SlideShare a Scribd company logo
BMS3022 Karya Agung Melayu
Disediakan oleh:
Hitrah binti Jusaan D20121058050
Norasyikin binti Latip D20121058054
Norwana binti Siro D20121058055
Zaidatol Akmaliah binti Zulkiflly D20121058058
Mohammad Nizam bin Humdanni D20121058065
Kumpulan C (4)
Analisis karya tradisional:
Misa Melayu
(Raja Chulan)
Pengenalan
• Sebuah karya pensejarahan Melayu yang terkenal
selepas Sulalatus Salatin
• Meriwayatkan sejarah negeri Perak dari sejak
zaman awal hinggalah ke kurun kelapan belas
• Hasil karya seorang sejarawan istana kurun
kelapan belas itu, iaitu Raja Chulan
• Misa Melayu adalah sebuah karya yang "realistik"
serta tidak mengandungi dongeng dan cerita
rakyat atau, dengan kata lain, tidak
mencampurkan dongeng dan fantasi dengan fakta
sejarah
Sinopsis Misa Melayu
• Karya Agung Misa Melayu mengisahkan kehidupan Raja-raja Melayu yang memerintah
negeri Perak antara tahun 1700 sehingga tahun 1780-an.
• Antara kisah yang diceritakan dalam misa Melayu ialah:
- perihal kesultanan negeri Perak yang berasal daripada keturunan yang agung, iaitu Raja
Iskandar Zulakarnain dan jurai keturunannya sehingga Raja Nursyirwan Adil dan anak
cucu Raja Chulan yang memerintah sehingga ke selatan Tanah Melayu.
- Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, dikatakan orang Belanda telah
mendirikan gudang atau loji untuk perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban, yang
berhampiran dengan muara Sungai Kinta dan Sungai Perak setelah mendapat kebenaran
daripada Sultan Muzaffar Syah.
- Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain yang menyusur pantai negeri
Perak bersama Raja Chulan
- Menceritakan kisah Sultan Muhammad yang merupakan waris muda menyelesaikan
masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah yang merupakan waris tua
untuk
takhta kerajaan negeri Perak ketika itu. Peristiwa seterusnya yang dimuatkan di dalam
Misa Melayu adalah kisah mengenai Sultan Muzaffar Syah yang menginginkan seorang
Raja Muda untuk menjadi menantunya.
- Kisah Sultan Muhammad Syah (1744 – 1750) yang telah mengorbankan kedudukannya
sendiri sebagai sultan Perak ketika itu, supaya negeri Perak dapat dicantumkan semula
di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja, iaitu kekandanya yang bernama Sultan
Muzaffar Syah.
Aspek-aspek
yang dikaji
Pemikiran
Falsafah
Nilai
budaya dan
pandangan
hidup
Estetika dan
kepengarangan
Nilai ilmu
Pemikiran dalam Misa Melayu
• Pemikiran di dalam karya bermaksud subjek yang
dibawakan oleh pengarang. Bermula daripada idea dan
pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi
dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan
tema karya. Daripada situlah ia dikembangkan untuk
menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk
pemikiran dan idealisme pengarang (Seri Lanang Jaya et. al,
2016).
• Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri dalam
memilih idea dan menjelmakannya menjadi mesej atau isi
yang merupakan subjek yang dibawa oleh pengarang di
dalam karyanya.
• Dalam Misa Melayu, pengarang membawakan beberapa
pemikiran yang jelas terlihat di dalamnya iaitu soal politik,
soal ekonomi dan soal agama.
• Pengarang Misa Melayu
menampakkan keunikan
sistem politik Perak iaitu
rajanya tidak
memerintah secara
mutlak.
• Raja terlebih dahulu
mendapatkan nasihat
pembesar negeri dalam
membuat keputusan
demi kepentingan rakyat.
1. Soal Politik
“Dalam wasiatnya Sultan Muzaffar
Syah (1752) … yang sangat beta
harap sekarang, baiklah anak kita
Raja Mudalah yang akan ganti kita.
