Pendakwa Syarie V Zulkifli Bin Othman
Pendakwa Syarie V Zulkifli Bin Othman
A SP3, SP4, SP5 and SP7. SP4 was a woman officer and the others were
male and there was no doubt of them being unjust. From their
evidence, the syarie prosecutor had proven the case against the accused
for the offence of khalwat (see para 22).
(2) The actus reus and mens rea was established by the prosecution as both
B
are closely related to the conduct of the accused persons namely,
seclusion in Concorde Hotel, being in a compromising situation
pointing towards an immoral act and giving rise to suspicion of an
impending adultery between them (see para 26).
C (3) The operation by JAWI to curb immoral activities, receive information
from the public of an impending Shariah offences and the Religious
Enforcement Officer strategising their action to suppress such offences
were not considered as an act of spying. In fact, it was an effective form
of promoting good (amar ma’ruf) and suppressing evil (nahi munkar)
D and to educate the community to despise vices (see para 29).
(4) SP2 merely stated that it was the inspection of the room, and not the
operation, which started at 3.05am. In fact, according to SP2 the
investigation team arrived at the hotel at 2.45am which means that the
operation begun at 3am. Similarly, SP3, SP4 and SP5 in their
E
testimony stated that the operation team reached the hotel at 2.50 am
and thus, there were no obvious discrepancies in the testimony of the
prosecution witnesses. Hence, the accused had failed to raise any
reasonable doubt in the prosecution case (see para 31).
F [Bahasa Malaysia summary
Dalam kes ini, OKT telah dituduh melakukan kesalahan di bawah s 27(a) Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu atas
kesalahan khalwat. Semasa tangkapan dibuat lebih kurang 3.00 pagi, OKT
G berada bersama dengan seorang wanita Islam iaitu Nor Juliati bt Juhar di dalam
bilik No 401, Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Setelah disiasat, SP2 mendapati
kedua-dua OKT tersebut tidak ada sebarang hubungan mahram dan bukan
suami isteri. OKT menimbulkan dua isu bertujuan menimbulkan keraguan
atas pertuduhan ke atas OKT. Isu pertama ialah isu tajassus. OKT menyatakan
H bahawa perbuatan tajassus ialah perbuatan mengintip mencari kesalahan orang
lain adalah amat ditegah dalam Islam. Isu kedua ditimbulkan oleh OKT ialah
berlaku percanggahan fakta masa operasi tangkapan bemula. Keterangan SP2
menyatakan bahawa operasi tangkapan bermula pada jam 3.05 pagi,
sedangkan dalam kertas pertuduhan menyatakan masa tangkapan adalah lebih
I kurang jam 3.00 pagi. OKT berhujah bahawa walaupun perbezaan masa yang
dinyatakan adalah tidak lama, namun telah wujud keraguan dalam keterangan.
(2) Actus reus telah dibuktikan oleh pendakwa syarie di samping elemen
mens rea atau niat itu secara bersama memandangkan kedua-duanya
berkait rapat dalam terjadinya perlakuan khalwat kedua-dua tertuduh
berada di Hotel Concorde, dan mereka berada dalam keadaan yang C
boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak
bermoral adalah melakukan kesalahan yang berhubung dengan
tatasusila serta menimbulkan syak akan berlakunya perzinaan di antara
mereka. Perbuatan mereka adalah merangkumi elemen actus reus dan
mens rea (lihat perenggan 26). D
Legislation referred to
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 s 27(a) I
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ss 3, 48, 49, 73, 74, 75, 76, 77
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993 s 46(2)(a)
Pendakwa Syarie v Zulkifli bin Othman
[2013] 4 ShLR (Mohamad Abdullah ShHC CJ) 95
E Pendakwa Syarie (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) for the prosecution.
Md Nor bin Haji Md Din (Md Nor Md Din & Associates) for the accused.
