3
Most read
5
Most read
6
Most read
Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang
dan Pelajar Sederhana)

Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan
pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa
sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,
sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama
dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan
taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya
atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.




Profil Kelas

Untuk rancangan pengajaran harian 3 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas 4
ERT 2 yang melibatkan kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana dalam
akademik. Kumpulan pelajar-pelajar ini dibezakan dengan latar belakang psikologi yang
melibatkan kebolehan kognitif, kelajuan penerimaan dan gaya belajar. Setiap kelas ERT
adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana
matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh
dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan
juga disebabkan peralatan yang terhad.

       Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan
penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P
ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi
hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada
waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru
serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan
dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga
menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara
tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.
Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai
sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali
masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi Rumah
Tangga.

         Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,
pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama
ialah:

    Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar
    Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:
         1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuran


iaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.
Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.
Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8
klasifikasi) sayur-sayuran.

Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu:

    Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar
    Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:
         2. menghuraikan (B-aras) 80% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan
            sayur-sayuran

Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam Taksonomi
Bloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan dan
pemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 80% dengan kefahaman mereka sendiri untuk
menerangkannya. Saya tidak terlalu mentargetkan peratusan yang tinggi kerana tahap
penerimaan dan tahap kognitif pelajar-pelajar kelas ini berlainan kerana berbezanya latar
belakang psikologi.
Turutan Aktiviti

Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model
ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek
tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau
dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis
terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik
berkenaaan.

Set Induksi:

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahaja
dimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,
sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana
sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari
itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat
menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai
kerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan
meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.

Maklumkan objektif pembelajaran:

Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat
gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa
kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.

Input pengajaran:

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat
bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran
BBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan
penyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh
guru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.
Permodelan:

Untuk permodelan guru akan membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan mengikut tahap
kognitif mereka iaitu pelajar cemerlang dan pelajar sederhana. Untuk pelajar cemerlang
guru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepada. PBL
digunakan kerana ia merupakan salah satu alternatif untuk pembelajaran aktif.
Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang
menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses
pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan
kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam
kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasama juga dipupuk dalam aktiviti
ini.

       Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan
dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yang
diperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3).


       Pelajar sederhana pula masuk ke kumpulan heterogenous. Guru menjalankan
aktiviti, guru menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai iaitu visual kepada pelajar-
pelajar sederhana ini dimana mereka berkebolehan mengesan dan menggambarkan
gambar (Rujuk Lampiran BBM 4) yang diberikan oleh guru serta mengaitkannya dengan
isi pelajaran hari tersebut. Sebab mengapa guru menggunakan kaedah visual ini kerana
pelajar daripada kelas sederhana ini gemar melihat gambar-gambar daripada tulisan yang
berjela-jela dan sukar untuk mereka fahaminya.

Semak Kefahaman Murid:
Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan
oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara
berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk
menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik
kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan
yang bernas untuk meyokong idea rakan-rakan.
Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang
mereka faham dari gambar yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu
menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan
idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai dalam pembentukkan peta
konsep yang kreatif yang berkaitan dengan gambar dan isi pelajaran berkaitan dengan
klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Untuk pelajar sederhana, guru
mengemukakan panduan bahan rangsangan iaitu GO banding beza (Rujuk Lampiran
BBM 5) untuk membantu murid membuat keputusan terbaik dalam aktiviti


Pantau dan ubah suai:
Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada
objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.


Praktis terbimbing:
Pelajar dari kumpulan cemerlang telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan
perbincangan     dalam    kumpulan.      Pelajar   juga   bersama-sama     bekerjasama
mengaplikasikan dan mengeluarkan segala apa isi yang berkaitan dengan topik hari
tersebut semua pengetahuan dan kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk
menyelesaikan masalah daripada artikel yang diberikan oleh guru. Kemudian pelajar
mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.


Untuk kumpulan pelajar hetegenous, mereka juga diberikan masa selama 20 minit untuk
menyediakan peta konsep yang kreatif merujuk kepada jadual GO banding beza yang
mereka isikan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama untuk menyediakan peta konsep
yang paling kreatif di atas kertas mahjung yang disediakan oleh guru. Manakala guru
akan terus memantau kedua-dua kumpulan pelajar ini untuk aktiviti adan tugasan yang
diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.
Praktis bertempoh:
Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar dari kumpulan untuk merumuskan
apa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang
dijalankan. Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit
untuk menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan
yang dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan
pengetahuan pelajar mengenai topik yang diajar.


