SlideShare a Scribd company logo
Program Latihan Untuk Guru 2015
1 1.0 Memahami Pengatur caraan
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK 1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.
2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam
kehidupan seharian.
3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
tugasan.
4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan.
5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan
sesuatu tugasan.
6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan.
7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital
sedia ada.
B. Kandungan Pengajaran
1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.
1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan
dalam atur cara komputer.
1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian.
1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk
melakukan tugasan.
1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi
sesuatu peralatan digital.
Program Latihan Untuk Guru 2015
2 1.0 Memahami Pengatur caraan
1.1 MENYENARAIKAN KEGUNAAN ATUR CARA KOMPUTER DALAM
PERKAKASAN HARIAN
Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang
memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan
sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara
dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Antara contoh bahasa
pengaturcaraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam
Jadual 1.1.1.
Ikon Nama Bahasa Pengaturcaraan
JAVA Script
MS Visual Basic
HTML (Hypertext Markup Language)
Action Script
Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengaturcaraan
Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh
memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill
Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara
termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom.
Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang
dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-Think.
Program Latihan Untuk Guru 2015
3 1.0 Memahami Pengatur caraan
1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN
DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER
Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer
melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan
bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai
pengaturcaraan komputer.
Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian
menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang
mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti
supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set
arahan dalam atur cara komputer.
a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam
atur cara komputer.
Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk
mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang
ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah.
Contoh 1:
Menaiki bas yang menuju ke hospital
Membayar tambang
Tiba di hospital
Turun dari bas
Berjalan menuju ke lif hospital
Menekan butang naik ke atas
Tunggu pintu lif terbuka
Masuk ke dalam lif
Menekan butang ke tingkat lima
Menekan butang tutup pintu lif
Tunggu pintu lif tertutup
Sampai di tingkat lima
Tunggu pintu lif terbuka
Keluar dari lif
Atur cara komputer lif
Atur cara komputer lif
Program Latihan Untuk Guru 2015
4 1.0 Memahami Pengatur caraan
Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai
matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan
set arahan dalam atur cara komputer.
Langkah-langkah aktiviti harian Set arahan atur cara komputer
Berjalan menuju ke lif hospital
Menekan butang naik ke atas
Tunggu pintu lif terbuka
Masuk ke dalam lif
Menekan butang ke tingkat lima
Menekan butang tutup pintu lif
Tunggu pintu lif tertutup
Sampai di tingkat lima
Tunggu pintu lif terbuka
Keluar dari lif
Menerima input daripada pengguna
(cth: untuk naik ke atas)
Pintu lif terbuka seketika
Pintu lif tertutup
Menerima input daripada pengguna
(cth: tingkat 5)
Lif sampai di tingkat lima
Pintu lif terbuka seketika
Pintu lif tertutup
Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara
1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI
HARIAN
Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu
langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set
arahan dalam atur cara komputer.
Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik
darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib.
Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai.
Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring.
Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah.
Program Latihan Untuk Guru 2015
5 1.0 Memahami Pengatur caraan
Contoh 2:
Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
Memilih pedagogi yang sesuai
Menyediakan bahan bantu belajar
Memastikan bahan bantu belajar berfungsi
Masuk ke dalam kelas
Memastikan kelas kondusif untuk PdP
Menjalankan sesi PdP
Membuat penilaian formatif
Refleksi PdP
Contoh 3:
Situasi: Permainan bola jaring
Murid bersedia dengan pakaian sukan
Berjalan ke gelanggang bola jaring
Murid memanaskan badan
Undian dibuat untuk memulakan permainan
Murid mengambil posisi masing-masing
Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan
Murid mula bermain
Wisel penamat dibunyikan
Murid keluar padang
Tamat
Program Latihan Untuk Guru 2015
6 1.0 Memahami Pengatur caraan
Aktiviti 1:
Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan
dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan
persembahan slaid.
Keperluan perkakasan:
1. Gambar Projektor LCD.
2. Gambar Kamera Digital.
3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna.
Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit)
1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan.
3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil
perbincangan.
Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara:
Bil Gambar Langkah-langkah aktiviti harian Set Atur cara
1
Cadangan
jawapan
Pastikan kabel disambungkan
dari komputer ke projektor
LCD.
Suis dihidupkan dan tekan
butang ON.
Tunggu sehingga lampu
projektor LCD terpasang.
Setkan resolusi paparan dan
tekan butang paparan skrin di
komputer.
Apabila paparan yang sama
kelihatan pada skrin komputer
dan layar putih, projektor sedia
untuk digunakan.
Mula
Hidupkan komputer
Sambung komputer pada
projektor LCD
Hidupkan suis projektor LCD
Tekan butang ON lampu
projektor akan terpasang
Setkan tetapan (fokus, resolusi,
zoom)
Tekan butang paparan skrin di
komputer
Tamat.
2
3
Jadual 1.3.1: Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara
Program Latihan Untuk Guru 2015
7 1.0 Memahami Pengatur caraan
1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL
DALAM MELAKUKAN TUGASAN
Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses
atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan
dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator,
jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar.
Peti sejuk pintar Jam tangan pintar Perakam video digital Kamera digital
Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot)
Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan
objek.
Mula
Robot melangkah ke hadapan
Jika bertembung dengan objek
Robot akan berhenti seketika
Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan
Robot terus berjalan ke hadapan
Tamat
Program Latihan Untuk Guru 2015
8 1.0 Memahami Pengatur caraan
Aktiviti 2: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar.
Keperluan perkakasan:
1. Gambar dan set atur cara:
a) Projektor LCD
b) Kamera Digital
c) Pencetak Pelbagai Guna
d) Ketuhar Gelombang Mikro
2. Sampul surat
3. Kertas A4 berwarna
4. Gam
Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit)
1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set
arahan bagi satu peralatan digital.
3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi
atur cara.
4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama.
1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK
MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL
Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai
yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu
lebih efisien.
Mula
Robot melangkah ke hadapan
Jika bertembung dengan objek
Robot akan berhenti seketika
Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan
Robot terus berjalan ke hadapan
Jika di kiri dan kanan robot ada objek
Robot akan berhenti seketika
Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep
Tamat
Arahan Tambahan
Program Latihan Untuk Guru 2015
9 1.0 Memahami Pengatur caraan
Aktiviti 3:
Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam
atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital.

