0% found this document useful (0 votes)
226 views28 pages

Laporan Tugasan Akhir Etika Dan Sosial Korporat 22.01.2021 Final

Uploaded by

Syaqiela Suhada
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
226 views28 pages

Laporan Tugasan Akhir Etika Dan Sosial Korporat 22.01.2021 Final

Uploaded by

Syaqiela Suhada
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 28

FAKULTI EKONOMI

DAN PENGURUSAN
SARJANA MUDA PROGRAM PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN
KEPUJIAN

EPPM2063 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Tajuk:
PROJEK KUMPULAN - MODUL KEPENGGUNAAN ATAU MODUL ALAM
SEKITAR

Pensyarah:
DR. NUR ATIQAH ABDULLAH

Ahli Kumpulan:
Nama No. Matrik
NUR SYAKILA SUHADA BINTI ABU BAKAR GA04122
AASHMINY DEVI A/P MAGENDIRAN GA04258
NOR NADHIRAH BINTI ZOLKARNAIN GA04118
MUHAMAD SAZELI BIN MOHD NAZIR GA04111
Kandungan

1.0 Pengenalan 1-2


2.0 Isu-isu Alam Sekitar Masa Kini
- Pencemaran Laut 3-4
- Pencemaran Sumber Air - Sungai 5-8
- Pencemaran Sisa Buangan Dan Klinikal 9-10
3.0 Peranan Dan Komitmen Persatuan Dan Kerajaan 11-14
- pengurusan Air Selangor (AIS)
- Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
- Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS)
- Kerajaan Negeri Selangor
- Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
- Masyarakat Dan Pengguna 15-16
- Syarikat Korporat Dan Bukan Kerajaan 17-18
4.0 Cabaran Yang Dihadapi Dalam Tempoh Pandemik COVID-19 19-20
5.0 Cadangan Untuk Penambahbaikan 21-22
6.0 Kesimpulan 23-24
7.0 Rujukan 25
1.0 PENGENALAN
Masalah alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air,
pencemaran sisa buangan, tanah runtuh, tsunami dan gempa bumi tidaklah asing bagi kita.
Banyak daripada masalah ini berpunca daripada perbuatan manusia (gardner & Stern 2002).
Menurut grove (2002), akibat daripada kemusnahan ini ialah kematian ribuan manusia di
seluruh dunia. Khazanah alam semakin pupus ditelan zaman akibat keuntungan dan tamak
haloba golongan tertentu (Mohd Faizal 2008). Isu- isu alam sekitar sering dikatakan sukar
untuk diselesaikan kerana aspek pertumbuhan ekonomi dan keperluan penduduk yang semakin
bertambah. Sikap dan komitmen individu terhadap alam sekitar turut memainkan peranan
dalam isu ini. Akibatnya, kesedaran hanya tinggal kesedaran tanpa ada perubahan dari segi
amalan tingkah laku mesra alam sekitar. Penglibatan individu dalam pemuliharaan alam sekitar
merupakan satu langkah besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Ramai yang
berpendapat bahawa jalan terbaik untuk mengatasi masalah alam sekitar adalah dengan
mengubah sikap dan amalan seharian masyarakat dari berfokuskan kepentingan diri
(anthropocentric) kepada berfokuskan alam sekitar (ecocentric) (Knapp 1999; Callicott 2000).

Sikap atau kefahaman alam sekitar (environmental worldview) merujuk kepada kepercayaan,
perasaan dan tingkah laku individu terhadap alam sekitar (Knapp 1999; Callicott 2000). Knapp
(1999) menegaskan bahawa salah satu faktor penyumbang kepada kemusnahan alam sekitar
yang berleluasa adalah kerana majoriti masyarakat memiliki fahaman anthropocentric. Oleh itu,
kefahaman ecocentric dipercayai lebih memberi kesan yang efektif terhadap sikap dan amalan
manusia. Apabila kefahaman alam sekitar adalah berlandaskan keharmonian diantara manusia.
dan alam sekitar, individu akan mengambilkira kesan terhadap alam sekitar dalam tingkahlaku
seharian kerana mereka percaya bahawa manusia dan alam sekitar mempunyai nilai yang setara.
Kita sering mengaitkan perkataan “hubungan” dengan interaksi sesama manusia yang saling
bergantungan. Walau bagaimanapun, manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan
alam semulajadi dan sebaliknya keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan
manusia. Tidak kira seseorang itu berasa rapat dengan alam semulajadi atau tidak, mereka adalah
saling bergantungan dengan alam di mana kesejahteraan alam mempengaruhi kesejahteraan
hidup manusia. Tidak banyak kajian yang mengkaji aspek dan implikasi kesalingbergantungan

1
manusia dengan alam semulajadi di Malaysia, terutamanya aspek tingkah laku manusia yang
dipengaruhi oleh pergantungan terhadap alam sekitar.