F
[1] Dalam kes ini Zulkifli bin Othman K/P: 611019–01–5425 telah
dituduh melakukan kesalahan berkhalwat dengan pasangannya Nurjuliati bt
Juhar K/P: 801221–03–5080 pada 4 Ogos 2007 di dalam bilik No 401, Hotel
Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur di bawah s 27(a) Akta Kesalahan
G Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Bahawa kamu pada 4 Ogos 2007 lebih kurang jam 3.00 pagi, di dalam bilik No
H 401, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur di dalam Wilayah
Persekutuan telah didapati berada bersama dengan seorang perempuan iaitu
Nurjuliati binti Juhar No. K/P: 801221–03–5080 dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral yang mana
bukan isteri atau mahram bagi kamu. Dengan itu, kamu dituduh melakukan suatu
I kesalahan di bawah Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang
sama.
[3] Mahkamah ini berpuas hati bahawa pertuduhan ini adalah bertepatan
96 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR
C
[4] Seksyen 79 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997, Akta 560 pula menyebut:
79 Pertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir tentang waktu dan
tempat kesalahan yang dikatakan itu dan orang, jika ada, yang terhadapnya atau
benda, jika ada, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan D
sebagaimana yang semunasabahnya mencukupi supaya tertuduh maklum tentang
perkara yang mengenainya dia dipertuduhkan.
[6] Pada 29 Ogos 2007, Zulkifli bin Othman adalah orang kena tuduh
(‘OKT’) hadir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah G
Persekutuan Kuala Lumpur untuk didakwa atas kesalahan tersebut oleh
pendakwa syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (‘JAWI’). Setelah
pertuduhan dibacakan, OKT mengaku faham akan pertuduhan yang
dibacakan, dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan serta
mohon dibicarakan. H
[7] Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini
berdasarkan s 46(2)(a) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 seperti berikut:
I
Seksyen 46 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah —
[8] Dalam kes ini, OKT telah dituduh melakukan kesalahan di bawah
s 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,
kesalahan berhubungan dengan kesusilaan Bahagian IV, iaitu atas kesalahan
C khalwat yang memperuntukkan:
Seksyen 27 Khalwat
Mana-mana —
D
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
atau
(b) Jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada
atas pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah
direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu; Dengan
syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, D
Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami
sifat dan akibat daripada akuannya.
[11] Pada 5 Februari 2008, OKT hadir bersama wakilnya, Ketua Pendakwa
Syarie JAWI memulakan perbicaraan dengan keterangan saksi-saksi pendakwa E
seramai tujuh orang iaitu:
(a) En. Helmi bin Mohd. Saad, K/P No 720717–08–5183 (‘SP 1’);
F
(b) En. Nik Azlan bin Nik Man, K/P No 721017–03–5075 (‘SP 2’);
(e) En. Ahmad Fauzal bin Othman, K/P No 750102–03–7721 (‘SP 5’);
A oleh pengadu dan disahkan oleh SP1 sebagai pegawai yang menerima
maklumat. Borang itu kemudiannya diserahkan kepada En Nik Azlan bin Nik
Man (SP2), iaitu Penolong Pengarah Risikan Penguatkuasaan untuk tindakan
selanjutnya. Maklumat yang diterima adalah berkaitan perlakuan kesalahan
khalwat di bilik No 401, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
B SP 1 memberitahu mahkamah ini bahawa ia tidak terlibat dengan pemeriksaan
tersebut.
[14] SP3 memberitahu mahkamah ini bahawa pada 3 Ogos 2007 beliau
H bertugas dari jam 10.00 malam dan selesai jam 5.00 pagi pada 4 Ogos 2007
berhubung dua kes khalwat yang salah satunya di Hotel Concorde, Jalan Sultan
Ismail, Kuala Lumpur. SP3 setelah mendapat arahan dari SP2 telah membuat
pemeriksaan di lokasi tersebut pada jam 2.40 pagi bersama tujuh orang
anggota lain diketuai oleh SP2. Mereka sampai ke lokasi pada jam 2.50 pagi.
