0% found this document useful (0 votes)
236 views33 pages

Upp 4

This document provides a general analysis of fundamental liberties and human rights under the Federal Constitution of Malaysia. It highlights some key trends in how statutory laws and court rulings have impacted these rights, compared to the ideals of the Constitution. While the Constitution outlines these rights, problems have arisen in their implementation through legislation and judicial interpretation. The document also discusses issues with SUHAKAM, the newly established human rights commission, and its ability to enhance human rights. It argues that most notions of human rights are universal in nature, and proposes re-education on this topic and a potential new constitutional settlement to strengthen human rights provisions.

Uploaded by

Sahila Ayub
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
236 views33 pages

Upp 4

This document provides a general analysis of fundamental liberties and human rights under the Federal Constitution of Malaysia. It highlights some key trends in how statutory laws and court rulings have impacted these rights, compared to the ideals of the Constitution. While the Constitution outlines these rights, problems have arisen in their implementation through legislation and judicial interpretation. The document also discusses issues with SUHAKAM, the newly established human rights commission, and its ability to enhance human rights. It argues that most notions of human rights are universal in nature, and proposes re-education on this topic and a potential new constitutional settlement to strengthen human rights provisions.

Uploaded by

Sahila Ayub
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 33

KEBEBASAN DAN HAK‐HAK ASASI DI BAWAH

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

‐ SATU ANALISIS UMUM

Dr. Abdul Aziz Bari*

ABSTRACT

The article discusses trends and problems pertaining to the issues of fundamental liberties or human

rights under the Federal Constitution of Malaysia.  Given this emphasis the article does not provide

detailed analyses or reviews of the constitutional provisions, statutes and case law on the issue.  Instead

the discussion highlights and characterizes the main trends in the statutory and case law and compares

them with the ideals and foundations of the Constitution.  This means that the problem is not so much

about the provisions in the Constitution but rather with their implementation; namely the way the

legislation and the court flesh them out in detail.   In the process the article attempts to offer some

insights over the understanding, commitments and attitudes among members of the Executive,

Legislature and Judiciary on human rights.   The article also raises issues with SUHAKAM, the newly‐

established commission on human rights particularly its ability and relevance in the enhancement of

human rights provisions.   The article argues that most of the basic notions of human rights are of

universal nature and dismisses the allegations that they are Western‐inspired.  The author contends that

some of the fundamentals are even rooted in the divinely inspired precepts.  These are interesting, as

modern constitutions are the manifestations of democracy and the ideals of constitutionalism; a

character that is essentially secular and worldly.  Given the scenario in Malaysia the article proposes a

re‐education on the subject and, if necessary, a new constitutional settlement, as they are indispensable

in the enhancement of human rights provision.

PENGENALAN

Kebebasan adalah sebahagian daripada hak‐hak manusia yang bersifat asasi.   Semua agama, tradisi,

negara, tamadun dan perlembagaan mengiktiraf kenyataan ini.  Di Malaysia sebahagian daripada hak‐
hak tersebut terkanun di dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan.    Bagaimanapun, pada

praktiknya tidak semua daripada hak‐hak tersebut benar‐benar signifikan kerana terdapat sekatan‐

sekatan yang kelihatan melampau dikenakan.   Ini kerana meskipun sekatan‐sekatan tersebut yang

dikenakan oleh statut‐statut tertentu – dibenarkan oleh perlembagaan, pada hakikatnya undang‐undang

yang berkenaan telah menafikan hak‐hak yang sangat asasi dan penting buat sesebuah demokrasi

  .

Keadaan tersebut menimbulkan tanggapan bahawa perlembagaan hanya agung pada teorinya sahaja.

Boleh dikatakan bahawa masalah yang wujud hari ini sebenarnya berpunca daripada ketiadaan

arah dan falsafah bagi menjamin pengekalan hak‐hak berkenaan dalam bentuk yang bermakna.  Dalam

hal ini Suruhanjaya Reid kelihatan bersalah kerana terlalu yakin bahawa kebebasan asasi telah memiliki

asas yang kukuh di negara ini.  Walaupun begitu kerangka perlembagaan tidak seratus peratus
bersalahkerana apa yang dilihat sebagai pengikisan atau penafian hak‐hak berkenaan, khususnya akhir‐
akhir ini,

turut berpunca daripada kurangnya kefahaman tentang sifat dan pentingnya hak‐hak berkenaan,

khususnya dalam konteks demokrasi dan tabii manusia sebagai insan yang tinggi darjatnya.

Sesuai dengan judulnya tulisan ini tidak menumpukan perbahasannya kepada peruntukan atau

kes‐kes yang relevan; sesuatu yang telah dilakukan oleh kebanyakan penulis.   Sebaliknya makalah ini

bertujuan membuat analisis umum; sebuah kupasan bersifat makro yang hendak member gambaran

menyeluruh tentang scenario semasa; terutamanya kerangka perlembagaan dan amalan yang ada.   Ini

termasuklah perkembangan mutakhir yang berlaku termasuk penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia (SUHAKAM) turut disentuh bagi menyediakan analisis terkini tentang aspek‐aspek kebebasan

asasi di Malaysia.

HAK ASASI – PENGERTIAN DAN SIGNIFIKANNYA

Hak asasi atau yang lebih dikenali dengan hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai sekumpulan

hak‐hak yang dianggap asas dan penting; yang tidak boleh dinafikan: ia dianggap sebagai sesuatu yang
mendasar.  Tanpa hak‐hak ini manusia mungkin tidak dapat mengembangkan potensi kemanusiaannya.  

Hak‐hak asasi merangkumi segenap aspek; baik jasmani mahupun rohani

Perlu ditegaskan bahawa   .

oleh kerana hak‐hak ini dianggap sebagai wujud atau timbul bersama‐sama dengan kewujudan manusia,

khususnya bagi sesiapa yang mempunyai agama, adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Penciptanya.  

Dengan kata lain hak‐hak tersebut bukanlah ihsan pemerintah atau penguasa awam.  Hakikat ini perlu

ditegaskan kerana nantinya ia dapat membantu kita menilai samaada sekatan‐sekatan atau penafian‐

penafian yang dikenakan terhadap hak‐hak asasi itu wajar atau sebaliknya.

Walauapa pun tafsiran atau definisi hak‐hak asasi manusia, perlu dinyatakan di sini bahawa

penterjemahan sebenar prinsip‐prinsip umum hak asasi itu boleh berubah mengikut masa, tempat dan

juga agama.

  Dengan itu sesuatu yang tidak dianggap asasi pada suatu masa mungkin menjadi asasi dan

penting pada masa dan tempat yang lain.  Ini dijelaskan oleh apa yang hari ini disebut sebagai hak untuk

hidup dalam persekitaran yang bebas daripada pencemaran alam yang lima puluh tahun dahulu tidak

dianggap penting.   Bagaimanapun dalam tempoh sedekad yang lalu suasana kehidupan yang bebas

daripada pencemaran itu kian dianggap penting.

    Mengikut kepada kenyataan ini mungkin boleh

dikatakan bahawa apa yang disifatkan sebagai asasi itu mungkin juga perlu mengambilkira samada ia

adalah sesuatu yang boleh diterima oleh keseluruhan masyarakat.

Di peringkat antarabangsa hak‐hak ini terkanun dalam dokumen yang dipanggil Perisytiharan

Sejagat mengenai Hak‐hak Asasi Manusia 1948.

5
  Perisytiharan ini penting kerana ia dianggap mendasari

falsafah Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 1945.   Ia masih dianggap

penting sehingga ke hari ini dan sering menjadi rujukan dan piawai buat perlembagaan‐perlembagaan

kebanyakan negara di dunia.  Meskipun di peringkat antarabangsa

, Eropah

dan dunia Islam

beberapa

dokumen penting mengenai hak‐hak asasi manusia telah diisytiharkan selepas 1948 Perisytiharan

Sejagat mengenai Hak‐hak Asasi Manusia 1948 masih dianggap sebagai rujukan utama.  Salah satu sebab

mengapa ia masih dianggap penting ialah sifatnya yang tidak mengikat ke atas negara‐negara anggota

PBB.    Ini dibuktikan dengan sikap berkecuali Arab Saudi terhadap peruntukan yang mengizinkan

kebebasan menukar agama.  Dengan kata lain perisytiharan berkenaan, meskipun mengambil nada
yangtegas berhubung dengan hak‐hak asasi, menghormati kelainan budaya, agama dan fahaman politik;

yakni faktor‐faktor yang boleh membezakan penekanan dan perterjemahan prinsip‐prinsip hak‐hak asasi

manusia di peringkat nasional.    Sebab itu suara‐suara yang mendesak kajian semula kandungan

perisytiharan berkenaan tidak menghasilkan apa‐apa susulan.    Apatah lagi apabila retorik‐retorik

berkenaan dijeritkan oleh pemimpin‐pemimpin dunia ketiga yang rekod hak‐hak asasi mereka tidak

begitu baik.  Umumnya laungan‐laungan tersebut di suarakan oleh pemimpin‐pemimpin negara‐negara

membangun yang merasakan bahawa prinsip‐prinsip dalam perisytiharan berkenaan boleh menggugat

kedudukan mereka.

