SOP Chemical Handling
SOP Chemical Handling
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 7
4. MENYEMBUR RACUN
4. Sebelum Kerja
4.1.1 Baca Helaian Data Keselamatan (SDS) bahan kimia untuk memahami kelas racun dan
kemudaratan jika terdedah, pengendalian yang selamat dan rawatan kecemasan jika berlaku
pendedahan.
4.1.2 Pastikan semua peralatan membancuh seperti baldi, bekas penyukat, racun, kayu pengacau dan
lain-lain disediakan.
4.1.3 Sediakan racun yang mencukupi untuk penggunaan pada setiap satu sesi penyemburan sahaja –
jangan bancuh terlalu banyak supaya tiada sisa berlebihan yang terpaksa dibuang.
4.1.4 Pastikan pekerja menggunakan PPE yang disyorkan dalam Helaian Data Keselamatan (SDS) dan
label racun berkenaan.
4.1.5 Pastikan peralatan menyembur berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran.
4.1.6 Perhatikan kehadiran sarang penyengat dan binatang berbisa. Sekiranya terdapat di kawasan
berdekatan, ia haruslah disingkirkan terlebih dahulu.
4.1.7 Sediakan tempat penyimpanan air bersih di tempat kerja meracun dan bawa sabun sendiri.
4.2.3 Pakai bekas penyukat khas untuk keselamatan dan sukatan racun yang tepat - kepekatan yang
tinggi hanya menambahkan bahaya, bukanya menambahkan keberkesanan.
4.2.4 Masukkan air dahulu, lepas itu racun, siram penyukat racun hingga bersih, tambah air
secukupnya dan kacau dengan kayu penggaul.
4.2.5 Elakkan menuang racun pekat ke dalam tangki di atas paras bahu.
4.2.6 Cuci semua tumpahan di permukaan tangki, periksa sekali lagi mana-mana kebocoran sebelum
memikul tangki di belakang.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 8
4.3.1 Beri perhatian pada permukaan bumi yang mungkin berlubang, lereng curam, tunggul tajam dan
binatang berbisa, penyengat, dan lain lain di dalam semak.
4.3.2 Menyembur di paras yang terbawah dengan aliran yang minima dan pada waktu pagi ketika
angin masih tidak kuat.
4.3.3 Sembur ikut arah angin dan berhenti menyembur ketika angin kuat.
4.3.4 Sentiasa mentukur (calibrate) muncung penyembur untuk mendapat bentuk semburan yang
sesuai.
4.3.5 Beritahu terlebih dahulu kepada mereka yang hendak memasuki kawasan semburan supaya
mengelak daripada berada kawasan tersebut sepanjang kerja penyemburan.
4.3.6 Pasangkan tanda amaran pada kawasan laluan seperti “KERJA PENYEMBURAN RACUN
SEDANG DILAKUKAN, ELAKKAN BERADA DALAM KAWASAN INI”.
4.4.1 Pasangkan tanda amaran seperti “KAWASAN INI TELAH DISEMBUR RACUN, DILARANG
MEMETIK PUCUK SAYUR ATAU MENGUMPUL CENDAWAN”.
4.4.2 Elakkan memasuki kawasan yang telah disembur racun sekurang-kurangnya selepas 7 hari.
4.4.4 Sebelum makan, minum, merokok atau pergi tandas, basuh tangan anda dengan air bersih dan
sabun terlebih dahulu.
4.4.5 Bersihkan diri sebelum balik kerja dan mandilah dengan segera setelah sampai di rumah.
4.5 Keselamatan Am
4.5.1 Elakkan makan, minum atau merokok semasa membancuh dan menyembur racun.
4.5.2 Jangan bekerja seorang diri sekiranya menggunakan racun yang sangat toksik.
4.5.3 Jangan sedut atau meniup muncung menggunakan mulut untuk membersihkannya. Bersihkan
muncung tersumbat dengan menggunakan berus bulu keras atau udara termampat.
4.5.4 Untuk mengelakkan muncung tersumbat, gunakan turas dan air yang bersih.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 9
4.6.1 Pastikan semua kejadian kemalangan dan pendedahan bahan kimia dilaporkan kepada penyelia.
4.6.2 Memeriksa label, SDS atau panduan pengendalian racun tersebut untuk mengenalpasti antidot,
kelengkapan dan kemudahan kecemasan yang betul.
