Keberkesanan Modul Enam Roda Pengurusan Terhadap Bisnes Kecil Berdasarkan Tematik Keusahawanan Dalam Hadith Al-Sahihayn
Keberkesanan Modul Enam Roda Pengurusan Terhadap Bisnes Kecil Berdasarkan Tematik Keusahawanan Dalam Hadith Al-Sahihayn
4 (2017)
AL-QANATIR
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir eISSN: 2289-9944
eISSN: 2289-9944
Abdul Basit Abdur Rahim Nasutioni, Aminudin Hehsanii, Zulkiflee Haroniii & Mohd Khairul Nizam
Zainan Nazriiv
i Pascasiswazah, Fakulti Tamadun Islam, UTM, Malaysia. [email protected]
ii
Felo Penyelidik, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi, UTM, Malaysia. [email protected]
iii Felo Penyelidik, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi, UTM, Malaysia. [email protected]
iv Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Malaysia. [email protected]
Abstract The objective of this conceptual paper is to introduce and highlight the six-
wheel drive business management module that has benefited 11,000
business owners from 2016-2017. Most business entrepreneurs today
failed to expand their businesses because they fail to fully understand the
business or company management system. This qualitative research is
conducted around the Klang Valley, Kuala Lumpur and Selangor,
Malaysia. Researchers used interviews, observations and analysis of
documents for information. Data and information were analyzed using
ATLAS.ti software.The findings show that 80% of business entrepreneurs
who have been practicing the six-wheel management module managed to
streamline the company system and achieved high sales in less than two
years. Additionally, this paper also proposes a framework of research that
future researchers can use in studying the effects of this six-wheel module
on economic development especially in Malaysia.
Abstrak Objektif kertas kerja konseptual ini adalah untuk memperkenalkan dan
mengetengahkan modul enam roda pengurusan bisnes yang telah
memberi manfaat kepada 11,000 orang pemilik bisnes dari tahun 2016-
2017. Kebanyakan pengusaha bisnes hari ini gagal mengembangkan
bisnes mereka kerana mereka gagal untuk memahami dengan baik
tentang sistem pengurusan perniagaan atau syarikat. Penyelidikan ini
berunsur kualitatif dan dijalankan di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur
dan Selangor, Malaysia. Penyelidik menggunakan kaedah temubual,
observasi dan analisa dokumen bagi mendapatkan maklumat. Data dan
maklumat dianalisa menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian
mendapati 80% daripada pengusaha bisnes yang telah mengamalkan
modul enam roda pengurusan ini berjaya memperkemas sistem syarikat
dan berjaya mencapai jualan yang tinggi dalam tempoh kurang dua tahun.
Selain itu, kertas kerja ini juga mencadangkan satu kerangka kajian yang
boleh digunapakai oleh penyelidik pada masa depan dalam mengkaji
kesan-kesan Modul Enam Roda ini terhadap perkembangan ekonomi
terutamanya di Malaysia.
1
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
PENDAHULUAN
Al-Quran secara jelas telah mengajak manusia untuk mencari pekerjaan di muka bumi
ini khususnya menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang dianggap sebagai
pekerjaan yang paling mulia dan merupakan warisan nabi terdahulu termasuklah Nabi
Muhammad SAW. Selain itu, kedudukan dan keperluan perniagaan amat penting dalam
kehidupan manusia. Lebih-lebih lagi jika ditinjau dari sudut al-Quran dan al-Sunnah yang
meletakkannya di satu tahap yang paling tinggi sehingga menyamai ibadat solat dan
haji. Ia membawa keuntungan bukan sahaja di dunia malah di akhirat asalkan ia
berlunaskan syariat Islam.
Keusahawanan merupakan satu perkataan yang panjang dan agak sukar untuk
disebut. Keusahawanan ialah kata terbitan dariapada perkataan usahawan. Istilah ini
lahir daripada perkataan usaha yang bermaksud daya usaha termasuk ikhtiar, kegiatan
dan perkara-perkara untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ab. Aziz Yusof (1999)
pula menyifatkan keusahawanan sebagai aktiviti yang menjadi tonggak kepada
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Selain itu, keusahawanan
juga ialah aktiviti yang menggerak dan merangsang kejayaan serta meningkatkan
pembangunan ekonomi. Keusahawanan merupakan satu proses mencipta sesuatu yang
baru dengan usaha dan masa serta melibatkan pelbagai risiko kewangan, fizikal dan
sosial. Ia dilakukan untuk mendapatkan ganjaran yang berbentuk kewangan, kepuasan
dan kebebasan.