I Tiga orang pegawai berada di kawasan letak kereta di hadapan hotel dan yang
lain-lain naik ke tingkat 5 hotel. Kemudian mereka bergerak ke bilik 401 dan
SP2 mengetuk pintu bilik lebih kurang 5 minit. Bila pintu dibuka, SP3
bersama pegawai lain masuk ke bilik dan mereka mendapati terdapat seorang
lelaki iaitu OKT berada dalam bilik air dan seorang perempuan berada di atas
100 Shariah Law Reports [2013] 4 ShLR
katil berbaring iaitu OKT perempuan. SP3 menyatakan operasi selesai jam A
3.30 pagi dan bertolak balik ke pejabat JAWI pada jam 4.30 pagi.
[15] SP4 memberitahu mahkamah ini bahawa pada 3 Ogos 2007 ia bekerja
dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi 4 Ogos 2007. Pada jam 2.40 pagi SP4
B
bersama tujuh orang anggota lain bertolak ke lokasi bilik No 401, Hotel
Concorde, Kuala Lumpur. Sampai ke lokasi jam 2.50 pagi. SP4 ditugaskan
menyita barang dan melukis plan lakar tempat kejadian. Tiga orang pegawai
bertugas di bawah dan yang lain-lain naik ke atas ke tingkat 5.Kemudian SP4
bersama pegawai lain pergi ke bilik 401 melalui tangga. SP2 telah mengetuk C
pintu lebih kurang 5 minit. Kemudian pintu dibuka. SP4 menyatakan bila ia
masuk bilik tersebut, didapati dalam bilik terdapat seorang lelaki di bilik air
dan seorang perempuan sedang berbaring di atas katil. Operasi ini selesai jam
4.40 pagi.
D
[16] SP5 memberitahu mahkamah ini bahawa ia bertugas pada 3 Ogos 2008
dari jam 10 malam hingga 5 pagi 4 Ogos 2008. SP 5 menyatakan ia terlibat
dalam operasi kes khalwat di Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala
Lumpur. SP5 bersama lima orang pegawai dan SP2 sebagai ketua operasi
sampai ke lokasi jam 2.50 pagi. SP5 bersama pegawai lain naik ke tingkat 5 E
hotel, kemudian ke bilik No 401. SP2 mengetuk pintu bilik selama 5 minit
maka pintu pun dibuka. Bila SP5 masuk ke bilik tersebut didapati terdapat dua
orang berada dalam bilik. Seorang lelaki iaitu OKT dan seorang perempuan
iaitu OKT perempuan. Operasi selesai jam 3.55 pagi.
F
[17] SP6 memberitahu mahkamah ini bahawa ia bertugas sebagai seorang
pegawai penyiasat dan memulakan siasatan kes pada 13 Ogos 2007 dengan IP
dibuka. SP 6 menyatakan ia menerima dokumen berkaitan kes ini pada 6 Ogos
2007 iaitu borang aduan, Borang 5, salinan kad pengenalan kedua-dua orang G
yang disiasat (OYDS), rakaman percakapan OYDS, surat jaminan OYDS,
barang kes, borang sita, plan lakar, gambar-gambar OYDS dan butiran
penjamin. SP6 mengesahkan OYDS adalah Zulkifli bin Othman dan Nor
Juliati binti Johar dan tangkapan dibuat pada 4 Ogos 2007. SP6 juga
mengesahkan tangkapan tersebut dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama H
(‘PPA’) JAWI adalah kes khalwat di Concorde Hotel adalah mengikut
undang-undang. SP6 mengesahkan PPA yang terlibat adalah Hilmi bin Saad,
Nik Azlan bin Nik Man, Ahmad Faizal bin Othman, Zulkifli bin Mustafa,
Norhafiza bt Tohalus, Asmahan bt Ahmad dan seorang pegawai BPR bernama
Kamarusan bin Khamis yang bertugas sebagai jurugambar. SP6 mengesahkan I
ia telah menerima gambar daripada Nik Azlan yang sudah dicetak dalam kertas
A4 sebanyak 11 keping dan semuanya telah dibuat pengecaman oleh SP6. SP6
juga mengesahkan telah menerima plan lakar daripada Norhafizah binti
Tohalus. SP6 turut mengesahkan mengecam barang-barang kes.
