`
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG
KUANTAN, PAHANG
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2020
NAMA PELAJAR : TING. :
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
1 JAM 15 MINIT
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: bahagian A dan bahagian B
2. Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B.
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA
BAHAGIAN MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEH
A 30
B (1) 8
B (2) 6
B (3) 6
Markah keseluruhan
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
……………………… …………………… …………………………
( Nur Asma Binti Khalid ) (Hayati Zakaria ) ( Mohd Salleh B Ramli)
____________________________________________________________________________
Kertas ini mempunyai 3 halaman bercetak termasuk muka hadapan
SULIT 2 1103
Bahagian A
[ 30 markah ]
[ masa dicadangkan 45 minit]
Peta di bawah ini menunjukkan arah kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Huraikan
pendapat anda tentang sebab-sebab kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
1103©MTNP 2020 SULIT
SULIT 3 1103
Bahagian B
[ 20 markah]
[masa dicadangkan : 30 minit]
1. Berikan maksud peribahasa yang berikut.
a) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
b) Tak lapuk dek hujan, tak lekang di panas.
c) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
d) Laksana burung diam dalam sangkar.
(8 Markah)
2. Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Keuntungan yang menjanjikan melalui sekim cepat kaya merupakan
pembohong pihak penganjur. Mereka yang menyertai pelaburan haram ini
sememangnya mengharapkan keuntungan besar dalam sekelib mata. Akhirnya, mereka
sesalan kerana wang ringit yang disimpan sejak bertahun-tahun hilang begitu sahaja.
(6 markah)
3. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
a) Ibu dan kakak menyidai kain di ampaian pada waktu pagi.
b) Sekumpulan seladang sedang meragut rumput di kaki bukit.
c) Lim dan Robert membuat latihan badminton pada setiap petang sebagai persediaan
menghadapi pertandingan.
d) Manisa mengutip daun-daun kering yang berguguran di bawah pokok itu.
e) Kami menebas lalang yang tumbuh di belakang rumah dengan sabit.
f) Pekerja-pekerja itu telah menyiapkan kerja pembinaan dengan baik walaupun
berada di bawah terik matahari.
(6 markah)
************************** KERTAS SOALAN TAMAT ***************************
1103©MTNP 2020 SULIT
SULIT 4 1103
1103©MTNP 2020 SULIT