4.6.3 Hentikan kerja serta merta dan dapatkan rawatan dengan segera jika terdapat tanda-tanda
kekejangan otot, penglihatan kabur, air liur berlebihan atau kesukaran bernafas.
4.6.4 Apabila terkena kulit: Basuh dengan sabun dan air, kemudian bilas, tanggalkan pakaian yang
telah tercemar dan dapatkan nasihat perubatan.
4.6.5 Apabila terkena mata: Buka mata, tadah di bawah pili air yang mengalir berterusan selama 15
minit dan dapatkan nasihat perubatan.
4.6.7 Apabila tertelan: Kenalpasti nama dan kelas racun tersebut dahulu sebelum berjumpa Pembantu
Perubatan Ladang atau pergi ke hospital berdekatan.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 23
10.1.1 Sebelum masuk bilik stor racun, pasang kipas pengudaraan (exhaust fan) terlebih dahulu (5-10
minit) untuk mengeluarkan atau menipiskan udara yang mungkin beracun.
10.1.2 Kenal pasti bahan kimia yang hendak digunakan dengan merujuk kepada Helaian Data
Keselamatan (SDS) kimia dahulu – jangan sekali-kali menggunakan bahan kimia yang tidak
diketahui.
10.1.3 Sentiasa peka dan patuh kepada amaran dan notis keselamatan yang ditampal di sekitar stor.
10.1.4 Pastikan bilik “emergency shower” dan “eye wash station” tidak dikunci.
10.1.5 Gunakan PPE yang sesuai untuk mengendalikan bahan kimia – rujuk SDS untuk kimia tertentu.
10.2.1 Simpan bahan kimia dalam stor yang berasingan, cukup pencahayaan, berkunci dan mempunyai
lantai dan rak yang kalis serapan air. Letakkan tanda amaran di luar bangunan seperti
”TOKSIK” dan ”MERENGSAKAN”.
10.2.2 Gunakan tempat penyimpanan yang telah ditetapkan mengikut kategori dan kelas racun.
10.2.5 Punggah bahan kimia dengan teliti supaya bekasnya tidak pecah atau peket tidak koyak.
10.2.6 Elakkan dari menyentuh bahan kimia (termasuk petro-kimia) yang bocor.
10.2.7 Elakkan dari menghidu wasap kimia – bau racun adalah amaran kewujudan wasap.
10.2.8 Fahami sifat bahan kimia tersebut dan rujuk kepada SDS.
10.2.9 Letakkan racun di raung berasingan dari makanan haiwan, baja, benih dan lain-lain bahan kimia.
10.3.1 Basuh tangan dan bahagian badan yang mungkin terdedah dengan sabun dan air yang banyak
setelah mengendalikan bahan kimia.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 24
10.3.2 Bilik stor dan pintu utama stor hendaklah dikunci selepas semua pekerja keluar atau balik.
10.4.1 Bahan kimia yang terkena badan atau mata hendaklah dibasuh dengan air yang banyak di
“emergency shower” dan “eye wash station” dengan serta-merta. Jangan menggosok mata yang
terkena bahan kimia.
10.4.3 Basuh bahagian kulit yang terkena bahan kimia dengan air yang mengalir selama 15 minit.
10.4.4 Jika terkena mata, basuh dengan air yang mengalir selama 10-15 minit.
10.4.5 Seterusnya, jumpa pembantu perubatan ladang atau pergi ke pusat perubatan yang terdekat untuk
rawatan sterusnya.
h) kawalan pendedahan dan perlindungan diri (termasuk kaedah yang boleh digunakan bagi
mengawasi pendedahan di tempat kerja);
k) maklumat toksikologi (termasuk laluan mungkin untuk masuk ke dalam badan dan
kemungkinan adanya sinergisme dengan bahan kimia atau bahaya lain yang dihadapi
semasa bekerja);
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 25
l) maklumat ekologi;
m) maklumat pelupusan;
n) maklumat pengangkutan;
p) lain-lain maklumat.