More Related Content

DOCX
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
PPTX
Dimensi moral
PPTX
Komposisi Badan - MPP
PPT
KELIM KH TING 1
PPT
12 konstruk numerasi
PPTX
Warna dalam lukisan persembahan
PPTX
Lari Berpagar
DOCX
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
Dimensi moral
Komposisi Badan - MPP
KELIM KH TING 1
12 konstruk numerasi
Warna dalam lukisan persembahan
Lari Berpagar
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx

What's hot (20)

PPTX
PROSES PERANCANGAN
DOCX
Rancangan tahunan kelab catur 2013
DOC
Rph pk 5 a kekeluargaan siap (1)
PDF
Teknologi Pembuatan
DOCX
Laporan kesalahan ejaan
PPT
tajuk 3. Kelim
PDF
Reka bentuk fesyen
PPTX
Sayur sayuran
PPTX
AKRONIM.pptx
DOC
Senarai tugas khas guru
PPTX
KEMAHIRAN HIDUP T2 - JENIS-JENIS LENGAN
PPTX
Alatan tangan tahun 4
PPTX
Koordinasi dan ,kuasa
PPTX
REKA BENTUK & TEKNOLOGI BAB 1
PPT
Pengajian perniagaan
PDF
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
PPTX
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
PPTX
Latihan Pengukuhan
DOCX
Nota newman
PPTX
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
PROSES PERANCANGAN
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rph pk 5 a kekeluargaan siap (1)
Teknologi Pembuatan
Laporan kesalahan ejaan
tajuk 3. Kelim
Reka bentuk fesyen
Sayur sayuran
AKRONIM.pptx
Senarai tugas khas guru
KEMAHIRAN HIDUP T2 - JENIS-JENIS LENGAN
Alatan tangan tahun 4
Koordinasi dan ,kuasa
REKA BENTUK & TEKNOLOGI BAB 1
Pengajian perniagaan
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
Latihan Pengukuhan
Nota newman
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Ad

