. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

boleh digunakan Majlis Raja-Raja ke-78 dalam tahun 1967 Hari Raya Aidil Adha adalah sehari selepas wukuf di Padang Arafah Bulan-bulan selainnya, berdasarkan kepada Ijtimak Wujudul Hilal Bila ijtimak berlaku sebelum mh terbenam pada hari ke-29 dan bulan wujud atas ufuk 1978: Muktamar Hilal bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah, di Instanbul, Turki Bahawa asal hukum ialah rukyah, sama ada dengan mata kepala atau dengan menggunakan alat-alat moden, Bahawa bagi menentukan kemungkinan penglihatan anak bulan itu mesti memenuhi DUA syarat utama iaitu: Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak kurang dari 8, . . . Ketinggian anak bulan pada ketika matahari jatuh tidak kurang dari 5.

1978 1983: Rukyah semata-mata 1984?: Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklarasi Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif: Umur hilal pada ketika matahari masuk pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak. 1984 sekarang: Rukyah dan hisab falak Pada 4 November 1991, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya mengubahsuai Kriteria Imkanur-Rukyah Ketika mh ghurub, ketinggian hilal > 2, dan jarak lengkung bulan-mh > 3 atau Ketika hilal terbenam, umurnya > 8 jam bagi penentuan 2 bulan utama (Ramadan & Syawal) dan kaedah Wujudul Hilal bagi bulan-bulan lain Pada 1 Jun 1992, Pertemuan Tidak Resmi MABIMS di Labuan bersepakat untuk menerimapakai kriteria tersebut Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 bersetuju agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah, iaitu pada 10 Zulhijjah Sejak 1996, Mesyuarat JK Teknikal Kalendar Islam menetapkan penggunaan kaedah Imakanur-Rukyah bagi semua bulan

4.4

Penyediaan Takwim Islam Malaysia oleh JUPEM

Proses kerja dalam penyediaan Takwim Islam dengan menggunakan Buku Japanese Ephemeris adalah seperti berikut: i. ii. Data-data mengenai ijtimak iaitu tarikh dan masa diperolehi dari jadual Phase Of The Moon, di dalam Buku Japanese Ephemeris. Selepas siap menyediakan data di atas, hitungan pertama dijalankan dengan memasukkan data-data seperti tarikh, waktu matahari dan bulan terbenam serta Sudut Istiwa (Declination), Jarak Hamal (Right Ascension) dan paralak (parallax) matahari dan bulan.

________________________________________________________________________________________ .14. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

iii.

Selepas hitungan pertama siap dijalankan, hitungan kedua dilakukan dengan menggunakan program Rukyah 93.bagi mendapat nilai-nilai seperti waktu matahari dan bulan terbenam, altitud matahari dan bulan, azimut matahari dan bulan serta jarak lengkung antara pusat bulan dan matahari (elonggation). Hitungan dan rumusan seterusnya dibuat secara manual untuk menentukan kedudukan hilal dan matahari bagi stesen kajian iaitu stesen paling timur dan paling barat Malaysia (Tg. Atiam, Sabah dan Tg. Chinchin, Kedah).

iv.

6.50

PERLIS

THAILAND

6.00

Tg Chinchin KEDAH

5.50

P. PINANG
5.00

KELANTAN TERENGGANU

PERAK
4.50

SABAH
BRUNEI

Tg. Atiam

4.00

PAHANG
3.50

SELANGOR W.PERSEKUTUAN N.SEMBILAN SARAWAK

3.00

2.50

MELAKA MELAKA
2.00

JOHOR
SINGAPURA

1.50

99.50

100.00

100.50

101.00

101.50

102.00

102.50

103.00

103.50

104.00

v.

Apabila selesai semua hitungan, hasilnya disemak dan Kriteria Imkanur Rukyah digunapakai. Sekiranya hasil (pada hari 29 setiap bulan Hijriah) memenuhi syarat Imkanur Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal bulan baru. Sebaliknya jika ia tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah, maka bulan itu akan menjadi 30 hari. Kalendar disediakan apabila selesai semakan dilakukan bagi tahun yang diperlukan. Hasil kerja ini kemudiannya dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam bertempat di JAKIM, Pusat Islam Malaysia untuk semakan, perbandingan dan pengesahan. Apabila keputusan atau katasetuju mutakhir diperolehi dari mesyuarat tersebut, edaran Kalendar Islam pun dibuat.

vi. vii.

viii.

