0% found this document useful (0 votes)
41 views4 pages

Contoh Mesyuarat Jawatankuasa RMT Tahun 2014

hal ehwal murid
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
41 views4 pages

Contoh Mesyuarat Jawatankuasa RMT Tahun 2014

hal ehwal murid
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BAKONG

TARIKH : 20 November 2014


MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Kantin Sekolah

KEHADIRAN:

1. En. Mohammad Daud bin Abdullah ( YDP PIBG SK Telok Bakong )


2. En. Mohamad Yusri bin Mohamad Yusof ( GB SK Telok Bakong )
3. En. Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar ( PK Hal Ehwal Murid )
4. Tn. Hj. Abdul Majid bin Mingan ( PK Pentadbiran SK Telok Bakong )
5. En. Mazlan bin Salleh ( PK Ko-Kurikulum SK Telok Bakong )
6. Pn. Rohana binti Sa’ari ( Setia Usaha Jawatankuasa RMT )
7. Pn. Fatimah binti Abdul Razak
8. Pn. Amalina binti Mat Saman
9. Pn. Raha binti Aziz
10.Pn. Syuhada binti Hassan
11.Cik Thanga Pakiyam a/p Karuppiah
12.Pn. Noorazlina binti Youb Din

PERKARA

1. Perutusan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan


mesyuarat adalah untuk memilih murid tahun 2 hingga 6 bagi menerima skim
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sesi persekolahan tahun 2015.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG Sekolah


Kebangsaan Telok Bakong dan guru-guru kerana meluangkan masa
menghadiri mesyuarat.

2. Syarat Menerima Bantuan RMT

Timbalan Pengerusi memaklumkan bahawa murid yang layak


dipertimbangkan menerima RMT adalah seperti kriteria dibawah :
a) pendapatan keluarga RM 520.00 ke bawah atau
b) pendapatan perkapita RM 130.00 ke bawah.
Pengiraan pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan isi rumah
dibahagikan dengan bilangan isi rumah.

Tindakan :
Ahli mesyuarat

3. Kelulusan Permohonan Bantuan RMT bagi Tahun 2015 Murid


Tahun 2 – Tahun 6

3.1 Bilangan murid yang memohon bantuan RMT tahun 2015 ialah seramai
69 orang.

3.2 Mesyuarat memutuskan bahawa :


3.2.1 Seramai 59 orang murid diperakukan lulus bagi menerima
bantuan RMT tahun 2015. Senarai nama adalah seperti di
Lampiran A.

3.2.2 Analisis permohonan RMT Tahun 2015

Tahun Mohon Layak Tidak Layak


2 14 12 2
3 15 12 3
4 12 11 1
5 16 14 2
6 12 10 2
Jumlah 69 59 10

Tindakan :
Ahli mesyuarat

4. Hal-hal lain
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemberian RMT adalah 190 hari
persekolahan dengan kadar kos RM 2.50 seorang murid setiap kali hidangan
disajikan.

5. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.20 pagi

Disediakan oleh :

……………………………………………
Nama : Pn. Rohana binti Sa’ari
Jawatan : Setia Usaha Jawatankuasa RMT

Disemak oleh :

………………………………………………………………..
Nama : En. Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar
Jawatan : PK Hal Ehwal Murid

Lampiran A
Senarai nama murid yang layak beserta tahun

You might also like