0% found this document useful (0 votes)
490 views

Bab 4

This document discusses layout strategies in facility management. It begins with an introduction to layout strategy and explains the importance of layout decisions, including efficient use of space, reducing bottlenecks, improving employee morale, efficient use of labor, and improved customer and vendor interaction. It then outlines three main factors that influence layout strategies: types of products, volume of products, and production processes. Finally, it covers different types of layouts and concludes with product layout analysis.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
490 views

Bab 4

This document discusses layout strategies in facility management. It begins with an introduction to layout strategy and explains the importance of layout decisions, including efficient use of space, reducing bottlenecks, improving employee morale, efficient use of labor, and improved customer and vendor interaction. It then outlines three main factors that influence layout strategies: types of products, volume of products, and production processes. Finally, it covers different types of layouts and concludes with product layout analysis.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 24

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

BAB 4

SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2/2021

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF 4113 – PENGURUSAN OPERASI

TOPIK 4.0 STRATEGI SUSUN ATUR

PENGENALAN KEPADA STRATEGI SUSUN


4.1 ATUR

4.2 KEPENTINGAN STRATEGI SUSUN ATUR


SUB-TOPIK DALAM OPERASI
4.3 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI SUSUN ATUR

4.4 JENIS-JENIS SUSUN ATUR


4.5 ANALISIS SUSUN ATUR PRODUK

Membincangkan konsep pengurusan operasi dalam (C2,


CLO1
perniagaan PLO1)

Menggunakan strategi pengurusan operasi yang


(C3,
CLO2 relevan bagi menambahbaik pengurusan operasi PLO3)
HASIL sesebuah perniagaan
PEMBELAJARAN
Membentangkan strategi pengurusan operasi bagi (A2,
KURSUS CLO3
sesebuah entiti perniagaan. PLO4)

ISI KANDUNGAN
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

BAB 4 STRATEGI SUSUN ATUR (LAYOUT STRATEGIES) 3

4.1 PENGENALAN KEPADA STRATEGI SUSUN ATUR (INTRODUCTION of LAYOUT STRATEGY ) 3

4.2 KEPENTINGAN STRATEGI SUSUN DALAM OPERASI (STRATEGY IMPORTANCE of LAYOUT


DESICIONS) 4

4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SUSUN ATUR (FACTORS INFLUENCING LAYOUT) 5

4.4 JENIS-JENIS SUSUN ATUR (TYPE of LAYOUT) 6

4.5 ANALISIS SUSUN ATUR PRODUK (PRODUCT LAYOUT ANALYSIS) 14

RUMUSAN 20

GLOSARI 21

ULANG KAJI 21

LATIHAN 22

RUJUKAN 25

2
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

BAB 4 STRATEGI SUSUN ATUR (LOCATION STRATEGIES)

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :

a) Mentakrif maksud susun atur dan strategi susun atur


b) Memahami kepentingan strategi susun atur dalam operasi
c) Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi susun atur
d) Membincangkan jenis-jenis susun atur iaitu
- Susun Atur Produk,
- Susun Atur Berasaskan Proses,
- Susun Atur Kedudukan-Tetap
- Susun Atur Pejabat
- Susun Atur Peruncitan atau Perkhidmatan
- Susun Atur Gudang
- Susun Atur Selular (Sel Kerja)
e) Menganalisis susun atur produk

4.1 PENGENALAN KEPADA STRATEGI SUSUN ATUR (INTRODUCTION of LAYOUT


STRATEGY)

Pasaraya Tesco Malaysia terdiri daripada serangkaian 68 buah pasar raya besar ( hypermarket) di serata
Malaysia. Negeri Selangor merupakan cawangan pertamanya yang mula-mula di buka pada tahun 2002.
Sehingga kini terdapat sejumlah 4000 produk-produk di bawah jenama tesco, yang mana 90% daripada
produk-produk tersebut adalah produk buatan Malaysia.

Pihak pengurusan Tesco mempercayai prinsip pertama susun atur ialah peredaran (circulation). Peredaran
diwujudkan dengan menyusun produk-produk, supaya pasar raya dapat mengawal aliran trafik pengguna.
Sepanjang laluan pengguna, akan ada item-item yang menarik minat atau memikat (high draw, high impulse
item) yang mempengaruhi pembelian para pengguna. Ruang-ruang perkhidmatan seperti tandas sengaja di
letak berhampiran produk tertentu ataupun pelanggan perlu melalui beberapa rak produk tertentu supaya
dapat mengumpan mereka membeli lagi. Item-item keperluan asas memang terletak di bahagian belakang
untuk meningkatkan aliran peredaran pelanggan. Kaunter juruwang disusun supaya dapat meningkatkan
aliran peredaran pelanggan. Pintu masuk ke kawasan beli-belah biasanya terletak di bahagian kanan kerana
kajian membuktikan para pelanggan yang dalam arah lawan jam lebih banyak membelanjakan wang.

Pengenalan di atas telah membuktikan susun atur sesebuah perniagaan adalah merupakan aspek penting.
Susun atur betul kedudukan produk-produknya dan kawasan-kawasan yang disusun dengan baik dapat
menjana lebih banyak jualan.

Oleh itu, sebagai permulaan, apakah yang dimaksudkan dengan susun atur (layout).

Susun Atur Kemudahan (Facility Layout)

Susun atur kemudahan ialah lokasi fizikal bagi pelbagai jabatan, unit, stesen kerja dan peralatan yang ada di
dalam sesebuah premis. Ia ditakrifkan sebagai proses-proses meletak/menentukan kedudukan jabatan-
jabatan, kumpulan kerja (workgroup) di dalam jabatan, stesen kerja (workstation) dan mesin-mesin di dalam
sesebuah fasiliti. Tujuannya adalah untuk melancarkan proses pertukaran dari input menjadi output. Susun
atur fasiliti lebih menekankan susunan terhadap kemudahan-kemudahan fizikal. Sememangnya penyusunan

3
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

fasiliti-fasiliti fizikal adalah sangat penting supaya pihak organisasi dapat mencapai produktiviti dan
kecekapan yang lebih tinggi.