4.5

Hasil Hisab JUPEM Bagi Permulaan Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1433 H (2012 M)

Berikut disertakan hasil kiraan bagi kedudukan bulan dan matahari di lokasi paling barat Malaysia, iaitu Kampung Tanjung Chinchin, Langkawi. di Langkawi. Bagaimanapun, perlu dinyatakan disini bahawa ketetapan akhir bagi tarikh mula puasa dan raya akan dibuat melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam hari merukyah hilal melalui media eletronik dan massa.
________________________________________________________________________________________ .15. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Hari Mula Puasa Bagi Tahun 2012 M (1 Ramadan 1433 H) Tarikh 29 Syaaban 1433 H = 19 Julai 2012 M Ijtimak berlaku = 19 Julai 2012 M jam 12.24 petang Bulan terbenam = 7.46 petang Azimuth bulan ketika matahari terbenam (maghrib) = 285 45 59 Matahari terbenam = 7.41 petang Azimuth matahari ketika maghrib = 290 57 20 Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib = dan jarak lengkong antara tengah hilal ke piring = Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam = 00 44 matahari ketika maghrib 05 10 7 jam 22 minit

Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah 1991 tidak di penuhi, maka hari berikutnya menjadi 30 Syaaban 1433 H (20 Julai 2012 M). Oleh itu, 1 Ramadan 1433 H = 21 Julai 2012 M (Sabtu) Hari Raya Aidil Fitri Bagi Tahun 2012 M (1 Syawal 1433 H) Tarikh 29 Ramadan 1433 H = 18 Ogos 2012 M Ijtimak berlaku = 17 Ogos 2012 M jam 11.54 malam Bulan terbenam = 7.59 petang Azimuth bulan ketika matahari terbenam (maghrib) = 273 56 59 Matahari terbenam (maghrib) = 7.35 petang Azimuth matahari ketika maghrib = 283 04 19 Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib = dan jarak lengkong antara tengah hilal ke piring = Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam = 05 12 matahari ketika maghrib 10 40 20 jam 05 minit

Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah 1991 telah di penuhi, maka, 1 Syawal 1433 H = 19 Ogos 2012 M (Ahad) Hari Raya Aidil Adha Bagi Tahun 2012 M (10 Zulhijjah 1433 H) Tarikh 29 Zulkaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M Ijtimak berlaku = 15 Oktober 2012 M jam 8.02 malam Bulan terbenam = 6.54 petang Azimuth bulan ketika matahari terbenam (maghrib) = 258 56 53 Matahari terbenam (maghrib) = 7.07 petang Azimuth matahari ketika maghrib = 261 17 44 Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib = -03 34 (hilal dibawah ufuk) dan jarak lengkong antara tengah hilal ke piring matahari ketika maghrib = 03 36 Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam = -1 jam 08 minit (hilal belum lahir)

Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah 1991 tidak di penuhi, maka hari berikutnya menjadi 30 Zulkaedah 1433 H (16 Oktober 2012 M). Oleh itu, 1 Zulhijjah 1433 H = 17 Oktober 2012 M (Rabu) Maka itu, 10 Zulhijjah 1433 H = 26 Oktober 2012 M (Jumaat)

________________________________________________________________________________________ .16. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

5.0

Isu Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha di Malaysia

Umum mengetahui bahawa polemik mengenai kaedah penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah, ianya berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di lain-lain Negara. Secara amnya, amalan menyambut Hari Raya Aidil Adha terbahagi kepada dua cara. Pertamanya, ia disambut sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah yang ditetapkan melalui pengisytiharan oleh pihak Arab Saudi. Dari tahun 1977 hingga 1995, amalan ini dipraktiskan di Malaysia. Antara pendapat yang menyokong kepada amalan ini termasuklah bahawa Hari Raya Aidil Adha pada asasnya adalah untuk jemaah yang sedang menunaikan fardhu Haji di Mekah dan oleh itu kita perlulah menyambut Hari Raya Aidil Adha secara serentak bersama-sama mereka. atau, Keduanya, ia disambut mengikut ketetapan tarikh 10 Zulhijjah yang dibuat melalui penentuan tarikh kebolehnampakan hilal Zulhijjah. Sebenarnya di Malaysia, praktis ini telah digunapakai sejak sekian lama sehingga tahun 1977. Kita mengamalkannya semula dalam tahun 1995 sehingga sekarang selepas melalui beberapa siri Muzakarah dan kajian. Ianya dibuat dengan berpegang kepada pendapat bahawa asas penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha tidak seharusnya berbeza dengan kaedah penetapan tarikh awal Ramadhan, Syawal serta bulan-bulan Hijriah yang lain dan hendaklah dibuat menggunakan asas yang sama, iaitu rukyah dan hisab. o Ibadat Haji telah difardhukan dalam tahun 6 Hijrah.