Perbincangan mengenai hak‐hak asasi perlu dilakukan dalam konteks keberperlembagaan

(constitutionalism) dan konsep‐konsep lain


10

yang lahir daripadanya; terutamanya kedaulatan undang‐

undang

11

Kedaulatan undang‐undang tidak harus difahami secara harfiah kerana ia sebenarnya sarat  .

dengan nilai.  Sebab itu orang sering membezakan antara kedaulatan undang‐undang atau rule of law

dengan kawalan oleh undang‐undang yakni rule by law.  Kedaulatan undang‐undang mengungkapkan

undang‐undang yang adil dan saksama sedangkan kawalan undang‐undang atau rule by law lebih

bertumpukan kepada undang‐undang yang bersifat positif, yang tidak semestinya adil dan saksama.  Ini

dapat diterangkan dengan merujuk kepada undang‐undang atau statut yang diluluskan oleh Parlimen

tetapi zalim dan tidak adil.  Unsur‐unsur keadilan dalam kedaulatan undang‐undang dibayangkan oleh

tuntutan‐tuntutan konsep tersebut.  Menurut A.V. Dicey

12

kedaulatan undang‐undang menuntut : (a)

bahawa semua tindakan pihak berkuasa awam perlu disokong oleh undang‐undang dan semua pegawai

awam adalah bertanggungjawab kepada mahkamah atas tindakan‐tindakan yang menyalahi undang‐

undang, (b) bahawa tidak boleh wujud budibicara yang terlalu luas pada tangan pegawai‐pegawai

awam, (c) bahawa semua warganegara berhak mendapat perbicaranaan yang adil di mahkamah yang

bebas dan (d) bahawa semua warganegara berhak mendapat layanan yang sama di sisi undang‐undang.

KEBEBASAN ASASI DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN –

DASAR‐DASAR DAN MASALAHNYA

Apa yang disebut sebagai hak‐hak asasi manusia terkandung dalam Bahagian 2, di bawah tajuk

Kebebasan Asasi.  Agak malang apabila bahagian sepenting ini tidak di iringi oleh sebarang falsafah atau

landasan.    Suruhanjaya Reid, yang menyediakan laporan dan perakuan bagi perlembagaan,

kelihatannya, tidak berasa perlu untuk berbuat demikian.   Ini kerana suruhanjaya tersebut kelihatan
begitu yakin bahawa hak‐hak berkenaan telah berakar dengan kuat di Tanah Melayu (waktu itu).

13

Suruhanjaya berpendapat bahawa tidak perlu diberikan kedudukan seperti yang diminta oleh beberapa

kalangan yang berasa bimbang terhadap kedudukan dan masa depan hak‐hak berkenaan.

14

Melihat kepada apa yang berlaku setelah lebih 40 tahun negara merdeka, ternyata jangkaan

Suruhanjaya Reid meleset.  Apa yang dikatakan kebebasan asasi tidak bersifat asasi lagi pada
praktiknya.  

Begitu juga dengan kedudukan hak‐hak tersebut yang dikatakan istimewa dan terjamin.

15

  Parlimen dan

eksekutif ternyata, bukan sahaja berupaya mengurangkan signifikan hak‐hak di bawah Bahagian 2

dengan begitu mudah sekali, tetapi juga tidak menampakkan komitmen yang wajar terhadap

pemeliharaan hak‐hak tersebut.Apa yang berlaku setakat ini ialah meskipun peruntukkan‐peruntukkan
berkenaan kekal, pada

praktiknya apa yang dipanggil kebebasan asasi itu tidak banyak bermakna kerana pelbagai akta telah

diluluskan untuk membataskan kandungan dan implikasi peruntukan‐peruntukan tersebut.    Tidak

keterlaluan jika dikatakan bahawa hak‐hak itu kini hanya bersifat akademik; yakni wujud sebagai

tontotan sedangkan pada perlaksanaannya tidak banyak faedah yang boleh dinikmati oleh rakyat,

khususnya yang berpendapatan rendah.    Ini menyebablan orang berfikir: apakah yang dikatakan

kebebasan asasi itu benar‐benar asasi pada praktiknya?   Kedudukan dalam Perlembagaan Malaysia

amat berbeza dengan kedudukan di Amerika, di mana pindaan yang mempunyai kesan mengurangkan

hak‐hak asasi tidak diizinkan langsung.

16

       

PERUNTUKAN MENGENAI KEBEBASAN ASASI –


ANALISIS RINGKAS

Bahagian ini cuba menyorot secara sepintas lalu hak‐hak di bawah perlembagaan dan kenyataannya

dalam kehidupan seharian: apakah hak‐hak berkenaan masih dapat dinikmati oleh rakyat atau

sebaliknya.  Oleh kerana setiap peruntukan mempunyai aspek‐aspek menarik yang tersendiri apa yang

dipaparkan di sini ialah aliran‐aliran yang dominan bagi peruntukan‐peruntukan berkenaan.    Perlu

dijelaskan bahawa tema yang memandu analisis ringkas ini ialah demokrasi dan keberperlembagaan;

terutamanya keperluan rakyat terbanyak mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan, ketelusan

dan akauntabiliti.

Perlu disebut terlebih dahulu bahawa hak‐hak yang terkandung di dalam perlembagaan tidak

semuanya boleh dinikmati oleh semua orang.   Sebahagian daripada hak‐hak berkenaan hanya boleh

dinikmati oleh warganegara Malaysia sahaja.    Ini diwajar disebut kerana selain menunjukkan

kepentingan status kewarganegaraan di Malaysia kedudukan itu turut member bayangan tentang

apakah yang dikatakan ‘hak asasi’ di Malaysia.   Dengan kata lain sesuatu yang dijamin untuk semua

orang – warganegara atau sebaliknya – boleh dikatakan sebagai benar‐benar penting dan asasi.  Perlu

juga disedari bahawa hak tersebut tidak bersifat mutlak: perlembagaan mengizinkan sekatan dikenakan

ke atas hak‐hak yang dikanunkan di bawah Bahagian Dua itu.  Dalam pada itu ada juga peruntukan‐

peruntukan yang dikecualikan daripada operasi bahagian tersebut.  Ini adalah satu lagi ciri penting selain

pemisahan antara warganegara dan orang asing yang disebut tadi.   Selain itu peruntukan lain dalam

perlembagaan.   Ini semua dengan sendirinya menimbulkan persoalan tentang sejauh mana asasinya

hak‐hak tersebut.  Dari segi tafsiran cirri‐ciri ini turut menyulitkan pemahaman dan pelaksanaan hak‐hak

asasi di Malaysia.  Sebab itu penggunaan kaedah tafsiran harfiah perlu digunakan dengan berhati‐hati;

yakni dengan cara yang tidak menyebabkan peruntukan‐peruntukan berkenaan hilang signifikan dan

maknanya.   Perkara 5 – Aspek‐aspek Kebebasan Diri dan Ruang‐lingkupnya

Peruntukan di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memperincikan apa yang disebut sebagai

kebebasan diri.  Peruntukan ini menyatakan bahawa “Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau
dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang‐undang.”  Perkara 5 juga menyatakan hak untuk

mendapatkan habeas corpus; yakni perintah mahkamah untuk membebaskan seseorang yang ditahan

secara tidak sah di sisi undang‐undang.   Perkara tersebut juga menyatakan bahawa seseorang yang

ditahan perlu diberitahu sebab mengapa ia ditangkap.    Ia juga membenarkan orang berkenaan

berunding dengan seorang peguam yang dipilih olehnya.  Perkara 5 juga, antara lain, turut menyatakan

bahawa “jika seorang itu ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan

seorang majisteret dengan segera ……..”.  Meskipun peruntukan ini bermula dengan penetapan hak

terhadap semua orang, sedikit demi sedikit, selepas merdeka, pelbagai sekatan diluluskan oleh parlimen

dan dalam peruntukan sekarang salah satu proviso kepada peruntukan ini menyatakan bahawa mereka

yang bukan warganegara tidak boleh menuntut hak yang sama.

17

   Ini bermakna pendatang asing tidak

dapat mempertikaikan tindakan menahan mereka oleh pihak berkuasa.  Secara tidak langsung ini, yang

merupakan pindaan yang dilakukan selepas merdeka, menandakan sejauh mana hak di bawah

peruntukan ini benar‐benar asasi pada amalannya.  Di negara‐negara yang maju tidak banyak perbezaan

antara warganegara dengan orang asing; sesuatu yang menekankan komitmen terhadap kesaksamaan

dan keadilan.   

Dalam pada itu mahkamah juga tidak menunjukkan pendekatan yang kreatif dalam menangani

kes‐kes di bawah peruntukan ini.   Ungkapan “undang‐undang” di bawah peruntukan ini dibataskan

kepada undang‐undang yang diluluskan oleh parlimen: bagi mahkamah persoalan keadilan adalah

persoalan politik yang tidak harus dibawa kepadanya.

