Assignment of Research Methodology 1
Assignment of Research Methodology 1
Page 1 of 17
2
Senarai kandungan
M/surat
Page 2 of 17
3
PENDAHULUAN
Page 3 of 17
4
The first stage of research is to identify problems or issues and to justify the need for
research. There are many sources of research problems such as personal interest,
personal experiences, social problems, world trends, new development in technology
or society.
Research question are important to ensure that the research is moving in the right
direction. The question serve as guideline for literature search, data collection,
analysis and consclusion. Research questions are usaully more specific in quantitative
research than in qualitative research.
Page 4 of 17
5
1. 1 PENGENALAN
Pada abad ke-21 ini, keusahawanan telah menjadi salah satu bidang yang penting
terhadap pembangunan ekonomi, produktiviti, inovasi dan peluang pekerjaan dalam
sesebuah negara di samping perubahan dalam teknologi telah membentuk semula
landskap ekonomi dunia dan mewujudkan ketidaktentuan ekonomi tersebut. Oleh hal
yang demikian, bidang keusahawanan dianggap sebagai salah satu medium untuk
mengatasi cabaran ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam negara menerusi peluang
pekerjaan baru dan sebagai tindak balas terhadap perubahan persekitaran.
Keusahawanan merupakan salah satu bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh
graduan–graduan setelah tamat pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam
(IPTA) dan Swasta (IPTS). Aktiviti keusahawanan ini merupakan pemangkin kepada
Page 5 of 17
6
1. 3 PERNYATAAN MASALAH
Page 6 of 17
7
kalangan prasiswazah India untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan. Oleh sebab itu,
bidang ini harus dikaji semula dengan melakukan penyelidikan dalam faktor-faktor
yang menyumbang ke arah keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar India,
walaupun semua pelajar telah menghadiri kursus keusahawanan. Justeru, isu-isu yang
membabitkan golongan graduan India dan golongan usahawan India dalam Malaysia
merupakan perkara-perkara asas yang telah menjadi rungutan dalam kalangan
prasiswazah India, di samping menjadi perbincangan dalam penyelidikan ini.
Hal ini disebabkan oleh, keadaan ekonomi yang tidak menentu di samping
penambahan bilangan graduan setiap tahun. Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa
bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pekerjaan yang bilangannya
menjadi semakin terhad. Menurut kajian yang dijalankan oleh Halimah (2010),
Page 7 of 17
8
Selain itu, graduan daripada bidang pendidikan juga bersaing sesama mereka
dan juga dengan graduan Institut Perguruan (IPG) untuk mendapat tempat sebagai
guru di sekolah-sekolah kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012). Menurut
kenyataan media oleh Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah memanggil seramai 5,510 orang
graduan IPTA untuk ditemu duga bagi penempatan guru dalam Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2012). Berdasarkan kenyataan tersebut, hanya
4,859 orang graduan sahaja yang berjaya dalam temu duga tersebut. Yang selebihnya
telah ditolak atas sebab-sebab seperti menolak tawaran temu duga (557 orang),
dokumen tidak lengkap (32 orang) dan 62 orang tidak memenuhi kriteria temu duga
iaitu, keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir, kemahiran komunikasi,
pengetahuan am, isu-isu semasa pendidikan dan juga pengetahuan terhadap bidang
tugas. Manakala, graduan daripada IPTS, langsung tidak dipanggil untuk proses temu
duga oleh SPP kerana keutamaan diberikan kepada graduan IPTA (Kementerian
Pendidikan Malaysia).
Page 8 of 17
9
1. 4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan sikap, pemikiran dan tingkah
laku yang mendorong prasiswazah India untuk memilih bidang keusahawanan sebagai
bidang kerjaya mereka.
1. 5 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti profil prasiswazah India di IPT sekitar Bangi yang mendorong
keinginan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan berdasarkan faktor-faktor
demografi dan pemilihan kerjaya keusahawanan setelah tamat pengajian di
IPT.
1. 6 PERSOALAN KAJIAN
Page 9 of 17
10
1. 7 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, tahap pemikiran
dan tingkah laku prasiswazah India dalam cenderung terhadap bidang keusahawanan
dan memilih bidang ini sebagai bidang kerjaya. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar
berbangsa India di tiga buah universiti sekitar kawasan Bangi iaitu Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) dan
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Ringkasan bagi definisi istilah bagi kajian ini adalah seperti berikut:
a. Usahawan
(Linan et al., 2011) menyatakan bahawa, sikap untuk menjadi usahawan adalah
tarikan personel seseorang individu untuk menjadi seorang usahawan tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, sikap
untuk menjadi usahawan merujuk kepada niat prasiswazah India di IPT sekitar Bangi
untuk menjadi usahawan dalam hidup mereka.
