MAZHAB AL-MATURIDIYYAH DAN TERJEMAHAN MATAN AL-
AQIDAH AL-NASAFIYYAH
Oleh: As-Syakh Al-Imam Al-'Alim Abu Hafs Umar bin Muhammad
bin Ahmad al-Nasafi (537H)
Diedit terjemahan dan ditransliterasi oleh: al-Faqir ila ALlah al-Qowiy
Muhammad Shahrafik Bin Ab Kadir al-Malakawi
PENGENALAN
Latar belakang Al-Maturidi:
Nama al-Maturidi yang sebenar ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud, al-
Maturidi, al-Ansari, al-Hanafi, al-Samarqandi. Beliau lahir di Maturit atau Maturid,1 sebuah
kawasan yang berdekatan dengan Samarqand, salah sebuah kota yang terkenal di Asia Tengah.2
Selain itu, beliau juga dihubungkan kepada al-Ansar (al-Ansari) kerana dikatakan beliau
berketurunan daripada sahabat nabi, Abu Ayyub Khalid bin Zayd bin Kulayb al-Ansari.3
Berhubung dengan kaum keluarganya, tidak ada sebarang maklumat diperolehi mengenainya.4
Tarikh lahirnya tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi kemungkinan di sekitar pertengahan
abad ke-3/9. Menurut Watt, kemungkinan beliau dilahirkan sekitar tahun 256/870.5
Kemungkinan beliau dilahirkan pada tahun 238/852 berdasarkan perkiraan bahawa ketika
gurunya, Muhammad bin Muqatil al-Razi wafat pada tahun 248/862, al-Maturidi berusia 10
tahun.6 Sekiranya benar, ini bererti beliau mempunyai usia yang panjang, lebih kurang 95 tahun
kerana beliau wafat pada tahun 333/944 di Samarqand.7
Jika berdasarkan kenyataan di atas, bererti al-Maturidi dilahirkan pada zaman pemerintahan
Khalifah „Abbasiyyah, al-Mutawakkil (232 - 247/847 - 861) yang sedang memerangi
kepercayaan-kepercayaan Mu„tazilah dan mendokong aliran tradisi (Sunni).
Beliau merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah dengan mempelajari fiqh dan kalam
mazhab Hanafi di Samarqand yang pada masa tersebut sedang berkembang di kawasan-kawasan
sebelah timur.
Di antara guru-guru bermazhab al-Hanafi yang mengajarnya ialah Muhammad bin Muqatil al-
Razi (m.248/862), Abu Bakr Ahmad bin Ishaq al-Juzjani, Abu Nasr Ahmad b. al-
PENDAHULUAN
Segala puji bagi ALlah ج َّل وعالTuhan pemelihara seluruh alam dan akibat yang baik
adalah bagi orang-orang yang bertakwa, dan semoga ALlah ج َّل وعالmelimpahkan rahmat
dan selawat dan salam kesejahteraan ke atas pesuruh-Nya nabi Muhammad ﷺdan ahli
keluarganya sekalian, adapun kemudian; maka telah berkata Syeikh Imam yang terbesar,
pendita ilmu lagi beramal lagi bertakwa, benteng syariat dan agama, guru para imam dan
para ulama, imam dua tanah haram yang suci, mufti yang memberi fatwa bagi timur dan
barat, Abu Hafs Umar bin Muhamamad bin Ahmad al-Nasafi, semoga ALlah ج َّل وعال
menyelubungkannya dengan keampunan-Nya dan menempatkan kediamannya ditengah-
tengah syurga-Nya.
[Fasal Pertama]
Ahli al-Haqq yang benar semoga ALlah ج َّل وعالmemuliakan mereka selama-lamanya
telah berkata: hakikat-hakikat segala sesuatu adalah tetap tsabit, dan pengetahuan
berkenaannya adalah membenarkannya, bertentangan dengan golongan sufastaiyyah
(sophist).