Maka hendaklah bicara orang besar-
besar dan segala hulubalang
pegawai pada memerintahkan takhta
kerajaan anak kita dan
selenggarakan hukuman negeri ini
dan membela segala rakyat di dalam
negeri Perak… dan hendaklah
muafakat sama-sama kepada barang
bicara dengan sekalian orang besar-
besar hulubalang dan pada anak
raja-raja dan yang memegang agama
kita …”
(Hikayat Misa Melayu, Halaman 51)
Contoh
• Aspek pewarisan takhta pula, umum
mengetahui Perak menjalankan sistem
penggiliran dalam pemerintahannya.
Raja Di Hilir
Raja Di Baruh
Raja Kecil Besar
Raja Kecil Tengah
Raja Kecil Muda
Raja Kecil Bongsu
Raja Bendahara
Raja Muda
sambungan…
• Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu
prosedur yang ketat yang perlu dipatuhi.
• Contohnya, Raja Kimas yang bergelar Raja Kecil
Muda dilantik menjadi Raja Muda, manakala Raja
Alaudin yang bergelar Raja Kecil Tengah telah
diangkat menjadi Raja Bendahara.
• Hal ini membuktikan tidak semua waris taktha itu
perlu menaiki taktha mengikut giliran atau tangga
waris taktha itu.
• Pengarang juga turut
memasukkan soal ekonomi
ke dalam hikayat Misa
Melayu.
• Hal ekonomi merujuk
kepada wujudnya aktiviti
perniagaan dan
perdagangan yang menjadi
perkara dalam penceritaan
sesebuah karya.
• Pengarang dalam Misa
Melayu menunjukkan
wujudnya perdagangan
pada zaman pemerintahan
Sultan Iskandar.
2. Soal ekonomi
“… baginda menitahkan Tambi Kecil
pergi ke benua Keling (India).
Adapun akan Sultan Iskandar itu,
terlalu banyak baginda menaruh
gajah. Maka itulah baginda
menitahkan Tambi Kecil pergi akan
mengambil barang siapa mahu
membawa kapalnya masuk berniaga
ke dalam negeri Perak ini, kerana
baginda hendak berjual gajah.”
(Misa Melayu, halaman 78)
Contoh
• Soal agama turut menjadi satu gagasan idea
atau pemikiran yang disampaikan oleh
pengarang di dalam Hikayat Misa Melayu.
• Soal agama menunjukkan kewujudan tuhan,
sifat baik seseorang, pahala dan sebagainya.
• Pengarang menunjukkan watak Sultan
Muzaffar Syah yang berpegang teguh pada
ajaran Islam.
3. Soal agama
Contoh:
“… hatta maka antara sebulan lama selangnya, maka baginda pun telah datanglah
sudah takdir Allah Taala; maka baginda pun geringlah terlalu berat sangat….”
“… maka beberapa pula sedekah kepada segala fakir miskin daripada emas dan perak
dan kain-kain beribu -beribu dikurniakan baginda hendak pohonkan rahmat ke
hadrat Khalikal-abad, di dalam pada itu pun tiada juga betah gering baginda …”
“… setelah itu, maka gering baginda itu pun makin bertambah beratnya pula. Maka
berhimpunlah segala anak raja-raja dan orang besar-besar dan hulubalang rakyat
sekaliannya …”
‘”… maka kepada suatu hari, baginda pun tahulah ia akan dirinya telah datang
kehendak Allah Taala kepadanya kepadanya tambahan baginda itu raja alim
ulama, tambahan pula sangat kuat amal ibadatnya.”
(Hikayat Misa Melayu, halaman 22)
sambungan…
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Falsafah
• Falsafah membawa maksud pengetahuan
tentang pengertian yang dianggap sebagai
ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-
ilmu lain.
• Plato dalama Mana Sikana (1996) pula
mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu
pengetahuan yang berhasrat untuk mencari
dan mencapai hakikat kebenaran yang asli.
Sejarah
Politik
EkonomiSosial
Etika
• Naskhah yang dihasilkan oleh Raja Chulan ini
mengisahkan sejarah negeri Perak yang
bermula dengan pemerintahan raja-raja
sebelum Sultan Muzaffar Shah, iaitu
Almarhum Jaliullah, Almarhum Besar dan
Almarhum Sulung serta diakhiri dengan Sultan
Alauddin Mansur Shah.