Menurut Mohd. Salleh Din (2005), keusahawanan ialah ciri-ciri yang boleh
dibentuk dan diasah dalam diri individu dan ia boleh dipaparkan di dalam dan di luar
organisasi perniagaan atau bukan perniagaan. Suhaimi Mansor (1991) dalam buku Ab.
Aziz Yusof (1999), mentakrifkan keusahawanan sebagai satu aktiviti yang unik yang
dijalankan oleh seseorang sebagai kerjaya untuk mendapatkan untung dan memerlukan
gabungan perkara-perkara asas seperti keperibadian, keupayaan, modal dan
pengetahuan. Keusahawanan ialah sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang
membolehkan seseorang itu mampu dan cekap untuk mencari, mengenal, merebut
peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi serta usaha perniagaan bagi
mendapat keuntungan (Barjoyai Bardai, 2000). Yep Putih (1988) pula mentafsirkan
keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah
kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta
memberi sumbangan kepada orang lain.
Usahawan berniaga bukan pertama untuk keuntungan dan kekayaan tetapi
sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah. Keuntungan pula adalah musabab yang
terjadi dengan kehendak Allah. Kehidupan di dunia adalah titik sementara dalam
perjalanan ke akhirat, maka akhirat tidak sekali-kali boleh dikorbankan lantaran dunia.
Amanah yang diberi padanya adalah untuk memakmurkan bumi Allah SWT ini melalui
apa jua bidang yang dihalalkan yang diceburinya. Berlandaskan sama ubudiah dan
tauhid. Insan yang berniaga itu adalah tetap muslim yang berkeusahawanan.
Berlawanan dengan konsep Barat Economic Man, keusahawanan Islam adalah
menganjurkan konsep Islamic Man. (Adnan et al.,1992)
Apabila manusia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan maka, harapan
mereka supaya terselamat daripada kepapaan dan kemiskinan adalah sangat besar
(Abdullah Yassin, 1999). Hal ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Faridah
Mohd. Ariff (2002), yang menyatakan bahawa perniagaan mendatangkan pendapatan
yang lumayan. Selain itu, ia juga selari dengan kajian yang dilakukan oleh Rahinah
Saidin (1997) yang menyatakan bahawa manusia akan hidup senang dengan berniaga.
Jurang persaingan dan cabaran usahawan pada hari ini bukan merupakan satu
fenomena yang baru. Cabaran sentiasa mendatang dan berlaku pada setiap masa.
Bahkan di dalam al-Quran sejak dari awal Allah SWT telah memberikan peringatan
berkenaan persaingan dalam menguruskan bisnes boleh membawa kepada
pengambilan harta secara bathil:
2
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
ۡ ۡ ۡ ۡ
ٱۡل ِث َوأَنتُ ۡم
ۡ ِ ﴿وََل ََت ُكلُواْ أ َۡم َٰولَ ُكم ب ۡي نَ ُكم بِ ۡٱلب
ِ َٰط ِل َوتُ ۡدلُواْ ِِبَآ إِ ََل ٱۡلُ َّك ِام لِتَأ ُكلُواْ فَ ِريقا ِم ۡن أ َۡم ََٰوِل ٱلن
ِ َِّاس ب َ َ َ ٓ َ
﴾تَعلَ ُمو َنۡ
Maksudnya: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta
itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda
orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Quran. al-
Baqarah: 188)
Makan harta secara bathil dapat dielakkan jika para usahawan mengambil
langkah untuk menguruskan harta mereka secara profesional. Islam sangat
menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang menggalakkan dan
menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang
ۡ
ِ ﴿َيَيُّها ٱلَّ ِذين ءامنُواْ ََل ََت ُكلُواْ أ َۡم َٰولَ ُكم ب ۡي نَ ُكم بِ ۡٱلب
paling banyak. Di dalam ayat yang lain Allah SWT menegaskan:
ۡ
َٰط ِل إََِّلٓ أَن تَ ُكو َن ِ َٰتََرًة َعن تَ َراض ِمن ُك ۡم َوََل تَقتُلُٓواْ أَن ُف َس ُك ۡم
َ َ َ ٓ ََ َ َ ََٰٓ
﴾ٱّللَ َكا َن بِ ُك ۡم َرِحيما َّ إِ َّن
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dengan jalan perdagangan
yang berlaku atas dasar suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu
membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu” (Al-Quran. an-
Nisa: 29)
Pemahaman ini dapat dilihat dari penjelasan Abdul Muhaimin Mahmood (2017)
iaitu perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta atau
barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan
yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia.
Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu,
masyarakat dan negara. Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang
sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasulullah SAW. Bagi mereka yang
melaksanakan aktiviti peniagaan dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan
syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia
dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi
aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia mahupun akhirat.
Penglibatan Rasulullah SAW. dalam arena perniagaan adalah bukan secara
kebetulan atau terpaksa, jauh sekali kerana kepuasan nafsu dan kerana keinginan
kepada kuasa dunia yang sementara. Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab
seorang Rasul akhir zaman yang perlu memberikan contoh sewajarnya berkenaan
urusan perniagaan untuk dicontohi. Salah satu aktiviti keduniaan yang Nabi terlibat
adalah di dalam bidang perniagaan. Malah Rasulullah SAW merupakan seorang
peniaga yang baik sebelum Baginda menerima wahyu lagi. Nabi SAW bersabda:
}ُّه َد ِاء يَ ْوَم الْ ِقيَ َام ِة ِ
َ وق الْ ُم ْسل ُم َم َع الش
ُ الص ُد
َّ ني ِ ِ
ُ {التَّاج ُر ْاْلَم
Maksudnya: “Bahawa pedagang yang jujur, benar dalam kata-katanya, juga seorang
Muslim, di akhirat kelak akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang mati
syahid” (Riwayat Ibnu Majah, kitab al-Tijarat, no. hadis: 2130).
3
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
kegagalan perniagaan yang lebih besar dengan statistik masa lalu yang menunjukkan
bahawa separuh daripada semua usaha baru tidak akan menikmati kejayaan jangka
panjang.
Mereka menghadapi pelbagai jenis masalah dan cabaran perniagaan. Dalam
bahasa ringkasnya para pengusaha kecil tidak boleh menghalang cabaran di dalam
perniagaan. Sebaliknya para pengusaha kecil perlu menguruskan perniagaan masing-
masing dengan ilmu pengurusan secara profesional sebagaimana yang telah diguna
pakai oleh syarikat-syarikat besar dan terbukti mampu mengurangkan risiko kegagalan.
Ilmu yang dimaksudkan adalah semangat kepimpinan entrepenur. Ini kerana hanya
mereka yang mempunyai ilmu sahaja akan terus mengemudi revolusi ekonomi pada
zamannya. Ini jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh W. Zimmerer (2008), mereka
yang memiliki semangat kepemimpinan keusahawanan ini akan terus memimpin
revolusi ekonomi yang telah membuktikan kebolehannya untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat di mana-mana.
Literatur berkaitan dengan kajian jatuh bangun usahawan menjelaskan
sebahagian daripada faktor yang meyumbang kepada keberkesanan pengurusan
sesebuah organisasi ialah persekitaran dalamannya sebagai mana yang dinyatakan
oleh Suhaila Nadzri dan rakan-rakan (2014), terdapat dua faktor utama iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan PKS di
Malaysia. Faktor dalaman ini meliputi ciri-ciri keusahawanan dan orientasi
keusahawanan, serta pegangan atau ketaatan kepada agama. Manakala faktor-faktor
luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri,
perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta
bantuan dan sokongan kerajaan.
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan ini berunsur kualitatif dan akan dijalankan dengan menggunakan
pendekatan kajian kes. Lokasi penyelidikan ialah sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur
dan Selangor, Malaysia. Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini
berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan
(purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan
subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian.
Patton (2002) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal,
temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat
tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu
bual tidak berstruktur. Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah
kulitatif iaitu temu bual dengan pengusaha bisnesl untuk mendapatkan data serta
maklumat. Temu bual dilakukan secara separa berstruktur dengan menggunakan
protokol temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan
kajian seperti profil pengusaha dan permasalahan yang dihadapi dalam perniagaan.