18

  Melihat kepada aliran keputusan‐keputusan

mahkamah hak mendapatkan habeas corpus boleh dikatakan akademik kerana pihak berkuasa hanya

perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai kuasa yang sah untuk membuat tahanan.
19

   Perlu

disebut, bagaimanapun, bahawa hak ini pun sudah tidak begitu signifikan di United Kingdom sendiri.

20  

Ini kerana hak terhadap habeas corpus terpaksa dilihat dalam konteks kuasa polis dan mahkamah di

sana kelihatannya sudah menunjukkan sikap kurang bersimpati terhadap permohonan itu.

21

  Selain itu

permohonan itu juga mengambil masa yang lama dan sering dihambat oleh pelbagai syarat‐syarat yang

begitu remeh dan teknikal; senario yang membezakan apa yang wujud sekarang dengan suasana di

mana hak itu mula diiktiraf ratusan tahun dahulu.   Cuma perlulah kita menyedari bahawa di negara

tersebut tidak banyak undang‐undang yang sifatnya menyekat dan tidak demikratik.  Dalam pada yang

sama hak untuk dibela oleh peguam juga tidak banyak signifikannya kerana ia terpaksa dilihat dalam

konteks tugas polis dan mahkamah kelihatannya lebih memberi ruang untuk agensi tersebut.

22

  

Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh negara‐negara Komanwel lainnya.  Secara

keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa mahkamah tidak menganggap kebebasan diri sebagai

sesuatu yang asasi di sini.  Sikap ini member gambaran bagaimana sikap dan persepsi mahkamah boleh

member kesan – baik positif dan sebaliknya – terhadap ruang‐lingkup hak‐hak asasi.  Sekiranya undang‐

undang yang ada ketat sekalipun ia tidak member kesan yang negative sekiranya mahkamah bersedia

memberikan tafsiran yang liberal terhadap peruntukan‐peruntukan berkenaan.    Sesekali ada juga

mahkamah memperlihatkan pendekatan yang kreatif.

23

   Bagaimanapun ini tidak sepenuhnya selarasdengan kehendak perlembagaan kerana ia tidak selari
dengan peruntukan atau prinsip lain yang lebih
penting.

24

  

Perkara 6  ‐  Larangan terhadap Keabdian dan Kerja Paksa

Perlembagaan Persekutuan melarang keabdian dan kerja paksa.  Bagaimanapun peruntukan ini belum

pernah menjadi pertikaian di mahkamah.  Dengan itu tidak diketahui setakat mana ia berkesan atau

sebaliknya.    Walau apapun ada pendapat yang menyatakan bahawa meskipun larangan terhadap

keabdian dan kerja paksa jelas peruntukan ini masih tidak mencukupi.

25

  Sama ada ini betul atau tidak

apa yang jelas ialah sewaktu timbul laporan‐laporan mengenai layanan buruk terhadap buruh asing

khususnya pembantu rumah tidak Nampak bagaimana peruntukan di bawah Perkara 6 ini boleh

member perlindungan.

26

   Peruntukan berkenaan kelihatannya cuma berguna untuk menyekat atau

mencabar tindakan pihak berkuasa supaya tidak sah

27

dan seumpamanya sedangkan pihak yang

menanggung penderitaan tidak mendapat apa‐apa.

Perkara 7 – Hak untuk mendapat perlindungan daripada Undang‐undang  

Jenayah berkuatkuasa kebelakangan dan Perbicaraan berulang

Peruntukan ini mengkanunkan prinsip Common Law Inggeris

28

tentang perlindungan daripada undang‐

undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang.   Ini bermakna seseorang
itu tidak boleh dibicarakan atas sesuatu yang tidak menjadi kesalahan semasa ia dilakukan.  Seseorang

juga tidak boleh dibicarakan sekali lagi setelah dia dibebaskan oleh mahkamah.  Setakat ini peruntukan

ini tidak begitu banyak signifikannya kerana mahkamah mengambil pendekatan yang terlalu teknikal

29

sehingga menyebabkan sukar untuk mendapat perlindungan di bawah peruntukan ini.  Dalam keadaan

di mana kesilapan tidak berpunca daripada yang dituduh pun – yang menyebabkan perbicaraan menjadi

tidak sah – pendekatan demikian masih digunakan.

30

  Melihat kepada aliran dalam keputusan‐keputusan

itu boleh dikatakan bahawa mahkamah tidak cuba menyelami maksud dan falsafah asal doktrin common

law yang telah diakui oleh perlembagaan itu.

Perkara 8 – Hak sama rata di sisi Undang‐undang

Hak sama rata di sisi undang‐undang yang disebut oleh peruntukan ini adalah antara prinsip sejagat

yang disebut oleh banyak instrument hak‐hak asasi dunia.   Prinsip kesamarataan ini sering sinonim

keadilan itu sendiri.  Di bawah peruntukan ini perbezaan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir

tidak boleh menjadi criteria bagi jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam.  

Bagaimanapun sama seperti peruntukan‐peruntukan yang sebelumnya mahkamah mengambil

pendekatan yang sempit; tidak liberal dan umumnya bersifat polisi sehingga tidak banyak cabaran yang

Berjaya di bawah peruntukan ini.  Dalam hubungan ini mahkamah semacam dapat menyelami maksud

asal peruntukan berkenaan dan kes‐kes setakat ini semacam menunjukkan keputusan yang diwarnai

oleh polisi31.  Walaupun begitu sesekali, apabila pelaksanaan prinsip kesaksamaan tidak menyentuh hal‐

hal yang sensitif di sisi perlembagaan, mahkamah dengan lantang mengutuk apa yang dilihatnya sebagai

tidak saksama itu.

32Perkara 9 – Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

Prinsip umum yang disebut oleh peruntukan ini menyatakan bahawa “Tiada seseorang warganegara pun
boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam Persekutuan”.  Mungkin boleh dihujah bahawa ada

keadaan‐keadaan di mana peruntukan ini boleh atau perlu dibaca bersama dengan peruntukan‐

peruntukan lain.   Ini termasuk peruntukan mengenai hak terhadap kebebasan beragama.

33

  Walau

apapun sebagaimana peruntukan‐peruntukan lain hak ini juga tidak mutlak dan boleh disekat; termasuk

dalam konteks Sabah dan Sarawak yang mempunyai kedudukan istimewa dalam persekutuan.

34

  Hak

untuk bebas bergerak ini turut mempunyai kaitan dengan integrasi nasional.

35

Perkara 10 – Hak untuk bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan

Peruntukan ini menyatakan hak‐hak yang buat masa ini begitu banyak diperkatakan oleh orang ramai.  

Secara umum peruntukan ini menyatakan bahawa warganegara Malaysia “adalah berhak (untuk) bebas

bercakap dan mengeluarkan fikiran”.  Mereka juga “berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak

bersenjata”.   Perkara 10 juga menyebut bahawa “semua warganegara adalah berhak menubuhkan

persatuan”.   Peruntukan ini sangat penting di sisi demokrasi kerana ia mengkanunkan hak‐hak yang

amat asasi dalam demokrasi.   Contohnya kebebasan akhbar adalah lanjutan daripada hak mengenai

kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran.  Bagaimanapun ini tidak wujud di Malaysia kerana para

penulis dan penerbit umumnya tertakluk kepada ihsan penguasa untuk berbuat demikian; suatu

fenomena yang kelihatan jika kita teliti peruntukan‐peruntukan dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak

1984.

36

  Selain itu ada juga undang‐undang tentang hasutan dan rahsia rasmi.

37
  Kesan daripada semua

statut ini ialah betapa perbahasan umum – dalam ertikata yang sebenar – begitu sukar diadakan.  Begitu

juga dengan hak untuk berkumpul secara aman

38

; yang dinafikan melelui kewujudan undang‐undang

yang mewajibkan permohonan permit di bawah Akta Polis 1967.   Kuasa ini diberikan secara mutlak:

pihak berkenaan tidak perlu member sebab atau menjustifikasikan larangan mereka berdasarkan alasan‐

alasan yang dinyatakan oleh perlembagaan.  Hak ketiga, yakni hak untuk menubuhkan persatuan, juga

sudah disekat dan apa yang asalnya dikatakan hak itu sudah menjadi ihsan apabila pihak berkuasa diberi

kuasa yang luas untuk melulus, menggantung atau mengharamkan pertubuhan‐pertubuhan di bawah

Akta Pertubuhan 1972.   Perlu ditegaskan bahawa ketiga‐tiga kumpulan hak di bawah Perkara 10 ini

adalah hak‐hak yang amat penting dalam proses demokrasi.   Sukar hendak dibayangkan bagaimana

sebuah demokrasi boleh beroperasi sebagaimana seharusnya tanpa ketiga‐tiga hak yang mendasar ini.  

Ketiga‐tiga hak ini adalah landasan dan saloran yang amat penting yang sekaligus berfungsi

mengelakkan politik yang bercirikan keganasan.  Dengan kata lain kebebasan bersuara, berhimpun dan

berpersatuan tidak boleh dinafikan sekiranya kita mahu memanggil system kita sebuah demokrasi yang

tulen.  Kesemua sekatan dan undang‐undang di atas memang dijustifikasikan dengan seal macam alasan

yang muluk dan indah.   Bagaimanapun pada praktisnya kebanyakan sekatan‐sekatan itu digunakan

untuk menyulitkan perbahasan dan perbincangan yang sihat; yang selaras dengan tuntutan demokrasi

tentang ketelusan dan akauntabiliti.  Sudah tentulah fenomena sedemikian meletakkan pihak berkuasa

di bawah mikroskop; sesuatu yang tidak menyenangkan mereka.

