0% found this document useful (0 votes)
379 views2 pages

Karangan Cara Menjaga Alam Sekitar

Dokumen ini membincangkan langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar seperti melaksanakan kempen kesedaran, menggalakkan amalan kitar semula, dan menyertai aktiviti membersihkan kawasan. Ia juga menekankan peranan setiap pihak termasuk kerajaan, masyarakat, dan individu dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Uploaded by

Mohd Hilmie
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
379 views2 pages

Karangan Cara Menjaga Alam Sekitar

Dokumen ini membincangkan langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar seperti melaksanakan kempen kesedaran, menggalakkan amalan kitar semula, dan menyertai aktiviti membersihkan kawasan. Ia juga menekankan peranan setiap pihak termasuk kerajaan, masyarakat, dan individu dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Uploaded by

Mohd Hilmie
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 2

Contoh Karangan Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan yang mengancam khazanah negara kita iaitu alam sekitar. Kekayaan flora
dan fauna yang dimiliki negara kita seperti kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin
diancam pencemaran dek kerana pembangunan sosioekonomi yang berlangsung bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Kesan daripada kecuaian manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan
akibat terhadap alam sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang mengancam
nyawa manusia. Justeru, kita perlu sedar bahawa demi kelangsungan tamadun manusia sejagat dan
habitat yang kita huni, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu menjadi agenda utama
pada masa kini. Apakah langkah-langkah yang boleh kita laksanakan untuk menjaga alam sekitar?

Prakarsa utama dalam mendepani cabaran yang melibatkan setiap pihak adalah bermula dengan
polisi yang digunakan oleh negara serta mampu menjadi model kepada negara serantau. Sebagai
pihak berkuasa, anjakan paradigma perlu diambil bagi memastikan kemajuan masyarakat tempatan
berlaku dari semasa ke semasa. Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui wajar
diperkenalkan dan diperkasa dalam industri-industri yang berisiko mengancam pemeliharaan alam
sekitar di negara ini. Sebagai contoh, penggunaan sumber solar sebagai tenaga elektrik di kawasan
bandar perlu diperluaskan supaya penggantungan terhadap penjanaan elektrik daripada sumber
arang dan hidro eleketrik berkurangan. Sebaliknya, sumber air yang digunakan dapat disalirkan ke
kawasan-kawasan yang kurang bekalan air bersih dan juga digunakan untuk pertanian di kawasan
luar bandar.

Langkah alternatif yang boleh dilakukan dalam membuka mata masyarakat tentang isu ini adalah
dengan melaksanakan kempen secara konsisten. Apabila pihak berkuasa mula mengorak langkah
yang jitu dalam menjaga kekayaan alam sekitar negara, media massa perlu memainkan peranan
penting untuk menyampaikan mesej kepada setiap golongan masyarakat. Semua pihak perlu
mengkaji dan mengaplikasikan norma masyarakat umum pada masa ini yang menggunakan media
sosial sebagai medium utama dalam komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, sekiranya kita ingin
mengubah stigma masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, cara yang mudah
hendaklah dekat dan efektif kepada diri mereka. Misalnya, memperbanyakkan rancangan yang
melibatkan selebriti dalam kempen mengitar semula dan sebagainya. Institusi lain yang melibatkan
masyarakat seperti sekolah, universiti dan oraganisasi kerja juga bertanggungjawab menjalankan
kempen kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Intihannya, kempen yang menyeluruh pasti
dapat mencapai sasaran yang kita kehendaki.

Selain itu, langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar yang boleh disertai oleh ahli masyarakat
adalah melakukan aktiviti sukarelawan membersihkan kawasan sekitar. Persis kata peribahasa,
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir pihak
yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa yang tidak sepatutnya ke dalam sungai atau laut.
Pemerkasaan undang-undang juga mungkin tidak diendahkan atau meninggalkan kesan kepada
mereka. Oleh itu, kita sebagai warganegara yang cinta akan negara seharusnya menyertai aktiviti-
aktiviti sukarelawan yang berusaha membersihkan kawasan yang dicemari seperti kawasan sungai
dan pantai. Pencemaran sampah dan sisa lain yang sering berlaku di negara kita perlu diambil serius
oleh semua pihak. Jika insiden ini dibiarkan, hidupan akuatik dan juga sumber air kita akan terancam
dan menyebabkan kita kekurangan sumber tersebut. Sebagai contoh, di Jepun pernah berlaku satu
wabak yang menyebabkan setiap penduduk di kampung yang menggunakan sungai tercemar sebagai
sumber air harian mati dan lahir dengan kecacatan yang kekal. Maka, kita seharusnya mengambil
sejarah ini sebagai iktibar bagi menjamin kelangsungan hidup untuk masa hadapan.

Pada peringkat individu pula, amalan kitar semula adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan alam
sekitar. Kitar semula adalah menggunakan semula bahan-bahan terpakai menjadi bahan lain yang
bermanfaat. Misalnya, takungan air hujan boleh digunakan sebagai air siraman pokok atau
tumbuhan yang kita tanam di halaman rumah. Bahan-bahan lain seperti plastik, kaca dan bahan
elektronik yang tidak berfungsi boleh disumbangkan kepada pengusaha kitar semula. Setiap bahan
berpotensi untuk diproses semula menjadi barang yang berguna kepada masyarakat tanpa perlu
membazirkan sumber yang baharu. Mutakhir ini, syarikat-syarikat pakaian seperti kasut dan beg
mula menggunakan bahan terpakai sebagai bahan asas dalam produk baharu mereka. Dengan
kesedaran entiti-entiti besar dalam mementingkan pemeliharaan alam sekitar mampu menjadi
medium kepada sebahagian masyarakat untuk sedar akan manfaatnya. Dengan berbuat demikian,
kita bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar, ia juga dapat membantu kita menjadi
pengguna yang berhemah dan tidak menggunakan wang yang banyak dalam mendepani cabaran
ekonomi yang telah meningkatkan kos sara hidup.

Secara tuntas, pelbagai langkah perlu dilaksanakan dalam menjamin pemeliharaan serta
pemuliharaan alam sekitar. Setiap pihak di setiap peringkat seharusnya memainkan peranan masing-
masing bagi mencapai objektif kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini merupakan usaha yang kolektif
dimana dengan penglibatan setiap di antara kita dapat membuahkan hasil yang sangat berbaloi
bukan sahaja kepada kita malah untuk kehidupan generasi-generasi akan datang. Bak kata
peribahasa Melayu, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga ahli pemikir bekerjasama
dengan badan eksekutif dalam negara menjadikan polemik ini sebagai agenda utama negara dan
mencari mekanisme terbaik dalam memastikan pembangunan dan alam sekitar kita mencapai tahap
terbaik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

You might also like