Dunia hari ini masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19 apabila lebih daripada 9 juta orang
di seluruh dunia disahkan positif yang melibatkan 469 ribu kes kematian. Ancaman penularan
Covid-19 telah memaksa seluruh dunia melaksanakan perintah berkurung (lockdown) atau
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian pandemik ini. Pada masa yang
sama, pelaksanaan perintah berkurung ekoran wabak Covid-19 turut menyumbang kebaikan
terhadap alam sekitar. Apatah lagi memberi nafas baharu terhadap planet bumi ketika mana
aktiviti manusia yang merangkumi pengangkutan, pelancongan dan perindustrian dihentikan
sementara. Perkara ini juga termasuk dari segi penurunan kadar pencemaran udara dan pelepasan
gas rumah kaca (GHG), tahap kualiti sungai yang lebih baik, pantai yang bersih selain tahap
kebisingan persekitaran terutama di kawasan bandar dan perindustrian yang berkurangan. Secara
tidak langsung pandemik Covid-19 juga menyumbang impak yang negatif terhadap alam sekitar
terutama negara-negara maju yang terjejas seperti China, USA, Itali dan Sepanyol. Antara
contoh yang ketara dapat dilihat adalah peningkatan sisa buangan sama ada domestik mahupun
klinikal yang mendadak sepanjang perintah berkurung dilaksanakan. Pencemaran plastik baharu
di lautan seperti topeng muka, sarung tangan dan botol pembasmi kuman juga antara yang
dikenal pasti sepanjang pandemik Covid-19 menular. Malah, pengurangan operasi kitar semula
bahan buangan turut berlaku terutama di USA dan Itali. Laporan ini bertujuan untuk mengkaji
mengenai konsep dan isu-isu kepenggunaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dan isu-
isu alam sekitar masa kini. Secara khusus, laporan ini bertujuan untuk mengkaji peranan dan
komitmen syarikat korporat, persatuan, kerajaan dan masyarakat, gerakan pengguna, penjagaan
dan pemeliharaan alam sekitar. Selain itu, laporan ini juga meninjau cabaran yang dihadapi
dalam tempoh pandemik “Covid 19” dan cadangan untuk penambahbaikan. Komitmen terhadap
alam sekitar merupakan satu konstruk teoritikal baru yang meramal tingkah laku mesra alam
sekitar (Davis et al. 2009). Hasil laporan boleh menyumbang kepada usaha peningkatan amalan
tingkah laku mesra alam sekitar.

2
2.0 ISU-ISU ALAM SEKITAR MASA KINI

2.1 PENCEMARAN LAUT

Bumi ini dilitupi lautan seluas 70 peratus dari permukaan daratan merupakan suatu khazanah
yang tiada nilainya. Ia menjadi sumber ekonomi, bekalan makanan, perlancongan, habitat
hidupan laut serta pelbagai lagi. Alam ini merupakan suatu amanah bagi kita untuk dijaga dan
diperlihara agar dapat mengekalkan kelestarian makhluk yang hidup diatas muka bumi ini. Laut
juga berperanan sebagai pemapan haba untuk mengimbangi iklim bumi seterusnya melindungi
manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu persekitaran. Sebagai sumber bekalan
makanan, pencemaran yang berlaku di dasar lautan boleh menyebabkan tangkapan hasil laut
terjejas serta tidak berkualiti secara tidak langsung boleh mengundang pelbagai penyakit. 80
peratus pencemaran yang terjadi di lautan berpunca dari sumber daratan. Pencemaran yang
berlaku di daratan lebih senang dikesan berbanding di lautan. Kewujudan sampah didasar lautan
memerlukan puluhan tahun untuk terurai. Bahan buangan seperti beg plastik, botol plastik,
penyedut minuman, tumpahan minyak, sisa buangan industri masih menjadi masalah utama bagi
hidupan laut. Ada kajian menunjukkan unjuran kewujudan sampah plastik didalam lautan
mengatasi keseluruhan ikan pada tahun 2050 (dari segi berat).

3
RAJAH 1

Selain pencemaran sisa buangan plastik, terdapat juga pembuangan sisa pepejal lain kedalam laut
yang mengakibatkan hidupan laut tercekik dan kesukaran bernafas. Hidupan laut menyangka
objek yang terapung sebagai sumber makanan menyebakan bahan buangan ini dimakan dan
proses percernaan tidak belaku dan akhirnya membawa kematian. Peristiwa ini sering berlaku di
habitat yang berdekatan dengan perkampungan di atas air dan adakalanya didalam perut haiwan
ini juga mengandungi sisa buangan alat menangkap ikan seperti tali nylon, mata pancing, pukat
reput, mentol kaca, puntung rokok, penutup botol dan sebagainya. Pendemik Covid-19 ibarat
suatu rahmat bagi alam. Sebelum ini pantai-pantai menjadi tumpuan ramai dimana aktiviti
perlancongan telah meninggalkan kesan seperti pembuangan sampah, pembinaan chalet dan
hotel yang merosakkan tebing pantai, kecurian terumbu karang serta ganguan terhadap habitat di
dasar laut. Aktiviti pernambakan laut juga terhenti apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dikuatkuasakan, kerja-kerja bukan keperluan turut tidak dibenarkan beroperasi. Terdapat juga
kajian yang mengatakan aktiviti penyelaman yang dilakukan oleh pelancong yang tidak
berpengalaman boleh menyebabkan kerosakan lebih besar terhadap terumbu karang. Penggunaan
sauh bot pelancong juga adakalanya turut menyumbang kerosakan ini. Kegairahan pelancong
untuk

meneroka di luar kawasan yang diwartakan meninggalkan kesan jangka panjang seperti
kerosakan tisu pertumbuhan terumbu karang boleh terjadi lantaran aktiviti ini.

4
RAJAH 2

2.2 PENCEMARAN SUMBER AIR – SUNGAI

RAJAH 3
Tahun 2020 menyaksikan Selangor melalui sembilan pencemaran sumber air mentah dan lapan
kali gangguan bekalan air yang menjejaskan sebahagian besar pengguna di negeri ini dan di
Lembah Klang. Semasa orang ramai menyinsing lengan baju untuk mengangkut air bagi
kegunaan harian acap kali berlakunya gangguan bekalan, ada juga pihak yang menggunakan
sungai-sungai di negeri ini dengan sewenang-wenangnya untuk melupuskan sisa buangan,

5
termasuk sisa buangan berjadual. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP
Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang
ketat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 tidak menghalang pihak tidak
bertanggungjawab daripada terus mencemarkan sumber air mentah di Selangor. Pencemaran
sumber air mentah di beberapa sungai penting di Selangor menyebabkan loji rawatan air (LRA)
utama, iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa
dihenti tugas, rata-rata berikutan isu pencemaran minyak dan bau.