Salah satu hujah yang sering kedengaran ialah betapa hak‐hak untuk berhimpun, bersuara dan

berpersatuan di bawah Perkara 10 ini sering dianggap sebagai sesuatu yang mewah; yang hanya
relevandi negara‐negara yang maju.  Negara ini, sebagai Negara yang masih membangun, tidak
memerlukannya

kerana rakyat lebih memerlukan hak untuk pembangunan; mendapatkan hal‐hal yang dianggap asas.  Ini
kurang tepat.  Yang pertama di mana‐mana pun, di Timur maupun di Barat, kemiskinan dan kemunduran

tetap wujud.  Justeru itu kemakmuran yang merata boleh dikatakan sebagai utopia.  Sebab itu tidak ada

sebab mengapa hak untuk bersuara harus dinafikan.   Yang keduanya pembangunan perlu dikaitkan

dengan pembangunan insan.  Walhasil konsep hak‐hak asasi itu sendiri turut berkait rapat dengan

pembangunan kerohanian.   Selain itu, kalau sekiranya diandaikan benar bahawa apa yang diperlukan

oleh rakyat Malaysia ialah pembangunan, hak inipun sebenarnya sukar untuk dipisahkan daripada hak

untuk bersuara.  Tidakkah ia perlu sekiranya pembangunan dinafikan atau tidak seimbang?  Atau pun

apabila pembangunan diberi atas pertimbangan kronisme dan seumpamanya? Selain itu, bagi

penduduk‐penduduk di kawasan setinggan umpamanya, tidakkah kebebasan bercakap dan berhimpun

itu perlu apabila dengan tiba‐tiba kawasan kediaman mereka dirampas?   Itulah sebabnya hujah yang

mendakwa bahawa hak untuk bersuara tidak relevan bagi masyarakat membangun sebenarnya adalah

percubaan tersembunyi untuk mengesahkan penekanan dan penindasan.

39

Perkara 11 dan 12 – Hak mengenai kebebasan berugama dan pelajaran

Menurut peruntukan ini, “tiap‐tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya” di

samping mengembangkannya setakat yang diizinkan oleh perlembagaan.  Kebebasan ugama di bawah

peruntukan ini turut mengiktiraf hak seseorang untuk tidak dipaksa membayar apa‐apa cukai bagi

maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.    Perkara 11 juga menyatakan hak

kumpulan agama untuk menguruskan hal ehwal agama tersebut.   Ini merangkumi penubuhan yayasan,

khairat serta pemilikan harta.  Boleh dikatakan bahawa hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11

berkait dengan Perkara 12 yang menyentuh mengenai hak‐hak berkenaan dengan pelajaran.  Perkara

12, bertentangan dengan tanggapan setengah orang, bukan tentang hak asasi tentang pendidikan.  

Sebaliknya ia lebih merupakan kendaraan buat hak‐hak yang dikanunkan oleh Perkara 11.

Setakat ini pendekatan yang diambil oleh mahkamah tidak sepatutnya selaras dengan kehendak

peruntukan berkenaan.   Jika dibaca peruntukan umum Perkara 11 agak jelas bahawa semua orang –
warganegara atau sebalik, Islam atau tidak – berhak mendapat layanan yang sama.   Bagaimanapun

orang‐orang Islam setakat ini semacam tidak mendapat layanan sedemikian di bawah peruntukan ini.

40

  

Mungkin boleh dihujah bahawa hak kebebasan beragama di Malaysia perlu dibaca dalam konteks

kerangka perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi yang berhak, berdasarkan sejarah

dan keadaan sosio‐politik negara ini

41

, mendapat layanan yang lebih sedikit daripada agama‐agama

lain.

42

Seperti yang disebut di atas hatta Perisytiharan Hak‐hak Asasi Sejagat 1948 tidak menetapkan hak

ini sebagai sesuatu yang perlu diterima oleh semua negara tanpa sebagai syarat.  

Perkara 13 ‐  Hak terhadap Harta

Peruntukan terakhir dalam Bab 2 ialah Perkara 13 yang memuatkan hak terhadap harta.  Menurut

peruntukan ini “tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undan‐undang”.  

Perkara 13 juga menyatakan bahawa undang‐undang yang mengambil harta seseorang mesti

menyediakan “pampasan yang mencukupi”.  Tafsiran mahkamah ke atas peruntukan ini menarik


keranameskipun ia menyerahkan pembuatan keputusan kepada kerajaan

43

, ia turut membenarkan hak‐hak

yang tidak diakui dengan jelas oleh undang‐undang; contohnya hak orang asli untuk hidup dalam habitat

asal mereka.

44

   Perkembangan terbaru dalam sains dan teknologi kelihatannya boleh ditangani oleh

peruntukan ini.  Ini termasuklah apa yang disebut sebagai harta intelek itu.  Setakat ini konsep harta di
bawah Perkara 13, sekurang‐kurangnya pada mahkamah tempatan, tidak disempitkan kepada hartanah

sahaja.

45

  

Seperkara yang jelas berhubung dengan peruntukan‐peruntukan di bawah Bahagian Dua ialah

betapa kurangnya komitmen dan kreativiti mahkamah‐mahkamah kita dalam melaksanakannya.  

Meskipun setiap hakim bersumpah “untuk mempertahankan perlembagaan”

46

sewaktu dilantik

komitmen dan keberanian dalam kes‐kes yang berhubung dengan Bahagian Dua tidak banyak
kelihatan.  

Ini disebut kerana badan kehakiman adalah benteng terakhir buat ideal peruntukan‐peruntukan

berkenaan.   Jika demikian keadaannya adalah sukar untuk mengharapkan ruang‐lingkup peruntukan‐

peruntukan berkenaan dapat diperluaskan.   Ini kerana jika ruang yang ada pun sudah disempitkan

apalagi hak‐hak yang tidak disebut secara jelas oleh peruntukan‐peruntukan berkenaan.

PERANAN PARLIMEN, EKSEKUTIF DAN

MAHKAMAH DAN KESANNYA

Bahagian ini cuba melihat dan menganalisis bagaimana cabang‐cabang pemerintahan di atas telah

memainkan peranan mereka dalam perlaksanaan peruntukan‐peruntukan mengenai hak‐hak asasi di

Malaysia.   Ini dapat menerangkan apakah kenyataan yang ada hari ini berpunca daripada kelemahan

peruntukan perlembagaan atau cara Parlimen, Eksekutif dan Mahkamah memainkan peranan mereka

selama ini.  Mungkin berfaedah untuk dijelaskan bahawa dalam demokrasi berparlimen seperti Malaysia

doktrin perasingan kuasa (doctrine of separation of powers) tidak dilaksanakan secara seratus peratus.

47

Parlimen dan eksekutif tidak dipisahkan kerana ahli jemaah‐jemaah menteri (kabinet) mesti dilantik

daripada kalangan ahli‐ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.  Mengenai mahkamah pula meskipun ia
diasingkan daripada kedua‐dua cabang tadi, hakim‐hakim pada hakikatnya dilantik oleh pihak

ekseklutif.

48

  Hubungan‐hubungan ini perlu disedari kerana ia penting bagi kita memahami bagaimana

suatu cabang pemerintahan itu boleh terpengaruh atau dipengaruhi oleh badan yang lain.

49

Cara Parlimen membataskan ruang‐lingkup peruntukan‐peruntukan yang disebut di atas secara

langsung memberi kesan kepada hak‐hak asasi di Malaysia.  Wujudnya undang‐undang seperti Akta

Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, Akta Pertubuhan 1972, Akta Polis 1967, Akta

Rahsia Rasmi 1972 dan seumpamanya telah menyebabkan hak‐hak yang disebut tadi tidak begitu

bermakna pada praktiknya.   Akta‐akta berkenaan menyebabkan hak‐hak yang sepatutnya asasi itu

menjadi sesuatu yang seolah‐olah ‘hadiah’ atau ‘kurniaan’ dari pihak pemerintah.  Secara umum tidak

salah jika dikatakan bahawa kedudukan perlembagaan sebagai undang‐undang yang tertinggi tidak

begitu kelihatan dalam sebuah persekitaran yang dipenuhi oleh statut‐statut sedemikian.  Contohnya,

hak menubuhkan persatuan atau berhimpun secara aman perlu diberi izin terlebih dahulu oleh

pemerintah.    Disinilah terletaknya kepentingan peranan, kefahaman serta komitmen Parlimen dan

Eksekutif dalam soal hak‐hak asasi.Mengenai kehakiman pula cara hakim‐hakim mentafsirkan undang‐
undang turut memberi kesan

kepada ruanglingkup kepada peruntukan‐peruntukan dalam perlembagaan dan undang‐undang.  

