Document PDF
Document PDF
Ngo Yew Yung1, Nasharuddin Imraan Bin Rosli 1, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh
@ Sukri 1, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti Abdul Hamid1, Nor
Nasihah Binti Mohd Robi1, Nurul Nasuha Binti Rosly1, Mohd Razimi Bin Husin1
1
Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
2019 | International Journal of Humanities, Management and Social Sciences | Vol.2 | Issue No.1 | 65-75
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
1. Pendahuluan
Terdapat banyak tafsiran dan definisi menjelaskan tentang tingkahlaku buli. Tafsiran salahlaku buli
ditafsir dari pelbagai sudut. Semakin banyak sudut yang digunakan untuk mentafsir buli, tafsiran
tentang buli akan menjadi lebih luas dan mendalam. Terdapat juga kajian-kajian yang telah dilakukan
tentang tingkahlaku buli oleh para pengkaji. Dapatan daripada kajian-kajian ini telah memberi ruang
yang secukupnya untuk mendefinisikan istilah buli hasil daripada kajian mereka. Secara umumnya,
tingkah laku buli ditafsirkan sebagai tingkahlaku yang dilakukan oleh seseorang dengan mengasari
orang lain. Lumrahnya orang yang dikasari adalah bersifat lebih lemah dibandingkan dengan mereka
yang mengasarinya. Tujuan tinglakh laku buli ini dilakukan adalah untuk menunjukkan si pembuli
lebih berkuasa dan menjadikan mangsa mudarat sama ada dari aspek fizikal ataupun psikologikal.
Buli adalah salah laku yang dilakukan secara sedar sama ada berbentuk fizikal atau psikologikal ke
atas mangsa yang lebih lemah bertujuan mendatangkan kemudaratan fizikal atau psikologi. Perlakuan
ini dilakukan secara berulang sehingga pembuli merasa seronok dan puas. Sementara, Yaakub [1],
pula mendefinisikan buli sebagai tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologikal yang
dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok.
Difahamkan konsep buli boleh dilihat kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam tingkahlaku
buli seperti pembuli, mangsa buli, tujuan dan kesan tingkahlaku buli [2]. Pembuli ialah mereka yang
melakukan tingkah laku buli kepada managsa buli. Lumrahnya pembuli adalah mereka yang
mempunyai sifat sebagai orang lebih kuat, berkuasa dan lebih bermampuan untuk melakukan tingkah
laku buli. Kekuatan ini biasanya boleh diperlihatkan sama ada ia adalah secara berseorangan atau
berkumpulan. Mereka yang menjadi mangsa kepada pembuli adalah mereka yang lebih lemah dan
tidak bermampuan untuk menandingi kekuatan dan kekuasaan si pembuli. Kelemahan ini termasuk
lemah dari aspek fizikal dan lain-lain. Sebagai contoh lemah dari aspek fizikal, mangsa buli tidak
berupaya untuk melawan pembuli. Mangsa buli juga takut dan tidak berupaya untuk mengadu kepada
kawan-kawan, guru atau ibu bapa mereka. Biasanya mangsa buli adalah terdiri daripada mereka
secara berseorangan.
Tujuan membuli adalah pembuli ini menunjukkan bahawa mereka adalah lebih kuat atau berkuasa
dibandingkan dengan mangsa. Pembuli juga merasa puas apabila melakukan buli terhadap orang
lain. Semakin mangsa rasa takut semakin tinggi darjah kepuasan yang dirasai oleh pembuli. Selain
daripada itu, tujuan tingkah laku buli adalah untuk menjadikan mereka yang lemah menjadi akur dan
menghormati si pembuli. Untuk menjadikan situasi berlaku seperti yang diharapkan oleh pembuli,
pembuli akan mencederakan mangsa sama ada secara fizikal atau psikologi. Kesan yang akan dirasai
oleh mangsa ialah kecederaan, ketakutan dan rasa tidak selesa serta tenteram
Kesan bagi pembuli ialah pembuli akan merasa lebih kuat dan berkuasa serta merasa puas apabila
melihat mangsa buli rasa takut dan akur dengan kekuatan dan kuasa yang ada pada pembuli. Pembuli
juga akan merasa puas melihat mangsa berada dalam keadaan yang tidak selesa dan tenteram.