Selain itu, penyelidik juga menggunakan kaedah obervasi dan analisa dokumen bagi
mendapatkan data dan maklumat kajian. Data mentah yang diperolehi akan diproses
dengan menggunakan perisian ATLAS.ti (Scientific Software Development for
Qualitative Research) bagi mendapatkan dapatan mengikut objektif penyelidikan yang
telah digariskan dan bakal dijadikan sebagai pengukuhan dalam dapatan hasil kajian.
SOROTAN KAJIAN
a) Pengurusan Perniagaan
Pengurusan merupakan faktor utama dalam membantu perkembangan perniagaan kecil.
Pengurusan yang baik merupakan kunci utama dalam usaha untuk melebarkan sayap
perniagaan dengan lebih luas. Menurut Muhd Rashid Rajuddin dan Fazlee Alias (2004),
pengurusan yang tidak sistematik merupakan salah satu masalah dalam operasi industri
kecil. Faktor utama dalam perkembangan perniagaan terutama bagi industri kecil ialah
mempunyai satu sistem pengurusan yang teratur dan sistematik. Pengurusan yang
bersistem akan dapat mengenal pasti keperluan-keperluan utama dalam sesebuah
4
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
perniagaan untuk terus maju dan berkembang. Menurrut kajian, 90% daripada kegagalan
dalam perniagaan ialah berpunca daripada sistem pengurusan yang lemah dan
kegagalan dalam mengkategorikn sistem (Dun dan Bradstreet Corporation, 1981).
Pengurus atau pengusaha yang mempunyai pemikiran yang sempit dan tidak jelas
akan memdorong kepada kegagalan, dan pengurus yang mempunyai cita-cita dan
impian yang jelas dilihat lebih stabil dan kukuh dalam memacu sesebuah perniagaan
(Duchesneau & Gartner, 1990). Dunia pengurusan perniagaan juga memerlukan orang
yang tepat bagi membangunkan sistem pengurusan yang tersusun. Implimentasi enam
roda pengurusan dilihat mampu membantu para pengusaha perniagaan untuk
menentukan hala tuju syarikat.
5
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
Kesyumulan Islam pada dasarnya merangkumi hal-hal ukhrawi dan duniawi malah
meliputi tatacara kehidupan yang baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah. Al-
Quran dan al-Sunnah merupakan sumber rujukan dan panduan yang terbaik dalam
membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih baik. Allah juga mengurniakan akal
fikiran kepada setiap manusia untuk digunakan untuk mengatur kehidupan yang
bertamadun di bumi Tuhan ini dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu.
6
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
(kepada sekelian makhlukNya dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang
tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya” (Al-Quran. az-Dzariyaat: 56-
58).
PERBINCANGAN
Berdasarkan sorotan kajian, penyelidik mendapati penerapan modul enam roda
pengurusan dalam pengurusan syarikat mampu memberi impak kepada para pengusaha
perniagaan terutama bagi pengusaha kecil. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Azfar
Hamdi (2017) modul 6 roda pengurusan lebih mudah difahami ia amat berguna bagi
menguruskan dan mengembangkan syarikat dengan menggunakan modul enam roda
pengurusan ini. Modul ini berkesan dalam membantu mengenalpasti bahagian-bahagian
penting dalam syarikat yang perlu dibangunkan dengan segera bagi mengukuhkan lagi
kedudukan syarikat. Enam pecahan utama dalam roda ini diwujudkan bagi memudahkan
