Khalifah Umar Abdul Aziz, yang memerintah dari 717 hingga 720 M, dikenali kerana dasar pemerintahan yang berlandaskan al-Quran dan Hadis serta penghapusam kezaliman dalam pemerintahan Bani Umayyah. Beliau memulihkan institusi baitulmal, meningkatkan kebajikan rakyat, dan menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan, menjadikan zamannya sebagai zaman kemuncak perkembangan intelektual. Selepas kewafatannya, keadaan politik kembali tidak stabil dengan munculnya gerakan anti-Bani Umayyah.