Bab ini akan membincangkan strategi susun atur fasiliti yang lebih mendalam. Berikutnya, kepentingan
strategi susun atur, diikuti dengan faktor-faktor yang mempengaruhi strategi susun atur, jenis-jenis susun atur
dan akhir sekali, analisis susun atur produk.

4.2 KEPENTINGAN STRATEGI SUSUN ATUR DALAM OPERASI (STRATEGY IMPORTANCE


of LAYOUT DESICIONS)
Foto 4.1 di bawah menunjukkan satu susun atur fasiliti di Tesco. Susun atur ini memudahkan para
pelanggan mencari item-item produk yang mereka kehendaki di dalam Tesco. Seksyen-seksyen di bahagikan
mengikut pengkhususan produk-produk.

Sumber: Inside the Tescos Store in St. Stephens Shopping complex in Hull, diperoleh daripada
https://www.geograph.org.uk/photo/3104607.

Foto 4.1 Contoh Susun Atur di Tesco

Susun atur memiliki beberapa kepentingan strategi. Oleh yang demikian, strategi susun atur penting atas lima
(5) sebab berikut:

a) Penggunaan Ruang Lebih Baik (Higher Utilization of Space)


Penggunaan ruang melibatkan kos, lebih banyak ruang diperoleh, lebih tinggi kos sewanya. Bagi
mengurangkan kos penggunan ruang, sesebuah organisasi perlu menyusun fasiliti-fasilitinya
dengan kedudukan terbaik, supaya setiap ruang yang ada dapat digunakan sebaiknya.

b) Kurangkan Sesakan ketika ada pergerakan manusia atau bahan (Reduced bottleneck in
moving people and material)

4
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Sesakan (bottleneck) merupakan suatu operasi yang membataskan output di dalam jujukan
pengeluaran. Ia berlaku disebabkan oleh susun atur fasiliti yang tidak/kurang sesuai. Seterusnya
mengakibatkan kesukaran pergerakan manusia dan bahan. Pendek kata, sesakan ialah satu
situasi yang melembabkan pergerakan manusia dan bahan, berpunca daripada sususan pusat
kerja (work centre), bahan-bahan, pekerja dan lain-lain yang tidak sesuai. Akhirnya
mengganggu kelancaran proses pengeluaran.

c) Tambah baik semangat pekerja dan wujudkan suasana kerja yang selamat (Improved
employee’s morale anda safer working condition)
Susun atur fasiliti yang baik dapat meningkatkan semangat para pekerja, iaitu mereka berasa lebih
selesa dan seronok semasa bekerja. Selain itu, susunan fasiliti yang baik dapat mewujudkan
suasana kerja yang lebih selamat, iaitu kemalangan di tempat kerja dapat diminimumkan.
Kemalangan berlaku sekiranya susunan fasiliti bermasalah, yang menyebabkan para pekerja
sukar bergerak.

d) Pengguna tenaga kerja yang cekap (Efficient use of labour)


Jam kerja (labour time) adalah sangat berharga. Susun atur fasiliti yang baik dapat mengurangkan
pergerakan pekerja ketika mereka melakukan tugas masing-masing. Tanpa susunan fasiliti yang
baik, pergerakan pekerja akan meningkat, menyebabkan pembaziran jam kerja mereka atau
penggunaan tenaga kerja kurang cekap (underutilization).

e) Tambah baik interaksi dengan pelanggan dan pembekal (Improved customer anda vendor
interaction)
Susun atur fasiliti yang baik dapat memudahkan komunikasi dalam kawasan-kawasan perniagaan.
Interkasi dengan para pembekal dan pelanggan dapat dilakukan dengan mudah dan cekap,
kerana ada ruang atau kawasan khusus untuk melayani mereka.

4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SUSUN ATUR (FACTORS INFLUENCING


LAYOUT)

Terdapat tiga (3) faktor yang mempengaruhi strategi susun atur iaitu:

a) Jenis-jenis produk (Types of product)


Produk-produk boleh dibahagikan kepada barangan dan perkhidmatan. Firma-firma yang
menghasilkan barangan mempunyai susun atur yang berbeza berbanding firma-firma
berasaskan perkhidmatan. Selain itu, barangan boleh dipiawaikan (standardized) atau disuaikan
(customized), yang seterusnya mempengaruhi strategi susun atur mereka.

b) Volum atau isi padu pengeluaran (Volum of production)


Pengeluaran bersaiz kecil mahupun besar menentukan jenis-jenis susun atur yang sesuai
dengan kuantitinya.

c) Proses pengeluaran (Production process)

5
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam bab 2, terdapat beberapa strategi proses yang telah
diguna pakai oleh organisasi. Penggunaan proses-proses strategi ini juga boleh memberi impak
terhadap strategi susun atur.