sistem pengurusan sesebuah syarikat agar lebih spesifik dan lebih teratur. Segala gerak
kerja dan perjalanan aktiviti syarikat akan lebih mudah dipantau dari semasa ke semasa.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Buerah Tunggak, Hussin Salamon dan
Baharin (2011), mereka mendapati aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pengurusan keusahawanan merupakan kelemahan utama para usahawan terutamnya
pengusaha kecil khususnya di Malaysia. Kajian ini juga selari dengan penerapan sistem
keusahawanan dan agama islam berdasarkan sirah dan hadis. Sebagaimana dalam satu
hadis dari Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan:
ِ ِ ِ ِ ِ اغي ِِت ِِبَ َّكةَ وأَح َفظَه ِِف ِ ف كِتَاًب ِِبَ ْن ََي َفظَِِن ِِف ٍ َت أُميَّ َة بْن َخل
ُ صاغيَته ًِبلْ َمدينَة فَلَ َّما ذَ َك ْر
ت َ ُ ْ َ َ ص َ ْ ً َ َ ُ { َكاتَْب
}اهلِيَّ ِة فَ َكاتَْب تُهُ َعْب َد َع ْم ٍر
ِ اۡل ِ الر ْْحن َكاتِب ِِن ًِب ِْْس
َْ ك الَّذي َكا َن ِِف
َ ْ َ َ َّ ف ُ ال ََل أ َْع ِر
َ َالر ْْحَ َن ق
َّ
Maksudnya: “Saya mendapat perjanjian yang ditulis antara saya dan Umaiya bin Khalaf
bahawa Umaiya akan menjaga harta saya (atau keluarga) di Mekah dan saya akan
menjaga di Madinah. Apabila saya menyebut perkataan 'Ar-Rahman' dalam dokumen,
7
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
Umaiya berkata, "Saya tidak tahu 'Ar-Rahman.' Tuliskan kepada saya nama anda, (yang
anda namakan diri anda sendiri) dalam Tempoh Kehamilan Pra-lslam". Jadi saya menulis
nama saya 'Abdu' Amr ' (Sahih Bukhari, kitab al-wakalah, no. Hadis: 2137).
Hadis tersebut menjadi sandaran dan bukti bahawa pada zaman sahabat, segala
pelaksanaan dan sistem dokumentasi (admin) telah pun wujud. Wujud sistem perjanjian
bertulis di antara Umaiya bin Khalaf dan Abdur Rahman bin Auf. Modul enam roda
pengurusan turut menekankan segala rekod dokumentasi termasuk perjanjian haruslah
disimpan dan direkod secara bertulis dan mempunyai salinan. Diriwayatkan oleh Ibrahim
bin Sad dari bapanya dari datuknya:
اّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم بَْي ِِن
َّ صلَّى َِّ ول ِ ِ َّ ف َر ِض َي ٍ الر ْْح ِن بن عو
َ اّلل ُ آخى َر ُس َ اّللُ َعْنهُ لَ َّما قَد ْمنَا الْ َمدينَ َة ْ َ ُ ْ َ َّ ال َعْب ُد َ َ{ق
ِت
ََّ َي َزْو َجَّ ف َماِِل َوانْظُْر أ َ ص
ِ َ َالربِي ِع إِِّن أَ ْكثَر ْاْلَنْصا ِر م ًاَل فَأَقْ ِسم ل
ْ كن ُ َ َ ُ َّ ال َس ْع ُد بْ ُن َّ ني َس ْع ِد بْ ِن
َ الربِي ِع فَ َق َ ََْوب
ٍ ك هل ِمن س ِ
وق ُ ْ ْ َ َ اج َة ِِل ِِف ذَل َ الر ْْحَ ِن ََل َحَّ ال لَهُ َعْب ُد َ ال فَ َق ْ َّك َعْن َها فَِإذَا َحل
َ َت تَ َزَّو ْجتَ َها ق َ َت ل َ َه ِو
ُ ْيت نََزل
َ َالر ْْحَ ِن فَأَتَى ِِبَقِ ٍط َوْسَْ ٍن ق
}ال ُثَّ ََتبَ َع الْغُ ُد َّو َّ ال فَغَ َدا إِلَْي ِه َعْب ُد
َ َوق قَ ْي نُ َق ٍاع ق
ُ ال ُس َ َفِ ِيه ِتَ َارةٌ ق
Maksudnya: “Abdur Rahman bin Auf berkata, "Apabila kami datang ke Madinah sebagai
pendatang, Rasulullah telah menubuhkan ikatan persaudaraan antara saya dan Sad bin
Ar-Rabi '. Sad bin Ar-Rabi berkata,' Saya adalah orang terkaya di antara Ansar, jadi saya
akan memberikan setengah dari kekayaan saya dan kamu boleh melihat kedua-dua isteri
saya dan mana-mana dua yang kamu pilih saya akan menceraikannya, dan apabila dia
telah menyelesaikan tempoh yang ditetapkan (sebelum berkahwin), anda boleh
berkahwin dengannya. 'Abdur Rahman berkata, "Saya tidak memerlukan semua itu.