Pendakwa Syarie v Zulkifli bin Othman
[2013] 4 ShLR (Mohamad Abdullah ShHC CJ) 101
[26] Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa actus reus tersebut telah A
dibuktikan oleh pendakwa syarie di samping elemen mens rea atau niat itu
secara bersama memandangkan kedua-duanya berkait rapat dalam terjadinya
perlakuan khalwat kedua-dua tertuduh berada di Hotel Concorde, Jalan Sultan
Ismail, Kuala Lumpur dalam bilik No 401 pada 4 Ogos 2007 jam lebih kurang
3.00 pagi dan mereka berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak B
sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan
kesalahan yang berhubung dengan tatasusila serta menimbulkan syak akan
berlakunya perzinaan di antara mereka. Perbuatan mereka adalah merangkumi
elemen actus reus dan mens rea.
C
[27] OKT menimbulkan dua isu bertujuan menimbulkan keraguan atas
pertuduhan ke atas OKT. Isu pertama ialah isu tajassus. OKT menyatakan
bahawa perbuatan tajassus ialah perbuatan mengintip mencari kesalahan orang
lain adalah amat ditegah dalam Islam. Fakta yang dikemukakan oleh OKT
dalam hujahannya ialah Pegawai BPR telah memberi maklumat melalui D
panggilan telefon kepada Ketua Operasi iaitu Tuan Nik Azlan pada malam
tangkapan tersebut iaitu maklumat yang menyatakan bahawa OKT bersama
seorang wanita telah pulang dari berhibur di satu kelab dan telah masuk semula
ke bilik 401. Berdasarkan fakta ini OKT berhujah bahawa Pegawai BPR telah
melakukan perbuatan tajassus merupakan perbuatan yang dilarang. OKT E
berhujah bahawa tangkapan ke atas tertudah adalah satu rancangan yang telah
diatur dengan pemberian maklumat atau laporan sebelum OKT berada di
Kuala Lumpur, malahan bilik hotel bukan ditempah oleh OKT tetapi oleh
kawannya. Hujahan OKT bahawa perbuatan pemberi maklumat adalah untuk
memerangkap dan mengaibkan OKT. Hujahan OKT bahawa pemberi F
maklumat dan mereka terlibat dengan operasi ini mempunyai niat yang tidak
baik (mala fide).
A Maksudnya:
Jika sekiranya diyaqini ada suatu kalangan merahsiakan sesuatu keburukan kerana
terdapat tanda serta kesan-kesannya yang lahir, maka dalam keadaan ini, ia
terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
B
a) Jika ia berkaitan dengan pencabulan terhadap sesuatu yang dilarang
yang kalau tidak dicegah akan menyebabkan perkara tersebut
berlaku, umpamanya ia diberitahu oleh seseorang yang dipercayai,
bahawa seorang lelaki telah berada berdua-duaan dengan seorang
wanita untuk melakukan perbuatan zina atau berada dengan seorang
C lelaki dengan tujuan untuk membunuhnya, maka dalam keadaan
ini, penguasa hisbah boleh mengintip rahsia mereka serta menyiasat
kerana khawatirkan keburukan serta perlakuan maksiat akan berlaku
jika tidak dicegah. Demikian juga, jika hal tersebut diketahui oleh
kumpulan sukarelawan, maka mereka boleh bertindak menyiasatnya
D serta mencegahnya seperti berlaku kepada al-Mughirah bin Shubah.