Viewers also liked (16)

PDF
5.1 konsep asas pengaturcaraan
PDF
4.0 projek pengaturcaraan
DOCX
Jawapan latihan : TMK PLUG TAHUN 6 2015
PDF
2.0 menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir
PDF
Bidang pembelajaran 5.1 Tingkatan 5
 
PDF
Bidang pembelajaran 5.2 Tingkatan 5
 
DOC
5.1.3 pendekatan bahasa pengaturcaraan
PPT
Konsep Dan Asas Pengaturcaraan
DOCX
5.3.1 bahasa pengaturcaraan terkini
PPTX
Alatan tangan dan mesin
PDF
Pengertian & konsep oop (object oriented
PDF
Pengaturcaraan c
PPT
Komputer Dan Pengaturcaraan(Struktur Kawalan)
PPSX
1.0 pengaturcaraan
PDF
5.1 konsep asas pengaturcaraan
4.0 projek pengaturcaraan
Jawapan latihan : TMK PLUG TAHUN 6 2015
2.0 menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir
Bidang pembelajaran 5.1 Tingkatan 5
 
Bidang pembelajaran 5.2 Tingkatan 5
 
5.1.3 pendekatan bahasa pengaturcaraan
Konsep Dan Asas Pengaturcaraan
5.3.1 bahasa pengaturcaraan terkini
Alatan tangan dan mesin
Pengertian & konsep oop (object oriented
Pengaturcaraan c
Komputer Dan Pengaturcaraan(Struktur Kawalan)
1.0 pengaturcaraan
Ad

More from Botol Budu (20)

PDF
Getting started-guide-scratch2
PDF
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi
DOCX
Rujukan
DOCX
Jawapan latihan
PDF
3.0 mengatur cara dan menguji
DOC
Topik 11-kesalahan-struktur-ayat
DOC
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
DOC
Topik 9-kata-kerja
DOC
Topik 8-fungsi-nya-dalam-ayatdoc
DOC
Topik 7-kata-adjektif
DOC
Topik 6-kata-bantu
DOC
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
DOC
Topik 4-kata-majmuk
DOC
Topik 3-ayat-pasif
DOC
Topik 2-susunan-ayat-songsang
DOC
Topik 1-ayat-tunggal
DOC
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
DOC
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
DOC
Modul 10-kata-partikel
DOC
Modul 9-kata-majmuk
Getting started-guide-scratch2
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi
Rujukan
Jawapan latihan
3.0 mengatur cara dan menguji
Topik 11-kesalahan-struktur-ayat
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 9-kata-kerja
Topik 8-fungsi-nya-dalam-ayatdoc
Topik 7-kata-adjektif
Topik 6-kata-bantu
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 4-kata-majmuk
Topik 3-ayat-pasif
Topik 2-susunan-ayat-songsang
Topik 1-ayat-tunggal
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 10-kata-partikel
Modul 9-kata-majmuk

Recently uploaded (20)