4.4 JENIS-JENIS SUSUN ATUR (TYPES of LAYOUT)

Susun atur fasiliti merupakan lokasi fizikal bagi pelbagai jabatan atau pusat-pusat kerja dalam
sesebuah organisasi. Ia juga melibatkan penempatan mesin-mesin, peralatan-peralatan mahupun pusat-pusat
perkhidmatan (service centre). Satu susun atur yang berkesan dapat melancarkan pergerakan bahan dan
perkerja di dalamnya. Terdapat tujuh (7) jenis susun atur:

a) Susun Atur Produk (Product Layout)


b) Susun Atur Berorientasikan-Proses (Process Oriented Layout)
c) Susun Atur Kedudukan-Tetap (Fixed-Postion Layout)
d) Susun Atur Pejabat (Office Layout)
e) Susun Atur Gudang (Warehouse Layout)
f) Susun Atur Selular atau Sel kerja (Cellular Layout)

4.4.1 Susun Atur Produk (Product Layout)

Suatu susun produk boleh dikaitkan dengan sistem pengeluarannya, iaitu stesen kerja dan
peralatan yang berada di sepanjang barisan pengeluaran. Susun atur produk juga dikenali sebagai
susun atur tubuhan aliran (flow-shop layout) atau susun atur barisan (line layout), yang mana
proses kerja di susun berdasarkan langkah-langkah progresif sehingga produk siap dihasilkan.

Kebiasaannya, unit-unit kerja bergerak di sepanjang barisan (tidak semestinya dalam barisan mengikut
tertib, tetapi satu set stesen kerja yang saling-berhubungan [interconnected workstation]) menerusi
laluan tali sawat. Satu susun atur produk daripada berberapa stesen kerja yang berbeza boleh
digabungkan bersama-sama mengikut jenis produk yang dihasilkan. Stesen-stesen kerja dalam satu
susun atur juga boleh memindahkan sekelompok (batch) kecil barangan separa-siap (semi-finished
goods) masuk terus ke stesen berikutnya dalam barisan pengeluaran dengan pantas. Jika ada peralatan
khusus untuk pengeluaran berterusan bagi sesebuah produk, ia biasanya dikenali sebagai barisan
pengeluaran (production line).

Bagi penggunaan susun atur produk, sejumlah kerja yang hendak dilakukan perlu dibahagi dalam
bentuk tugas-tugas kecil. Seterusnya tugas-tugas ini akan dijalankan oleh setiap stesen kerja yang telah
ditentukan. Setiap stesen kerja melakukan tugas-tugas yang diberikan menggunakan teknik-teknik dan
peralatan khusus, supaya kadar pengeluaran yang lebih tinggi dapat tercapai.

Contohnya, pembuatan pakaian, terdapat beberapa stesen kerja iaitu menjahit kain, menjahit butang,
memeriksa kelim, membalut pakaian siap dan membungkus produk, kesemuanya berada berhampiran
pekerja supaya produk tersebut dapat bergerak dari satu stesen ke stesen berikutnya dengan pantas. Sila
rujuk rajah 4.1.

6
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Rajah 4.1 Susun Atur Pembuatan Pakaian

Contoh susun atur produk yang lain ialah pembuatan peralatan elektrik bersaiz kecil seperti pembakar
roti, sterika dan pengadun. Begitu juga bagi pembuatan peralatan elektrik bersaiz besar seperti mesin
basuh, peti sejuk serta pembuatan elektronik seperti radio, telefon bimbit dan lain-lain seumpama
dengannya.

Susun atur produk mempunyai kelebihan dan kelemahan, seperti dijelaskan dalam jadual 4.1 di bawah.

Jadual 4.1 Kelebihan & Kelemahan Susun Atur Produk

a) Kos berubah per unit rendah

b) Kos pengendalian bahan rendah


Kelebihan
c) Latihan dan penyeliaan lebih mudah

d) Aliran pengeluaran lebih cekap

a) Volum yang tinggi diperlukan

b) Jika ada kerja yang terhenti akan mengakibatkan


Kelemahan
keseluruhan operasi tergendala
c) Kekurangan fleksibiliti dalam produk yang
dihasilkan

4.4.2 Susun Atur Berorientasikan-Proses (Process-Oriented Layout)

Susun atur berorientasikan-proses ialah satu reka bentuk pelan lantai sesebuah loji/kilang
yang melibatkan penyusunan peralatan dan fasiliti berdasarkan fungsi-fungsinya, bertujuan untuk
menambah baik kecekapan sesebuah proses. Dalam susun atur berorientasikan-proses, stesen-stesen
kerja dan mesin-mesin tidak disusun mengikut jujukan pengeluaran tertentu. Sebaliknya, operasi dan
mesin yang sama dihimpun dalam satu lokasi atau jabatan yang sama. Contohnya, jabatan fabrikasi
atau pembikinan, jabatan pemasangan (assembly), jabatan pendawaian (wiring) dan lain-lain seperti
yang dipaparkan dalam rajah 4.2. Rajah 4.2 menunjukkan Kerja A melalui pelbagai aliran proses
kerja berbanding kerja B.

Dalam susun atur berorientasikan-proses, juga dikenali sebagai susun atur tubuhan kerja (job-
shop) atau susun atur mengikut fungsi (layout by function). Iaitu peralatan atau fungsi yang
serupa dihimpun dalam satu lokasi yang sama. Contohnya, semua mesin larik (lathe machine) dalam
satu tempat manakala mesin tekan tera (stamping machine) di lokasi yang lain. Hanya
komponen/produk belum siap sahaja yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, mengikut
jujukan operasinya secara khusus apabila diperlukan. Jenis susun atur ini biasa diguna pakai dalam
kilang pembuatan secara high-mix, low-volum (HMLV) yang ada proses secara
berselang-seli/terputus-putus (intermittent).

7
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Rajah 4.2 Contoh susun atur berorientasikan-proses

4.4.3 Susun Atur Kedudukan-Tetap (Fixed-Position Layout)

Susun atur kedudukan-tetap merupakan satu projek umum. Iaitu produk yang dihasilkan adalah terlalu
rapuh, besar atau berat untuk dialihkan. Dalam susun atur ini, produk akan kekal ditempatnya
sepanjang kitar pembuatannya. Sumber-sumber, seperti tenaga kerja, bekalan dan peralatan, di bawa ke
lokasi tapak tersebut. Yakni produk akan dipasang berbanding ia di alih melalui satu siri barisan
pemasangan atau satu set stesen pemasangan.