Latarbelakang dan cara berfikir hakim‐hakim cukup penting di sini.  Faktor‐faktor ini harus diambilkira

kerana peruntukan‐peruntukan tadi perlu ditafsir dan fungsi ini bukan sesuatu yang mekanikal.   Apa

yang dianggap sebagai menghasut dan sensitif ketika negara masih dibelenggu oleh ancaman subversive

komunis tidak harus kekal sekarang: tafsiran perlembagaan harus beruabh sesuai dengan masa dan

tidak harus dikekang oleh doktrin duluan sebagaimana undang‐undang lain seperti kontrak, keluarga

dan seumpamanya.   Agak jelas bahawa selain daripada wujudnya statut‐statut tadi tafsiran‐tafsiran

mahkamah setakat ini tidak membayangkan sikap yang liberal dan progresif.   Akibatnya peruntukan‐
peruntukan mengenai kebebasan diri

50

dan kebebasan bersuara, umpamanya, tidak lagi begitu

bermakna.  Setakat ini mahkamah belum bersedia untuk mengambil peranan aktif dalam memberikan

tafsiran yang lebih adil dan mendekati falsafah umum kebebasan asasi itu sendiri.

51

Perlu disebut bahawa selain daripada cara dan tanggapan institusi‐institusi tadi memainkan

peranan mereka, hak‐hak asasi manusia di Malaysia sentiasa berdepan dengan kuasa‐kuasa darurat di

bawah Perkara 150 yang pada hakikatnya boleh menggantung sebahagian besar peruntukan‐peruntukan

perlembagaan.

52

    Begitu juga dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang diluluskan oleh

Parlimen di bawah Perkara 149.

53

  Dua halangan besar ini sentiasa menghantui pelaksanaan hak‐hak

asasi di Malaysia.  Halangan‐halangan ini menyebabkan hak‐hak yang dikanunkan di bawah Bahagian

Dua itu pada hakikatnya kurang bersifat asasi dalam ertikata yang sebenarnya.  Di bawah Perkara 150

pihak Eksekutif jelas boleh melakukan, kecuali dalam beberapa perkara tertentu

54

, apa sahaja yang tidak

boleh dilakukan melalui parlimen.   Parlimen pula, kecuali dalam segelintir isu‐isu tertentu

55

, boleh

melanggar peruntukan‐peruntukan hak‐hak asasi sekiranya mereka menganggap bahawa keselamatan

negara akan atau sedang diancam.


56

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) – ANALISIS

PERMULAAN TERHADAP SUMBANGAN DAN PERANANNYA

Meskipun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia baru sahaja ditubuhkan

57

suatu analisis perlu dilakukan.  

Penubuhannya boleh disifatkan sebagai suatu respons terhadap pelbagai tuntutan dan seruan bagi

memperbaiki dan memperkukuh hak‐hak yang dianggap asasi di bawah perlembagaan.  Walau apapun

memandangkan bahawa suruhanjaya ditubuhkan ketika scenario politik negara mengalami kegawatan

58

ia boleh disifatkan sebagai suatu gerak yang mempunyai cirri gimik politik.   Dengan itu terpulanglah

kepada pihak berkuasa dan jgua tenaga penggerak SUHAKAM sendiri untuk membuktikan bahawa

dakwaan‐dakwaan yang sinikal itu salah dengan cara mengizinkan suruhanjaya menjalankan tugas

59

dan

peranannya selaras dengan tuntutan Bahagian Dua.  Meskipun SUHAKAM tidak semestinya tidak efektif

– contohnya ia mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan atas inisiatifnya sendiri – ini perlu

dibuktikan dengan tindakan.    Setakat ini belum kelihatan tindakan‐tindakan yang bermakna selain

daripada dialog dengan anggota polis

60

– yang buat masa ini menjadi sasaran kritikan atas tindak tanduk

mereka dalam soal hak asasi – yang bagaimanapun belum menghasilkan sebarang langkah dan

cadangan yang konkrit dari pihak SUHAKAM.  Begitu juga dengan prosedur untuk membuat aduan yang

dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan.

61Selain daripada ketika dan suasana SUHAKAM ditubuhkan ada lagi hal‐hal yang boleh dikira
menyulitkan SUHAKAM memainkan peranannya.    Ini termasuklah tempoh jawatan

62

bagi ahli‐ahli

suruhanjaya

63

yang, jika dibandingkan dengan negara‐negara lain, pendek dan mungkin menyebabkan

peranannya kurang berkesan.    Yang paling serius ialah perlunya perlantikan ahli‐ahli suruhanjaya

mendapat persetujuan kerajaan.    Begitu juga dengan penamatan perkhidmatan anggota‐anggota

suruhanjaya yang diletakkan di tangan kerajaan.

64

  Sukar difahami mengapa peruntukan seperti ini boleh

dimasukkan ke dalam akta berkenaan di tengah‐tengah kontroversi penafian hak‐hak asasi dan kerajaan

sendiri menjadi pihak yang paling banyak dipersalahkan.   Memandangkan fungsi suruhanjaya sukar

untuk menerima mengapa ia tidak diberikan kuasa untuk menetapkan peraturan dalam menjalankan

tugas‐tugasnya di bawah akta berkenaan; sesuatu yang diberikan kepada kerajaan.

65

  Dalam pada itu

semacam agak sulit bagi suruhanjaya menjalankan tugas mereka dengan bebas apabila ia masih

terpaksa bergantung kepada ihsan pihak kerajaan dalam mengendalikan aduan‐aduan pencabulan hak‐

hak asasi.  Sepatutnya SUHAKAM diberi kemudahan dan peruntukan sendiri.

66

  Berdasarkan maklumat

mutakhir SUHAKAM masih belum mempunyai pentadbiran dan kakitangan sendiri

67

; sesuatu yang
sangat perlu jika peranan yang dikanunkan untuknya hendak benar‐benar dijalankan dengan berkesan.  

Bagaimanapun fenomena ini semacam sesuatu yang lumrah di Malaysia; sesuatu yang juga dialami oleh

suruhanjaya‐suruhanjaya dan agensi‐agensi lain yang mempunyai peranan penting di sisi perlembagaan

seperti Suruhanjaya Pilihanraya: mereka diletakkan di bawah ihsan pentadbiran kerajaan yang secara

lumrahnya menyebabkan mereka sukar hendak mengambil sikap yang bebas sebagaimana yang

dikehendaki oleh semangat keperlembagaan.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

    

Selain kesimpulan bahagian ini cuba mencadangkan langkah‐langkah untuk memperbaiki keadaa.   Ini

didasarkan kepada kenyataan dan masalah yang dibincangkan di atas.  Seperti yang dinyatakan di atas

tadi laporan Suruhanjaya Reid gagal memperjelaskan landasan peruntukan‐peruntukan berkenaan;

sesuatu yang turut menyumbang terhadap masalah yang kita hadapi sekarang.  Bagaimanapun apa yang

dikatakan sebagai kegagalan ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diperbaiki.    Lagipun apa yang

menyebabkan hak‐hak itu menjadi kurang signifikan ialah cara pelaksanaannya yang berpunca daripada

tanggapan kita sendiri tentang sifat dan ruang‐lingkup hak‐hak tersebut.  Dari sudut ini Suruhanjaya Reid

tidak boleh dipersalahkan selama‐lamanya kerana mereka menyangka kita bertamadun dan sedar akan

kepentingan hak‐hak itu.  Walau apa pun jelas bahawa Bahagian Dua meliputi ruang yang agak luas –

daripada persoalan kebebasan diri hinggalah kepada hak memiliki harta.    Boleh dihujah bahawa

bahagian itu mempunyai potensi untuk merangkum pelbagai jenis hak.   Ini dihujah dengan andaian

bahawa setakat ini belum ada pendekatan sedemikian.

68

Oleh kerana sebahagian daripada masalah dan ketidakadilan berpunca daripada cara

perlaksanaan peruntukan perlembagaan dan undang‐undang, maka pihak‐pihak berkenaan perlulah

mengkaji semula cara mereka melaksanakan kuasa‐kuasa mereka.   Ini sangat relevan terutamanya

dalam konteks polis dan mahkamah.  Seperti yang telah disebutkan pendekatan dan tindakan mereka
mempengaruhi secara langsung ruang lingkup peruntukan‐peruntukan mengenai kebebasan.  

Bagaimanapun perlu diakui bahawa perubahan pendekatan ini memerlukan keberanian intelektual;

sesuatu yang hanya boleh dicetuskan oleh kesedaran moral dan agama yang tulen dan
kuat.  Seperkarayang penting dalam konteks masyarakat Barat ialah betapa mereka – rakyat dan
penguasa –

menganggap kebebasan dan hak asasi sebagai sesuatu yang, seolah‐olahnya, terlalu suci dan kudus

sehingga tidak boleh ditolakansurkan.  Dengan itu semua pihak akan menggunakan seal daya dan ruang

yang mereka memiliki untuk tidak mengizinkan diskriminasi dan penindasan dalam apa bentuk

sekalipun.   Ini terutamanya dalam konteks pihak berkuasa awam.  Ada golongan tertentu di negara ini

yang cuba menonjolkan apa yang mereka lihat sebagai penindasan dan diskriminasi – sama ada di

Eropah atau di Amerika – sebagai usaha halus untuk mengesahkan penafian hak asasi di negara ini.  