Page 10 of 17
11
Kajian ini dijangkakan mempunyai beberapa batasan iaitu, kajian ini hanya tertumpu
kepada para pelajar berbangsa India di IPT kawasan Bangi sahaja dan kaedah
pengumpulan data bagi kajian ini adalah menerusi satu kaedah sahaja iaitu pengedaran
soal selidik. Ketersediaan responden untuk menjawab soal selidik tersebut turut
diambil kira. Selain itu, kos untuk mengendalikan kajian ini turut diambil kira kerana
ia melibatkan kos untuk mencetak soal selidik dan laporan akhir kajian, kos
pengangkutan dan kos untuk membeli cenderahati kepada responden. Di samping itu,
masa yang diambil untuk menjalankan kajian ini perlu sesuai dengan masa kesediaan
responden yang terlibat supaya mereka boleh memberi kerjasama yang sebaik
mungkin dalam menjawab soalan-soalan dalam soal selidik yang dikemukakan. Hal
ini adalah disebabkan oleh, responden yang terlibat adalah pelajar dari tahun pertama
hingga tahun akhir dan kemungkinan besar sukar bagi mereka untuk memberi
kerjasama kerana sibuk dengan tugasan-tugasan kursus, sibuk dengan aktiviti-aktiviti
kokurikulum dan projek tahun akhir. Tambahan pula, untuk menjalankan sesuatu
kajian, seseorang penyelidik memerlukan kemahiran yang khusus serta pengalaman
yang signifikan, supaya mereka dapat menjalankan kajian tersebut dengan yakin.
Justeru, penyelidik kajian ini merupakan seorang yang baru dalam bidang
penyelidikan.
Page 11 of 17
12
1.10KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini amat penting dan memberikan impak positif kepada pelbagai pihak seperti
berikut:
1.10.1 Pelajar
Hasil dapatan kajian ini dapat memotivasikan para pelajar daripada pelbagai latar
belakang terutamanya pelajar-pelajar berbangsa India, untuk melibatkan diri dalam
bidang keusahawanan. Keadaan ini bukan sahaja menyelesaikan masalah
pengangguran, malah turut membantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka di
samping meningkatkan ekonomi negara.
Pihak kerajaan juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk membentuk polisi
baru atau mengubah suai polisi-polisi keusahawanan yang sedia ada, supaya lebih
banyak rakyat Malaysia terutamanya masyarakat India menjadi usahawan.
Menerusi hasil kajian, agensi-agensi yang terlibat dalam bidang keusahawanan dapat
mengenal pasti kehendak-kehendak yang diperlukan oleh para pelajar untuk
menjalankan perniagaan. Dengan berbuat demikian, pihak agensi-agensi yang terbabit
dapat menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu supaya para pelajar dapat
meneruskan niat mereka untuk menjadi usahawan.
Page 12 of 17
13
Hasil kajian ini juga boleh memberi manfaat kepada pihak pentadbiran IPT supaya
dapat mengemas kini kandungan kursus-kursus keusahawanan yang ditawarkan
mengikut tren semasa. Walaupun, kajian ini hanya berfokus kepada prasiswazah India
sahaja, namun dapatan kajian masih boleh digunakan kepada pelajar-pelajar yang
berlainan bangsa. Di samping itu, para pensyarah juga boleh memberikan rangsangan
dan motivasi kepada para pelajar tentang kebaikan dan kelebihan bidang
keusahawanan supaya mereka berasa yakin untuk menjadi usahawan.
Jika diteliti, definisi keusahawanan telah dikemukakan daripada pelbagai sudut dan
disiplin ilmu. (Kaplan, 2001) menyatakan, menurut sejarah, perkataan usahawan telah
lahir daripada bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud “menjalankan”.
Menurut beliau, usahawan adalah seorang yang sanggup dan sangat suka untuk
mencipta sesuatu konsep atau perkara baru untuk dikenalkan di pasaran. Di samping
itu, menurut (Kamus Dewan, 2010), usahawan didefinisikan sebagai individu yang
mengusahakan sesuatu perusahaan di mana, mereka berkebolehan untuk melakukan
apa jua bentuk pengeluaran yang dihasilkan dalam bidang perniagaan.