Dalam kebanyakan situasi, peralatan perlu disewa berbanding dibeli, kerana ia hanya digunakan dalam
tempoh tertentu, yang memungkinkan kos tetap yang rendah. Pada masa yang sama, pihak firma perlu
menanggung kos upah yang tinggi, kerana para pekerja yang diperlukan adalah pekerja sangat mahir.
Kesannya kos berubah yang tinggi. Produk seperti kapal, rumah dan kapal terbang merupakan contoh
susun atur kedudukan-tetap.

Rajah 4.3 menunjukkan satu susun atur kedudukan-tetap, yang mana para pembekal, tenaga kerja,
sumber bahan dan lain-lain mengalir masuk ke tapak projek iaitu produk yang masih dihasilkan.

8
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Rajah 4.3 Contoh susun atur kedudukan-tetap

4.4.4 Susun Atur Pejabat (Office Layout)

Susun atur pejabat melibatkan sekumpulan pekerja, peralatan mereka dan ruang atau pejabat
yang terlibat untuk memperolehi keselesaan, keselamatan dan pergerakan maklumat. Kebiasaannya,
para pekerja, peralatan, perabot dan ruang pejabat di susun dengan rapi supaya dapat menikmati
keselesaan dan keselamatan.

Dalam susun atur pejabat, pergerakan maklumat adalah matlamat utama. Namun, disebabkan perubahan
mendadak teknologi, susun atur pejabat kerap berubah dan ada keadaan naik turunnya. Kebanyakan
organisasi sentiasa memanfaatkan perubahan teknologi yang pesat masa kini. Contohnya kerja di
pejabat kini boleh dilakukan di rumah atau kafeteria dengan bantuan sambungan Wi-Fi, iaitu dikenali
sebagai susun atur pejabat maya.

Penentuan sesebuah susun atur pejabat merupakan satu gabungan antara seni dengan sains, iaitu sains
digunakan untuk menganalisis aliran proses, manakala seni mempertimbangkan kriteria seperti
keharmonian, kerja berpasukan, autoriti dan peranan ahli di dalamnya. Ciri-ciri estetik, seperti warna
dan ritma muzik, juga merupakan pertimbangan penting ketika menyusun atur pejabat.

Lain-lain pertimbangan susun atur pejabat ialah:


a) Interaksi dan komunikasi pekerja atau manusia
b) susun atur yang melibatkan keperluan persekitaran fizikal dan psikologi sesebuah
organisasi
c) Keseimbangan antara kehampiran atau kedekatan (proximity) dengan privasi
d) Galakan bagi pemahaman dan kepercayaan terhadap konsep pejabat terbuka

Foto 4.2 di bawah menunjukkan contoh susun atur pejabat.

9
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Foto 4.2 Contoh susun atur pejabat


(Sumber: Best Office Layout Design for Productivity diperoleh dari
https://attentiontodetail.com/2018/03/21/best-office-layout-design-for-productivity)

4.4.4 Susun Atur Jualan Runcit atau Perkhidmatan (Retail or Service Layout)

Susun atur jualan runcit atau perkhidmatan menguntukkan ruang rak dan maklum balas
terhadap kelakuan para pelanggan. Susun atur ini direka untuk mendedahkan produk kepada para
pelanggan semaksimum yang mungkin. Sila rujuk foto 4.3. Pendedahan produk secara optimum ke atas
para pengguna merupakan objektif sesebuah susun atur jualan runcit, kerana jualan dan keuntungan
bergantung kepada pendedahan para pelanggan terhadap produk-produk yang telah dijual.

Foto 4.2 Contoh Susun Atur Jualan Runcit


(Sumber: 13 new Giant outlets within two months diperoleh dari
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2006/10/24/13-new-giant-outlets-within-two-months)
Reka bentuk sesebuah kedai jualan runcit (retail outlet) melibatkan dua penentuan iaitu:
a) Apakah pola aliran kedai tersebut?
b) Bagaimanakah ruang yang ada digunakan untuk mengisi produk-produk?

10
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Sekali lagi, penentuan susun atur mesti dapat mencapai objektif memaksimumkan jualan dan
keuntungan. Selain itu, pertimbangan khusus perlu dilakukan ke atas:
a) Suasana sekitar (Ambient condition)
Unsur-unsur ini termasuklah ciri-ciri latar belakang seperti pencahayaan, bunyi, bau dan suhu
b) Susun atur dan kefungsian ruang (Spatial layout and functionality)
Fitur-fitur yang melibatkan aliran atau pergerakan para pengguna
c) Tanda, simbol dan artifak
Aspek-aspek ini merujuk pada ciri-ciri reka bentuk bangunan yang menunjukkan
kepentingannya

Pertimbangan-pertimbangan ini adalah penting, kerana ia mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap


kedai jualan runcit tersebut. Contohnya, sebuah kedai jualan runcit dengan susun atur yang baik, dari segi
pencahayaan, bunyi, memudahkan pergerakan pelanggan dan ada tanda-tanda penunjuk, berupaya
memikat para pelanggan. Seterusnya berkemungkinan dapat meningkatkan jualan dan keuntungan.