Bagaimanapun perlu ditegaskan bahawa fenomena itu adalah sesuatu yang terpencil: ia bukan sesuatu

yang lumrah.   Selain itu ia tidak ditaja oleh pihak berkuasa.   Dalam pada itu media mereka bebas

mengkritiknya.

Meskipun kerangka perlembagaan yang ada boleh dikatakan mampu untuk mengizinkan

keadaan dan perubahan di atas, pada hakikatnya itu semua terlalu bergantung kepada kekuatan

manusia yang melaksanakannya.  Dengan kata lain rakyat, seolah‐olahnya, diletakkan di bawah ihsan

para penguasa sedangkan seperti yang dinyatakan di atas tadi, hak‐hak tersebut adalah sesuatu yang

wujud serentak dengan kelahiran mereka.    Institusi‐institusi berkenaan hanya diamanahkan untuk

menjaganya sahaja.    Sayangnya pengalaman setakat ini tidaklah begitu menceriakan, ia bagaikan

harapkan pagar, pagar makan padi.   Dengan sebab itu ada cadangan yang mahukan supaya sebuah

penyemakan perlembagaan bagi tujuan membicangkan scenario yang ada dan kemudian memberi

cadangan untuk memperkuatkan perlindungan‐perlindungan terhadap rakyat diadakan.    Selain

memperkuat dan memperjelaskan peruntukan‐peruntukan yang ada peruntukan‐peruntukan baru yang

lebih berakar dan berinspirasikan semangat ajaran agama kita perlu diwujudkan.  Ajaran‐ajaran agama

penduduk tempatan seperti Islam, Hindu, Buddhisme, Confucianisme dan nilai‐nilai Asia lainnya amat
kaya dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan.   Walaupun kita menyanjung penonjolan nilai‐nilai

tempatan kita harus berhati‐hati kerana nilai‐nilai timur dan Asia yang cuba ditekankan hari ini kelihatan

lebih bersifat sebagai percubaan untuk memperkukuhkan kedudukan pemerintah dan kepentingan‐

kepentingannya.    Nilai‐nilai Timur yang cuba ditonjolkan hanya bertumpu kepada nilai‐nilai yang

menghalang ketelusan

69

, pertanggungjawaban dan hak pemerintah sedangkan hak rakyat tidak diberi

perhatian.   Persoalan agama dan tradisi perlu ditekankan kerana keadilan pada hakikatnya adalah

sesuatu bertunjangkan nilai‐nilai langit; yang samawi atau semulajadi.

70

  Barat dan Timur mempunyai

beberapa persamaan dalam soal ini.  Tanggapan yang melihat bahawa konsep kebebasan dan hak asasi

sebagai sesuatu yang bersifat Barat adalah karut

71

; apatah lagi mengingat bahawa dalam ajaran Islam

sendiri batasan hak dan tanggungjawab khususnya di kalangan pemerintah sangat‐sangat dituntut.

72

  

Menarik untuk disebut betapa di dalam Islam dan tamadun Barat pemerintah dituntut supaya tidak

menginjak‐injak hak yang dimiliki oleh rakyat.   Jika di Barat pemerintah sentiasa diawasi supaya tidak

mencabul hak rakyat dalam Islam pemerintah di peringkatkan supaya tidak menafikan hak yang telah

dimaktubkan oleh Allah s.w.t sendiri.

73

  Boleh dihujah bahawa tuntutan Islam dalam soal ini lebih tegas

daripada tamadun‐tamadun lain termasuk Barat sendiri kerana ia diancam dengan azab di akhirat.
Salah satu formula yang perlu dipertimbangkan dalam memperkasa peruntukan‐peruntukan di

atas ialah kewujudan sebuah generasi pengamal undang‐undang prihatin terhadap hak‐hak tadi.  

Dengan demikian pada suatu hari ini kita boleh memiliki sebuah system yang tenaga penggeraknya

prihatin terhadap soal‐soal hak ini.   Untuk itu cara pengajaran undang‐undang perlembagaan perlu

diubah

74

supaya tidak lagi terlalu bergantung kepada kes mahkamah yang kadangkala ternyatakehilangan arah
dan ideal.

75

    Penyelidikan, penulisan dan pemahaman

76

terhadap perlembagaan,

dengan kerna itu, jelas memerlukan anjakan paradigma.

77

  Penyelidikan‐penyelidikan bercorak empirikal

dan pengutipan data perlu dimulakan untuk menilai sama ada peruntukan‐peruntukan berkenaan

benar‐benar mempunyai signifikan dalam pengertian yang sebenar.   Para mahasiswa undang‐undang

perlu didedahkan kepada teori dan kenyataan peruntukan‐peruntukan tersebut.   Bagaimanapun ini

tidak mudah untuk dilakukan kerana dana yang agak besar diperlukan.    Tidak dipastikan apakah

pendekatan sebegini akan diberikan sokongan oleh pihak berkenaan.

Meskipun SUHAKAM masih berada di dalam tahap‐tahap awal kewujudannya boleh disifatkan

seabgai masih mencari‐cari bentuk peranan yang hendak dimainkannya.   Setakat ini ia belum boleh

dikatakan sebagai telah memperlihatkan potensi yang menjanjikan harapan yang terlalu cerah.  Selain

suasana yang melatari penubuhannya tokoh‐tokoh yang menganggotainya bukanlah terdiri daripada

mereka yang mempunyai rekod cemerlang dan menyinar dalam persoalan dan perjuangan hak‐hak asasi

di Malaysia.
78

    Dari sudut penubuhan SUHAKAM agak anih.    Ini kerana penubuhannya boleh

membangkitkan beberapa soalan seperti (i) apakah peruntukan‐peruntukan yang dikandung oleh

Bahagian 2 itu tidak mencukupi, (ii) tidak bolehkah perbaikan dibuat tanpa mengenakan bebanan ke

atas wang awam?   Ia juga menimbulkan persoalan kerana perbincangan umum tidak diadakan dalam

soal pemilihan anggota‐anggota badan berkenaan.    Tetapi walau apapun oleh kerana ia telah

ditubuhkan kerjasama perlu diberi dan tekanan perlu dikenakan supaya suruhanjaya sentiasa berada di

atas landasan dan arah yang betul.   Bagaimanapun perlulah diakui bahawa tahap kesedaran tentang

kebesan dan hak asasi di Malaysia masih rendah

79

dan ini perlu dipertingkatkan sekiranya kita benar‐

benar serius untuk memperbaiki keadaan.  Untuk ini penubuhan SUHAKAM perlu diberi sokongan oleh

semua pihak; khususnya kerajaan dengan memberikannya tenaga dan kewangan yang cukup.  Sekiranya

perlu pindaan terhadap akta berkenaan perlu dibuat supaya penubuhannya tidak dianggap sebagai

gimik semata‐mata.

Mungkin perlu ditekankan bahawa apabila kita membuat kesimpulan berhubung dengan hak‐

hak asasi di Malaysia isunya bukanlah soal persepsi; sama ada seseorang itu optimistik atau pesimistik.  

Kesimpulan ini adalah sesuatu yang berdasar kepada kenyataan.    Ia juga bukan soal perbezaan

tanggapan atas satu hal yang sama; yang diibaratkan oleh seorang sarjana seperti melihat air dalam

gelas yang setengah penuh: yang juga boleh dikatakan separuh kosong.

80

   Kalau kita gunakan piawai

antarabangsa (contohnya dalam hal‐hal yang telah dipersetujui sebagai asasi seperti hak untuk bebas

bersuara) apa yang kita miliki di Malaysia lebih merupakan sebuah gelas yang kosong atau tiga suku

kosong atau suku penuh.  Bukan separuh penuh atau separuh kosong seperti yang dicadangkan oleh
sarjana tadi.

Mungkin boleh dikatakan bahawa ideal yang dicita‐citakan itu hanya boleh dihidupkan jika

institusi‐institusi yang berkaitan menyedari kepentingan hak‐hak ini dijamin kepada rakyat.   Badan

kehakiman yang insaf dan prihatin, agensi‐agensi kerajaan yang sedar tentang kepentingan hak‐hak tadi

dalam pembangunan manusia serta pihak media yang memahami ideal itu adalah antara factor‐faktor

yang perlu ada.   Pendeknya kedudukan hak di dalam perlembagaan tidak akan ke mana‐mana jika

institusi‐institusi awam, baik yang diwujudkan oleh perlembagaan atau sebaliknya, gagal memahami

ideal tadi.  Dalam pada itu kandungan dan ideal peruntukan‐peruntukan itu tidak akan terlaksana jika

perlembagaan masih difahami secara harfiah dengan mengabaikan semangat dan falsafahnya.Ini semua
menekankan betapa perubahan dari segi pemahaman dan pelaksanaan peruntukan‐

peruntukan hak‐hak asasi ini memerlukan perubahan dan penyesuaian yang sama dan menyeluruh serta

mendasar dalam institusi‐institusi berkenaan: eksekutif, badan perundangan, badan kehakiman,

kalangan akademik perlu mempunyai wawasan yang bersesuaian sekiranya peruntukan‐peruntukan tadi

hendak diharapkan menjadi pelindung kepada hak‐hak asasi rakyat.  Ertinya kesemua proses ini perlu

berjalan serentak jika peruntukan‐peruntukan dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan itu

hendak benar‐benar dilaksanakan dalam bentuk dan semangatnya.