10.6 Keselamatan Am
10.6.1 Pastikan semua bahan kimia disertakan dengan SDS apabila diterima. Simpan semua SDS
dalam sebuah fail lut sinar (transparent folder) dan digantung di dalam stor kimia untuk rujukan
pada bila-bila masa.
10.6.2 Jangan makan, minum atau merokok semasa berada di dalam stor kimia atau semasa
mengendalikan bahan kimia.
10.6.3 Asingkan bahan-bahan kimia yang mungkin boleh bertindak balas apabila diletakkan bersama.
10.6.4 Pastikan“emergency shower” dan “eye wash station” dipasang berdekatan dengan stor kimia.
10.6.5 Pastikan semua kemalangan dan keadaan merbahaya dilaporkan kepada penyelia.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 36
f. Tangan berpeluh, sakit kepala dan goggle yang kabur boleh menyebabkan kemalangan.
g. Penat (fatique) atau pening (disillusion) boleh menyebabkan hilang tumpuan dan
menyebabkan kemalangan.
h. Strok haba, kekejangan otot kerana kehilangan banyak air dari badan (dehydrated) dan lain-
lain.
15.1.1 Gunakan PPE seperti but keselamatan, seluar dan baju panjang yang tahan api, cermin mata
gelap keselamatan (tinted goggle), sarung tangan kulit dan sebagainya.
15.1.2 Sediakan alat pemadam api berdekatan dengan kerja yang dilakukan. Kawasan kerja mesti bebas
dari gas bocor atau minyak sebelum kerja dapat dimulakan.
15.1.4 Lantai tempat kerja hendaklah dibasahkan dahulu untuk mengekalkan kelembapan tempat kerja.
15.1.5 Dinding perisai (screen) hendaklah dipasang untuk menghalang percikan bara api ke kawasan
bersebelahan.
15.1.6 Periksa peralatan seperti hos, penyambung hos, injap, flashback arrestor dan lain-lain peralatan
yang rosak diasingkan dan dilaporkan kepada penyelia
15.1.7 Untuk ruang terkurung, sediakan kipas peniup dan penyedut udara yang disertakan hos mudah
lentur.
15.1.8 Pastikan pekerja bengkel telah mendapat latihan/ arahan secukupnya tentang cara penggunaan
peralatan oxy-acetylene.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 37
15.2.1 Sentiasa memakai PPE seperti goggle gelap, pakaian (coverall) kalis api, but keselamatan
dan sarung tangan kulit untuk melindungi diri dari percikan api dan logam panas.
15.2.2 "Flashback Arrestor" harus dipasang pada tangki oxy-acetylene untuk mencegah bahaya
kebakaran "flashback".
15.2.3 Gunakan kod warna untuk mengenal pasti isi kandungan silinder.
15.2.5 Buka pengatur gas acetylene pada setengah putaran selama 2 saat dan tutup kembali.
15.2.6 Buka pengatur gas oksigen pada setengah putaran selama 2 saat dan tutup kembali.
15.2.7 Untuk menyalakan “torch”, buka sedikit pengatur gas acetylene dahulu dan nyalakan dengan
pemetik api pistol. Buka pengatur gas hingga tiada asap yang tekeluar.
15.2.8 Buka pengatur gas oksigen untuk menyemarakan lagi api ke tahap yang diperlukan.
15.2.9 Halakan muncung torch kepada kepingan besi yang hendak dipotong di mana yang telah
ditandakan tadi. Jangan halakan muncung torch ke arah badan atau peralatan yang lain.
15.2.10 Untuk potongan terakhir, potong perlahan supaya besi tidak terputus dengan tiba-tiba dan
melantun atau menghempap kaki – jika perlu gunakan penahan.
15.2.12 Setelah selesai, tutup pengatur gas acetylene dan kemudiannya gas oksigen.
15.3.2 Simpan silinder gas di atas troli/rak yang berasingan secara menegak di tempat yang dingin dan
terselindung dari sinar matahari atau haba yang berlebihan.
15.3.3 Seandainya silinder sudah habis digunakan, tutup pengatup silinder dan tandakan kosong (MT)
dengan kapur kemudian letak di tempat berasingan.