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. Surah Al Hajj ayat 27-28
Manakala, Hari Raya Aidil Adha telah mula disambut dalam tahun 1 Hijrah di Madinah.

Dari Anas r.a. berkata: Setelah Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, di dapati bagi orang-orang Madinah ada dua hari mereka bermain-main. Maka Rasulullah S.A.W. bertanya Aapakah dua hari ini?, mereka menjawab Kami bermain-main pada dua hari tersebut pada zaman Jahiliah. Sabda Rasulullah S.A.W. Bahawa sesungguhnya Allah Taala telah menukarkan kepada kamu hari yang lebih baik daripada keduanya iaitu Hari Adha dan hari Fitri Hadis
Ibadat Haji juga terikat dengan tempat dan masa, iaitu di Mekah dan sekitarnya. Sambutan Hari Raya Aidil Adha pula boleh disambut pada hari-hari tertentu tetapi tidak terikat dengan tempat. Oleh kerana tidak ada kaitan diantara ibadat Haji dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha, maka boleh disimpulkan bahawa penetapan tarikh rayanya tidak seharusnya bergantung kepada pengisytiharan hari Wukuf. Dengan sebab itu, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, dan bukannya Hari Raya Haji bagi kita di luar Mekah.

________________________________________________________________________________________ .17. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Hubungan diantara pergerakan bulan dengan Taqwim Islam adalah jelas. Demikian menurut ayat di bawah:

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tandatanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui Surah Yunus ayat 5-6
Allah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hilal dan waktu berhaji:

Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji Surah Al-Baqarah ayat 189
Hadis Nabi juga menjelaskan tentang hari Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah:

Bahwa Rasulullah saw menyuruh seseorang buat menyerukan: Haji itu ialah Arafah! Barangsiapa datang pada malam tanggal sepuluh sebelum fajar terbit, bererti ia telah mendapatkan Arafah. Hadis riwayat Ahmad dan Ashhabus Sunan dari Abdurrahman bin Yamur ( Fikih Sunnah )
o Malaysia berada di timur Mekah dan terpisah dengan 5 Zon Waktu. Ini bermakna bahawa waktu di Malaysia mendahului waktu di Mekah sebanyak +5 jam. Dalam kata lain, jam 12.00 tengahari di Mekah adalah bersamaan dengan jam 5 petang di Malaysia. Sekiranya kita berpegang kepada kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha berdasarkan kepada sehari selepas Wukuf, maka akibat daripada perbezaan zon waktu ini, ibadat-ibadat seperti laungan takbir Raya, solat sunat Aidil Adha serta ibadat korban yang dilakukan di Malaysia sebenarnya telah mendahului ibadat-ibadat yang sama di Mekah.

Hari Wukuf ISNIN


12.00 tgh mlm 8.00 pagi 4.00 petang 12.00 tgh mlm

Hari Raya Aidil Adha SELASA


8.00 pagi 4.00 petang 12.00 tgh mlm

RABU
8.00 pagi 4.00 petang 12.00 tgh mlm

TAKBIR W U K U F (1.00 tgh - 7.00 pagi)