Terdapat lima (5) tip atau petua yang berguna ketika mereka bentuk susun atur jualan runcit iaitu:
a) Letak item-item tumpuan pelanggan (high-draw items) di bahagian item kurang tumpuan
pelanggan (periphery) yang ada di dalam kedai jualan runcit.
b) Letak item-item yang dapat menarik/memikat pelanggan dan memberi keuntungan
tinggi (high-impulse, high margin) di lokasi yang menonjol (prominent)
c) Letak item-item popular dan sangat dikehendaki pelanggan (power item) di kedua-
dua sisi rak dan di beberapa bahagian (disperse) di sepanjang rak supaya pelanggan dapat
melihat lebih banyak item-item lain yang ada pada rak tersebut
d) Guna lokasi di kedua-dua penghujung rak
e) Sampaikan misi-misi kedai jualan runcit dengan meletakkannya pada awal dan
penghujung ruang jualan runcit

4.4.5 Susun Atur Gudang (Warehouse Layout)

Susun atur gudang direka untuk memaksimumkan fungsi-fungsi gudang iaitu untuk mencapai
kecekapan dan penggunaan ruang yang tertinggi. Ia melibatkan kos-kos pengendalian bahan dan
penggunaan ruang. Satu susun atur gudang biasanya dibahagikan menjadi beberapa kawasan untuk
memudahkan enam (6) proses harian:

a) Penerimaan (Receiving)
b) Penyimpan Rizab (Reserved Storage)
c) Pengambilan (Forward Pick)
d) Pengumpulan & Pengisihan (Assembly & Sorting)
e) Kualiti
f) Penghantaran (Shipping)

Ada beberapa objektif susun atur gudang iaitu:

a) Mengoptimumkan keseimbangan (trade-off) antara kos pengendalian dengan kos


berkaitan ruang gudang
b) Memaksimumkan jumlah ‘kiub’ gudang, iaitu menggunakan volum sepenuhnya,
disamping dapat mengekalkan kos pengendalian bahan yang rendah

11
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Kos pengendalian bahan merupakan kos berkaitan dengan urusniaga, seperti pengangkutan masuk dan
keluar, penyimpanan, pergerakan bahan-bahan, peralatan, pekerja, bahan-bahan yang disimpan dan
lain-lain.

Kepadatan gudang adalah penting. Kepadatan adalah cenderung secara songsang dengan bilangan
item-item berbeza yang disimpan. Contohnya, sebuah gudang menyimpan beberapa item unik yang
mempunyai kepadatan lebih tinggi berbanding sebuah gudang yang menyimpan pelbagai jenis produk.

Salah satu komponen penting sesebuah gudang ialah dok/limbungan (dock), iaitu fasiliti penerimaan
dan penghantaran barangan. Limbungan-silang (Cross-docking) ialah satu kaedah menghindari
penempatan bahan dan bekalan dengan memprosesnya serta-merta setelah menerimanya. Melalui
kaedah cross-docking, terdapat lebih banyak dok, kurang ruang simpanan dan kurang pengambilan
tempahan (order picking). Tanpa kaedah cross-docking, aktiviti-aktiviti pergudangan biasa seperti
kerja-kerja memuatkan, melabel, membuat stok dan menyimpan perlu dilakukan. Kerja-kerja ini
menggunakan banyak masa dan tenaga. Dengan pendekatan cross-docking, pihak organisasi dapat
menjimatkan kos dan masa dengan menyingkirkan aktiviti-aktiviti tersebut.

Penggunaan cross-docking kini telah mengubah suai susun atur tradisional gudang. Rajah 4.4
menunjukkan satu susun atur gudang tradisional yang mana kaedah cross-docking tidak dilaksanakan.
Aliran aktiviti seperti penerimaan, penyimpanan dan pengambilan tempahan ditunjukkan seperti di
bawah.

Rajah 4.3 Susun atur gudang tradisional

4.4.6 Susun Atur Selular atau Sel Kerja (Cellular or Work Cell Layout)

Susun atur selular atau sel kerja menyusun mesin dan peralatan yang difokuskan mengikut
penghasilan satu produk atau sekumpulan produk yang berkaitan. Jenis susun atur ini menggabungkan
bersama mesin-mesin bukan-sejenis masuk ke dalam satu pusat kerja (work center)/sel untuk
mengendalikan produk-produk yang serupa bentuk dan keperluan prosesnya.

12
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Satu susun atur selular umumnya merupakan satu susunan fasiliti hidbrid yang menggabungkan
beberapa prinsip produk dan susun atur kedudukan-tetap. Susun atur selular juga menyerupai dengan
susun atur berorientasikan-proses iaitu sel-sel direka untuk membuat satu set proses-proses khusus. Ia
juga sama dengan susun atur produk iaitu sel-sel hanya menghasilkan dalam julat produk yang terhad.
Kebiasaannya, sel-sel disusun dalam bentuk ‘U’ supaya para pekerja dapat bergerak dari satu stesen
kerja ke stesen kerja yang lain dengan mudah. Kelebihan susun atur selular ialah sel-sel tersebut boleh
dikonfigur semula (disusun semula dengan kedudukan berlainan), apabila reka bentuk dan volum
berubah. Maksudnya, reka bentuk dan volum yang mewajarkan sel-sel tersebut.

Pada rajah 4.5, susun atur selular menunjukkan bagaimana peralatan dan lima stesen kerja terlibat
dalam pengeluaran barangan dapat memudahkan aliran pengeluaran berterusan sama ada berbentuk
kelompok-kelompok kecil atau lot-lot.