Perhatian!! Tempat kerja haruslah diperiksa semula oleh pengawal keselamatan selang sejam selepas
ditinggalkan untuk memastikan tiada peninggalan kesan percikan api/ logam panas yang boleh
menyebabkan kebakaran. Awas! Kebakaran sering berlaku selepas tempat kerja ditinggalkan!!!
15.6 Keselamatan Am
15.6.1 Peralatan diperiksa oleh ketua mekanik atau jurutera secara berkala dan disahkan selamat
digunakan.
15.6.3 Jangan merokok walaupun kawasan kerja ada api terbuka kerana merokok semasa bekerja akan
menyebabkan hilang tumpuan kerja dan tidak mematuhi etika semasa bekerja.
15.6.4 Berhati-hati dengan silinder gas termampat kerana berpotensi untuk meletup.
15.6.6 Jangan tarik atau gulingkan tong gas - sentiasa gunakan troli atau pengangkut khas.
15.6.7 Pastikan tong oksigen dan asetilin diletakkan pada troli dan troli tersebut berada pada
kecondongan 45º dan dirantai.
15.6.8 Laporkan semua kejadian kemalangan dan keadaan merbahaya kepada penyelia.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 39
16.1.1 Sebelum turun kerja, FC harus memeriksa para pekerjanya supaya memakai PPE yang sesuai
seperti but getah, sarung tangan, penutup hidung & mulut (jika perlu), seluar panjang, baju
berlengan panjang dan dan topi.
16.1.2 Gunakan penutup hidung & mulut (dust mask) sekiranya menabur baja jenis rock phosphate dan
limestone kerana baja-baja jenis ini menghasilkan debu halus apabila ditabur.
16.1.3 Baca label dan fahami tahap kerengsaan baja yang digunakan. Sekiranya baja yang akan
digunakan berupaya merengsakan kulit pekerja, sarung tangan getah harus digunakan.
16.1.4 Periksa bekas baja (biasanya diperbuat daripada bekas plastik yang dipotong penutupnya dan
dipasang tali galas). Pastikan ianya tidak bocor atau mempunyai kesan retakan.
16.1.5 Perhatikan kehadiran sarang penyengat dan binatang berbisa. Sekiranya terdapat di kawasan
berdekatan, singkirkan ia terlebih dahulu untuk mengelakkan serangan semasa bekerja.
16.2.1 Beri perhatian pada permukaan bumi yang mungkin berlubang, lereng curam, tunggul tajam,
binatang berbisa, penyengat dan lain-lain di dalam tanah dan semak.
16.2.2 Laraskan tali galas bekas baja supaya selesa dibawa di bahu atau di pinggang. Ergonomik yang
betul penting supaya tidak mencederakan anggota badan terutamanya pinggang. Talinya
hendaklah lebar dan berlapik supaya tidak menyakitkan pinggang atau bahu.
16.2.3 Isi baja ke dalam bekas baja kepada berat yang tidak melebihi 15kg supaya tidak terlebih
bebanan.
16.2.4 Tabur baja dengan menggunakan scoop kecil dengan cara “broadcast method” untuk
memastikan semua baja memberi manfaat kepada semua bahagian akar pokok.
16.3.1 Kumpul dan simpan semua perkakas membaja termasuk guni baja, bekas menyimpan baja
dan sebagainya bagi memastikan tempat kerja sentiasa kemas dan tidak bersepah.
16.3.2 Bersihkan diri sebelum balik kerja supaya kesan baja tidak mencemari pakaian, perabot dan
makanan setibanya di rumah.
16.3.3 Mandi dengan segera setelah sampai di rumah dan pakai pakaian yang bersih.
16.3.4 Pastikan semua kemalangan dan keadaan merbahaya dilaporkan kepada penyelia.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 53
Kumpulan Sasaran: Semua Pemandu, Atendan Pam & Penjaga Stor (Drivers, Pump Attendant &
Store Keeper)
23.1.1 Gunakan PPE yang sesuai seperti kasut keselamatan dan pakaian yang sesuai – penggunaan
selipar amatlah ditegah sama sekali ketika berada di kiosk diesel.
23.1.2 Bawa kunci pam dan lampu picit jika bekerja waktu malam.
23.1.3 Pastikan alat pemadam api yang sesuai (jenis foam atau serbuk kering) ada berhampiran.
23.1.4 Pastikan pelanggan tidak merokok apabila hendak memasuki atau berada di rumah pam.
23.2.2 Periksa meter minyak kenderaan dahulu untuk memastikan setakat mana kadar isi tangki
minyaknya.