Dan seterusnya sebab-sebab terhasil ilmu pengetahuan bagi makhluk ada tiga:
pancaindera lima yang sejahtera, dan khabar sodiq(benar) dan aqal.
Maka pancaindera lima ada lima: mendengar, melihat, menghidu, merasa dan menyentuh,
dan dengan setiap pancaindera daripadanya adalah tertegak atas apa yang ditetapkannya
untuknya.
Dan khabar sodiq adalah atas dua bahagian: satu daripada keduanya adalah khabar
mutawatir; dan ia adalah perkhabaran yang tetap tsabit atas lidah perkataan kaum yang
tiada dapat dibayangkan perumpamaan mereka atas dusta {sekumpulan manusia yang
ramai yang mengkhabarkan sesuatu sehingga mustahil untuk menafikan kebenaran
kenyataannya}, dan ia secara keperluannya mewajibkan bagi menghasilkan pengetahuan
keperluan yang dhoruri, seperti pengetahuan berkenaan raja-raja kerajaan yang telah
hilang pada zaman yang telah lepas dan negeri-negeri yang jauh.
Dan bahagian yang kedua: perkhabaran rasul yang diperkuatkan dengan mukjizat, dan ia
adalah mewajibkan terhasilnya ilmu pengetahuan istidlalli {...} yang bersifat
menuntutkan dalil, dan ilmu pengetahuan yang tetap teguh tsabit dengannya adalah
menyerupai ilmu pengetahuan yang tetap tsabit dengan keperluan yang dhoruri pada
menyakinkan dan menetapkan.
Dan adapun aqal maka ia juga adalah sebab untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan
apa yang tetap tsabit daripada secara badihi yakni tujah yang tiada perlu memikirkan dalil
maka ia adalah dhoruri seperti ilmu pengetahuan bahawasanya keseluruhan sesuatu
adalah lebih besar dari sebahagian sukunya, dan apa yang tetap tsabit daripadanya dengan
penuntutan dalil maka ia adalah iktisabi seperti ilmu pengetahuan bahawa wujudnya api
ketika melihat asap.
Dan ilham bukanlah daripada sebab-sebab menghasilkan pengenalan makrifat bagi
mengesahkan sesuatu pada sisi pendapat pendapat ahli al-Haqq yang benar, semoga
ALlah ج َّل وعالmenolong mereka.
Dan alam dengan sekalian juzuk bahagiannya adalah muhdas yang dijadikan kerana ia
adalah acyan ( )أعيانdan acradh ()أعراض, maka acyan adalah apa yang baginya berdiri
dengan zatnya, dan sama ada murakib (tersusun) atau bukan murakib seperti jauhar dan ia
adalah sesuatu juzuk yang tidak boleh dibahagikan, dan acradh adalah apa yang tidak
berdiri dengan zatnya sendiri, dan ia dijadikan pada segala jisim dan segala jauhar, seperti
segala warna, dan segala keadaan dan segala citarasa makanan dan segala bauan.
Dan muhdas yang menjadikan bagi alam adalah Dia ALlah جلَّ وعال, yang Esa, yang
sedia ada, yang maha Hidup, yang maha Berkuasa, yang maha Mengetahui, yang maha
Mendengar, yang maha Melihat, yang maha Menghendak, yang maha Berkehendak,
bukan sebagai acradh, dan bukan jisim, dan bukan jauhar, dan tiada dirupakan, tiada
dapat dihinggakan had-Nya, dan tiada dapat dibilang, dan tiada bersebahagian, dan tiada
bersuku-suku juzuk, dan tiada bersusun-susunan, dan tiada beterhingga (terbatas), dan
tiada dapat diperikan dengan sifat mahiyah apakah dan tiada dengan kaifiat
bagaimanakah, dan Dia tiada bertempat pada suatu tempat, dan tiada berlalu atas-Nya
sebarang zaman masa, dan tiada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan tiada sesuatu pun
yang terkeluar dari ilmu pengetahuan-Nya dan kudrat kekuasaan-Nya.