Insiden pertama pencemaran bau sehingga mengakibatkan gangguan bekalan ke atas jutaan
pengguna berlaku pada 17 Mac lalu dan siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati
pencemaran berpunca daripada bengkel jentera berat di Sungai Gong, Rawang yang terbabit
dalam penstoran sisa minyak. Selang seminggu iaitu pada 27 Mac, LUAS menyatakan LRA
Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 terpaksa
dihenti tugas akibat pencemaran sisa minyak di Sungai Selangor dalam insiden pencemaran
kedua, disyaki berpunca daripada kilang bahan binaan di Bestari Jaya. Ketiga-tiga LRA itu
beroperasi semula kira-kira tiga jam kemudian selepas kerja mengawal baki aliran minyak
selesai dengan tiada gangguan bekalan air.

Dalam insiden pencemaran ketiga, kurang sebulan daripada insiden sebelumnya, penduduk di
Selangor dan Lembah Klang diuji dengan gangguan bekalan air kali kedua pada 16 April,
apabila empat LRA utama berkenaan dihenti tugas ekoran aliran air daripada sebuah kolam
ternakan ikan di Hulu Selangor, mencemarkan sumber air mentah di Sungai Selangor. Pada 27
Mei, gangguan bekalan air kali ketiga berlaku apabila LRA Sungai Selisik dihenti tugas ekoran
tumpahan minyak diesel dalam insiden pencemaran kali keempat, menjejaskan 742 akaun
pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di lapan kawasan di Hulu Selangor.

LUAS menyatakan pencemaran minyak itu berpunca akibat kemalangan sebuah lori tangki
diesel dengan van di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang menyebabkan tumpahan
bahan bakar daripada kenderaan itu mengalir ke Sungai Siah di Perak, iaitu LRA Sungai Selisik
terletak 2.7 kilometer di hilir sungai berkenaan. Selang hampir empat bulan daripada insiden di
Hulu Selangor, warga negeri ini dan Lembah Klang terpaksa bekerja keras lagi untuk
mengangkut air apabila empat LRA utama dihenti tugas, ekoran insiden pencemaran bau seakan
bahan pelarut dikesan Sungai Selangor pada 3 September menyebabkan penduduk di 1,292

6
kawasan di tujuh wilayah, terjejas bekalan air buat kali keempat. Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Amirudin Shari, berkata pencemaran bau itu berpunca daripada kilang yang dikesan
melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong, Rawang sebelum mengalir ke Sungai Sembah
hingga masuk ke Sungai Selangor.

Insiden keenam pencemaran air mentah kembali terjadi pada 4 Oktober lalu, apabila LUAS
mengesan terdapat bau seperti bangkai di Sungai Pajam, Negeri Sembilan, ketika siasatan
dijalankan susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat menyebabkan henti
tugas LRA Semenyih dan Bukit Tampoi. Henti tugas itu yang berpunca daripada pembersihan
ladang itik dan angsa di tepi Sungai Pajam, mengakibatkan gangguan bekalan bagi kali kelima
dengan 309,605 akaun pengguna air di 273 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan
Sepang terjejas.

Pencemaran sungai ketujuh berlaku lagi pada 19 Oktober lalu di Sungai Gong, apabila bau
seakan-akan pelarut berpunca daripada sebuah bengkel membaiki dan menjual jentera
pembinaan dikesan masuk ke sungai itu dan menyebabkan henti tugas LRA Sungai Selangor
Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 3 dan LRA Rantau Panjang.
Ini mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual kali keenam membabitkan 1.2 juta
akaun pengguna di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang. Seakan-akan menjadi rutin bulanan,
pada 10 November lalu, LUAS memaklumkan LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor
Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 serta LRA Sungai Selangor Fasa 3 terpaksa dihenti tugas
lagi.

7
RAJAH 4

Ini susulan tindakan pengusaha premis di kawasan perindustrian di Taman Velox, Rawang
melupuskan bahan buangan terjadual melalui tandas, sebelum mengalir ke Loji Rawatan
Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) dan memasuki Sungai Selangor. Susulan itu,
gangguan bekalan air kali ketujuh berlaku.

Pencemaran kali kelapan itu terjadi hanya dalam tempoh 24 jam selepas Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor meluluskan Rang Undang-undang (RUU) LUAS (Pindaan) 2020 pada 9
November lalu, untuk mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pencemar sumber air.
Antaranya hukuman denda sehingga RM1 juta dan penjara mandatori. Terbaru pada 8 Disember,
pencemaran kali kesembilan bekalan air di 1,274 kawasan di Lembah Klang terjejas lagi susulan
LRA Sungai Selangor Fasa1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3
serta LRA Rantau Panjang dihenti tugas, apabila LUAS mengesan bau bangkai ikan pada sampel
sumber air mentah yang diambil pada muka sauk LRA.Pencemaran ini sekali lagi menyebabkan

8
gangguan bekalan air, antaranya di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor,
Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal
Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, berkata bau itu disyaki berpunca daripada satu kolam
ternakan ikan yang melepaskan air ke Sungai Selangor bagi tujuan pengeringan kolam terletak
kira-kira 8.7 km dari LRA Rantau Panjang.Sehingga 28 Oktober lalu, sebanyak 20 kes
pencemaran dikesan berlaku dengan 9.45 peratus berpunca daripada tumpahan minyak, 7.35
peratus pencemaran bau, 3.15 peratus daripada efluen industri dan akuakultur, manakala 1.5
peratus lagi berpunca daripada kekeruhan dengan lapan daripadanya menyebabkan henti tugas
loji rawatan air.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan


Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, berkata sebanyak 15,361 kilang dan
industri berlesen direkodkan pihak berkuasa tempatan beroperasi di dua lembangan Sungai
Selangor dan Sungai Langat sehingga tahun lalu. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 223 kilang
dan industri berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor yang 72 premis terletak di
lembangan Sungai Selangor dan 151 di lembangan Sungai Langat. Jumlah kilang itu tidak
termasuk premis dan industri yang beroperasi secara haram dengan kedua-dua kategori itu
berpotensi untuk menjadi sumber pencemaran di lembangan sungai itu. Pencemaran Sungai
Gong pada 3 September lalu menjadi titik tolak kerajaan negeri dengan kerjasama pihak
berkuasa Persekutuan untuk melaksanakan penguatkuasaan alam sekitar, dengan beberapa
tindakan undang-undang diambil ke atas pemilik premis bagi menunjukkan betapa seriusnya
kesalahan mencemarkan alam sekitar.