23.2.4 Buka penutup tangki minyak kenderaan dan masukkan “nozzle” pam ke dalamnya dan picit
picunya.
23.2.5 Untuk tangki yang kosong, buat anggaran berapakah isinya dan perhatikan berapa liter yang
sedang dipamkan dengan melihat bacaan meter pam dan meneliti sekali sekala ke dalam tangki
kenderaan supaya tidak meluap.
23.2.6 Pam perlahan-lahan untuk tangki yang setengah penuh sambil memerhatikan meter pam dan
tangki kenderaan supaya tidak meluap.
23.2.7 Setelah tangki minyak penuh, lepaskan picu dan goncang sedikit “nozzle” supaya lebihan
minyak dalam nozzle mengalir keluar habis, kemudian keluarkan muncung “nozzle” dan
pasangkan penutup tangki.
23.2.8 Lap lelehan minyak yang mungkin terleleh dengan kain pengelap.
23.2.10 Minta tandatangan pemandu sebagai tanda telah menerima bekalan diesel.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 54
Amaran: Jangan mengisi minyak semasa enjin kenderaan masih hidup - wap diesel boleh
menyebabkan kebakaran. Merokok adalah dilarang sekeras-kerasnya semasa mengisi minyak atau berada
di sekitar “diesel kiosk”
23.3.1 Periksa keadaan kelengkapan pam dan tangki penyimpanan diesel supaya tiada kebocoran dan
berada dalam keadaan selamat.
23.4 Keselamatan Am
23.4.1 Tampalkan papan tanda “MUDAH TERBAKAR” dan “DILARANG MEROKOK” pada pintu
rumah pam.
23.4.2 Jika ada kebocoran kecil di tangki atau saluran paip, tadahkan dengan baldi untuk langkah
sementara dan laporkan kepada penyelia supaya kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan dengan
segera.
23.4.3 Kawasan penyimpanan diesel harus sentiasa kemas, bersih dan kering. Sekitarnya pula bebas
dari tumpahan minyak dan bahan lain yang mudah terbakar.
23.4.4 Potong rumput di sekitar pagar secara berkala (sebulan sekali) untuk mengurangkan risiko
kebakaran belukar merebak.
23.4.5 Nasihatkan kanak-kanak, ahli keluarga dan pelawat supaya menjauhkan diri dari kawasan
tangki penyimpanan diesel.
23.4.6 Pastikan semua kemalangan dan keadaan merbahaya dilaporkan kepada penyelia.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 60
a. Alat perlindungan diri (PPE) yang sesuai seperti but getah, topeng muka, cermin mata,
sarung tangan getah dan apron digunakan semasa mengendalikan racun.
b. Kenal pasti lokasi kit pertolongan cemas atau ”First-aid kit” dan kakitangan pertolongan
cemas yang terlatih.
c. Alat pemadam kebakaran, mandian kecemasan dan cucian mata hendaklah tersedia di stor.
d. Kit tumpahan yang mencukupi di stor.
e. Pasukan kecemasan untuk membawa mangsa ke pusat perubatan, jika perlu.
27.2.1 Mesti beranggapan bahawa setiap racun yang akan dipindahkan adalah toksik dan perlulah
dikendali dengan cermat dan perlahan-perlahan.
27.2.2 Sediakan bekas kecil 2 liter isipadu yang mempunyai gagang.
27.2.4 Memakai PPE seperti but getah, cermin mata keselamatan, topeng muka, sarung tangan getah
dan apron.
27.2.5 Sediakan SDS bahan kimia berkenaan sebagai rujukan untuk menghadapi kemungkinan
tumpahan/ keracunan.
27. 2.7 Sediakan air bersih, sabun dan tuala untuk cucian kecemasan jika anda terdedah dengan racun.
27.2 .8 Pastikan orang yang tidak berkenaan tidak berada di kawasan di mana aktiviti tersebut dilakukan.
27.2.9 Sediakan “drip pan” untuk menakung racun yang meleleh daripada hos pam.
27.3.1 Pastikan permukaan tempat aktiviti pemindahan racun adalah rata supaya bekas racun tidak
bergolek.