NOTA PENGHUJUNG

*DPA (UiTM), LLB Hons (UIAM), LLM (Nottm) & PhD (Birmingham); Profesor Madya dan Penyelaras

Kursus Undang‐undang Perlembagaan, Kuliah Undang‐undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM), Gombak, Selangor Darul Ehsan.

1. Contohnya Akta Penerbitan dan Mescin Cetak 1984 dan Akta Pertubuhan 1972.    Untuk

perbincangan lanjut lihat perbincangan mengenai kebebasan bersuara dan perpersatuan (hak

yang dikanunkan oleh Perkara 10) di bawah Bahagian IV artikel ini.

2. Lihat Tunku Sofeah Jiwa, Public International Law – A Malaysian Perspective, Vol. I(1996), hal.

465.

3. Untuk perbincangan lanjut lihat, umpamanya, Malanczuk, P., Akehurst’s Modern Introduction to
International Law, edisi ketujuh (1997), hh. 209‐11.

4. Lihat Abdul Aziz Bari, “Right to Life under the Federal Constitution and Environmental Issues”

[1999] 1 MLJ1x.

5. Untuk ini lihat umpamanya Hashim Yeop A. Sani, YA Datuk, Perlembagaan Kita (1980), hh. 6‐8.  

Teks dokumen ini boleh didapati dari Tunku Sofeah Jiwa, supra, hh. 468‐73.

6. Contohnya Piagam Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1966 dan Konvensyen Hak‐Hak

Asasi Amerika 1978.  

7. Contohnya Konvensyen mengenai Hak‐hak Asasi Eropah 1950.

8. Perisytiharan Kahirah mengenai Hak‐hak Asasi Manusia dalam Islam 1990.

9. Lihat Abdul Aziz Bari, “The Politics of Human Rights”, Sunday Sun, 10 August 1997, hal. 18.

10. Termasuk kerajaan dengan kuasa terhad (limited government), perasingan kuasa (separation of

powers) dan akhir‐akhir ini ketelusan (transparency) dan akauntabiliti.

11. Keluhuran Perlembagaan, yang merupakan salah satu prinsip Rukunegara yang diisytiharkan

pada 1970 selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, diterjemahkan ke bahasa Inggeris sebagai

Rule of Law.  Tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Rukunegara itu.

12. Lihat bukunya, An Introduction to the Study of Law and The Constitution, edisi ke 10 (1970), Bab

12.

13. Lihat Colonial Office, Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957, No.

330, para 161.

14. Ibid, Lihat juga Kertas Putih, yakni Colonial Office, Federation of Malaya Constitutional Proposals

1957, Cmnd.210, para 53. Dokumen yang merupakan hasil semakan ke atas Laporan Reid ini

juga tidak membuat apa‐apa syor.   Kelihatannya ia mengambil sikap yang sama; malah ia

berpendapat bahawa peruntukan mengenai kedaulatan undang‐undang seperti yangdicadangkan oleh


Laporan Reid tidak perlu dan masalah yang berkenaan boleh ditangani dengan

undang‐undang biasa: lihat para 53.

15. Lihat Mohamed Suffian bin Hashim, Tun, An Introduction to the Constitution of Malaysia, edisi
kedua, (1976), hlm. 206.

16. Lihat Schwartz, B., American Constitutional Law (1955), hh. 240‐41.  Lihat juga Dennis v United

States 341 US 494, 584 (1951).

17. Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(4).

18. Lihat kes Che Ani bin Itam v PP [1984] 1 MLJ 113, 115.

19. Lihat kes Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1969] 2 MLJ 139.

20. Lihat Pritchard, J., The Penguin Guide to the Law, edisi kedua (1985), hal. 667.

21. Ibid.

22. Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(3) dan kes‐kes seperti Mohamed bin Abdullah v PP

[1980] 2 MLJ 201, Sim Kee Ghuan v PP [1982] 2 MLJ 382 dan PP v Vengadasalam [1990] 1 MLJ

507.    Mahkamah mengambil pendekatan yang begitu perlahan dalam kes‐kes ini.    Perlu

dinyatakan hak dibela oleh peguam bukan hak untuk mendapat kebebasan otomatis; ia sekadar

hak untuk dibela oleh seorang yang mengetahui selok‐belok undang‐undang.  

23. Lihat keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan

Pendidikan & Anor [1996] 1 MLJ 261 yang mengaitkan hak untuk hidup di bawah Perkara 5

dengan soal pekerjaan.

24. Lihat komen terhadap Tan Tek Seng, supra, dalam Abdul Aziz Bari, “Administrative Law” dalam

Sharifah Suhanah Syed Ahmad (ed), Survey of Malaysian Law 1996, hh. 199‐201.

25. Ranjan, P.S., “Slavery – A Continuing Evil”, [1999] 4 MLJ cxli.

26. Lihat Kes Wong Lai Fatt v PP [1973] 2 MLJ 31, sebuah kes jenayah yang membayangkan bahawa

bentuk‐bentuk beabdian sebenarnya masih wujud.

27. Lihat Abdul Aziz Bari, “Forced Labour and the Constitution”, Sunday Sun, 17 Mei 1998, hal. 18.

28. Yakni autrefois convict (yang dituduh telah pun disabitkan) autrefois acquit (yang dituduh telah

pun dibebaskan).

29. Lihat kes‐kes PP v Musa [1970] 1 MLJ 101 yang melibatkan kes tahanan pencegahan, PP v The
Cheng Poh [1978] 1 MLJ 68 dan Jamali bin Adnan v PP [1986] 1 MLJ 162 yang melibatkan

hukuman mati mandatory.

30.   Lihat umpamanya kes Fan Yew Teng v PP [1975] 2 MLJ 235.

31. Lihat prinsip yang digariskan dalam PP v Datuk Harun Idris [1977] 2 MLJ 155, 165 dan PP v Khong

Teng Khen [1976] 2 MLJ 116, 118.    Lihat juga perbezaan yang ketara dalam keputusan

Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi dalam kes Government of Malaysia v VR Menon [1990]

1 MLJ 277 dan [1987] 2 MLJ 642.

32. Lihat kes PP v Tunku Mahmood Iskandar & Anor [1973] 1 MLJ 128.

33. Dalam kes Government of Malaysia v Loh Wai Kong [1972] 2 MLJ 33 kebebasan bergerak

dikaitkan dengan hak mendapatkan passport dan Perkara 5 mengenai kebebasan diri.  

Bagaimanapun ini mungkin berubah jika isu itu dikaitkan dengan kebebasan beragama;

contohnya permohonan mendapatkan passport untuk menunaikan haji di Makkah.

34. Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 9(3) dan kes Datuk Syed Kechik bin Syed Mohamed v

Government of Malaysia [1979] 2 MLJ 101.35. Lihat penghakiman Raja Azlan Shah HMT (pada ketika itu)
dalam kes Assa Singh v Menteri Besar

Johor [1969] 2 MLJ 30.

36. Lihat Abdul Aziz Bari, “Di Malaysia tidak ada Kebebasan Akhbar!”, Eksklusif, Bil. 42, 31 Januari

2000, hal. 17.

37. Lihat Abdul Aziz Bari, “Akta Rahsia Rasmi 1972 – Untuk Keselamatan Negara atau melindungi

Rasuah?”, Eksklusif, Bil. 21, 6 September 1999, hal. 17.

38. Lihat kes PP v Cheah Beng Poh [1984] 2 MLJ 225 di mana mahkamah mengambil pendekatan

yang negative dalam mentafsiran perhimpunan awam; sesuatu yang implikasinya tidak begitu

selaras dengan tuntutan demokrasi.

39. Lihat Abdul Aziz Bari, “Human Rights and Right to Development”, Sunday Sun, 22 Mac 1998 hlm.

17 Lihat juga Rohimi Hj. Shapiee, Third Generation Human Rights – Rights of the Third World,

Conception and Policy Considerations (1994), hh. 86‐90 dan 116‐17.


40. Lihat Abdul Aziz Bari, “Islam in the Federal Constitution – A Commentary on the decision in

Meor Atiqulrahman” [2000] 2 MLJ cxxix, cxxxix, cxlii.

41. Lihat Abdul Aziz Bari, “Sejarah dan hubungannya dengan beberapa cirri penting Perlembagaan

Persekutuan Malaysia”, 10 Kanun (2) Jun 1998, hh. 1 – 15.

42. Lihat Abdul Aziz Bari, “Murtad dalam konteks Kebebasan Beragama di Malaysia”, (1998) 3 JUUM

54.

43. Lihat, umpamanya, kes Kulasingam v Commisioner of Lands, Federal Territory [1982] 1 MLJ 204.  

Konsep ‘undang‐undang’ di sini sama dengan Perkara 5, supra.