PDF
[Kelas 11] PPT Sistem Koordinasi pada manusia.pdf
DOCX
788647528-JURNAL-PEMBELAJARAN-INFORMATIKA.docx
PDF
Lembar Kerja Mahasiswa Konsep Sistem Operasi
PPTX
5. Salindia (Bahan Tayang) Modul 5_ Perencanaan Pembelajaran (1).pptx
PDF
0 IN1.3.3. Kegiatan Pelatihan Luring 2.pdf
PDF
Soal Tryout UKPPPG IPA 2025 dan kunci jawaban PCK dan SJT
PPTX
Presentasi_Pembelajaran_Mendalam_Lengkap.pptx
PPTX
PPT Pendidikan Pancasila Kelas 11 Bab 1.1 [modulguruku.com].pptx
PPTX
Materi Ipas kelas 6 sistem pencernaan manusia
PPT
Pertumbuhan Perkembangan Tumbuhan Kelas 9.ppt
DOCX
Modul Ajar Deep Learning Sejarah Indonesia Kelas 12 SMA Terbaru 2025
PPTX
PENGIMBASAN PEMBELAJARAN MENDALAM (DEEP LEARNING)
PDF
INSTRUMEN IMPLEMENTASI DAN REFLEKSI PERENCANAAN PEMBELAJARAN-ARNI.pdf
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Senbud Seni Teater Kelas XII Terbaru 2025
DOCX
Modul Ajar Deep Learning Senbud Seni Tari Kelas 12 SMA Terbaru 2025
PPTX
Pengenalan Micosoft Word versi terbaru.pptx
PDF
PERBANDINGAN CP 2024 dan 2025 Matematika Umum dan Matematika TL.pdf
DOCX
CONTOH RANCANGAN MODUL PROYEK KOKURIKULER SMA 1.docx
PPTX
PELAKSANAAN (di Htl_GFeruci, 28 Jul'25) + Link2 MATERI Training_LEADERSHIP & ...
DOCX
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 10 SMA Terbaru 2025
[Kelas 11] PPT Sistem Koordinasi pada manusia.pdf
788647528-JURNAL-PEMBELAJARAN-INFORMATIKA.docx
Lembar Kerja Mahasiswa Konsep Sistem Operasi
5. Salindia (Bahan Tayang) Modul 5_ Perencanaan Pembelajaran (1).pptx
0 IN1.3.3. Kegiatan Pelatihan Luring 2.pdf
Soal Tryout UKPPPG IPA 2025 dan kunci jawaban PCK dan SJT
Presentasi_Pembelajaran_Mendalam_Lengkap.pptx
PPT Pendidikan Pancasila Kelas 11 Bab 1.1 [modulguruku.com].pptx
Materi Ipas kelas 6 sistem pencernaan manusia
Pertumbuhan Perkembangan Tumbuhan Kelas 9.ppt
Modul Ajar Deep Learning Sejarah Indonesia Kelas 12 SMA Terbaru 2025
PENGIMBASAN PEMBELAJARAN MENDALAM (DEEP LEARNING)
INSTRUMEN IMPLEMENTASI DAN REFLEKSI PERENCANAAN PEMBELAJARAN-ARNI.pdf
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Senbud Seni Teater Kelas XII Terbaru 2025
Modul Ajar Deep Learning Senbud Seni Tari Kelas 12 SMA Terbaru 2025
Pengenalan Micosoft Word versi terbaru.pptx
PERBANDINGAN CP 2024 dan 2025 Matematika Umum dan Matematika TL.pdf
CONTOH RANCANGAN MODUL PROYEK KOKURIKULER SMA 1.docx
PELAKSANAAN (di Htl_GFeruci, 28 Jul'25) + Link2 MATERI Training_LEADERSHIP & ...
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 10 SMA Terbaru 2025