Sesetengah kes, pembuli akan merasa puas sekirannya mangsa menjadi cedera parah dan
bermungkinan mangsa akan meninggal dunia. Manakala untuk mangsa buli pula, mangsa buli akan
merasa tertekan, takut, gelisah dan tidak tenteram sepanjang masa. Terdapat juga mangsa menjadi
cedera dan cacat. Kesan ini akan meninggalkan kesan sepanjang hidup mangsa dan sesetengah kes
buli boleh mengakibatkan kematian.
Disebabkan pembuli dan mangsa buli tidak menyedari bahawa kelebihan dan kelemahan masing-
masing boleh menjadi penambah baik sesama mereka sendiri, maka kelebihan dan kelemahan itu
telah menjadi antara faktor pendorong kepada mereka terbabit sebagai pembuli dan mangsa buli.
Seterusnya, Menurut Mahadi [3] tingkah laku buli yang berpunca dari pelbagai faktor seperti
faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran telah menyebabkan
masalah ini terus berleluasa dalam kalangan para pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah. Pada
peringkat usia ini, mereka sedang mengalami krisis identiti iaitu mencari identiti tersendiri untuk
berhadapan dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Justeru itu, pelajar masih
mentah dalam kehidupan ini sering terpengaruh dengan persekitaran yang akan memesongkan mereka
dari landasan yang sebenar, seterusnya terlibat dengan gejala tingkah laku buli ini.
Wujud kesan-kesan negatif akibat bertingkah laku buli terutamanya terhadap pembuli seperti suka
melanggar peraturan sekolah, bersikap lebih angkuh dan pelbagai lagi kesan-kesan negatif yang akan
merosakkan diri pembuli. Manakala kesan negatif terhadap mangsa buli pula adalah seperti takut
hendak ke sekolah, suka menyendiri dan sebagainya. Kesan-kesan negatif ini juga akan menyebabkan
66
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut, dan seterusnya bakal merosakkan
masa depan mereka sendiri.
Objektif kajian temu bual yang pengkaji jalankan terhadap empat orang guru di sekolah-sekolah
yang berlainan, iaitu Sekolah Menengah Sains Tapah, Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat
Lada, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Ampang, Ipoh. Objektif kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengumpul dan mengkaji respon
guru-guru berkenaan isu buli di sekolah, sama ada positif atau sebaliknya melalui kaedah temubual
yang dijalankan.
Selain itu, tujuan kajian juga adalah untuk mengenalpasti isu-isu permasalahan buli yang sering
berlaku dalam kalangan pelajar terutama pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Seterusnya, objektif
kajian temu bual ini adalah untuk menilai serta mengkaji proses pengawalan, pemantauan, pelan
tindakan serta strategi yang digunakan oleh guru-guru bagi mencegah isu-isu gejala buli di sekolah.
Kajian temu bual ini juga membolehkan pengkaji untuk menerima pendapat dan cadangan serta
penambahbaikan yang boleh pengkaji aplikasikan di sekolah pada masa akan datang, serta melatih
diri pengkaji meningkatkan skill komunikasi secara formal bersama pihak-pihak sekolah mahupun
pihak atasan.
Di samping itu, matlamat pengkaji dalam proses kaji selidik secara temu bual ini dijalankan adalah
untuk menambah ilmu pengetahuan pengkaji tentang persediaan menangani kejadian-kejadian buli
yang seringkali berlaku dimana-mana sekolah. Selain itu, matlamat dan tujuan kajian pengkaji juga
untuk menimba ilmu pengetahuan tentang cara-cara berurusan dengan pihak sekolah dan sebagainya.
Ia secara tidak langsung melatih pengkaji untuk bersifat sabar dalam menghadapi dunia perguruan dan
menyuntik minat dan semangat yang mendalam serta rasa tanggungjawab yang tinggi untuk mendidik
para pelajar tentang kesedaran menangani isu buli ini di sekolah kelak.
2. Sorotan Kajian
Sorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif. Ia membuktikan
bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Di dalam sorotan kajian ini mengandungi
penyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan tajuk yang dipilih
penyelidik. Sumber-sumber kajian boleh diambil daripada artikel, jurnal, tesis atau kenyataan
daripada seseorang pakar.
67
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
persekitaran. Sifat ego ini adalah seseorang yang sentiasa berfikiran waras, logik dan rasional. Selain
itu, ia juga bertindak melalui proses sekunder di mana pemikiran yang logik dan rasional bagi
merancang sesuatu tindakan untuk mengurangkan sebarang ketegangan. Ia juga memiliki kuasa atau
kawalan ke atas fungsi kognitif atau intelektual. Contohnya, seorang pelajar asrama telah menahan
perasaan yang marah dan dendam terhadap rakan yang lain kerana telah membulinya. Namun ego
telah menahan dan mengawal sifat idnya untuk membalas dendam. Hal ini kerana, dia sentiasa
berfikiran rasional dalam menangani masalahnya dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Komponen terakhir adalah superego yang memberi definisi sebagai penentu apakah tingkahlaku
itu baik atau buruk. Superego ini mempunyai sifat idealistik dan perfectionist. Fungsi superego adalah
untuk menyekat ego dari menuruti id dan mendorong ego untuk menerima nilai-nilai dan matlamat-
matlamat moral. Memujuk ego untuk menggantikan matlamat realistik dengan matlamat moral dan
berusaha ke arah mencapai kesempurnaan. Tamsilnya, seorang pelajar lelaki telah dibuli secara
mental oleh rakan kelasnya kerana dia seorang anak yatim piatu. Oleh itu, dia telah merancang untuk
memukul rakannya untuk melepaskan sifat idnya yang tinggi namun begitu, dia memikirkan
tindakannnya adakah ia memberi satu keburukan atau kebaikan kepadanya.
Kesimpulannya, dalam perhubungan antara id, ego dan superego ialah id sebagai pendesak, ego
sebagai pengatur dan superego adalah sebagai pemerhati serta mengurus id dan ego.
2.3. Persepsi Guru dan Pelajar terhadap Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Daerah Batu Pahat
Apabila pengkaji membuat penyelidikan mengenai Persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli
di kalangan pelajar sekolah menengah, telah mendapati bahawa terdapat satu kajian mengaji kajian yg
pengkaji kaji pada tahun 2015.
68
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
Pengkaji mengatakan bahawa terdapat perbezaan persepsi antara pelajar dan guru berkenaan
kekerapan buli di kalangan pelajar sekolah menengah. Perlakuan buli secara verbal merupakan
perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbanding perlakuan buli secara fizikal. Guru dan pelajar
juga sependapat bahawa mereka perlu disedarkan dan saling bekerjasama untuk mencegah dan
menangani masalah perlakuan buli ini di sekolah. Tahap keinginan pelajar untuk membuli berada
pada tahap yang rendah. Vandalisma atau merosakkan harta benda sekolah merupakan isu
keselamatan yang dianggap pelajar sebagai paling serius di sekolah. Rakan merupakan orang yang
paling kerap dirujuk oleh pelajar berbanding pihak lain berkenaan masalah buli di sekolah. Program
intervensi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan perlakuan buli pada tahap
sederhana. Menurut persepsi guru, program intervensi berasaskan sekolah terutama sekali peraturan
sekolah dan lembaga disiplin sekolah merupakan program intervensi yang paling berkesan bagi
mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah menengah.
Teori yang berkaitan adalah Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Menurut Bandura [7], tingkah
laku buli yang merupakan salah satu cabang tingkah laku agresif merupakan satu tingkah laku yang
dipelajari dan bukannya satu tingkah laku yang wujud secara semulajadi dalam diri individu. Menurut
beliau lagi, antara ciri-ciri utama di mana sesuatu tingkah laku dipelajari oleh pelakunya adalah
mengenai ciri-ciri persamaan yang terdapat di antara pelaku dengan orang yang ditiru. Mereka lebih
cenderung dipengaruhi oleh seseorang yang penampilannya seperti mereka, daripada oleh seseorang
yang menampilkan perbezaan yang ketara dengan mereka.
69
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
Dalam kajian Bandura [7] juga mendapati kadar peniruan tingkah laku berkurangan jika ciri-ciri
persamaan antara remaja dan model kurang. Selain itu, usia dan jantina model juga memainkan
peranan dalam peniruan tingkah laku. Beliau mendapati manusia lebih cenderung meniru model yang
sama jantina dengannya. Umur juga mempengaruhi peniruan tingkah laku seseorang. Contohnya,
remaja didapati mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya.
Seterusnya, aspek peneguhan dan ganjaran luaran memainkan peranan yang penting dalam aspek
pembentukan tingkah laku buli, malah ia dapat dikatakan sebagai salah satu daripada sebab dan punca
mengapa seseorang itu bertingkah laku agresif seperti membuli. Mengikut Teori Pembelajaran Sosial,
tingkah laku agresif adalah tingkah laku instrumental yang dikawal oleh peneguhan dan ganjaran
luaran [7]. Peneguhan dan ganjaran luaran ini mungkin dalam bentuk yang dapat dilihat seperti
mempunyai ramai rakan ataupun perasaan seperti kepuasan dan kebanggaan. Statistik kes buli dari
tahun 2000-2007 dibentangkan pada Rajah 1.
3. Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian gejala buli secara fizikal yang semakin berleluasa di sekolah adalah berbentuk
deskriptif dengan menggunakan keadah temu bual. Antara temu bual yang telah pengkaji buat adalah
temu bual semi struktur. Format semi struktur terletak di antara temu bual berstruktur dan tidak
berstruktur. Pengkaji menyoal soalan formal yang dibina tetapi penebual juga diberi kebebasan untuk
menyoal lebih mendalam tentang jawapan responden yang telah ditanya secara formal. Tiga andaian
temu bual semi struktur adalah setiap soalan boleh diberi dalam aras bahasa yang berbeza. Contohnya
laras bahasa seorang doktor dan pelukis. Soalan boleh diubah suai dan disusun mengikut urutan
tertentu supaya responden dapat memahami dengan baik dan pengkaji melihat isu kajian di bawah
perspektif subjek, maka aras bahas boleh diubah suai mengikut keperluan.
Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemu bual dengan empat guru master UPSI yang
berpengalaman mengajar di sekolah. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan beberapa soalan
berkaitan dengan gejala buli fizikal yang berlaku di sekolah. Antara soalan tersebut dibentangkan
pada Jadual 1.
70
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
4. Dapatan Kajian
4.1. Strategi Menangani Masalah Buli di Sekolah
Memandangkan masalah buli ini bukan lagi menjadi masalah yang ringan dan boleh dipandang
enteng. Pihak sekolah dimana tempat pengkaji membuat kajian telah pun menjalankan beberapa
inisiatif bagi menangani masalah buli ini dengan harapan supaya masalah buli ini dapat dikurangkan.
Pihak sekolah tidak berhasrat untuk menjadikan sifar buli di sekolah kerana hal seumpama itu amatlah
mustahil untuk dijalankan memandangkan jumlah pelajar yang besar. Sekiranya harapan pihak
sekolah itu akan berjaya sekali pun semestinya mereka memerlukan kerja keras dan kerjasama yang
kuat dari semua pihak masyarakat, ibu bapa, murid serta guru. Jika difikir sejenak amatlah mustahil
untuk mana-mana sekolah untuk menjadikan sifar buli di sekolah. Hal ini kerana murid-murid yang
hadir dari latar belakang yang berbeza yang membuatkan mereka menunjukkan tingkah laku yang
pelik.
Menurut temubual yang telah pengkaji jalankan bersama empat orang responden. Responden telah
menceritakan banyak program yang telah pun pihak sekolah laksanakan bagi membendung masalah
buli ini dari berleluasa. Antara program yang telah pihak sekolah lakukan ialah homeroom, program
jati diri, program bertemu kaunselor dan banyak lagi. Menurut responden, program homeroom ini
sedikit sebanyak membantu murid yang bermasalah. Hal ini kerana mereka sering dipantau oleh guru.