27.3.2 Pastikan bekas berhampiran dengan bekas racun yang hendak dipindahkan.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 61
27.3.3 Masukkan pam perlahan-perlahan ke dalam bekas besar dan corong ke dalam bekas yang
hendak dipindahkan untuk mengelakkan percikan.
27.3.5 Sebaik saja selesai mengisi bekas kecil tutup dengan erat serta merta.
27.3.6 Tampalkan label tengkorak dengan tulang bersilang untuk menandakan ia racun toksik.
27.3.8 Sekiranya tumpahan berlaku, tekat atau sekat saliran menggunakkan ”spill kit” yang tersedia
dan apabila habis menyerap tumpahan, buanglah tuala penyerap ke dalam tong yang disediakan
27.4.1. Selesai saja kerja-kerja pemindahan dilakukan, tutup bekas besar dan simpan balik ke dalam stor.
27.4.2. Simpan pam yang sudah di rendam dalam racun dalam takungan bekas racun.
27.4.3. Buat laporan jika terdapat pendedahan kepada racun berlaku semasa operasi
27.5 Keselamatan Am
27.5.1 Elakkan makan, minum atau merokok semasa menuang, membancuh dan menyembur racun.
27.5.2 Jangan bekerja seorang diri sekiranya menggunakan racun yang sangat toksik.
27.5.3 Jangan lakukan perlakuan yang dapat membahayakan diri sendiri dan rakan kerja yang lain.
27.5.4 Jangan rosakan PPE yang dibekalkan atau mana-mana alat keselamatan dan papan tanda
keselamatan yang dipasang – pekerja boleh disaman dibawah AKKP 1994.
RIMBUNAN SAWIT BHD
Safe Operating
PROSEDUR OPERASI SELAMAT (Company No: 691393-U)
Procedures (SOP)
PERLADANGAN
Plantation
Safety & Health Department
Doc No: First Revision 2011 Revised Edition 2019 Rev. No: 4 Page 62
Kumpulan sasaran: Penjaga stor racun dan minyak, penyembur racun, ERT
28.1.1. Jika terdapat tumpahan racun/ minyak samada yang kecil atau berleluasa, kosongkan kawasan,
beritahu pengurus ladang dan warden ERT dan pasang penghadang (barricade) di kawasan yang
terlibat atau berhampiran. Tutup semua haluan kawasan tumpahan.
28.1.2. Sediakan ”spillage kit” yang mengandungi bahan penyerap seperti pasir, PPE, sekop, bag
plastik untuk mengawal tumpahan.
28.1.3 Rujuk SDS untuk saranan penggunaan PPE. Gunakan PPE yang disarankan.
28.1.4. Rujuk SDS untuk arahan cara-cara pembersihan tumpahan racun /minyak sebelum bertindak.
28.2.1 Pastikan menggunakan PPE. Kawal tumpahan racun/ minyak dengan menutup semua punca
tumpahan dan saluran keluar racun/ minyak seperti parit, longkang, lubang, sungai dan lain-lain
punca saliran air.
28.2.2 Bertindak dengan pantas. ”Contain” tumpahan racun/ minyak. Elakkan tumpahan daripada
merebak luas. Sekop untuk menhambur dan mengeruk bahan penyerapan seperti pasir atau
habuk papan, keliling tumpahan dengan pasir untuk menghentikan racun/ minyak mengalir
selepas itu selubungi dengan pasir lagi dan gaulkan pasir untuk menyerap tumpahan tersebut.
28.2.3 Setelah semua tumpahan diserap, sekop semua pasir dengan serapan racun/ minyak ke dalam
beg plastik tahan lasak untuk pembuangan sisa-sisa bahan buangan terjadual dan letakkan
pelekat yang menandakan ianya bahan-bahan buangan terjadual.
28.2.3 Dan simpan di dalam stor bahan-bahan buangan terjadual untuk pelupusan.
28.3.2 Gunakan sabun dan air untuk mencuci tangan, muka, leher dan lengan. Kemudian mandi.
28.3.3 Laporkan kepada penyelia jika ada pendedahan langsung kepada racun semasa operasi
pembersihan.