SOLAT

KORBAN

Mekah Malaysia
RABU

+
5 jam

TAKBIR ISNIN
12.00 tgh mlm 8.00 pagi 4.00 petang 12.00 tgh mlm

SOLAT

KORBAN

SELASA 8.00 pg
8.00 pagi 4.00 petang 12.00 tgh mlm

8.00 pagi

4.00 petang

12.00 tgh mlm

________________________________________________________________________________________ .18. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Selain daripada perbezaan Zon Waktu, Malaysia dan Mekah juga terpisah dengan jarak sejauh 1700 km. Dalam era globalisasi dan internet seperti masakini, faktor geografi bukanlah satu isu besar. Bagaimanapun, sekiranya kita kembali semula kepada zaman 1,429 tahun dahulu, sementelah 200 tahun dahulu, keadaan tidak akan memungkinkan umat Islam untuk bertukar-tukar apa jua maklumat dengan pantas keterbatasan teknologi, pengangkutan serta komunikasi. Oleh itu, persoalan timbul mengenai bagaimana pengetahuan mengenai tarikh hari Wukuf boleh disampaikan kepada semua umat Islam di segenap pelusok dunia untuk merayakan Aidil Adha sekiranya itulah tuntutan syarak. Ini tentulah menjadi masalah besar bagi umat Islam, malah mustahil untuk diikuti, melainkan tarikh raya tersebut ditetapkan dengan penentuan awal bulan Zulhijjah dan seterusnya 10 Zulhijjah. Oleh sebab itu, adalah tidak menjadi keterlaluan sekiranya dianggap bahawa kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha sehari selepas Wukuf bagi umat Islam di luar Tanah Arab adalah satu fatwa baru yang direka dan yang tiada mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sunnah. Perayaan Hari Raya Aidil Adha yang ditetapkan sehari selepas hari Wukuf supaya serentak dengan para jemaah Haji disifatkan sebagai melambangkan penyatuan Ummah. Sekiranya pendapat ini boleh dijadikan pegangan, maka mengapa tidak diperluaskan kepada ibadat solat untuk dilakukan secara serentak juga! Penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada masa kini sudah tidak menjadi isu lagi dan ianya sudah lama selesai. Perkara ini telah pun dibincang serta dibahas dengan panjang lebar dan telah menjadi salah satu daripada resolusi Islamic Fiqh Academy yang diadakan dari 11 hingga 16 Oktober 1986 di Jordan. Resolusi ini telah membuat ketetapan dan memutuskan agar semua negara Islam menentukan permulaan bulan hijriah termasuk Zulhijjah menggunakan asas yang sama bagi Aidil Fitri dan Aidil Adha. Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-167 telah bersidang dan bersetuju, antara lainnya, agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah. Keputusan ini dicapai setelah ianya dibincang dan dibahaskan diperingkat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Pertemuan MABIMS, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya serta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Oleh itu, kita perlulah mengikut ketetapan awal puasa dan raya seperti mana yang dibuat oleh pihak pemerintah.

Hai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasulmu dan Ulil Amri di kalangan kamu 59 dalam Surah Al-Nisa
5.1 Kronologi Keputusan Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha

Secara ringkasnya, sejarah penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha di Malaysia adalah seperti berikut: Sebelum 1977: Tarikh Hari Raya Aidil Adha ditentukan berdasarkan rukyah hilal bulan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ .19. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

21-22.4.1977: Persidangan Fatwa Majlis Kebangsaan ke-13 Malaysia menetapkan Hari Raya Aidil Adha berdasarkan hari Wukuf di Arafah, selaras dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-78 pada 12 Oktober 1967 1-2.7.1985: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-13 Membincangkan cadangan supaya kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha ditentukan berdasarkan rukyah hilal bulan Zulhijjah Bagaimanapun, cadangan tidak diterima 14-15.3.1991: Mesyuarat MABIMS di Kuala Lumpur Membuat keputusan bahawa langkah-langkah pelaksanaan perlulah diambil oleh negara-negara anggota untuk mencari kemungkinan menyelaraskan Penentuan Hari Raya Idul Adha 6-10.9.1991: Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Pertemuan MABIMS Pertama di Pulau Pinang Bersetuju mengadakan penyelarasan rukyah antara negara-negara anggota bagi penentuan awal Ramadhan, Syawal dan awal Zulhijjah 4.11.1991: Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya di Pusat Islam Kuala Lumpur Jawatankuasa Farwa Majlis Kebangsaan hendaklah mengkaji semula kaedah penetapan 10 Zulhijjah mengikut matlak 20.11.1991: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-28 Kriteria kebolehnampakan (Imkanur Rukyah) anak bulan bagi bulan Hijrah bagi menetapkan awal Zulhijjah perlu diseragamkan dengan criteria penetapan awal puasa dan Hari Raya Puasa 16.6.1994: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 Bersetuju agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah 10.5.1995: Malaysia bersama-sama dengan negara-negara anggota MABIMS mula menyambut Hari Raya Aidil Adha berdasarkan penentuan awal bulan Zulhijjah, iaitu pada 10 Zulhijjah