(Terjemahan ini dari alih bahasa oleh Uthman bin Haji Khalid dalam teks
Melayunya: Abu Hasan Aliy bin Muhammad al-Mawardi, al-Ahkam al
Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah, Institut Pengajian Tradisional Islam
E (IPTI), (Edisi Pertama), Mei 1993, ms 405).
G [30] Isu kedua ditimbulkan oleh OKT ialah berlaku percanggahan fakta
masa operasi tangkapan bemula. Keterangan SP 2 menyatakan bahawa operasi
tangkapan bermula pada jam 3.05 pagi, sedangkan dalam kertas pertuduhan
menyatakan masa tangkapan adalah lebih kurang jam 3.00 pagi. OKT
berhujah bahawa walaupun perbezaan masa yang dinyatakan adalah tidak
H lama, namun telah wujud keraguan dalam keterangan.
pendakwa syarie. Oleh itu saya berpuas hati bahawa hujahan OKT gagal A
menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas OKT.
[32] Oleh kerana hukuman dalam kes ini adalah hukuman ta’zir, mahkamah
merujuk kitab al Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah, Dar
al-Kutub al Ilmiyyah, Beirut, Lubnan ms 293 karangan Al-Mawardi yang B
menyebut:
Maksudnya: Ta’zir adalah satu proses ta’dib atau memperadabkan atas dosa atau
kesalahan yang tidak diperundangkan hukum hudud …
C
[33] Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili, di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuh, Juz 6, Dar al-Fikr, (Cetakan Kedua), 1985M/1405H, ms 197 pula
menyebut:
Maksudnya: Ta’zir merupakan hukuman yang dikenakan ke atas maksiat atau D
jenayah yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.
[34] Pembuktian kes ta’zir adalah berbeza dengan pembuktian kes hudud.
Shamrahyu A Aziz dalam bukunya Criminal Prosedure in the Syariah Courts, E
Sweet & Maxwell Asia, (Cetakan 2011), Petaling Jaya, Selangor, p 115
menyebutkan:
The standard of proof in Islam for hudud cases punishable by hudud punishment
should be yaqin, which could be amounting to ―beyond any shadow of doubt.
This is because of the principle of Islamic criminal justice that hudud punishment F
should not be imposed or executed should there be any slight doubt. This is
conveyed in the Hadith which comes to the effect that ―avoid hudud punishment
if there is doubt (shubhah). The second degree of the standard of proof is zann qarib
min al-yakin, which may be similar to ―beyond any reasonable doub. This
standard of proof may be applied in ta’zir punishment as the punishment can still G
be executed if the evidence is not ―beyond any shadow of doubt but merely
―beyond any reasonable doubt.
Maksudnya:
Piawaian pembuktian dalam Islam dalam kes hudud yang dihukum mengikut
H
hukuman hudud hendaklah pada peringkat yakin, yang disebutkan ―melepasi
sebarang keraguan. Ini disebabkan prinsip kehakiman jenayah Islam menyatakan
hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Ini adalah bersesuaian dengan Hadith yang menyebutkan ―diketepikan hukuman
hudud sekiranya ada keragua. Heiraki kedua bagi piawaian pembuktian ialah
―berat sangka mendekati yakin yang mempunyai pengertian sama dengan I
―melepasi sebarang keraguan munasabah. Piawaian ini terpakai bagi hukuman
ta’zir iaitu hukuman yang dikuatkuasakan sekiranya bukti tidak mencapai
―melepasi sebarang keraguan tetapi mencapai melepasi sebarang keraguan yang
munasabah.
Pendakwa Syarie v Zulkifli bin Othman
[2013] 4 ShLR (Mohamad Abdullah ShHC CJ) 107
A [35] Oleh itu, saya berpuas hati bahawa pendakwa syarie JAWI telah berjaya
membuktikan dakwaannya pada peringkat zann qarib min al-yakin atau
melepasi sebarang keraguan munasabah (beyond any reasonable doubt).
KEPUTUSAN