Adakah terdapat pasaran di mana perdagangan dilaksanakan?' Dia menjawab, "Pasar
Qainuqa." Abdur-Rahman pergi ke pasar pada hari berikutnya dan membawa beberapa
mentega kering (yogurt) dan mentega, dan kemudian dia terus pergi ke sana kerap”
(Sahih Bukhari, kitab al-buyu’, no. Hadis: 1907).
Hadith tersebut merujuk kepada sistem jualan dan pemasaran di mana Abdur
Rahman meninjau kawasan pasar yang menjadi tumpuan di Madinah pada ketika itu.
Abdur Rahman melakukan tinjauan dan validasi pasaran sebanyak beberapa kali
sebelum beliau mulakan perniagaan. Ini juga merupakan satu kaedah yang diterapkan
dan diajar di dalam modul enam roda pengurusan di bawah segmen marketing atau
pemasaran. Segala strategi pemasaran syarikat termasuk validasi pasaran dan sikap
pelanggan telah lama dilaksanakan sejak zaman selepas hijrah Rasullulah SAW.
Diriwayatkan daripada Hudhaifa:
ِ ال ُكْنت أًُبيِع النَّاس فَأ ََت َّوز عن الْم
وس ِر ِ ُ اّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ُق
َّ صلَّى ِ
ُ ْ َ ُ َ َ ُ َ ُ َ َيل لَهُ ق َ ات َر ُج ٌل فَق
َ ول َم َّ ِت الن
َ َِّب ُ { َْس ْع
}اّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم
َّ صلَّى ٍ ال أَبو مسع
ِ ِود َِْس ْعتُهُ ِم ْن الن ِ ِ ِ وأ
َ َِّب ُ ْ َ ُ َ َف َع ْن الْ ُم ْعس ِر فَغُفَر لَهُ ق ُ ُخف
َ َ
Maksudnya: “Saya mendengar Nabi SAW berkata, "Apabila seorang lelaki meninggal
dan ditanya, 'Apa yang anda gunakan untuk mengatakan (atau lakukan) (dalam masa
hidup anda)?' Dia menjawab, 'Saya seorang lelaki perniagaan dan digunakan untuk
memberi masa kepada orang kaya untuk membayar hutangnya dan (pernah digunakan)
untuk mengurangkan hutang orang miskin.' Maka dia telah diampunkan (dosa-dosanya).
"Abu Masud berkata," Saya mendengar yang sama (Hadis) daripada Nabi" (Sahih
Bukhari, kitab fi al-isti’radh wa ada’ al-duyun, no. Hadis 2216)
Sistem pengurusan hutang turut wujud dan telah lama diajarkan oleh junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Di bawah segmen finance atau kewangan mengikut Modul
Enam Roda Pengurusan turut menjelaskan standard operating procedure (SOP)
pengurusan hutang dimana kebanyakkan pemilik bisnes gagal untuk menguruskan
hutang dengan baik lantas mengakibatkan bankrapsi berlaku.
Pendedahan modul ini kepada umum secara asasnya mampu membantu
pengusaha perniagaan jika diaplikasi dengan baik. Lantaran daripada itu, penyelidik
8
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
yakin dan percaya bahawa Modul Enam Roda Pengurusan ini boleh digunapakai dan
ianya disusun selari dengan syariah Islam dan bertepatan dengan hadis Nabi
Muhammad SAW.
PENUTUP
Islam telah menganjurkan umatnya agar tidak meletakkan kehidupan duniawi semata-
mata. Segala perlakuan manusia semasa di dunia ini akan dihitung dan dipersoalkan
secara satu-persatu di akhirat kelak walau sebesar zarah sekalipun. Bagaimanapun,
Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meninggalkan terus kehidupan dunia bagi
mengejar kehidupan akhirat. Allah SWT menyukai manusia yang seimbang dari segi
rohani dan jasmani. Oleh itu, Allah telah mengurniakan sebahagian nikmat untuk
kehidupan manusia di dunia ini. Umpamanya, rezeki yang halal ialah anugerah Allah
kepada manusia yang berusaha dengan keringat mereka sendiri sebagaimana firman
Kajian ini diharapkan dapat membantu para usahawan kecil terutama di Malaysia
bagi memperkemas dan memperkukuh sistem pengurusan syarikat agar lebih sistematik
dan tersusun. Pengurusan yang baik mampu melonjak dan menaikkan nama syarikat ke
peringkat yang lebih tinggi selain dapat menjana pendapatan syarikat. Penyelidik yakin
bahawa modul ini boleh digunapakai dan amat praktikal untuk dilaksanakan sama ada
di Malaysia mahupun di luar negara. Kajian lanjut mengenai Enam Roda Pengurusan ini
akan dilakukan secara terperinci bagi memberi penjelasan lanjut tentang
pelaksanaannya dalam syarikat.
