Bahasa Melayu SPM: Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia
More
http://subrato403.blogspot.sg/2014/10/karangan-bahan-rangsangan-perpaduan.html
Next Blog
Create Blog
Sign In
Bahasa Melayu SPM
Blog ini bertujuan memberi bimbingan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada calon-calon
yang menduduki peperiksaan SPM.
Khamis, 30 Oktober 2014
Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di
Malaysia
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di
Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu. Demikianlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia.
Kata-kata almarhum memang ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya yakin bahawa
banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah melalui sistem pendidikan
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan.
Pihak sekolah bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa
Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar
di dalam kelas di samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat.
Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama
di sesuatu kawasan petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman kasih dan
amala hormat-menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu padu.
Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak kerajaan. Sebagai
contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum.
Semua kaum mestilah memahmi konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan
sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan
inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia rakyat kita.
33
Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah penting untuk
menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya bolehlah diadakan pada hari
Arkib Blog
perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum dapat dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan
2016 (18)
dengan penuh bermakna. Apabila berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat
berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing-masing.
2014 (27)
Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan
demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab
itu, tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama
Terima kasih Dr.Tan
Posted by AHMAD RAMADHAN SUBRA BIN RENGASAMY at 11:52 PTG
Catat Ulasan
1 of 2
Oktober
(7)
Karangan:
Budaya
Membac
a
Tiada ulasan:
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
November
(3)
Selamat
Menghad
api
Peperiks
aan SPM
2014
dituruni demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh!
Catatan Terbaru
2015 (2)
Karangan :
kerjaya
yang
mencaba
r dan
berisiko
Laman utama
Catatan Lama
SOALAN 1:
Slogan
Membac
a
Jambata
4/21/16 12:33 PM
Bahasa Melayu SPM: Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://subrato403.blogspot.sg/2014/10/karangan-bahan-rangsangan-perpaduan.html
n Ilmu
menunju
k...
Karangan
bahan
rangsang
an Perpadua
n Kaum
Di
Mala...
Kerajaan
perlu
memper
kasakan
sektor
pertania
n. Bin...
KOMSAS
SPM
2014
Ogos (15)
April (1)
Februari
(1)
2013 (8)
2012 (35)
2011 (31)
2010 (11)
2009 (19)
2008 (23)
2007 (1)
Mengenai Saya
AHMAD RAMADHAN SUBRA
BIN RENGASAMY
Pengetua SMK Selandar, Melaka.
Mengajar Bahasa Melayu.
Lihat profil lengkap saya
Templat Simple. Imej templat oleh luoman. Dikuasakan oleh Blogger.
2 of 2
4/21/16 12:33 PM