dan bagi-Nya sifat-sifat azaliah yang berdiri dengan zat-Nya, dan sifat-sifat-Nya bukanlah
zat-Nya dan bukanlah selain zat-Nya.
dan ia adalah ilmu pengetahuan, dan kudrat kekuasaan, dan kehidupan, dan kekuatan, dan
pendengaran, dan penglihatan, dan berkehendak, dan menghendak, dan ficil perbuatan,
dan menciptakan, dan memberikan rezeki kehidupan, dan berkata-kata, ALLAH ta’ala
adalah berkata-kata dengan suatu perkataan dan ia adalah sifat yang azali, bukan daripada
jenis huruf aksara dan segala suara, dan ia adalah sifat azali yang berdiri dengan zat-Nya,
dan ia adalah sifat yang menafikan bagi diam dan binasa, dan ALLAH ta’ala adalah
berkata-kata dengan-Nya sebagai menyuruh, menegah, menceritakan perkhabaran.
dan Al-Quran adalah perkataan Allah ta’ala yang bukan makhluk, dan ia dituliskan pada
mushaf-mushaf kita, dipelihara didalam hati-hati kita, dibacakan dengan lidah-lidah kita,
didengar dengan telinga-telinga kita, diturunkan ke atas nabi kita yang tiada termasuk
dalamnya.
dan takwin mengadakan adalah sifat bagi Allah ta’ala yang azali dan ia adalah sifat Allah
ta’ala mengadakan bagi alam dan bagi segala suku daripada suku-sukunya bukan pada
azali bahkan ketika waktu wujudnya atas perhitungan ilmu pengetahuan-Nya dan iradat
kehendak-Nya, dan iradat adalah sifat azali bagi Allah ta’ala yang berdiri dengan zat-
Nya.
dan melihat Allah ta’ala ada jaiz diperlihatkan pada akal dan wajib dengan nas yang
naqli, telah datang dalil samci yang didengar bahawa mewajibkan melihat sekalian orang
yang beriman akan Allah ta’ala dalam negeri akhirat, maka dia dilihat bukan pada suatu
tempat dan bukan atas suatu arah daripada yang berbetulan dan bukan dengan pertemuan
sinar-sinar cahaya atau dan bukan juga dengan tetap tsabitnnya perjalanan antara yang
melihat dan antara Allah ta’ala.
dan Allah ta’ala adalah pencipta sekalian bagi perbuatan-perbuatan hamba-hamba
sekalian-Nya, daripada perbuatan kufur dan iman dan taat dan maksiat, dan ia sekaliannya
perbuatan adalah dengan iradat berkehendak-Nya dan dengan kehendak Allah ta’ala dan
iradat-Nya dan hikmah-Nya ketentuaan-Nya dan takdir kekuasaan-Nya.
dan bagi hamba-hamba padanya terdapat perbuatan-perbuatan ikhtiari yang boleh dipilih
bahawa mereka diberikan pahala dengan perbuatannya dan mereka menerima akibat atas
perbuatan dosa.
dan yang baik daripada perbuatan itu adalah dengan keredhaan Allah ta’ala dan yang
buruk daripada-Nya tidaklah beserta dengan keredhaan-Nya.
dan istihocah keupayaan adalah beserta dengan perbuatan, dan ia adalah hakikat kudrat
kuasa yang ada bersamanya sesuatu perbuatan, dan nama ini diletakkan atas sejahtera
segala sebab-sebab dan alat-alat dan anggota-anggota, dan sah sesuatu bebanan taklif
adalah bersandar atas istithocah keupayaan ini (yakni Allah ta’ala menjadikan keupayaan
seseorang hamba adalah beserta dengan perbuatan hamba tersebut).