44. Lihat kes Kerajaan Negeri Johor & Anor v Adpng bin Kuwau & Ors [1998] 2 MLJ 158 MR dan

[1997] 1 MLJ 418 MT.

45. Lihat keputusan dalam kes Government of Malaysia & Anor v Selangor Pilot Association [1977] 1

MLJ 133, terutamanya keputusan Mahmakah Persekutuan dalam [1975] 2 MLJ 66.  Lihat kritikan

menarik terhadap kes ini oleh Sheridan, L.A., dalam (1977) 4 JMCL 1.

46. Lihat teksnya dalam Perlembagaan Persekutuan, Jadual Keenam,

47. Tetapi lihat Hinds v R [1976] 1 All ER 353, 359 dan [1977] AC 195, 212 di mana Lord Diplock

mengatakan bahawa dalam model Westminster pemisahan tetap wujud; sesuatu yang diulangi

dalam kes Duport Steels Ltd v Sirs [1980] 1 All ER 529, 541 dan [1980] 1 WRL 142, 157.  Begitu

juga dengan Lord Scarman dalam kes yang sama: hh. 551 dan 169.   Lord Donaldson MR juga

menekankan tema yang sama dalam R v HM Treasury, exparte Smedley [1985] QB 657, 666

[1985] 1 All ER 589, 593.  Untuk perbincangan menarik lihat, umpamanya Munro, C.R., Studies in

Constitutional Law (1987) hh. 182‐211.  Bagaimanapun apa yang hendak ditekankan di atas ialah

soal pemisahan yang tidak rigid dan kemungkinan wujudnya pengaruh pihak eksekutif.  Berpisah

sahaja tidak bermakna bahawa pengaruh dan tekanan tidak wujud langsung.  

48. Lihat Re Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; In the matter of an oral application by Dato’ Seri Anwar

bin Ibrahim to disqualify a judge of the Court of Appeal [2000] 2MLJ 481.  Lihat juga Abdul Aziz
Bari, “Kehakiman – Perasingan Kuasa dan Politik”, Dewan Budaya, Jilid. 19, Bil. 11, November

1997, hh. 40‐1.

49. Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Dr. Rais Yatim mengakui bahawa kehakiman boleh

dipengaruhi oleh kerajaan yang memerintah :   lihat “Rais – Judiciary needs rejunevation”, NewStraits
Times, 31 Mei 2000.   Lihat juga kenyataan beliau dalam The Sun 7 Jun 2000 : “My

accounts on judiciary were based on feedback, says Rais”.

50. Lihat umpamanya kes Ooi Ah Phua v OCCI, Kedah & Perlis [1975] 2 MLJ 198 megnenai hak

menemui peguam.  Untuk perbincangan lanjut lihat Tommy Thomas, “The Role of the Judiciary”

dalam ALIRAN, Reflections on the Malaysian Constitution (1987), hh. 54‐108.

51. Sikap ini diperlihatkan dalam kes Public Presecutor v Yee Kim Seng [1983] 1 MLJ 252, 253. Lihat

Harding, “Natural Justice and the Constitution” [1981] 23 Mal. LR 226. Lihat juga Ahmad

Ibrahim, “Interpreting Constitution – Some General Principles”, dalam Trindade, F.A., & Lee,

H.P., (eds), Constitution of Malaysia – Further Developments and Perspectives (1986), hh. 18‐45.

52. Lihat Abdul Aziz Bari, “Perisytiharan Darurat dan Signifikannya”, Dewan Budaya, Jilid 20, Bil. 8,

Ogos 1998, hh. 50‐1. Lihat juga Abdul Aziz Bari, “The Haze and Emergency” Sunday Sun, 21

September 1997, hal. 67 dan _______ “Emergency and Effectiveness” Sunday Sun, 28

September 1998, hal. 19.

53. Lihat Abdul Aziz Bari, “ISA in the light of the Constitution”, Sunday Sun, 15 June 1997, hal. 18.

54. Lihat Perkara 150(6) yang antara lain menyebut soal bahasa dan agama.

55. Lihat Perlembagaan Persekutuan, proviso kepada Perkara 149(1).

56. Ibid, Perkara 149(1) (a) hingga (f).

57. Melalui Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 (Act 597) yang dibentangkan buat

pertama kalinya pada 15 Julai 1999.  Untuk kupasan lanjut lihat Rachagan, S.S., & Tikamdas, R.,

(eds), Human Rights and the National Commission (1999).

58. Yakni ketegangan dan demonstasi Reformasi selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana

Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.  
Kerajaan mendakwa bahawa cadangan menubuhkan suruhanjaya berkenaan sudah wujud lama

sebelum krisis politik berkenaan.   Bagaimanapun kenyataannya ialah SUHAKAM secara rasmi

ditubuhkan selepas September 1998.

59. Untuk ini lihat seksyen 4(1) akta berkenaan.

60. Lihat laporan Berita Harian, 7 Jun 2000, hal. 7: “Dialog PDRM, Suhakam bantuk perjelas

tindakan”.

61. Lihat laporan Berita Harian, 27 Jun 2000, hal. 9: “Suhakam gariskan prosedur buah aduan”.

62. Hanya dua tahun; lihat seksyen 5(4).  Lihat komen terhadap peruntukan ini dalam Shaila Koshy,

“Early tasks of the ‘protector’”, Sunday Star, 23 April 2000.

63. Yang bilangan maksimumnya tidak melebihi 20 orang, dilantik untuk tempoh 2 tahun (seksyen

5(1) dan (4).  Dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri.

64. Lihat seksyen 10(d)(iii) akta berkenaan.

65. Lihat seksyen 22 mengenai kuasa menteri membuat peraturan bagi perjalanan penyiasatan di

bawah akta.

66. Akta melarang SUHAKAM menerima dana asing (seksyen 19(2).    Kewangan suruhanjaya

disediakan oleh kerajaan: seksyen 19(1); gaji dan elaun anggota suruhanjaya ditentukan oleh

kerajaan: seksyen 8(1) dan (2).

67. Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Mahfuz Omar dan YB Teng Chang Kim kerana

maklumat yang diberi hasil pertemuan dengan Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Dato’ Musa

Hitam pada 22 Ogos 2000.68. Lihat keputusan dalam Adong bin Kuwau, supra. Lihat juga Abdul Haseeb
Ansari, “Right to

Healtful Environment as a means to ensure Enviromental Justice – An Overview with Special

Reference to India, Phillipines and Malaysia”, [1998] 4 MLJ xxv.

69. Nilai‐nilai Timur, bagaimanapun, turut menuntut ketelusan dan akauntabiliti.  Malay ini semua

dianggap sebagai sebahagian daripada agama: lihat Abdul Aziz Bari, “Akuantabiliti – Bagaimana

Perlembagaan melaksanakannya?”, Eksklusif, Bil. 48, 13 Mac 2000, hal. 17.


70. Lihat Abdul Aziz Bari, “Rethinking the Idea and Content of Human Rights: A Response” [1997] 1

CLJ xxxii.

71. Lihat Harding, A.J., Law, Government and the Constitution in Malaysia (1996), hh. Viii‐ix.

72. Lihat Kamali, M.H., Freedom of Expression in Islam (1998), hh. 16‐24.

73. Lihat Kamali, M.H., “The Citizen and State in Islamic Law”, Syariah Law Journal, April 1986, hh.

15‐46.

74. Untuk ini lihat, umpamanya, Abdul Aziz Bari, “Teaching Constitutional Law in Malaysia – An

Appraisal”, [1999] 1 MLJ clxvii.

75. Lihat Abdul Aziz Bari, “Malaysian Constitutional Law Syllabus – A Preliminary Discussion on its

Themes, Emphases and Problems”, [2000] 2 CLJ 1.

76. Lihat Abdul Aziz Bari, ‘Perlembagaan – Bagaimana memahaminya?”, Eksklusif, Bil. 24, 27

September 1999, hal. 17.

77. Lihat Abdul Aziz Bari, “Memahami Perlembagaan – Perlu Anjakan Paradigma”, Dewan

Masyarakat, Jilid 38, Bil. 2, Februari 2000, hh. 22‐3.

78. Bekas Ketua Pembangkang di Parlimen, Encik Lim Kit Siang, mengingatkan, ketika

pembentangan Akta Suruhanjaya Hak‐hak Asasi Manusia, perlunya keanggotaannya

diperluaskan.

79. Lihat Sharon Kam, “Rights groups laud move to ‘sensitise’ police”, The Sun on Sunday, 11 Jun

2000, hal. 8.  Lihat juga Abdul Aziz Bari, “Freedom of Speech and Expression in Malaysia after

Forty years”, Insaf (1998) Jilid XXVII, Bil. 3, September 1998, 149 hh. 158‐59.

80. Groves, H.E., “Fundamental Liberties in the Constitution of the Federation of Malaysia”, dalam

Suffian, Lee & Trindade (eds), The Constitution of Malaysia – Its Development 1957 – 1977

(1978), hh. 27‐40, 37.

    http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/aziz.pdf (27/1)

You might also like