1.0 memahami pengaturcaraan

  • 1. Program Latihan Untuk Guru 2015 1 1.0 Memahami Pengatur caraan PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK 1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam kehidupan seharian. 3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. 4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan. 5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan. 6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan. 7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital sedia ada. B. Kandungan Pengajaran 1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. 1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian. 1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk melakukan tugasan. 1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi sesuatu peralatan digital.
  • 2. Program Latihan Untuk Guru 2015 2 1.0 Memahami Pengatur caraan 1.1 MENYENARAIKAN KEGUNAAN ATUR CARA KOMPUTER DALAM PERKAKASAN HARIAN Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Antara contoh bahasa pengaturcaraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam Jadual 1.1.1. Ikon Nama Bahasa Pengaturcaraan JAVA Script MS Visual Basic HTML (Hypertext Markup Language) Action Script Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengaturcaraan Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom. Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-Think.
  • 3. Program Latihan Untuk Guru 2015 3 1.0 Memahami Pengatur caraan 1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai pengaturcaraan komputer. Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set arahan dalam atur cara komputer. a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah. Contoh 1: Menaiki bas yang menuju ke hospital Membayar tambang Tiba di hospital Turun dari bas Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif Atur cara komputer lif Atur cara komputer lif
  • 4. Program Latihan Untuk Guru 2015 4 1.0 Memahami Pengatur caraan Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam atur cara komputer. Langkah-langkah aktiviti harian Set arahan atur cara komputer Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif Menerima input daripada pengguna (cth: untuk naik ke atas) Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup Menerima input daripada pengguna (cth: tingkat 5) Lif sampai di tingkat lima Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara 1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI HARIAN Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer. Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai. Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring. Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah.
  • 5. Program Latihan Untuk Guru 2015 5 1.0 Memahami Pengatur caraan Contoh 2: Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Memilih pedagogi yang sesuai Menyediakan bahan bantu belajar Memastikan bahan bantu belajar berfungsi Masuk ke dalam kelas Memastikan kelas kondusif untuk PdP Menjalankan sesi PdP Membuat penilaian formatif Refleksi PdP Contoh 3: Situasi: Permainan bola jaring Murid bersedia dengan pakaian sukan Berjalan ke gelanggang bola jaring Murid memanaskan badan Undian dibuat untuk memulakan permainan Murid mengambil posisi masing-masing Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan Murid mula bermain Wisel penamat dibunyikan Murid keluar padang Tamat
  • 6. Program Latihan Untuk Guru 2015 6 1.0 Memahami Pengatur caraan Aktiviti 1: Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan persembahan slaid. Keperluan perkakasan: 1. Gambar Projektor LCD. 2. Gambar Kamera Digital. 3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna. Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan. 3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil perbincangan. Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara: Bil Gambar Langkah-langkah aktiviti harian Set Atur cara 1 Cadangan jawapan Pastikan kabel disambungkan dari komputer ke projektor LCD. Suis dihidupkan dan tekan butang ON. Tunggu sehingga lampu projektor LCD terpasang. Setkan resolusi paparan dan tekan butang paparan skrin di komputer. Apabila paparan yang sama kelihatan pada skrin komputer dan layar putih, projektor sedia untuk digunakan. Mula Hidupkan komputer Sambung komputer pada projektor LCD Hidupkan suis projektor LCD Tekan butang ON lampu projektor akan terpasang Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom) Tekan butang paparan skrin di komputer Tamat. 2 3 Jadual 1.3.1: Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara
  • 7. Program Latihan Untuk Guru 2015 7 1.0 Memahami Pengatur caraan 1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL DALAM MELAKUKAN TUGASAN Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator, jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar. Peti sejuk pintar Jam tangan pintar Perakam video digital Kamera digital Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot) Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan objek. Mula Robot melangkah ke hadapan Jika bertembung dengan objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan Robot terus berjalan ke hadapan Tamat
  • 8. Program Latihan Untuk Guru 2015 8 1.0 Memahami Pengatur caraan Aktiviti 2: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar. Keperluan perkakasan: 1. Gambar dan set atur cara: a) Projektor LCD b) Kamera Digital c) Pencetak Pelbagai Guna d) Ketuhar Gelombang Mikro 2. Sampul surat 3. Kertas A4 berwarna 4. Gam Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set arahan bagi satu peralatan digital. 3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi atur cara. 4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama. 1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu lebih efisien. Mula Robot melangkah ke hadapan Jika bertembung dengan objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan Robot terus berjalan ke hadapan Jika di kiri dan kanan robot ada objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep Tamat Arahan Tambahan
  • 9. Program Latihan Untuk Guru 2015 9 1.0 Memahami Pengatur caraan Aktiviti 3: Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital.