Isu Alam Sekitar Telah Menjadi Satu Isu Yang Menunjukkan Kelemahan Manusia Dalam Mengurus Alam
Dokumen ini membincangkan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pencemaran udara, air dan tanah. Pencemaran ini telah mengubah persekitaran dan menjejaskan keseimbangan alam. Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak perlu bekerjasama untuk melindungi alam sekitar.
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0 ratings0% found this document useful (0 votes)
99 views1 page
Isu Alam Sekitar Telah Menjadi Satu Isu Yang Menunjukkan Kelemahan Manusia Dalam Mengurus Alam
Dokumen ini membincangkan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pencemaran udara, air dan tanah. Pencemaran ini telah mengubah persekitaran dan menjejaskan keseimbangan alam. Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak perlu bekerjasama untuk melindungi alam sekitar.
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 1
Isu Alam Sekitar telah menjadi satu isu yang menunjukkan kelemahan manusia dalam
mengurus alam. Bincangkan.
Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup seperti tanah, bentuk muka bumi dan cuaca. Pada masa kini, masalah alam sekitar semakin serius dan meningkat akibat populasi manusia yang kian meningkat. Manusia telah mencipta masalah-masalah alam sekitar seperti penghapusan sumber semula jadi, melakukan pencemaran dan kerosakan terhadap sumber air, tanah dan udara di samping mewujudkan masalah pemanasan global dan perubahan cuaca. Masalah alam sekitar telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Antara isu yang dibincangkan ialah pencemaran alam sekitar. Pencemaran telah mengubah persekitaran sehingga keseimbangan alam terjejas. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembalakan dan perindustrian. Pencemaran terbahagi kepada tiga jenis seperti pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah. Antara punca pencemaran manusia yang utama ialah penggunaan tenaga oleh manusia untuk meneruskan kehidupan. 86% penggunaan tenaga dunia datangnya daripada tenaga fosil. Tenaga fosil terbahagi kepada dua bentuk iaitu petroleum dan gas asli yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Penggunaan tenaga nuklear pula mendatangkan masalah yang berbahaya seperti pencemaran radioaktif. Loji-loji tenaga nuklear berhadapan ancaman gempa bumi seperti yang berlaku di Jepun. Hal ini mendedahkan risiko pendedahan radioaktif kepada kawasan yang luas. Satu lagi sumber tenaga manusia ialah tenaga hidro. Air daripada takungan digunakan sebagai kuasa dan tenaga untuk memutarkan turbin dalam empangan. Kaedah ini dikatakan paling kurang mencemarkan alam berbanding dengan penggunaan tenaga fosil. Namun pembinaan empangan hidro turut memusnahkan ekologi kerana hutan terpaksa dimusnahkan untuk membina kawasan takungan air yang luas. Hidupan terjejas kerana habitat semula jadi telah terjejas. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan kepupusan sesetengah spesies haiwan. Pencemaran udara berlaku kerana peningkatan penggunaan kenderaan untuk tujuan pengangkutan, pembakaran arang dan sisa-sisa daripada industri. Aktiviti tersebut menyebabkan gas karbon monoksida dan nitrogen dioksida terbebas ke udara. Gas tersebut akan bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid. Hujan asid akan mencemarkan kawasan pertanian, hutan dan sungai di samping menyebabkan kemusnahan kepada bangunan. Pencemaran air pula berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan sisa kilang, tumpahan minyak daripada kapal laut dan pembuangan sampah sarap. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air sungai dan membahayakan kesihatan sekiranya air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi. Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menghalang kemasukan udara di laut. Hal ini menyebabkan hidupan akuatik tidak dapat bernafas dan mati. Pencemaran tanah pula berlaku kerana kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri dan limbah industri yang langsung dibuang ke dalam tanah secara tidak memenuhi syarat. Pencemaran tanah akan menyebabkan kesuburan tanah menurun dan hakisan tanah. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus berganding bahu untuk mengatasi isu alam sekitar agar keindahan dan kualiti alam sekitar dapat dikekalkan. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada manusia dan setiap manusia mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung menggambarkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara pada masa akan datang.