Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sri Wangi memohon sumbangan tunai RM1000 daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membeli karpet di pusat akses sekolah. Permohonan ini dibuat kerana tikar getah sedia ada sudah uzur. Surat ini juga dilampirkan dengan gambar tikar yang rosak dan menghargai kerjasama pihak tuan.