Rajah 4.5 Contoh susun atur selular


(Sumber: Management & Development Centre – Facility Layout diperoleh dari
http://www.mdcegypt.com/pages/operation_management/Production_Operation_Management/Facility_Layout/
Facility_Layout_Cellular_Layouts/Facility_Layout_Cellular_Layouts.asp)

Senarai di bawah menunjukkan tiga (3) keperluan sesebuah sel kerja:

a) Kenal pasti keluarga-keluarga produk


b) Latihan dan keanjalan aras tinggi para pekerja
c) Ujian ‘kalis-silap’ (mistake-proof) atau poka-yoke (istilah bahasa Jepun untuk bebas cacat
(zero-defect) dijalankan di setiap stesen dalam sel-sel untuk menghindari kesilapan

Seterusnya, enam (6) kelebihan sesebuah susun atur selular iaitu:

a) Mengurangkan inventori work-in-process (WIP)


b) Mengurangkan kos tenaga kerja
c) Mengurangkan penggunaan ruang
d) Mengurangkan inventori (bahan mentah atau barang siap)
e) Meningkatkan penggunaan alatan
f) Penglibatan para pekerja tinggi

4.5 ANALISIS SUSUN ATUR PRODUK (PRODUCT LAYOUT ANALYSIS)

Analisis susun atur produk ialah satu analisis yang dilakukan terhadap susun atur produk atau
barisan pengeluaran (barisan pemasangan). Tujuan analisis susun atur produk ialah untuk memastikan
barisan pemasangan dalam keadaan kecekapan tertinggi.
13
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Untuk menganalisis satu susun atur produk, tiga (3) keperluan perlu dipenuhi iaitu:

a) Susun atur boleh memenuhi permintaan atau berkapasiti tinggi


b) Jujukan aktiviti di stesen kerja adalah boleh dilaksana (feasible)
c) Susun atur adalah efisyen, dan kurang masa melahu (idle time)

4.5.6 Pengimbangan Barisan Pemasangan (Assembly Line Balancing)

Pengimbangan barisan pemasangan ialah satu analisis barisan pengeluaran (barisan


pemasangan). Kaedah pengimbangan barisan pemasangan menugasi atau mengumpuk (assign) kerja
atau tugas ke stesen-stesen kerja dalam barisan pemasangan supaya dapat memenuhi output yang
dikehendaki.

Objektif-objektif pengimbangan barisan pemasangan adalah:

a) Memaksimumkan kecekapan
b) Meminimumkan bilangan stesen kerja

Sebelum pengimbangan barisan pemasangan dilakukan, beberapa peraturan perlu diikuti supaya dapat
memastikan ketekalannya (consistency). Jadual 4.2 menunjukkan lima (5) peraturan atau heuristik
(penyelesaian masalah yang menggunakan prosedur dan peraturan) yang boleh digunakan.

Jadual 4.2 Lima peraturan digunakan sebelum pengimbangan barisan pemasangan dilakukan

Peraturan/Heuristik Penjelasan
Pilih tugas yang ada dengan
a) Masa tugas terpanjang masa
tugas paling panjang
Pilih tugas yang ada dengan
b) Tugas turutan terbanyak bilangan
tugas turutan paling banyak
Pilih tugas yang ada dengan
c) Pemberatan kedudukan
jumlah
mengikut
masa tugas turutan paling
pemeringkatan (ranking)
panjang
Pilih tugas yang ada dengan
d) Masa tugas terpendek masa
tugas paling pendek
Pilih tugas yang ada dengan
e) Masa tugas turutan
bilangan
terpendek
tugas turutan paling sedikit

Dalam bab ini, kita akan menggunakan peraturan masa tugas terpanjang. Terdapat tujuh (7) langkah
dalam pengimbangan barisan pemasangan (susun atur barisan) iaitu:

a) Tentukan tugas dan jujukannya


b) Lukis satu rajah susunan (precedence diagram)
c) Anggar masa tugas
d) Kira masa kitaran
14
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

e) Kira bilangan stesen kerja


f) Umpuk (assign) tugas
g) Kira kecekapan

Ada beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira untuk pengimbangan barisan pemasangan, ketika
menggunakan peraturan masa tugas terpanjang iaitu:

a) Mula mengumpuk satu tugas yang tiada keutamaan kerja (work precedence). Periksa pilihan
tugas yang mahu diumpukkan
b) Tugas-tugas boleh digabungkan
c) Jika terdapat sedikit pilihan tugas, pilih tugas dengan masa terpanjang, selagi ia tidak
melangkaui masa satu kitaran kerja
d) Pastikan penugasan tugas dilakukan mengikut jujukannya
e) Jika pilihan tugas-tugas mempunyai jumlah masa yang sama, pilih tugas yang mempunyai
lebih tugas turutan

Pengimbangan barisan pemasangan yang efisyen dapat meningkatkan kecekapan dan aktiviti melahu
(idleness/balance delay) boleh dikurangkan. Terdapat beberapa istilah yang perlu difahami melibatkan
pengimbangan barisan pemasangan iaitu:

a) Tugas (Task)
Aktiviti-aktiviti yang terlibat ketika menghasilkan output
b) Rajah Susunan (Precedence Diagram)
Satu rajah yang menunjukkan jujukan atau turutan aktiviti-aktiviti
c) Masa Tugas (Task Time)
Masa yang diperuntukkan untuk setiap tugas
d) Masa Kitaran (Cycle Time)
Masa tugas terpanjang atau masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu unit ouput dalam
setiap kitaran
e) Stesen Kerja (Workstation)
Stesen fizikal, iaitu tempat tugas atau kerja dilakukan

Formula pengiraan yang digunakan untuk menganalisis satu susun atur produk adalah seperti berikut:

15
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Contoh 4-1
Tugas A hingga I perlu dijalankan untuk menghasilkan satu barisan produk baharu. Masa produktif per
hari ialah 7 jam dan mengikut jadual pengeluaran adalah sebanyak 35 unit output yang perlu
diselesaikan dalam tempoh satu hari oleh barisan pemasangan.