Penutup:
Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,
mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P ini
berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

More Related Content

DOCX
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
PDF
model-model pengajaran
PPT
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
PPTX
4.1 teori keprihatinan
Ā 
PDF
Media pengajaran
PDF
Pendekatan pengajaran
PDF
KAPASITI PEDAGOGI.pdf
PPT
Rubrik slaid
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
model-model pengajaran
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
4.1 teori keprihatinan
Ā 
Media pengajaran
Pendekatan pengajaran
KAPASITI PEDAGOGI.pdf
Rubrik slaid

What's hot (20)

PPTX
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
DOCX
Pentaksiran autentik
PPTX
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
DOCX
Teori pembelajaran konstruktivisme
PPT
4 model pengajaran
PDF
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
PPTX
Model Tyler (PPT)
PPTX
Tindakan susulan
PPTX
Set induksi
PPTX
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
PPTX
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
DOC
10. contoh rph -
DOC
Teori pembelajaran behavioris
PPTX
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
PPTX
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
PPTX
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
DOCX
Kepentingan pentaksiran
PPTX
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
PPTX
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pentaksiran autentik
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Teori pembelajaran konstruktivisme
4 model pengajaran
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
Model Tyler (PPT)
Tindakan susulan
Set induksi
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
10. contoh rph -
Teori pembelajaran behavioris
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
Kepentingan pentaksiran
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Ad

Viewers also liked (20)

DOC
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
DOC
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
DOC
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
DOC
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasan Pelbagai Pelajar Lemah
PPT
Model model pengajaran
DOC
Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar lampiran 3- soalan tafsiran
PPTX
Sokongan dan gerakan
PPTX
Tayammum
DOC
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
PDF
2. krp 3974 latihan mengajar minggu 2
DOCX
Contoh rph latihan mengajar
PPTX
Sokongan dan gerakan Tingkatan Dua
PPTX
KONSEP DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PPTX
Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baharu
DOCX
Rpt sains t2 2017noli
PPT
Slide model pembelajaran
PPS
Model pengajaran
DOCX
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
DOC
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
PDF
Rph sains t2
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasan Pelbagai Pelajar Lemah
Model model pengajaran
Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar lampiran 3- soalan tafsiran
Sokongan dan gerakan
Tayammum
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
2. krp 3974 latihan mengajar minggu 2
Contoh rph latihan mengajar
Sokongan dan gerakan Tingkatan Dua
KONSEP DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baharu
Rpt sains t2 2017noli
Slide model pembelajaran
Model pengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Rph sains t2
Ad

Similar to Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar (20)

DOCX
Uji minda
DOCX
Analisis model assure
DOCX
Analisis model assure
DOCX
Analisis model assure
DOCX
Mtm2203 laporan
Ā 
PPTX
KPD3026 Kajian Tindakan_2-2 UNIVPSI.pptx
PPT
Kemahiran penyoalan
DOCX
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
PPT
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
DOCX
15 lampiran 6 (huraian rph b)
PDF
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
PDF
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
DOCX
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
DOCX
Nota
TXT
Pemulihan kelas-biasa-khas
PDF
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
DOCX
Proposal rbt 12koperatif
PPT
5. Kemahiran Profesional Guru
DOCX
Roslin
Uji minda
Analisis model assure
Analisis model assure
Analisis model assure
Mtm2203 laporan
Ā 
KPD3026 Kajian Tindakan_2-2 UNIVPSI.pptx
Kemahiran penyoalan
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Nota
Pemulihan kelas-biasa-khas
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Proposal rbt 12koperatif
5. Kemahiran Profesional Guru
Roslin

More from Zuzan Michael Japang (20)

DOC
RPH informal lampiran 3- soalan tafsiran
DOC
RPH informal lampiran 2- bbm 2
DOC
RPH informal lampiran 1- nota guru
DOC
Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar lampiran 2- bbm
DOC
RPH kepelbagaian pelajar lampiran 1- nota guru
DOC
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
DOC
Rancangan Pengajaran Harian informal
DOC
RPH informal soalan dan jawapan aras sintesis, jpk
DOC
jadual banding beza
DOC
Soalan aras sintesis, jawapan aras sintesis da jadual penentu kandungan
DOC
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
DOC
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
DOC
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
DOC
Carta Fila
PPT
Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Segar- sayur sayuran
DOC
Rancangan Pengajaran Harian ERT-peralatan jahitan
DOC
JPU dan pembinaan item
DOC
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
PPT
Kepimpinan kurikulum bilik darjah
DOC
Jadual Penentu Ujian
RPH informal lampiran 3- soalan tafsiran
RPH informal lampiran 2- bbm 2
RPH informal lampiran 1- nota guru
Rancangan Pengajaran Harian kepelbagaian pelajar lampiran 2- bbm
RPH kepelbagaian pelajar lampiran 1- nota guru
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Rancangan Pengajaran Harian informal
RPH informal soalan dan jawapan aras sintesis, jpk
jadual banding beza
Soalan aras sintesis, jawapan aras sintesis da jadual penentu kandungan
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Carta Fila
Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Segar- sayur sayuran
Rancangan Pengajaran Harian ERT-peralatan jahitan
JPU dan pembinaan item
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Kepimpinan kurikulum bilik darjah
Jadual Penentu Ujian