1. Falsafah
Sejarah
Jurai Pemerintahan Kerajaan
Perak
Almarhum Jaliullah
(Sultan pertama yang
dicatatkan dalam
Misa Melayu)
Sultan Mahmud Shah
(Putera Almarhum
Sultan Jaliullah)
Raja Radin atau
Sultan Alauddin
Riayat Shah
(Anak saudara Sultan
Mahmud Shah)
Raja Inu atau Sultan
Muzaffar Shah
(Adinda Sultan
Alauddin)
Sultan Iskandar
Zulkarnain
(Putera Sultan
Muzaffar)
Sultan Mahmud Shah
(Adinda Sultan
Iskandar)
Sultan Alauddin
Mansur Shah
(Sultan terakhir
dalam Misa Melayu)
Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Raja
Chulan mencuba untuk memperlihatkan sejarah pemerintahan
di Perak yang tidak menggunakan sistem penggiliran seperti
sistem pemerintahan sultan bagi negeri-negeri lain melalui
catatannya dalam Misa Melayu. Hal ini demikian kerana,
Perak memberi peluang kepada semua kaum kerabat yang lain
untuk menduduki takhta setelah mangkatnya sultan yang
memerintah pada ketika itu.
Falsafah yang cuba ditunjukkan:
"Maka sekarang ini apalah sudahnya negeri sebuah, raja dua?
Kepada hati beta hendaklah kita persilakan Sultan Muzaffar
Shah itu kembali ke istananya ke Berahman Indera, supaya
kerajaan kepada baginda itu; biarlah beta berhenti, kerana
baginda itu saudara yang tua kepada beta, tidaklah datang
hati beta hendak melebihi daripada baginda itu."
(Misa Melayu, 1992:2-3)
Kerajaan Perak pada era Sultan Muzaffar Shah
terbahagi kepada dua kerajaan, dan turut diperintah
oleh dua orang sultan yakni, Sultan Muzaffar Shah
dan Sultan Muhammad Shah yang berlaku disebabkan
pertelingkahan serta perebutan kuasa antara kedua-
dua sultan tersebut
.
2. Falsafah Politik
Pihak Belanda di Tanjong Putus, mengutus surat ke Betawi
mengadu dan meminta bantuan untuk bertindak. Tak lama
kemudian, datanglah wakil Kompeni Belanda dari Betawi dengan
satu angkatan mengandungi tujuh buah kapal. Wakil Belanda itu
terus memberi tahu Laksamana dan Shahbandar yang ia hendak
mengadap Sultan. Pihak Sultan sudah tentu rasa cemburu
kedatangan wakil Belanda sedemikian rupa. Baginda bersiap sedia
dengan pengawal-pengawal-pengawal yang dilengkapkan dengan
senjata-senjata; keris, istinggar, pelaras, pistol dan lain-lain lagi.
(Misa Melayu, 1992:12)
Kebijaksanaan seorang pemimpin dalam
menyelesaikan segala persengketaan dan
perselisihan faham yang berlaku antara pihaknya
dengan pihak lain
Utusan Belanda itu menyampaikan sepucuk surat kepada baginda,
tujuannya berkehendakkan membeli bijih timah dan bijih itu
hendaklah dihilirkan ke Tanjong Putus dan di sanalah ditimbang
dan dibayar. Tetapi baginda enggan menyetujui kehendak Belanda
itu.
Oleh sebab sangat marahnya, lalu dibedilnya arah ke
Tanjong Bidor dengan maksud hendak menakut-nakutkan
Shahbandar dan Menteri. Malam itu juga Shahbandar mdik ke
Pulau Indera Sakti mengadap Sultan untuk memberi tahu
peristiwa yang berlaku. Mendegar hal itu, sangatlah murka
Sultan.
(Misa Melayu, 1992:15-16)
3. Falsafah Ekonomi
Hubungan perniagaan yang termeterai antara
dua pihak berjaya menjamin kestabilan
ekonomi sesebuah kerajaan.