Pendahulu
Tugas Masa Tugas (Minit)
(Predecessor)
A 8 -
B 7 A
C 5 B
D 7 B
E 12 A
F 10 C, D
G 5 F
H 4 E
I 6 G, H

a) Lukis rajah susunan (precedence diagram) bagi operasi tersebut


b) Tentukan masa kitaran barisan
c) Tentukan bilangan minimum stesen kerja secara teori
d) Bina susun atur barisan bagi operasi tersebut
e) Kira kecekapannya dan peratus melahu (balance of delay)
f) Jika seorang pekerja dibayar sebanyak RM30 sehari, kira kos melahunya dalam
seminggu (anggap 5 hari bekerja)

16
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Penyelesaian
a)

Masaproduktifper h ari
b) MasaKitaran=
Output h arianmaksimum
7 jamx 60 minit
=
35unit
= 12 minit perunit

PPT
c) BilanganMinimumStesenKerja=
Masakitaran
64 minit
=
12 minit
= 5.33 atau 6 stesen kerja

d) Susun atur barisan (menggunakan heuristik masa tugas terpanjang)

Langkah 1
Kenal pasti tugas pertama yang diumpuk pada Stesen Kerja 1 (WS1). Setiap stesen kerja
diperuntukkan masa maksimum sebanyak 12 minit (masa kitaran). Ketika mengumpuk
tugas, pastikan jumlah masa tugas tidak melangkaui masa kitaran.
 Senarai semua pilihan yang ada
 Pastikan jujukan/turutan (precedence work) dipenuhi
 Pilih jumlah masa tugas tertinggi (terpanjang) tapi tidak melebihi masa
kitaran

WS Pilihan yang Ada Jumlah Masa Tugas


1 A 8

Langkah 2
Teruskan mengumpuk tugas bagi setiap stesen kerja, pastikan jumlah masa tidak
melebihi masa kitaan dan jujukan diikuti.

WS Pilihan yang Ada Jumlah Masa Tugas


E  12
2 B, C ✓ 12
B, D  14

17
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

Nota : Pilihan (B, D) ditolak kerana, jumlah masa tugasnya melebihi masa kitaran iaitu
14 minit.

Pilihan seterusnya adalah pilihan E dan (B, C) kerana kedua-dua pilihan ini mempunyai
masa tugas yang sama (12 minit). Dalam situasi ini, pilihan (B, C) dipilih kerana
mempunyai tugas turutan lebih banyak.

WS Pilihan yang Ada Jumlah Masa Tugas


3 E 12

Pilih pilihan E kerana tiada pilihan yang lain

WS Pilihan yang Ada Jumlah Masa Tugas


4 D, H 11

Pilih pilihan (D, H) kerana tiada pilihan yang lain

WS Pilihan yang Ada Jumlah Masa Tugas


5 F 10

WS Pilihan yang Ada Jumlah Masa Tugas


6 G, I 11

Langkah 3
Lukis susun atur barisan yang menunjukkan jujukan/turutan stesen kerja yang diumpuk
dengan tugas-tugas

18
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

e) Kecekapan dan melahu (balance of delay)

PTT
Kecekapan= x 100 %
BilanganWSxCT
64
= x 100 %
6 x 12
= 88.89%

AET −PTT
Melahu dalam barisan = x 100 %
AET
72−64
= x 100 %
72
= 11.11%

f) Kos melahu per minggu

KosMela huperHari=Mela h u( %) xUpa hh arianxBilanganWS


= 11.11 % xRM 30 x 6
= RM20 per hari

KosMela huperMinggu=RM 20 x 5 h ariperminggu


= RM100 per minggu

19
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

RUMUSAN

1. Susun atur fasiliti adalah penentuan penting, kerana ia mempengaruhi kecekapan dan
keberkesanan sesebuah organisasi.

2. Terdapat tujuh (7) jenis susun atur yang boleh digunakan, bergantung kepada jenis perniagaan
sesebuah organisasi tersebut. Sama ada susun atur berasaskan produk, berorientasikan-proses,
kedudukan tetap, jenis pejabat, jualan runcit atau perkhidmatan, gudang dan juga selular.

3. Faktor-faktor, seperti jenis produk, volum atau isipadu pengeluaran, dan strategi-strategi
proses perlu dipertimbangkan sebelum menentukan susun atur terbaik untuk sesebuah
organisasi.

4. Satu analisis susun atur produk perlu dibuat ke atas susun atur produk, bertujuan untuk
meningkatkan kecekapannya.

5. Pelbagai peraturan atau heuristik yang ada untuk menjalankan analisis susun atur produk, iaitu
masa tugas terpanjang, tugas turutan terbanyak, pemberatan kedudukan mengikut
pemeringkatan, masa tugas terpendek dan tugas turutan paling sedikit.