6.0

Penutup

Di dalam era teknologi dan komunikasi yang semakin canggih, keperluan bagi umat Islam untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti-aktiviti keagamaan dan sosial semakin meningkat. Dari perlakuan ibadat-ibadat keagamaan dan kebudayaan, tugasan harian dan prestasi pencapaian di tempat kerja, sasaran Wawasan 2020, sambutan hari-hari perayaan, aktiviti pertanian, hari gaji sehinggalah kepada penetapan tarikh pilihanraya, hari perkahwinan, hari perpindahan ke kediaman baru dan sebagainya, kita tidak dapat memikirkan
________________________________________________________________________________________ .20. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

kehidupan tanpa takwim. Kebergantungan manusia yang tinggi kepada Takwim tidak dapat dinafi dan dielakkan lagi. Oleh itu, usaha-usaha perlulah dilakukan untuk memertabatkan semula penggunaan Takwim Islam didalam segala urusan kehidupan kita. Apabila usahausaha ini terlaksana dan kefahaman serta keyakinan kepadanya ditingkatkan, ianya akan menghilangkan sebarang kesangsian dan perasaan was-was didalam penggunaannya. Sekaligus, maka keseragaman di dalam sambutan hari-hari kebesaran Islam akan tercapai.

Daftar Rujukan Utama


Ab. Rahaman bin Hj. Hussain (2003) ASAS PENETAPAN IDUL ADHA DARI SUDUT SYARIAH. Muzakarah Falak, Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, 30 Jun 2 Julai Azhari bin Mohamed (2004) ILMU FALAK SYARIE DAN ANDA. Bengkel Falak dan Muktamar Persatuan Falak Syari Malaysia Kali ke 12, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 9 September Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1993) PERLAKSANAAN RUKYAH DAN HISAB DI MALAYSIA Seminar Ilmu Falak Peringkat Kebangsaan, 23 -24 Ogos di KUSZA, Kuala Terengganu Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1993) BUKU KAEDAH PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH Hamid bin Tahir (1997) KAJIAN MENGENAI ISU-ISU TAKWIM Seminar Ke arah Peningkatan Penyelidikan Falak di Malaysia, 27 - 29 September 1997 di Pulau Pinang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1990) PENENTUAN AWAL BULAN HIJRIAH DAN ARAH KIBLAT Mat Jahya bin Hussein, S.S. Dato Alim Panglima (2003) ASAS PENETAPAN AWAL RAMADAN DAN SYAWAL DARI SUDUT SYARIAH Muzakarah Falak (JAKIM), 30 Jun 2 Julai di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Mohammad Ilyas (1993) FAKTA-FAKTA SAINTIFIK TAQWIM ISLAM Seminar Ilmu Falak Peringkat Kebangsaan, 23 - 24 Ogos di KUSZA, Kuala Terengganu Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan dan Jawatankuasa Induk Penetapan Puasa dan Hari Raya

________________________________________________________________________________________ .21. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

Lampiran P

Perbandingan Hari Perayaan di Malaysia


1995
3 Mac

1996
20 Feb.

1997
Aidil Fitri 9 Feb.

1998
30 Jan.

1999
19 Jan.

2000
8 Jan.

31 Jan.
29 Sban Ijtimak 6.48 pg

19 Feb.
29 Rdan Ijtimak 7.30 pg

Tahun Baru Cina 7 Feb. 28 Jan.


29 Rdan Ijtimak 11.07 mlm 29 Rdan Ijtimak 2.01 pg

16 Feb.
29 Swal Ijtimak 2.41 ptg

5 Feb.
29 Swal Ijtimak 9 03 mlm

23 Okt
28 Jwal Ijtimak 24 Okt 12.36 tgh

10 Nov.
28 Jkhir Ijtimak 11 Nov 12.16 tgh

Deepavali 30 Okt 19 Okt.


28 Jkhir Ijtimak 31 Okt 6.02 ptg 29 Jkhir Ijtimak 20 Okt 6.11 ptg

7 Nov
28 Rejab Ijtimak 8 Nov 11.54 pg

26 Okt
28 Rejab Ijtimak 27 Okt 3.58 ptg

2003
1 Jan
27 Syawal

2004
1 Jan
8 Zkaedah

2005

2006

2007
1 Jan
11 Zhijah

2008
1 Jan
22 Zhijah

Tahun Baru Miladiah 1 Jan 1 Jan


20 Zkaedah 1 Zhijah

1 Feb
29 Zkaedah

22 Jan
29 Zkaedah

Tahun Baru Cina 9 Feb 29 Jan.


29 Zhijah 29 Zhijah

17 Feb.
29 Muharam

7 Feb.
29 Muharam

4 Mac
1 Muharam

22 Feb
1 Muharam

Tahun Baru Hijriah 10 Feb 31 Jan


1 Muharam 1 Muharam

20 Jan
1 Muharam

10 Jan
1 Muharam

________________________________________________________________________________________ .22. NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 JAkhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

You might also like