Pembelian bijih timah dan pembinaan loji
perniagaan bijih timah menjamin kestabilan
dan kekukuhan ekonomi Perak.
Dengan adanya pembelian bijih timah dari
orang-orang Belanda itu, maka negeri Perak
pun makmur dan wang pun bertukar tangan.
(Misa Melayu, 1992:8)
Sementara itu permaisuri baginda (Raja Budak Rasul) pun hamil.
Apabila genap tujuh bulan, diadakanlah istiadat melenggang perut
dan mandi-manda. Sebelum dilangsungkan istiadat itu, berbagai-
bagai permainan telah diadakan beberapa hari; joget, bunyi-bunyian
cara Melayu, cara Kedah, cara Acheh, termasuk Menora. Selain
daripada itu, diadakan juga berjenis-jenis permainan sukan laut dan
darat. Pendeknya sepanjang istiadat itu berjalan selama tujuh hari
tujuh malam, bermacam-macamlah permainan dan bunyi-bunyian
serta bakaran mercun yang hingar-bingar, diadakan oleh rakyat.
(Misa Melayu, 1992:14)
Intergrasi kaum yang berlaku ekoran daripada
aktiviti keramaian yang dilakukan oleh rakyat
kerajaan Perak terhadap sesuatu peristiwa.
4. Falsafah Sosial
Kemuncaknya daripada perak bertakhtakan emas dan permata
pudi manikam, tingkapnya daripada ijok besi khersani,
dindingnya berturap dengan nilam kapur yang diselang-selikan
dengan cermin dan kaca. Di tingkat yang ketujuh terdapat balai
peranginan yang dipenuhi dengan kisi-kisi sekelilingnya. Dan
dihujung tiap-tiap kisi itu pula bergantung daun budi berbentuk
empat segi. Apabila ditiup angin, berbunyilah daun-daun budi itu
seperti buluh perindu, dan apabila digoyang angin dan disinari
cahaya matahari, gemerlapanlah rupanya dipandang dari jauh.
(Misa Melayu, 1992:14)
Status sosial golongan istana yang
menunjukkan jurang sosial yang sangat
ketara
5. Falsafah Etika
Baginda menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada siapa-siapa
yang menguzurkan diri daripada menziarahi jenazah al-marhum.
Akibat dari hukuman-hukuman ini, beberapa orang besar
dilucutkan jawatannya dan beberapa orang pula diikat kaki
tangannya dan dijemur di tengah padang. Tetapi, akhirnya
banyak yang diberi keampunan.
(Misa Melayu, 1992:11)
Sultan Iskandar telah
menghukum sesiapa yang
tidak menghadirkan diri ke
istiadat pengebumian
Almarhum Sultan Muzaffar
Shah.
NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN
HIDUP
 Menurut Carla (2014), budaya dimaksudkan sebagai
corak berkongsi tingkah laku dan interaksi membina
kognitif, afektif dan kefahaman yang dipelajari melalui
proses sosialisasi.
 Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai,
norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan
intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah
masyarakat (Seri Lanang Jaya et al. 2016)
NILAI BUDAYA
PANDANGAN HIDUP
Pandangan hidup pula adalah suatu konsep yang
dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu,
bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala
permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia
dan alam (Seri Lanang Jaya et al. 2016: 117).
Menurut Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup
mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal
dunia dan hal akhirat.
Adat Meminang dan Berkahwin
 Adat peminangan dan perkahwinan merupakan salah satu kebudayaan
Melayu yang masih unggul dan dipertahankan serta diamalkan sehingga
kini.
 Berdasarkan Misa Melayu, dapat dilihat adat meminang dan berkahwin yang
berlaku dalam kalangan golongan diraja.
 Misalnya, Raja Muda Iskandar yang ingin meminang Puteri Sultan Muzaffar
atau Raja Budak Rasul. Buktinya, berdasarkan petikan teks dibawah:
“… 1992: hal)
“… maka titah baginda laki isteri, “ Apa pekerjaan anakanda kedua
datang ini?”. Maka anak raja kedua itu pun berdatang sembah, demikian
sembahnya, “ Tuanku, patik ini disuruhkan oleh anakanda Raja Muda
untuk menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia baginda laki isteri.