Jika definisi usahawan tertumpu pada sifat seseorang individu, keusahawanan pula
merujuk kepada proses berlakunya kegiatan dan tindakan seseorang usahawan
tersebut. Walaupun pandangan para pakar terhadap keusahawanan adalah berbeza
mengikut bidang masing-masing akan tetapi, konsep asas bagi keusahawanan adalah
sama, di mana ia menerangkan cara-cara yang digunakan dalam menjayakan tindakan
seseorang usahawan secara maksimum.
Page 13 of 17
14
Menurut (Azjen, 1991; 2002), sikap atau tarikan personel terhadap sesuatu kelakuan
merupakan salah satu faktor pertimbangan terhadap kelakuan individu untuk
memberikan nilai personel yang positif atau negatif dalam membuat keputusan
Page 14 of 17
15
terhadap bidang yang diceburi. Menurut (Kalafatihan et al, 1999) dan (Clercq et al. ,
2013), sikap seseorang individu mempunyai hubungan yang kuat terhadap hasil
keinginan seseorang individu dengan menilai sejauh mana kepentingan hasil tersebut
kepada individu tersebut (Mohar et al., 2007).
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini telah mencapai objektifnya dalam
mengenal pasti keinginan dalam memilih kerjaya keusahawanan dalam kalangan
prasiswazah India dari UKM, UNITEN dan IUKL di Bangi. Keputusan kajian ini
telah disarankan untuk digunakan sebagai panduan dan asas yang boleh digunakan
oleh bakal penyelidik, pensyarah, pihak-pihak yang berkepentingan dan juga pihak
kerajaan dalam usaha menjana lebih banyak usahawan graduan berbangsa India.
Selain itu, penyelidik juga berharap agar semua pelajar India daripada
pelbagai jurusan dan peringkat pengajian agar memanfaatkan bidang keusahawanan
dengan sebaiknya, supaya ia boleh menjamin masa depan selain daripada kerja makan
gaji. Keadaan ini akan dapat meningkatkan ekonomi negara selaras dengan
pembangunan ekonomi dunia dalam era globalisasi.
Page 15 of 17
16
RUJUKAN
Ajzen, I. 1991. The theory of planned behavior. Organizational behavior and human
decision processes. 50(2): 179-211.
Clercq, D.D., Honiq, B. & Martin, B. 2013.The roles of learning orientation and
passion for work in the formation of entrepreneurial intention. International
small business journal. 31(6): 652-676.
Cole, A.H. 1969. Definition of entrepreneurship. Dlm. Komines, J.L. (pnyt.). Karl A.
Bostrom seminar in the study of enterprise, hlm 10-22. Milwaukee: Center for
Venture Management.
Hisrish, R.D., Peters, M.P.& Shephard, D.A. 2012. Entrepreneurship. New York:
McGraw-Hill.
Ishak, F., Ahmad, N., Isnani, J.N.A. & Ismail, R. 2011.Assessing the behavioral
factors’ of safety culture for Malaysian construction companies. Prosiding
ASEAN Conference on Environment-Behavior Studies (AcE-Bs 2011), hlm
573-582.
Kalafatihan, S.P., Pollard, M., East, R. & Tsogas, M.H. 1999. Green marketing and
Ajzen’s theory of planned behavior: a cross – market examination. Journal of
consumer marketing. 16(5): 441-460.
Kamus Dewan. 2010. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kaplan, J.M. 2001.Getting started in entrepreneurship. Canada: John Wiley and Sons
Inc.
Mohar, Y., Manjit Singh, S. & Kamal, K.J. 2007. Relationship between psychological
characteristics and entrepreneurial inclination: A case study of students at
Page 16 of 17
17
Wan Nor Halimatul Syadiah & Fakrul Anwar. 2013. Efikasi kendiri dan
kecenderungan keusahawanan: peranan pendidikan keusahawanan di kalangan
pelajar IPT. Prosiding persidangan antarabangsa dan pertandingan inovasi
kaunseling dan pendidikan kepelbagaian pendidikan untuk kepelbagaian
manusia. Batu Pahat: PERKAMA Consultants.
Zaid, S.Y. 2010. Entrepreneurship inclination among UUM graduates. Tesis Sarjana,
Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
Page 17 of 17