2.3 PENCEMARAN SISA BUANGAN DAN KLINIKAL

9
RAJAH 5

Seperti yang diketahui umum, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) fasa yang pertama bermula awal tahun 2020 iaitu pada 18 Mac 2020
sehingga 31 Mac 2020 kerana penularan wabak Covid-19 di Malaysia yang meningkat sehingga
kini. Setelah hampir setahun wabak ini menular dan dalam sedar atau tidak, timbul tindak balas
yang diluar jangkaan. Tindak balas ini melibatkan masyarakat Malaysia iaitu orang-orang awam
dan pengusaha produk pertanian. Produk pertanian berubah menjadi sisa organik setelah ianya
dibuang. Sejak bermulanya PKP, terlalu banyak sisa buangan pertanian yang terpaksa dibuang
kerana tiada pembeli. Produk pertanian adalah bahan organik, lazimnya mudah rosak dan busuk.
Apabila busuk, ianya berair dan berbau. Air kuras (leachate) dan bau ini adalah kesan daripada
tindakbalas proses biorosotan atau penguraian oleh mikrob dan ianya perlu diurus dengan baik.
Tanpa pengurusan yang baik ia akan mengundang kepada masalah pencemaran alam sekitar.

Bermulanya penularan wabak Covid-19 ini, rakyat Malaysia telah disarankan untuk memakai
alat perlindungan diri (PPE). Susulan daripada perintah penggunaan alat perlindungan diri ini,
sisa klinikal seperti sarung tangan dan topeng pelitup muka telah meningkat dengan mendadak
sehingga berlaku pengumpulan yang tidak terkawal. Sisa klinikal ini meningkat kepada 44
peratus pada bulan Mac berbanding 17 peratus pada bulan Februari. Penemuan sisa klinikal
dengan bahan pertanian yang dilupuskan telah menimbulkan satu isu kerana operator yang

10
terlibat dengan peluupusan tersebut boleh terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi oleh
kerana sisa klinikal seperti sarung tangan dan pelitup muka yang tidak dilupusakan dengan cara
yang sepatutnya.

Topeng muka, sarung tangan pakai buang dan botol pembasmi kuman antara sampah yang
dilihat semakin meningkat di Sungai Klang sejak beberapa bulan lalu. Pengarah Urusan
Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nor berkata, masyarakat perlu
mengamalkan kaedah pelupusan yang betul dengan membuang semua sampah itu ke dalam tong
sampah mengikut proses pelupusan sebaiknya. Sampah ini boleh tercampak ke dalam longkang
yang akhirnya mengalir ke dalam sungai lalu menyumbang kepada pencemaran.

3.0 PERANAN DAN KOMITMEN SYARIKAT KORPORAT, PERSATUAN,


KERAJAAN DAN MASYARAKAT

11
3.1 PENGURUSAN AIR SELANGOR (AIS)

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dibawah kerajaan negeri Selangor.
Tanggungjawab syarikat ini hanyalah sebagai pengendali bekalan air dan membuat pemantauan
di muka sauk bagi memastikan bekalan air mentah bersih disalurkan kepada pengguna. Tugas
AIS apabila ada pencemaran (bekalan air mentah) adalah menghentikan operasi Loji Rawatan
Air dan mencuba sedaya upaya memberi maklumat secepat mungkin kepada pengguna. Syarikat
ini juga mengaktifkan kod ERP (Emergency Response Team) merah apabila menghadapi
gangguan bekalan air dan menyalurkan bantuan air kepada pengguna. Syarikat ini melaksanakan
langkah pemulihan bekalan air secara berperingkat.

3.2 LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

Lembaga Urus Air Selangor atau singkatannya LUAS adalah sebuah agensi setempat pengurusan
sumber air dan lembangan sungai di Selangor. Ia ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Urus
Air Selangor 1999 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang
pada 9 April 1999. Agensi ini menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan
aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan
atau subpermukaan tanah. LUAS menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang
berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber air. Agensi ini juga berkuasa memberi
lesen, memantau sepanjang sungai dan mengawal buangan ke bekalan air.
3.3 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

12
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ialah badan pengawalseliaan kebangsaan untuk
industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ia beroperasi di bawah kerangka perundangan yang ditentukan dalam Akta Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
SPAN adalah pihak berkuasa utama yang bertanggungjawab ke atas bekalan air. Mereka
memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan
pembetungan. SPAN memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan,
obligasi berkontrak dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan. Mereka juga berkuasa
mendakwa pencemar sungai yang menyebabkan loji rawatan air dihenti tugas dan mengganggu
bekalan air. Antara tugas lain mereka adalah memantau risiko pencemaran dan penguatkuasaan
dan mengawal selia industri perkhidmatan air.

3.4 JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA (JAS)

Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditugaskan
untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti
berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada pembangunan industri,
perumahan, infrastruktur dan lain-lain. Agensi ini mencegah, menghapus, mengawal pencemaran
dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan
peraturan-peraturan di bawahnya. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]
memperuntukkan lima perkara yang menjadi tumpuan utama iaitu pencemaran udara,
pencemaran bunyi bising, pencemaran air, pencemaran tanah serta kawalan buangan terjadual.
Agensi ini dikehendaki untuk memastikan pencemaran terkawal bagi pencemaran bersumber
(point source pollution) iaitu daripada kilang-kilang yang dilesenkan untuk melepaskan sisa
berjadual. Jabatan ini yang mengawal selia kualiti alam sekitar dan menjalankan kerja remediasi
tapak yang mengandungi bahan tercemar.