Adapun, sembah anakanda itu hendak memohonkan diperhamba sekali.
Tetapi, harapkan ampun juga diperbanyak-banyak di atas jemala ubun-
ubun patik sekalian ini…”.
(Misa Melayu, 1992: halaman 12)
 Kemudian, majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran selama
tujuh hari tujuh malam dan dihadiri oleh rakyat jelata.
 Buktinya, dapat dilihat berdasarkan petikan teks di bawah :
k
“… maka mempelai Raja Muda pun dihiasilah oleh raja yang tua-tua dengan
selengkap pakaian mempelai raja-raja yang besar-besar, maka diberi
memakai pakaian kerajaan negeri Perak…”
“… setelah Menteri mendengar titah baginda maka ia pun masuk
menjunjung Duli Yang Maha Mulia baginda, lalu ia membaca khutbah
Saidina Ali nikah…”.
(Misa Melayu, 1992: halaman 48)
Pandangan hidup yang dipegang oleh masyarakat Melayu
khususnya di negeri Perak ialah ‘Biar mati anak, jangan mati
adat’.
Ungkapan ini amat sesuai sekali bagi masyarakat Melayu
ketika itu kerana mereka sentiasa mendahulukan adat dalam
apa cara sekalipun.
Hal ini dapat, dilihat apabila Raja Muda Iskandar memulakan
adat peminangan untuk menyampaikan hasrat hatinya ingin
memperisterikan Raja Budak Rasul sebelum meneruskan adat
yang seterusnya iaitu adat perkahwinan.
Pandangan Hidup
Adat Bertindik dan Berinai
 Pada zaman feudal lagi masyarakatnya sudah menjalankan adat
bertindik dan berinai.
 Jika dilihat, adat ini masih lagi diteruskan dan diamalkan pada
masyarakat kini namun adat tersebut disesuaikan mengikut syariat
Islam supaya tidak menyerupai agama lain.
 Berdasarkan, Misa Melayu, adat bertindik dapat dilihat melalui
peristiwa bertindik yang dijalankan terhadap Raja Budak Rasul.
Buktinya dapat dilihat berdasarkan petikan teks di bawah:
kk
“…Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat meriah,
kemudian diikuti pula dengan istiadat bertindik puteri yang baru
bertunang itu, maka pada akhir tahun yang ketiga pertunangan itu
disatukanlah Puteri Raja Budak Rasul dengan Raja Muda”.
(Misa Melayu, 1992: halaman 10)
 Adat berinai pula kebiasaannya dilakukan sebelum majlis perkahwinan
berlangsung dan dijalankan oleh pihak sebelah perempuan.
 Adat berinai yang diadakan dalam kalangan golongan diraja akan
memperlihatkan upacara yang gilang gemilang.
 Berdasarkan Misa Melayu jelas menunjukkan adat berinai dilakukan ke
atas Raja Budak Rasul.
 Adat berinai yang dilakukan jelas menunjukkan pengaruh agama Hindu
yang kuat sewaktu pemerintahan diraja Perak. Buktinya seperti
dibawah:
kk
“… Hatta maka berjaga-jaga itu pun sampailah tujuh belas malam
hingga pada malam berinai, maka daripada siangnya itu, maka
masuklah Orang Kaya Besar mengarak inai ke dalam. Maka inai pun
dibubuhnya di atas kepala seekor binatang kera ‘Hanuman’. Maka
diletakkan lah di atas perarakan, lalu diaraklah masuk ke dalam kota
sampai ke balai penghadapan, maka disambut oranglah inai itu dengan
seperti adat. Maka Orang Kaya Besar pun dikurnia baginda persalin
dengan selengkapnya. Maka pada malam itu berinailah.
(Misa Melayu, 1992: halaman 42)
Pandangan Hidup
 Pandangan hidup yang dipegang oleh masyarakat Melayu
ialah ‘Biar mati anak, jangan mati adat’.