RUJUKAN
Ab Aziz Yusof, 1999. Asas-Asas Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof, 2004. Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice
Hall.
Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ibrahim, Kitab al-Kharaj, Cairo: Al-Matba’ah Salafiyyah.
Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim, 2002. Keusahawanan Islam. Selangor:
Prentice Hall.
Barjoyai Bardai, 2000. Keusahawanan Dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Buerah Tunggak. 2007. Budaya Niaga Usahawan Bumiputera dan
ImplikasinyaTerhadap Pendidikan dan Pembangunan Keusahawanan Muslim,
Kajian PenyelidikanPeringkat Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Haron Din. 2007. Agama, Bisnes dan Pengurusan. Malaysia
Duchesneau, D. A., & Gartner, W. B. 1990. A profile of new venture success and failure
in anemerging industry. Journal of Business Venturing, 5(5), 297–312
Dun & Bradstreet Corporation. 1994. Business Failure Record, 1992 Final, 1993
Preliminary.New York: Author.
9
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 8. No. 4 (2017)
eISSN: 2289-9944
Faridah Mohd. Ariff, 2002. Kajian kecenderungan mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan
Teknologi (SHT) terhadap bidang keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia:
Projek Sarjana Muda.
Forbes, D.P., Borchert, P.S., Zellmer-Bruhn, M.E., & Sapienza, H.J. (2006).
Entrepreneurial team formation: An exploration of new member addition.
Entrepreneurship Theory and Practice, 30, 225–248
http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/ramai-usahawan-iks-takut-timba-ilmu
(Diakses pada 22 Oktober 2017)
https://www.sahih-bukhari.com/Pages/Bukhari
(Diakses pada 22 Oktober 2017)
Mansur, N. H. 2008. Keusahawanan menurut perspektif Al-Quran (Doctoral dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia).
Merriam, S. B. 1998. Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Jossey-Bass.
Mohd. Salleh Din et al., 2005. Asas Keusahawanan. Singapore: Thomson Asia Pte Ltd.
Muhd Rashid Bin Rajuddin & Fazlee Bin Alias. 2004. “Tahap Pengurusan Perniagaan
Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota
Bharu”, Kajian Ilmiah. Malaysia: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia
Patton, M. W. 2002. Qualitative evaluation and research methods (3rd ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage.
Rahinah Saidin, 1997. “Sikap pelajar-pelajar STP di UTM terhadap bidang
keusahawanan”. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia
Rahmah Ismail et al. , 2006. Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu dalam Sektor
Pembuatan dan Perkhidmatan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosa, P. (1998). Entrepreneurial processes of business cluster formation and growth by
“habitual” entrepre-neurs. Entrepreneurship Theory and Practice, 22, 43–62.
Suhaimi Mansor, 1991. Jalan Pintas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Watan Sdn. Bhd.
Syed Zamberi Ahmad, Nazatul Shima Abdul Rani, (2010). Business challenges and
strategies for development of Small- and Medium-sized Enterprises (SMEs) in
Malaysia.
Tunggak, B., & Salamon, H. 2014. Perubahan Sikap Keusahawanan Usahawan Melayu
di Malaysia. e-Bangi, 9(1), 19.
VL Lewis, NC Churchill. 1983.The five stages of small business growth.
Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad, 2005. Interaksi Harta Dalam Al-Quran. Johor:
UTM Press.
Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamed Hasun. 2005. Menjadi Usahawan. Pahang:
PTS Publications & Disributors Sdn. Bhd.
Zaharuddin Abd Rahman, 2008. Wang, Anda dan Islam. Kuala Lumpur: Truewealth
Publishing.
Zakariya, 2001. Fadhilat Tijarah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Penafian
Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Al-Qanatir: International Journal
of Islamic Studies tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang
disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.
10
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/alqanatir