13
3.5 KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan negeri Selangor merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Selangor. Kerajaan
negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-
undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Selangor, undang-undang tertinggi di
Selangor. Kerajaan Selangor berpusat di ibukota negeri Shah Alam. Kerajaan Selangor bertindak
membaiki dasar, mengetatkan undang-undang dan meningkatkan pendidikan awam. Kerajaan
Selangor Kerajaan Selangor mengambil langkah di bawah Kanun Tanah Negara dan kuasanya
untuk merobohkan kilang haram dengan memastikan tanah yang diduduki oleh pihak yang
dipercayai mencemar sungai dikosongkan sementara kilang terbabit dirobohkan.

3.6 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

Jabatan Pengairan dan Saliran ialah sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap semua isu
air di negara Malaysia. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan
pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan
banjir dan kemarau secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan
sekuriti air dan kelestarian alam sekitar. Tugas jabatan ini merangkumi beberapa aspek iaitu
pengurusan lembangan sungai dan zon pantai, pengurusan sumber air dan hidrologi, projek khas,
pengurusan banjir dan saliran mesra alam.

3.7 INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD (IWK)

14
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. adalah syarikat air buangan dan sanitasi nasional Malaysia.
Syarikat ini adalah sebuah syarikat milik pemerintah di bawah Menteri Kewangan yang
diperbadankan, yang memiliki tugas mengembangkan dan memelihara sistem pembentungan
yang moden dan efisien untuk Malaysia Barat. Operasi dan pengurusannya disusun dengan baik
sesuai dengan standard dari Jabatan Alam Sekitar. IWK bertanggungjawab menyediakan
perkhidmatan pembetungan kepada pengguna demi memelihara alam sekitar, melindungi sumber
air dan kesihatan awam. Air kotor yang mengalir akan pergi ke loji IWK melalui paip-paip
pembetungan tersebut untuk diproses. Ini kerana tanpa loji IWK, air kotor dari rumah akan terus
ke sungai.

3.8 POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Polis Diraja Malaysia adalah sebuah pasukan polis malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang
pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di ibu pejabat polis bukit aman, kuala lumpur. Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) menyiasat sekiranya wujud sebarang unsur mengugut, menakutkan,
sabotaj serta perbuatan yang dibuat berulang kali serta tidak baik dalam tragedi pencemaran
sungai. Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang mengenakan hukuman membabitkan dalang kes
pencemaran sumber air yang disabit bersalah bagi jenayah alam sekitar.

3.9 MASYARAKAT DAN PENGGUNA


Setiap rakyat Malaysia harus mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab memelihara alam
sekitar dan memastikan sungai kita bebas dari pencemaran. Mereka seharusnya tidak

15
mencemarkan sungai dengan membuang sampah ke dalam sungai. Mereka juga wajib
melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti atau kegiatan yang
boleh mencemar dan merosakkan kualiti air sungai. Amalan menjaga kerbersihan merupakan
tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang
sihat dan sejahtera. Sungai telah banyak membantu manusia di semua bahagian bumi sejak awal.
Sungai membekalkan air untuk menghilangkan dahaga manusia, menyuburkan tanah mereka,
menyediakan alat komunikasi untuk barang-barang yang mengangkut dari satu tempat ke tempat
lain, menyediakan makanan, tenaga, rekreasi, dan tentu saja air untuk pengairan dan minum. ia
adalah elemen penting dan komoditi terpenting dalam kehidupan kita. Tanpa sungai, kehidupan
tidak mungkin berlaku.

Kuasa pengguna mempunyai peranan yang besar sehingga boleh memulaukan sesuatu produk
dan memberi kerugian kepada syarikat yang mengabaikan kelestarian alam. Setiap syarikat
menyasarkan keuntungan namun apabila tiada permintaan terhadap penawaran, maka urusniaga
tidak dapat dilakukan seterusnya memaksa syarikat akur kehendak pengguna. Terdapat juga
aktiviti kerakusan syarikat pemaju menambak laut bagi memberi laluan pembangunan telah
mendapat tentangan hebat dari pengguna. Akhirnya mengakibatkan syarikat terpaksa berhadapan
tindakan undang-undang apabila pengguna mencabar syarikat di mahkamah atas alasan
kerosakan ekosistem marin dan hilangnya punca pendapatan nelayan. Hal ini telah berlaku di
Melaka dan Pulau Pinang.

Sebagai seorang pengguna yang bijak, sisa klinikal yang telah digunakan perlu dilupuskan
dengan cara yang betul. Seperti saranan kerajaan yang telah dihebahkan, sisa klinikal seperti
sarung tangan dan pelitup muka yang telah digunakan perlu dibuang dengan membungkus di
dalam plastik agar tidak bercampur dengan bahan buangan yang lain. Selain daripada itu, alat
perlindungan diri mesti digunakan dalam satu tempoh sahaja. Ini bermaksud penggunaan alat
perlindungan diri khususnya pelitup muka perlu digunakan sekali sahaja dan kemudian perlu
dibuang agar risiko jangkitan dapat dikurangkan. Walaupun tindakan ini adalah sewajarya
dilaksanakan oleh pengguna, tindakan ini juga telah menyumbang kepada peningkatan
pembuangan sisa klinikal yang berlebihan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

16
3.10 SYARIKAT KORPORAT DAN BUKAN KERAJAAN
Badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan sebagai badan pendesak kepada syarikat,
masyarakat dan kerajaan. Kedudukanya sebagai badan bebas dapat menyampaikan maklumat
atau bantahan tanpa ada kepentingan. Dalam pada itu banyak badan bukan kerajaan berjaya

17
menyampaikan mesej dan pendidikan serta kesedaran akan kepentingan penjagaan alam sekitar
supaya pembangunan yang dilaksanakan tidak mengabaikan aspek kelestarian alam. Contoh
yang berjaya dilakukan seperti entiti WWF, Greenpeace serta Sahabat Pecinta Alam Malaysia.
Model perniagaan moden menitikberatkan soal kelangsungan sesebuah syarikat untuk berada di
pasaran seiring perkembangan dan keperluan semasa. Tanggungjawab sosial korporat menjadi
elemen penting didalam syarikat dalam memastikan kelestarian planet ini serta kesejahteraan
masyarakat sekitar. Ianya dapat dilaksanakan dengan mengadakan pelbagai projek
kemasyarakatan serta yang berkait alam sekitar. Program yang dilaksanakan mestilah
mempunyai objektif yang jelas dan memberi kesan positif kepada penerima atau sasaran.

Keuntungan yang diperolehi dari bidang perniagaan hendaklah di urus dan dibelanjakan dengan
berhemah. Terdapat peranan yang boleh dimainkan oleh syarikat korporat dengan menyumbang
kembali kepada program kelestarian alam seperti pemuliharaan hidupan laut dan terumbu
karang. Selain itu, syarikat juga boleh menjadikan program penjagaan alam sekitar sebagai
program tahunan yang dijayakan bersama dengan pelajar sekolah dari segi sumbangan wang
ringgit serta terlibat secara langsung dengan aktiviti yang boleh dijalankan bersama antaranya
pembersihan pantai, pengedaran risalah kesedaran alam sekitar, penanaman pokok bakau,
penurunan tukun tiruan dan sebagainya.

Komitmen ini dapat dijayakan dengan gandingan semua lapisan organisasi. Pelbagai kepakaran
yang ada dapat menyumbang sesuatu kepada alam apabila diposisikan dengan betul. Sebagai
contoh, jabatan kawalan kualiti dapat memberi input industri kepada pihak kerajaan dalam
mengurus pembuangan sisa industri serta terlibat sama dalam mencari solusi mengekang
pencemaran yang berlaku apabila diperlukan. Pemimpin di sesebuah organisasi menjadi contoh
bagi pekerja bawahan lain. Justeru itu setiap pemimpin perlu memainkan peranan dengan
melaksanakan pengurusan alam sekitar yang berperancangan dengan menitikberatkan soal
kelestarian alam bagi jangka masa panjang, bukan hanya memikirkan soal keuntungan semata‐
mata. Ianya merupakan suatu tanggungjawab wajib, bukan suatu pilihan.

18
4.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di tujuh wilayah termasuk Kuala Lumpur,
Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat
sepanjang tempoh pandemic Covid-19. Ia berikutan pencemaran bau yang dikesan pada sumber
air mentah di Sungai Selangor. Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2
(SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas. Pihak Air Selangor
melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk
tindakan lanjut. Penduduk di Selangor telah mengalami sekurang-kurangnya 13 gangguan
bekalan air tahun ini, dengan empat kali pada bulan Oktober. Media masa mendedahkan bahawa
terdapat 160 kes pencemaran sungai daripada kilang dilaporkan ketika PKP (Perintah Kawalan
Pergerakan).

Bekalan air putus pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). lebih sukar kerana hampir
keseluruhan ahli keluarga berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) dan memerlukan penggunaan air yang banyak. Antara prosedur operasi standard (SOP)
semasa penularan wabak ini ialah kita perlu menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci

19
tangan. Tetapi bagaimana seseorang hendak melakukannya tanpa air? Kita juga tidak boleh pergi
ke rumah rakan-rakan untuk menumpang mandi Kebanyakan masyarakat terpaksa bergantung
dengan air tangki di rumah kerana tidak sempat membeli air mineral pada musim PKP. Banyak
keluhan pengguna air mengenai kehabisan stok air mineral di beberapa kedai runcit. Ketiadaan
air memang menjadi bebanan kepada pengguna, tambah pula jika ada bayi dan perlukan air
untuk bancuh susu dan sebagainya. Disebabkan penjarakan sosial, bantuan bekalan air diberikan
secara terhad. Penduduk juga bergantung sepenuhnya dengan bekalan disediakan menerusi
tangki statik dihantar oleh Pengurusan Air Selangor (AIS). Jadi penduduk perlu amat berjimat
menggunakan air di dalam tangki statik.

Akibat daripada PKP yang disebabkan oleh wabak Covid-19 ini juga, usaha perlindungan alam
sekitar serta industri kitar semula negara telah terencat. PKP menyebabkan bertan-tan sisa
buangan yang biasanya dibawa ke pusat kitar semula terbiar di tempat pengumpulan sampah
biasa. Manakala isi rumah tempatan dan pengutip sampah, yang biasanya mengumpul bahan
tersebut untuk dikitar semula, kini dipaksa membuang bahan balik bahan itu ke tempat
pengumpulan sampah biasa, memandangkan tidak ada jaminan bahawa sisa ini akan diproses.
Sebagai contoh, kebanyakan pembungkusan yang diperbuat daripada beg plastik yang tidak
biodegradasi serta bekas yang digunakan untuk makanan bawa pulang termasuk yang dipesan
melalui perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian dibuang banyak kelihatan menjadi
sisa sampah. Sisa seperti ini memberikan beban yang besar kepada pihak berkuasa tempatan
untuk membersihkannya selepas COVID-19 dan PKP memandangkan ia boleh mendatangkan
kesan yang buruk ke atas alam sekitar. Ketika negara sedang berhempas pulas menangani
COVID-19 termasuk sekatan PKP, kempen "plastik sifar" telah tertangguh dan penggunaan
cawan boleh guna semula dan beg membeli-belah sedia ada mungkin mampu menyebarkan virus
dan ini meningkatkan kebimbangan. Alternatif lain perlu dicari dan dikenalpasti untuk mengatasi
masalah ini.

20
5.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Pencemaran alam sekitar seperti sungai hingga menyebabkan gangguan bekalan air dibekalkan
empat loji utama Sungai Selangor kepada 1.2 juta akaun atau bersamaan lima juta pengguna air
sekitar Lembah Klang adalah insiden berat kerana menjejaskan kepentingan awam. Natijahnya,
rakyat berhadapan gangguan perkhidmatan, manakala premis komersial pula ada terganggu
operasi. Keadaan ini lebih buruk kerana membabitkan hujung minggu yang isi rumah biasanya
berada di rumah dan menyelesaikan urusan rumah tangga seperti membasuh dan memasak.
Justeru, KASA mengambil tindakan segera secara bersepadu bersama-sama Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor
(LUAS) untuk mengenal pasti dan mengesan punca pencemaran sumber air itu.

21
Namun, kami mahu memberi beberapa cadangan penambahbaikan yang diharap pihak yang
terlibat boleh menggunakan bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan laut ini. Pertama,
Undang-undang sedia ada harus digubal segera agar denda dapat ditingkatkan dan kuasa
penguatkuasa diperluas lagi. Kedua, Kerajaan perlu memberi capaian pelan bersepadu
melibatkan semua agensi terlibat seperti Pengurusan Air Selangor, Kemeterian Alam Sekitar,
Lembaga Air Selangor dan agensi lain. Ketiga, Jabatan Alam Sekitar seharusnya diberi
kemudahan makmal bertaraf antarabangsa atau setanding dengan makmal Jabatan Kimia agar
sampel bahan cemar di persekitaran dapat di analisa oleh agensi berkenaan pada kadar yang lebih
pantas. Contohnya, kerajaan boleh menaiktaraf kepada makmal bergerak supaya masalah dapat
diatasi dengan lebih cepat dari biasa. Keempat, peranan Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu
diperkukuhkan dari segi perkongsian maklumat dan penguatkuasaan. Kelima, mewujudkan dasar
perancangan pembangunan di lokasi di atas takat pengambilan air. Industri berisiko mencemar
seperti industri menghasilkan kuantiti buangan besar dan industri kimia perlu dicegah daripada
ditempatkan di kawasan berkenaan. Keenam, mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas kilang
haram. Ketujuh, penguatkuasaan melalui pemeriksaan fizikal di premis tertakluk di bawah Akta
127 akan dipergiat dan disokong dengan adaptasi penggunaan teknologi moden serta pendekatan
pematuhan kendiri pihak industri melalui Orang Yang Berwibawa (OYB).Seterusnya, Kerajaan
perlu memberi lebih kesedaran kepada rakyat mengenai bahan cemar kerana masyarakat di
negara ini juga tidak ketinggalan daripada menggunakan bahan yang berpotensi mencemarkan
alam terutama bahan kosmetik, farmaseutikal dan ubatan sampingan. Kesembilan, program
komunikasi, pendidikan, promosi dan kesedaran (CEPA) perlu terus dipertingkat. Dalam
melaksanakan sesuatu dasar, termasuk penjagaan alam sekitar, kami percaya ada tiga komponen
perlu diberi perhatian. Pertama ialah perundangan; kedua, pemimpin dan ketiga, pembabitan
kumpulan sasar dalam perkara yang menjadi kepentingan ini. Isunya, tumpuan kita berikan
kepada penguatkuasaan undang-undang dan kepemimpinan melebihi pembabitan kumpulan sasar
dalam menjayakan sesuatu agenda. Sedangkan kita tahu ada orang tidak takutkan undang-
undang, pemimpin silih berganti.

Tambahan lagi, premis atau kilang yang didapati melakukan pencemaran perlu ditutup hingga
mereka berupaya membuktikan sistem kawalan kumbahan digunakan memenuhi piawaian. Jika
dibenarkan beroperasi semula, pemantauan khas diperlukan. Pemilik premis atau syarikat

22
termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat dikenakan hukuman penjara mandatori
dan sebatan kerana sabotaj bekalan air negara. Selain itu, kerajaan perlu meningkatkan denda
dan kompaun yang lebih tinggi iaitu (10) sepuluh kali ganda daripada kos pembersihan
pencemaran air sungai tercemar. Selain program Rakan Alam Sekitar, kita juga mulakan
Program Denai Sungai Kebangsaan bagi mengaktifkan masyarakat bersama-sama kementerian
untuk menjaga sungai dengan sasaran 10,000 kilometer denai sepanjang sungai. Melalui aktiviti
ini, kesedaran penjagaan sungai akan wujud. Dari aspek lain, aktiviti sepanjang sungai akan
menimbulkan 'persepsi tertangkap' dalam kalangan pencemar berpotensi. Strategi ini bukan saja
menjadikan sungai terpulihara, bahkan memastikan insiden pencemaran sungai dapat dielakkan.

Isu pencemaran air akan berterusan sekiranya tiada tindakan drastik dilaksanakan untuk
mengatasi teknologi takungan, penyaluran dan pengambilan air untuk dibersihkan seperti
diamalkan sekarang. Ini teknologi lama, iaitu takungan air di bahagian hulu sungai, kemudian
disalurkan puluhan kilometer sepanjang sungai sebelum air diambil di loji pembersihan di hilir
sungai. Ketika teknologi ini mula dilaksanakan, tiada pembangunan sepanjang sungai sebelum
sampai ke loji pembersihan. Kini, pembangunan pesat berlaku di sepanjang sungai, khususnya di
kawasan perindustrian menyebabkan risiko pencemaran sangat tinggi. Cara terbaik adalah
dengan membuat paip menghubungkan terus dari takungan ke loji pembersihan. Kita tidak boleh
hanya berserah kepada takdir atau andaian 'semua industri tidak akan mencemarkan sungai.'

6.0 KESIMPULAN

Pertumbuhan penduduk global, kewujudan pesat pembandaran, perubahan demografi dan


perubahan keperluan masyarakat akan membawa kepada peningkatan permintaan untuk tenaga
dan sumber. Pada masa yang sama, keadaan ini menuntut kelestarian sumber dengan tindakan
kolektif dari pengguna, organisasi dan kerajaan melalui penggunaan tenaga yang cekap dan
pengurusan sumber yang efektif. Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita
berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan
menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah
kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

23
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas.
Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa
dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan
persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang
mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati
diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna
menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Penglibatan agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan


tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum
akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan
teknologi negara. Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita
mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita
melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang
pernah diciptakan.

Isu pencemaran air dan laut masih berlaku sehingga ke hari ini. Ianya memerlukan suatu solusi
yang tuntas agar perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Antara langkah yang
boleh diambil bagi membendung aktiviti pencemaran air adalah dengan melibatkan pihak
berkuasa tempatan didalam menempatkan premis industri berat di suatu kawasan yang dibina
khusus dengan fasiliti pengurusan bahan buangan industri yang sistematik meliputi proses
saringan, guna semula, melupus dengan rekod penjadualan yang teratur. Disamping itu, kerajaan
juga boleh mempertimbangkan penggunaan insinerator didalam kaedah ini. Insinerator bertindak
membakar sisa di samping meminimumkan jumlah pelupusan sisa pepejal di tempat pelupusan
buangan industri dan menjadi pelengkap kepada pelupusan sisa buangan. Negara maju seperti
Jepun dan Singapura juga telah menggunakan sistem ini dan ianya terbukti berjaya
meningkatkan ekonomi negara apabila wang negara dapat diselamatkan dari dibelanjakan untuk
aktiviti pemulihan alam sekitar. Dalam pada itu, penggunaan insinerator dapat menghasilkan
tenaga hijau yang mana dapat ditukarkan kepada tenaga eletrik serta dapat memberi manfaat
kepada pengguna domestik. Apa yang lebih penting kelestarian sumber alam dapat ditingkatkan
apabila berkurangnya permintaan penggunaan sumber tenaga utama.

24
Memperbanyakkan pusat penyelidikan ekosistem dibawah penyeliaan universiti awam dilihat
dapat membantu kerajaan mengawal dan mencegah pencemaran alam terus berleluasa.
Sumbangan yang dimainkan didalam penyelidikan memberi nafas baru solusi tambahan agar
alam ini terus terjaga. Gabungan kepakaran dan teknologi baru haruslah digembleng dengan
sokongan geran penyelidikan serta bantuan kewangan dari syarikat korporat untuk memastikan
objektif ini berjaya. Penemuan-penemuan baru didalam pengurusan sisa pepejal mahupun
ekosistem dapat memastikan hayat bumi ini terus berpanjangan.

Kementerian Penerangan Malaysia merupakan satu agensi yang penting didalam negara. Peranan
yang dimainkan didalam menyampaikan mesej penjagaan alam sekitar perlu digiatkan. Didalam
tempoh pandemik covid-19 ini, penggunaan pelitup muka menjadi norma baharu didalam
kehidupan seharian. Sudah pasti pembuangan pelitup muka dibuang merata-rata dapat dilihat
dewasa ini. Pelitup muka dikategerikan sebagai bahan buangan klinikal yang memerlukan
pengurusan buangan yang betul supaya ianya tidak menjadi agen penularan penyakit. Oleh itu,
peranan kementerian penerangan didalam menyampaikan maklumat kepada rakyat perlu
dipertingkatkan. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mempelbagaikan medium
penyampaian supaya mesej dapat diterima oleh setiap individu. Tindakan serius oleh kerajaan
perlu diambil supaya rakyat juga mengambil penegasan ini sebagai suatu yang penting.

RUJUKAN

1. Alias Baba. 1999. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Anderson, M.W., Teisl, M., Criner, g., Tisher, S., Smith, S., Hunter, M., Norton, S.A.,
Jellison, J., Alyokkin, A., galland, T.E., Haggard,
3. S. & Bicknell, E. 2007. Attitude changes of undergraduate university students in general
education courses. The Journal of General Education 56(2).

25
4. Anon. 2008. Mengharmonikan masyarakat ‘egocentrik’ dan alam sekitar melalui
pendidikan luar. http://www.freewebs.com/ outdoorasia/ mengharmonikan masyarakat
egocentrik dengan alam sekitar melalui pendidikan luar.html [ 2 Mac 2010].
5. Arba’at Hassan. 2006. An analysis of school teachers’ attitudes on the importance of
Environmental Education goals. Malaysian Journal of Analytical Sciences 10 (2):303-
312.
6. Arriaga, X.B. & Agnew, C.R. 2001. Being Commited: Affective, Cognitive and Conative
Components of Relationship Commitment. Personality, Social, Psychology Bulletin
27(9):1190-1203
7. Atsuko Kuribayashi. 1999. Pro-environmental attitudes and behaviour. A comparison of
Thailand dan Japan. http://www.nliresearch. co.jp/english/socioeconomics/html [ 5 Mac
2010]
8. Azizan Abu Samah. 2008. Kita hanya menumpang.
9. Pemanasan global. Estidotmy 76:16-17 Berenguer, J. 2007. The effect of empathy in
10. proenvironmental attitudes and behaviours. Journal of Environment & Behaviour 39(2):
269-283
11. Bodur, M. & Sarigollu, E. 2005. Environmental sensitivity in a developing country.
Consumer classification and implication. Journal of Environment & Behaviour 37: 487-
510
12. Callicott, J.B. 2000. Harmony between man and land: Aldo Leopold and the foundation
of ecosystem management. Journal of Forestry 98(5): 4-13
13. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan. Asas statistik penyelidikan.
Malaysia: Mcgraw-Hill Sdn Bhd.

26

You might also like