 Ungkapan ini dipegang oleh masyarakat Melayu ketika itu
kerana mereka sentiasa mendahulukan adat dalam apa cara
sekalipun.
 Namun, adat yang diamalkan ini disesuaikan dengan syariat
agama Islam supaya tidak menyerupai agama lain.
 Oleh itu, jelas dilihat masyarakat pada ketika itu amat
berpegang teguh kepada adat resam dalam kehidupan
seharian mereka.
Istiadat Kemangkatan
 Istiadat kemangkatan digunakan kepada golongan diraja dan bukan
kepada golongan rakyat biasa.
 Istiadat kemangkatan ini dilakukan kepada raja atau kerabat diraja
apabila mangkat.
 Melalui Misa Melayu, istiadat kemangkatan juga turut diselitkan iaitu
apabila mangkatnya Sultan Muhammad Syah. Buktinya dapat dilihat
pada teks dibawah:
kkk
“… Maka dihadapi oleh anakanda baginda Al-Marhum Haji Allah.Setelah sudah,
maka ditabalkan lalu diaraklah ke makam paduka ayahanda dengan sepertinya
adat istiadat al-marhum. Shahadan lagi pula beberapa emas dan perak
dihamburkan sepanjang-panjang jalan itu akan derma baginda. Setelah sampai
ke makam, diletakkan lalu disembahyangkan pula. Maka berhimpunlah segala
orang yang sembahyang menyembahyangkan baginda itu beberapa ratus
diberi sedekah daripada rial dan kain-kain. Hatta setelah sudah, maka
dikuburkanlah serta dibacakan talkin. Setelah sudah dikuburkan, adinda
baginda itu mmaka Sultan Muzaffar Syah pun kembalilah dengan percintaan
baginda serta memberi takziah akan adinda baginda itu: tujuh hari baginda
berhenti tiada nobat”.
(Misa Melayu, 1992: halaman 53)
Pandangan
Hidup
 Istiadat kemangkatan dilakukan adalah untuk membezakan
golongan raja dengan golongan bawahan iaitu rakyat.
 Istiadat ini dilakukan untuk menunjukkan taat setia dan
tanda hormat rakyat kepada raja yang telah berjuang dalam
memerintah dan mengekalkan keamanan negeri Perak.
 Oleh itu, istiadat ini telah menjadi pegangan hidup bagi
rakyat negeri Perak setiap kali mangkatnya seseorang raja.
Istiadat Menjunjung Duli
 Istiadat menjunjung duli dilakukan adalah untuk memperlihatkan taat setia
kepada raja.
 Kebiasaannya, adat ini dilakukan mengikut pangkat masing-masing dan
dimulai dengan raja-raja serta anak-anak raja. Kemudian, golongan
bangsawan dan seterusnya pembesar-pembesar pada waktu
pemerintahan tersebut.
 Pengarang Misa Melayu telah memperlihatkan istiadat ini melalui peristiwa
menjunjung duli yang dilakukan oleh Raja Muda dan anak-anak raja.
Buktinya ialah:
kk
“… Setelah itu, maka turunlah seorang bentara dipersilakan Raja Muda.
Maka naiklah Raja Muda menjunjung Duli Yang Maha Mulia. Kemudian,
segala raja-raja dan anak-anak raja pun diseur oleh kepala bentara dari atas
balai dipanggil naik. Maka naiklah berganti-ganti menjunjung duli baginda.
Kemudian maka orang besar-besar pula menyembah dan segala bentara
hulubalang pula berganti-ganti menjunjung ahli baginda. Setelah sudah
sekaliannya habis menjunjung duli baginda maka semuanya pun duduklah
beratur di balai”.
(Misa Melayu, 1992 )
Pandangan
Hidup
Adat ini menjadi sebenarnya telah menjadi pegangan
mereka sehingga kini.
Hal ini demikian kerana, untuk memberikan penghormatan
dan memperlihatkan taat setia kepada golongan yang
mempunyai kuasa tertinggi dalam tampuk pemerintahan
negeri atau negara.
Adat Melenggang Perut
 Adat melenggang perut merupakan suatu adat yang dijalankan ke atas
seorang isteri yang hamil tujuh bulan.