Recently uploaded (10)

PDF
gambar sudut baca kelas 1 untuk digunakan
DOCX
🌟 Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al.docx
Ā 
PPTX
education for secondary school and physical education
PPTX
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026 (1).pptx
DOCX
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan.docx
DOCX
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan (1).docx
PPT
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
PPTX
REKA CIPTA BAB 3ļøāƒ£ sistem mekanikal, elektrik, elektronik dan kawalanT5šŸ“”.pptx
DOCX
🌟 Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al.docx
Ā 
PPT
Grafik komunikasi teknikal bab 8 topik isometri.ppt
gambar sudut baca kelas 1 untuk digunakan
🌟 Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al.docx
Ā 
education for secondary school and physical education
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026 (1).pptx
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan.docx
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan (1).docx
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
REKA CIPTA BAB 3ļøāƒ£ sistem mekanikal, elektrik, elektronik dan kawalanT5šŸ“”.pptx
🌟 Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al.docx
Ā 
Grafik komunikasi teknikal bab 8 topik isometri.ppt

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

  • 1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang dan Pelajar Sederhana) Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera. Profil Kelas Untuk rancangan pengajaran harian 3 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas 4 ERT 2 yang melibatkan kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana dalam akademik. Kumpulan pelajar-pelajar ini dibezakan dengan latar belakang psikologi yang melibatkan kebolehan kognitif, kelajuan penerimaan dan gaya belajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan yang terhad. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.
  • 2. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi Rumah Tangga. Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama ialah: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat: 1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuran iaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar. Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan. Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8 klasifikasi) sayur-sayuran. Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat: 2. menghuraikan (B-aras) 80% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam Taksonomi Bloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan dan pemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 80% dengan kefahaman mereka sendiri untuk menerangkannya. Saya tidak terlalu mentargetkan peratusan yang tinggi kerana tahap penerimaan dan tahap kognitif pelajar-pelajar kelas ini berlainan kerana berbezanya latar belakang psikologi.
  • 3. Turutan Aktiviti Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik berkenaaan. Set Induksi: Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahaja dimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat, sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai kerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Maklumkan objektif pembelajaran: Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut. Input pengajaran: Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran BBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh guru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.
  • 4. Permodelan: Untuk permodelan guru akan membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan mengikut tahap kognitif mereka iaitu pelajar cemerlang dan pelajar sederhana. Untuk pelajar cemerlang guru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepada. PBL digunakan kerana ia merupakan salah satu alternatif untuk pembelajaran aktif. Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasama juga dipupuk dalam aktiviti ini. Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yang diperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3). Pelajar sederhana pula masuk ke kumpulan heterogenous. Guru menjalankan aktiviti, guru menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai iaitu visual kepada pelajar- pelajar sederhana ini dimana mereka berkebolehan mengesan dan menggambarkan gambar (Rujuk Lampiran BBM 4) yang diberikan oleh guru serta mengaitkannya dengan isi pelajaran hari tersebut. Sebab mengapa guru menggunakan kaedah visual ini kerana pelajar daripada kelas sederhana ini gemar melihat gambar-gambar daripada tulisan yang berjela-jela dan sukar untuk mereka fahaminya. Semak Kefahaman Murid: Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan yang bernas untuk meyokong idea rakan-rakan.
  • 5. Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang mereka faham dari gambar yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai dalam pembentukkan peta konsep yang kreatif yang berkaitan dengan gambar dan isi pelajaran berkaitan dengan klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Untuk pelajar sederhana, guru mengemukakan panduan bahan rangsangan iaitu GO banding beza (Rujuk Lampiran BBM 5) untuk membantu murid membuat keputusan terbaik dalam aktiviti Pantau dan ubah suai: Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka. Praktis terbimbing: Pelajar dari kumpulan cemerlang telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan dalam kumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama mengaplikasikan dan mengeluarkan segala apa isi yang berkaitan dengan topik hari tersebut semua pengetahuan dan kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk menyelesaikan masalah daripada artikel yang diberikan oleh guru. Kemudian pelajar mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda. Untuk kumpulan pelajar hetegenous, mereka juga diberikan masa selama 20 minit untuk menyediakan peta konsep yang kreatif merujuk kepada jadual GO banding beza yang mereka isikan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama untuk menyediakan peta konsep yang paling kreatif di atas kertas mahjung yang disediakan oleh guru. Manakala guru akan terus memantau kedua-dua kumpulan pelajar ini untuk aktiviti adan tugasan yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.
  • 6. Praktis bertempoh: Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar dari kumpulan untuk merumuskan apa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit untuk menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yang dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar mengenai topik yang diajar. Penutup: Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut, mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P ini berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.