6. Kecekapan akan meningkat lebih tinggi sekiranya peraturan yang betul telah digunakan.

20
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

GLOSARI

Susun Atur Selular (Sel Kerja) Susun Atur Pejabat


Sejenis susun atur yang menyusun mesin-mesin dan Sejenis susun atur yang melibatkan pengelompokan para
peralatan yang fokus terhadap pengeluaran satu produk pekerja, peralatan dan ruang atau pejabat. Ia bertujuan untuk
atau satu kumpulan produk-produk berkaitan. menyediakan keselesaan, keselamatan dan memudahkan
pergerakan maklumat
Susun Atur Fasiliti Susun Atur Berorientasikan Produk
Satu proses yang menentukan lokasi jabatan-jabatan, Satu pelan lantai yang direka khas untuk loji/kilang. Ia
kumpulan-kumpulan kerja di dalam jabatan, stesen- melibatkan penyusunan peralatan dan fasiliti berdasarkan
stesen kerja dan mesin-mesin di dalam sesebuah fungsi-fungsinya, serta bertujuan untuk menambah baik
fasiliti. kecekapan.
Susun Atur Kedudukan Tetap Susun Atur Produk
Sejenis susun atur yang mana sumber, personel, Satu sistem pengeluaran, yang mana stesen-stesen kerja dan
bekalan dan peralatan di bawa masuk ke dalam tapak. peralatan diletak dalam satu barisan pengeluaran. Iaitu,
Produk dipasang terus ke dalam tapak tersebut. proses-proses kerja disusun mengikut berdasarkan langkah
demi langkah progresif sehinggalah produk tersebut siap.
Rajah Susunan Susun Atur Jualan Runcit atau Perkhidmatan
Satu rajah yang menunjukkan jujukan/turutan aktiviti- Sejenis susun atur yang menentukan kedudukan ruang-
aktiviti. ruang rak produk yang akan dijual, dengan tujuan untuk
memaksimumkan pendedahan para pelanggan ke atas
produk-produk tersebut. Kerana pendedahan ini akan
mempengaruhi jualan dan keuntungan.
Masa Tugas Tugas
Masa yang diperuntukkan untuk setiap tugas. Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam pengeluaran output-
output.
Susun Atur Gudang Stesen Kerja
Sejenis susun atur yang direka khas untuk Sebuah stesen fizikal, yang mana tugas-tugas atau kerja
memaksimumkan fungsi-fungsi sesebuah gudang dilakukan.
supaya dapat mencapai kecekapan dan penggunaan
ruang yang tertinggi

ULANG KAJI

1. Takrifkan maksud susun atur fasiliti.


2. Jelaskan secara faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan susun atur.
3. Nyatakan tujuh jenis susun atur.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan pengimbangan barisan pemasangan.
5. Takrifkan maksud di bawah
a) Rajah Susunan
b) Stesen Kerja
c) Masa Kitaran

21
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

LATIHAN
1. Tugas A hingga I perlu dijalankan oleh satu barisan produk baharu. Masa pengeluaran per hari
ialah 480 minit dan berdasarkan jadual pengeluaran, 40 unit output perlu disiapkan per hari
oleh barisan pengeluaran tersebut.

Pendahulu Masa Tugas


Tugas
(Predecessor) (Minit)
A - 10
B A 11
C B 5
D B 4
E A 12
F C, D 3
G F 7
H E 11
I G, H 3

a) Lukis rajah susunan bagi operasi tersebut


b) Tentukan masa kitaran barisan pengeluaran
c) Tentukan bilangan minimum stesen kerja secara teori
d) Bina susun atur barisan bagi operasi tersebut
e) Kira peratus kecekapan, dan melahu (balance of delay)
f) Jika seorang pekerja dibayar RM30 sehari, kira kos melahu per minggu (anggap
5 hari bekerja)

2. AIM Cable & Wire telah bercadang untuk menambah baik susun atur kilangnya supaya dapat
meningkatkan kecekapan barisan pengeluarannya. Pihak pengurusan mensasarkan output
pengeluaran sebanyak 600 unit sehari. Masa pengeluaran syarikat ialah 7 jam sehari, 5 hari
seminggu. Tugas, masa tugas dan tugas pendahulu dinyatakan seperti di bawah

Pendahulu Masa Tugas


Tugas
(Predecessor) (Saat)
A - 20
B A 22
C - 21
D C 15
E B, D 8
F C 7
G F 19
H E 17
I E 19
J F 19
K G, K 22
L H, I , K 19
a) Lukis rajah susunan bagi barisan pengeluaran ini
b) Kira masa kitaran yang diperlukan
c) Tentukan bilangan minimum stesen kerja secara teori
d) Imbangkan barisan pengeluaran dan bina susun atur barisan bagi operasi ini
e) Kira peratus kecekapan, dan melahu (balance of delay)
f) Jika upah seorang pekerja dibayar RM5 sejam, kira kos melahu per minggu

22
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

3. Inai Sari Sdn Bhd sedang memasang barisan pemasangan untuk mengeluarkan pembesar
suara. Tugas pengeluaran, masanya dan tugas pendahulu seperti jadual di bawah. Anggap
masa pengeluaran harian ialah 8 jam dalam tempoh 5 hari bekerja dalam seminggu.

Masa Tugas
Tugas Tugas Pendahulu
(Minit)
A - 20
B - 16
C A, B 15
D B 14
E C 18
F D, E 36
G D 22
H F, G 15
I G 15
J H 18
K I, J 18

a) Bina rajah susunan


b) Kira output maksimum yang dihasilkan dalam sehari
c) Kira bilangan minimum stesen kerja yang diperlukan
d) Imbangkan barisan pengeluaran dan draf susun atur yang sesuai
e) Kira kecekapan, dan melahu (balance of delay) barisan pengeluaran

4. Susu Sedap Enterprise merancang untuk mengeluarkan satu barisan produk berasaskan-susu. Pihak
pengurusan telah menetapkan kadar output sebanyak 60 unit sejam dan masa produktiviti per jam
ialah 50 minit. Masa operasi syarikat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari, 5 hari
seminggu. Tugas yang terlibat adalah seperti di bawah.

Masa Tugas
Tugas Tugas Pendahulu
(Minit)
A - 20
B - 25
C A 15
D B 18
E B 28
F C, D 16
G E 19
H E, F 21
I G, H 14
J I 15

a) Bina rajah susunan


b) Kira masa kitaran
c) Kira bilangan minimum stesen kerja yang diperlukan
d) Imbangkan barisan pengeluaran dan draf susun atur yang sesuai
e) Kira kecekapan, dan melahu (balance of delay) barisan pengeluaran

23
DBF4113 Pengurusan Operasi Bab 4 : Strategi Susun Atur

RUJUKAN

Rosliza M.Z & Radzi M.K (2016) Operation Management, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

DBP, Pusat Rujukan Persuratan Melayu di peroleh pada 9 September 2020 di https://prpm.dbp.gov.my/

24

You might also like