Homeroom atau dikenali sebagai program mento-mentee yang mana seorang guru akan mengambil 15
orang pelajar dibawahnya untuk dikawal dan dibimbing supaya lebih terkawal dan mengurangkan
jumlah pelajar yang besar. Sekiranya jumlah pelajar yang mempunyai beribu-ribu orang ini tidak
dikecilkan dan ingin membendung dengan jumlah yang ramai sedikit sebanyak akan menyukarkan
objektif sesuatu program. Dengan adanya program homeroom ini guru akan lebih senang untuk
mendekati murid dengan bertanya kepada murid akan masalah yang mereka hadapi sehingga
membolehkan mereka melakukan kegiatan buli. Murid-murid juga akan lebih selesa untuk bercerita
kepada guru secara bersemuka dan tidak melibatkan orang ramai. Hal ini kerana ada sesetengah murid
mereka berasa segan atau malu untuk bekongsi cerita atau pun masalah jika ramai mata yang
memandang. Setelah homeroom ini dilaksanakan 4 respoden ini, didapati pembuli dapat
mengurangkan kegiatan mereka kerana mungkin masalah mereka semakin hilang.
Selain itu, pihak kaunseling ada membuat program seperti program jati diri bagi pelajar yang
sering melakukan kegiatan buli. Program ini khusus bagi mereka yang pernah melakukan buli ataupun
cuba untuk terjebak dengan masalah buli. Dalam menjayakan program ini murid-murid perlulah
memberi kerjasama dengan baik kepada pihak kaunseling supaya objektif mereka tercapai. Pada
kebiasaannya, pihak sekolah akan memanggil pakar motivasi dari luar untuk datang ke sekolah
memberi taklimat ataupun memberi nasihat untuk pembuli supaya mereka lebih sedar dan berniat
untuk meninggalkan kegiatan buli yang mana akan memberi kesan kepada pelajar lain. Dalam
program ini juga guru kaunseling terlibat untuk mendengar suara hati pelajar yang membuli. Hal ini
kerana, pelajar itu sendiri bukannya berniat untuk membuli akan tetapi mereka tertekan dengan cara
hidup mereka atau pun ada yang mempunyai masalah keluarga. Masalah seumpama inilah yang akan
menyebabkan mereka cenderung melakukan kegiatan buli di sekolah. Jika mereka melakukan
kegiatan buli meraka akan berasa puas hati dan tidak tertekan dengan masalah. Malah ada juga yang
membuli ini kerana mempunyai masalah dengan keluarga ada yang ibu bapa bercerai, ada yang
ayahnya kaki pukul, ada yang ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-
anak. Ibu bapa itu sendiri tidak mengambil tahu perasaan anak-anak menyebabkan anak kurang kasih
sayang dari ibu bapa. Hal ini kerana, jika anak mempunyai masalah mengenai pelajaran anak-anak
tiada tempat untuk mengadu atau pun meluahkan rasa hati mereka kepada ibu bapa oleh kerana ibu
bapa terlalu sibuk mengejar kerjaya berbanding anak. Hal seumpama inilah yang menyebabkan
pelajar ke sekolah dan melakukan kegiatan buli bagi menghilangkan masalah yang membebani fikiran
mereka. Mereka akan berasa puas jika melakukan kegiatan buli.
Seterusnya, pihak sekolah juga memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai masalah datang
berjumpa dengan kaunselor di bilik kaunseling sekiranya mereka malu untuk menyertai sebarang
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pertemuan empat mata seumpama ini lebih berkesan
kerana pelajar akan bercerita tanpa rasa segan dan yakin untuk memberitahu rahsia mereka kepada
kaunselor. Dalam pertemuan seperti ini, kaunselor akan menasihati pelajar dengan cara mendidik dan
mungkin akan memberi kesan kepada pelajar. Kebanyakkan pelajar yang membuli ini kerana berasa
mereka sudah berada di sekolah itu lama dan mempunyai masalah keluarga. Maklumat ini diambil
dari kaunselor yang pernah menangani kes buli dan responden sendiri pernah menerima kes buli yang
71
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
berlaku di asrama tempat pelajar tinggal. Pada awalnnya, pembuli ini bukannya bersifat agresif
semenjak dari awal mereka masuk ke sekolah, tetapi setelah mereka memasuki menengah atas dan
mereka berasa sudah lama berada di sekolah serta yakin pelajar baru akan takut dengan mereka
barulah mereka mula membuli. Disebabkan itu, kebanyakkan pembuli hanya dari menengah atas iaitu
tingkatan 4 dan 5. Hal ini kerana mereka rasa mereka sudah besar dan boleh melakukan apa saja
sesuka hati mereka. Pelajar dari menengah rendah jarang terlibat dengan masalah buli seperti menjadi
pembuli kebanyakkan dari mereka akan menjadi mangsa buli dari pelajar senior iaitu menengah atas.