dan tiada dibebankan seseorang hamba dengan apa yang tiada dalam kekuasaan-Nya.
dan apa yang didapatkan daripada pedih luka pada orang yang dipukul akibat pukulan
manusia dan pecah pada kaca akibat dipecahkan manusia dan apa yang menyerupainya
kesemuanya adalah makhluk ciptaan Allah ta’ala dan tiada pekerjaan bagi hamba pada
menciptakan-Nya.
dan yang dibunuh adalah mati dengan ajalnya, dan ajal dan bunuh adalah perkara yang
satu jua.
dan yang haram adalah rezeki juga, dan setiap seseorang akan menyempurnakan rezeki
dirinya sama ada yang berkeadaan halal atau yang haram, dan tiada dapat digambarkan
bahawa seseorang manusia tidak akan memakan rezeki orang lain atau orang lain akan
memakan rezekinya atau selainnya.
dan Allah ta’ala meyesatkan sesiapa yang dia kehendaki dan dia memberi petunjuk
hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki.
dan apa yang ia-Nya terlebih layak bagi memperbetulkan hamba maka tiadalah yang
demikian itu wajib bagi Allah ta’ala.
dan azab seksa kubur bagi orang-orang yang kafir dan bagi sebahagian orang-orang
mukmin yang berdosa, dan memberikan nikmat bagi ahli taat didalam kubur dengan
menurut apa yang diketahui Allah ta’ala dan kehendak-Nya, dan soal pertanyaan malaikat
munkar dan nakir adalah tetap tsabit dengan menurut dalil-dalil samciyat yang telah
didengar.
dan kebangkitan adalah benar, dan timbangan adalah benar, dan kitab suratan amal adalah
benar, dan soal pertanyaan adalah benar, dan kolam haud adalah benar, dan titi sirat
adalah benar, dan hisab perhitungan adalah benar, dan neraka adalah benar, dan syurga
adalah benar, dan kedua-duanya adalah makhluk yang ada diwujudkan lagi berkekalan,
dan tiada akan lenyap kedua-duanya dan tidak akan lenyap ahli penghuni kedua-duanya.
dan dosa-dosa besar tidaklah mengeluarkan seseorang hamba yang mukmin dariapada
keimanan, dan tidaklah memasukkannya kedalam kekufuran.
dan Allah ta’ala tidak akan mengampunkan bahawa sesiapa yang syirik menyekutukan
sesuatu dengan dia, dan dia akan mengampunkan apa yang selain itu kepada sesiapa yang
dia kehendaki daripada dosa-dosa yang kecil dan dosa-dosa yang besar.
dan harus seksaan keatas dosa-dosa yang kecil, dan keampunan daripada dosa-dosa yang
besar apabila tiada ada daripada menghalalkan, dan menghalalkan maksiat adalah kufur.
dan syafaat memohonkan ampunan adalah tetap tsabit bagi rasul dan segala orang baik
yang terpilih pada hak kepunyaan yang benar orang yang mempunyai dosa-dosa besar
dengan limpahan kurnia daripada menurut khabar-khabar cerita yang masyhur, dan
orang-orang yang mempunyai dosa-dosa besar daripada segala mukmin tiadalah
dikekalkan mereka itu didalam neraka.
dan iman ialah tasdiq membenarkan dengan apa yang telah datang dengannya nabi
Muhammad ( )صلی ہللا عليہ وسلمdaripada sisi Allah ta’ala dan ikrar memperakui dengannya
adalah syarat bagi menjalankan segala hukum ke atasNya.
maka adapun segala amal maka ia adalah sekalian kebuktian ketaatan yang bertambah-
tambah pada dirinya, dan iman tiada bertambah dan tiada berkurang (....)
dan iman dan islam adalah perkara yang satu.
dan apabila didapati sah bagi hamba akan tasdiq pembenaran dan ikrar pengakuan, sah
lagi harus boleh baginya