Pihak kaunseling juga meminta supaya pelajar yang dibuli datang meminta nasihat dari pihak
kaunselor supaya mereka tidak berasa tertekan dan rendah diri apabila dibuli. Kebanyakkan mangsa
buli akan takut untuk berjumpa guru kaunseling kerana mereka bimbang diketahui oleh pembuli dan
mangsa akan dibuli dengan lebih teruk lagi. Jika mangsa takut untuk bersuara pembuli akan berasa
selesa kerana tindakan tidak akan diambil keatas mereka. Kebanyakkan mangsa buli akan murung
sehingga akan menyebabkan tekanan kepada emosi mereka serta akan menjejaskan pelajaran. Oleh
itu, pihak sekolah meminta kepada mangsa untuk berjumpa dengan pihak kauseling supaya
memulihkan balik semangat mereka dan berasa yakin untuk berhadapan dengan pembuli. Menurut
kaunselor lain pula, tidak ramai mangsa yang datang berjumpa dengan beliau untuk menceritakan
perkara sebenar kerana takut kepada pembuli. Responden mengetahui akan hal itu melalui kawan
mangsa. Sebenarnya, jika mangsa sering berjumpa kaunselor untuk menceritakan masalah mereka
potensi mereka untuk dibuli itu akan berkurang kerana pembuli akan takut untuk meneruskan kegiatan
mereka. Hal ini kerana mangsa terlalu rapat dengan guru. Oleh itu, mangsa perlu berjumpa pihak
kaunseling bagi memudahkan pihak mereka mengesan siapa yang sering melakukan kegiatan buli
sekali gus dapat membendung masalah ini semakin berleluasa di sekolah.
72
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
mereka akan dibuli dengan lebih teruk lagi. Semasa mangsa dibuli mangsa telah pun diugut oleh
pembuli supaya jangan sesekali melaporkan kepada sesiapa mengenai kegiatan jahat mereka.
Disebabkan itu mangsa berasa takut untuk melaporkan. Hal ini secara tidak langsung akan membuka
ruang kepada pembuli menjalankan kegiatan jahat mereka secara berlarutan kerana tiada seorang pun
yang sanggup membuat aduan kepada pihak sekolah. Walaupun begitu, bukan semua mangsa yang
takut dengan pembuli ada juga yang berani untuk pertahankan diri mereka dengan cara melaporkan
kepada guru dispilin ada juga yang berjumpa kaunselor bagi mendapat nasihat. Jika kesemua mangsa
takut untuk bersuara keadaan akan menjadi makin sukar untuk dibendung. Pihak sekolah sukar untuk
mencari dan mengenal pasti identiti si pembuli sehingga menjadi penyebab masalah ini semakin
berlelusa. Oleh itu, semua yang terlibat haruslah memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam
membendung kegiatan buli ini semakin berleluasa memandangkan untuk menjadikan masalah buli ini
sifar adalah mustahil.
5. Perbincangan
5.1. Analisis SWOT
Berdasarkan kajian pengkaji mengenai isu bulifizikal di sekolah, pengkaji mendapati bahawa kes buli
ini sentiasa berlaku di setiap sekolah sama ada di sekolah rendah mahu pun menengah. Untuk
membincangkan lebih mendalam lagi mengenai buli ini pengkaji menggunakan analisis SWOT untuk
menerangkan lagi hasil kajian pengkaji.
SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi
yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa
hadapan dengan mempertimbangkan fakktor-faktor kekuatan, kelemahan, halangan dan ruang untuk
penambahbaikan. Selain itu, SWOT juga digunakan untuk mempertimbangkan sesuatu kerja yang kita
hasilkan. Dapatan kajian Beale [8], menyatakan bahawa perlakuan buli memberi kesan buruk
terhadap mangsa buli di mana mereka akan menderita dari aspek sosial dan akademik. Ini akan
mengakibatkan mereka untuk memilih untuk bunuh diri dan ianya merupakan akibat yang paling
kronik.
5.2. Kekuatan
Sehubungan dengan itu, berdasarkan analisis SWOT, kekuatan untuk menangani isu buli di sekolah
dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik
dan sebagainya. Menurut responden, melalui pendidikan ini, para pelajar mendapat kesedaran dan
mempelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Selain itu, kekuatan yang ada untuk
membendung kes buli di sekolah adalah dengan mengadakan kempen dan ceramah kesedaran tentang
gejala membuli di setiap sekolah. Melalui cara ini, remaja dapat mengetahui kesan yang diperolehi
daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap
orang lain. Contohnya, pihak sekolah akan meminta bantuan daripada pihak polis untuk memberi
ceramah tentang “awareness of buli”. Seterusnya, peranan ibu bapa dan pihak sekolah juga amat
penting bagi mengurangkan gejala buli di sekolah. Hal ini kerana, jika berlaku pergaduhan, ibu bapa
kepada mangsa buli akan melaporkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan mengambil tindakan
terhadap si pembuli dengan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia
tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Disiplin dan peraturan sekolah juga diperketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para
pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti penglibatan dalam
gejala sosial seperti membuli.
5.3. Kelemahan
Kelemahan yang dapat mempengaruhi kes buli di sekolah ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai
telah menyukarkan guru untuk mengawal kes buli yang terjadi di sekolah. Hal ini demikian kerana,
sebilangan mangsa buli enggan dan mendiamkan diri dari melaporkan mangsa telah dibuli oleh
pelajar lain. Kajian responden juga menyatakan bahawa mangsa buli akan mengalami trauma
sehingga menyebabkan dia takut berkawan dengan pelajar lain dan hilang fokus untuk belajar.
Pengawasan yang longgar dan kelemahan peraturan di sekolah akan memberi peluang kepada pelajar
yang ingin menjalankan aktiviti pembulian mereka terhadap pelajar lain. Di samping itu, sistem
sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengetepikan aspek sukan
kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan. Pelajar juga terdedah dengan media sosial
73
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
yang memaparkan aksi dan tingkah laku yang kurang baik sehingga menyebabkan pelajar mudah
terikut. Responden juga mengatakan bahawa kes buli ini menjadi ikutan dari tahun ke tahun yang lain.
Contohnya, pelajar senior membuli pelajar junior dan apabila pelajar junior meningkat dewasa,
perlakuan tersebut akan dibalas balik.
5.4. Halangan
Responden menyatakan bahawa halangan untuk membendung kes buli ialah sekolah mengalami
kurang peruntukan untuk membeli dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap bangunan
sekolah. Hal ini kerana, untuk memasang CCTV melibatkan kos yang tinggi selain menjadi isu kerana
tiada privasi. Sebegai contoh,di tandas adalah tempat yang paling popular untuk pelajar membuli
kerana tiada CCTV yang akan dipasang di sana disebabakan oleh hak privasi. Seterusnya, halangan
yang lain untuk menangani gejala buli ini adalah tiada kerjasama antara pelajar dengan guru. Selain
itu, ditambah lagi pada zaman kini seseorang guru atau pelajar tidak boleh menyentuh pelajar lain
kerana hal ini boleh dikategorikan sebagai penderaan. Justeru, perkara ini merupakan salah satu
cabaran yang dihadapi oleh guru untuk memberi hukuman yang setimpal kepada mereka yang
bermasalah seperti hukuman keatas pembuli.
74
Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli1, Fatin Nur Syahirah Binti
Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Sciences 2019, 2(1): 65-75
DOI: 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
pihak kaunselor sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa serta kanak-kanak bermasalah supaya
bimbingan serta kaunseling boleh diberikan [10].
6. Kesimpulan
Secara keseluruhan, melalui dapatan kajian yang dibentangkan maka dapatlah dirumuskan mengenai
perlakuan buli. Dalam kalangan murid di sekolah begitu serius, terutamanya di sekolah menengah.
Perlakuan buli di sekolah menengah sesuatu yang perlu diambil perhatian serius seperti mana di
sekolah-sekolah dalam bandar dan luar bandar yang lain. Kita sesungguhnya tidak boleh melihat kes-
kes buli yang berlaku di sekolah sebagai satu masalah terpinggir.
Walaupun nisbah kejadian adalah sangat kecil tetapi masalah ini boleh menjadi satu barah dalam
usaha membentuk masyarakat madani. Malah perlu dilihat semula sejauh manakah keseimbangan
antara tumpuan kepada akademik dan hal-hal sosial.
Usaha untuk menangani masalah buli di sekolah bukanlah hanya merupakan tanggungjawab pada
satu-satunya pihak samada ibu bapa, penjaga atau guru tetapi semua pihak yang terlibat. Oleh itu,
kesedaran diri amat penting dan merupakan salah satu cara penyelesaian yang terbaik antara cara-cara
penyelesaian yang lain. Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri termasuk agensi-
agensi kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam membantras perlakuan buli di sekolah.
Secara keseluruhannya, disiplin merupakan elemen yang paling asas dan penting dalam diri
seseorang individu walaupun pembentukan keperibadian ini boleh berlaku dengan sendiri. Pihak
sekolah seharusnya lebih memberi perhatian ke atas pembentukan sahsiah pelajar daripada
mengenakan hukuman keras ke atas diri pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin. Hal ini jika tidak
diambil berat ia mungkin akan menyebabkan masalah disiplin menjadi semakin rumit dan serius.
Selain itu, pengkaji telah berjaya mencapai objektif dan matlamat pengkaji dalam kajian ini.
Pengkaji berjaya mendapatkan respon guru-guru melalui kaedah temu bual yang pengkaji jalankan,
tentang cara dan teknik berkesan yang guru gunakan terhadap pelajar-pelajar bagi mengelakkan
kejadian buli, pengalaman mengendali kes buli, sejarah kes buli serta cadangan penambahbaikan pada
masa akan datang.
Rujukan
[1] Yaakub, N. F. (2006). Hentikan Buli di Sekolah Anda: Panduan Sekolah Menengah. Petaling
Jaya: Sutrapadu.
[2] Azizi Hj. Yahaya, Yusofboon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa & Zurhana Bin
Muhamad. (2008). Indeks Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar-Pelajar di Sekolah Menengah
dan Rendah di Malaysia. Johor: UTM.
[3] Khalid, Mahadi. (2007). Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak. Batu Lintang: Institut Penguruan Batu Lintang.
[4] Freud, S. (1913). Interpretation of Dream,3rd Edition. New York: Brill A. A. Macmillan.
[5] Junainor Hassan., Saleh Abd Rashid., Suliadi Firdaus Surfahani & Mohd Kasturi Nor Abd Aziz.
(2016). Buli di Kalangan Sekolah Rendah Luar Bandar: Kajian Kes di Kawasan Felda Utara
Kedah- Perlis, Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(1): 113-125.
[6] Maslow, A. (1968). Toward a Psychology of Being. New York, NY: Van Nostrand Reinhold.
[7] Bandura, A. (1998). Health Promotion from the Perspective of Social Cognitive Theory.
Psychology and Health, 13(4): 623-649.
[8] Beale, A. V. (2001). Bullybusters: Using Drama to Empower Students to Take a Stand against
Bullying Behavior. Professional School Counseling, 4: 300–306.
[9] Piaget, J. (1950). the Psychology of Intelligence. London: Rout Idge and Kegan Paul.
[10] Termizi, A. T. A. (2017, Jun 18). Buli: Tanggungjawab Semua. Utusan Online. Diperoleh dari
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/buli-tangungjawab-semua-1.494455
75