 Peristiwa ini jelas diperlihatkan dalam Misa Melayu berdasarkan petikan
teks di bawah:
hh
“Sementara itu permaisuri baginda (Raja Budak Rasul) pun hamil. Apabila
genap tujuh bulan, diadakan istiadat melenggang perut dan mandi-manda.
Sebelum dilangsungkan istiadat itu berbagai-bagai permainan telah
diadakan beberapa hari; joget, bunyi-bunyian, cara Melayu, cara kedah,
cara Acheh termasuk Menaro. Selain daripada itu, diadakan juga berjenis-
jenis permainan sukan laut (sungai) dan darat”.
(Misa Melayu, 1992: halaman 13)
 Berdasarkan Misa Melayu dapat dilihat adat melenggang perut dijalankan
kepada permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah yang mengandung tujuh
bulan.
Pandangan
Hidup
 Ungkapan biar mati anak, jangan mati adat
sememangnya menjadi pegangan bagi masyarkat Melayu
sehingga kini.
 Masyarakat Melayu berpegang kepada ungkapan
tersebut kerana memikirkan pelbagai kebaikan
khususnya kepada ibu mengandung khususnya dalam
adat melenggang perut ini.
 Pandangan hidup mereka apabila melakukan adat ini
dapat membantu memperbetulkan kedudukan bayi di
dalam kandungan dan memudahkan si ibu melahirkan
bayi tersebut.
Adat Istiadat Pertabalan Sultan
 Berdasarkan Misa Melayu adat istiadat pertabalan sultan ini telah
dilakukan ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III.
 Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelaran Paduka
Seri Sultan Zulkarnian Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil
Alam.
 Pertabalan tersebut telah dilakukan sebelum jenazah almarhum Sultan
sebelumnya dikebumikan. Buktinya seperti petikan teks dibawah:
“Maka muafakatlah sekaliannya akan bicara menabalkan Raja Muda laki isteri. Setelah
sudah putus bicaranya, maka Raja Muda dua laki isteri memakai segala alat pawai
kerajaan selengkapnya serta sedia sekalian pedang kerajaan dan segala kebesaran yang
lainnya. Setelah itu, maka dihadapi oleh segala anak raja-raja dan segala orang besar-
besar dan hulubalang rakyat sekaliannya berhadir, maka bunyi-bunyian pun dipukul
oranglah gendang nafiri tujuh kali. Ada pun setelah tujuh kali tabal, maka segala anak
raja-raja dan orang besar-besar dan rakyat sekalian serta segala isi negeri Perak ini
semuanya mengangkat tangan di atas kepalanya mengatakan, “Daulat tuanku! Barang
dilanjutkan Allah kiranya umur zaman baginda diatas takhta singgahsana kerajaan negeri
Perak darul ridzuan ikrar sentiasa dihadapan seisi negeri dengan orang tiadalah khalil
siang dan malam”. Adapun gelaran baginda itu diatas kerajaan, Paduka seri Sultan
Iskandar Dzulkarnain Shah Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Dzillullahi Filalami.
Setelah sudah baginda tabal dua laki isteri, maka diangkatlah oranglah pula jenazah
ayahanda baginda ke pintu Rong”.
(Misa Melayu, 1992: halaman 52)
Pandangan
Hidup
 Berdasarkan adat pertabalan sultan ini dapat dilihat
pegangan golongan diraja ketika itu dari aspek
perwarisan takhta.
 Negeri Perak amat berpegang kepada konsep pengiliran
dalam pemerintahannya.
 Hal ini demikian kerana, untuk memberi peluang
kepada setiap individu yang mempunyai darah dan
keturunan raja untuk memegang tampuk pemerintahan
Estetika dan kepengarangan
• Estetika dan kepengarangan merupakan salah satu ciri terpenting
dalam sesebuah karya agung.
• Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani (2016: 91), estetik berhubung
dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur,
pengolahan dan teknik penulisan.
• Dalam erti kata lain, estetik dalam sesebuah karya merupakan seni
keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang
memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran,
imaginasi dan wawasan.
• Kepengarangan pula merupakan mekanisme dan kaedah pengarang
berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang
pengarang itu.
• Sifat kepengarangan dan keunggulan seseorang pengarang dapat
dibina melalui seni sastera ataupun nilai estetika yang terdapat
dalam karya pengarang itu sendiri.
1. Motif Pengarang
2. Mahu menyampaikan
menyampaikan kepada
generasi akan datang
mengenai kegemilangan
pemerintahan raja
pada zamannya. Ini dapat
dilihat berdasarkan frasa :
‘supaya bolehlah akan
zaman kita disebut orang
kelak’
1. Untuk memenuhi kehendak raja atau dengan erti kata
lain menurut titah sultan pada zaman tersebut.
tuanku titahkan patik mengarang,
diperbuat juga sebarang-barang,
sajaknya janggal manisnya kurang,
haram tak sedap didengar orang.
Bukti:
Kepengarangan
• Pengarang menggunakan tarikh yang tepat dalam menyatakan sesuatu peristiwa.
• Menyelitkan ciri pensejarahan islam dalam karya misa melayu. Dibuktikan melalui
penggunaan lafaz Bismillah pada awal penulisannya
• menggunakan perkataan yang berunsurkan Islam, iaitu frasa ‘dengan izin Allah’.
Contoh lain:
“...Ampun tuanku, insya-Allah Taala barang dipanjangkan Allah
kiranya hadrat Duli Yang Maha Mulia di dalam dunia ini…”
“…setelah sudah baginda berwasiat demikian, maka datanglah
peredaran dunia ini. Inna lillahi wainnailaihirajiun.”
• Pengarang juga menonjolkan keunikan sistem politik yang berlaku di Perak.
• Pengarang tidak menggunakan unsur-unsur mitos atau dongeng di dalam karya
tersebut kerana misa Melayu merupakan karya histiografi yang penting bagi negeri
Perak.
• Karya ini memasukkan pantun dan syair sebagai penyeri karya
• mengandungi peristiwa yang benar-benar telah berlaku selain memberikan
gambaran mengenai struktur politik, undang-undang, kegiatan ekonomi, dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pemerintahan negeri Perak pada zaman
tersebut.
2. Kekuatan
Kepengarangan
• Penggunaan retorik
i. Retorik Pemerian
Penjelasan dan huraian mengenai sesuatu idea
untuk menyampaikan sesuatu fakta dan
maklumat yang lengkap kepada pembacanya.
“Hatta, maka baginda pun hendak pindah
membuat negeri di pasir pulai. Telah sudah
istana baginda diperbuat oleh Raja Muda
dan Raja Bendahara serta dengan segala
orang besar-besar hulubalang pegawai
rakyat sealiannya, lengkap dengan kota
paritnya, maka baginda pun berpindahlah ke
Pasir Pulai berbuatlah negerilah di sana
itu…”
Contoh:
3. Seni bahasa
sambungan…
ii. Retorik Penerangan
• Berfungsi untuk memberi penerangan dengan lebih
terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang
lain.
• Bertujuan untuk memberikan penjelasan yang lebih
tersusun kepada para pembaca.
“Hatta maka beberapa lamanya raja Selangor
pun hendak mengerjakan mengahwinkan
puteranya dengan anak raja Kedah. Maka
raja Selangor pun menyuruh Ke Perak
memanggil segala raja-raja Perak. Maka
dititahkan Sultan Mahmud Syah…”
Contoh:
• Gaya bahasa
Hiperbola
i. Gaya bahasa
pertentangan
• Penggunaan istilah yang membesar-besarkan dengan tujuan
memberi penekanan atau kesan memperhebat.
• Gaya bahasa yang mengandungi pernyataan yang berlebih-
lebihan jumlahnya, ukurannya atau sifatnya dengan tujuan
memberi penekanan.
“…Maka gendang negara serunai nafiri
ceracap pun dipalu oranglah dengan
segala bunyi-bunyian pula berbunyilah,
terlalu adzmat bunyinya, tiada sangka
bunyi lagi, seperti kiamatlah lakunta
Pulau Indera Sakti”.
Contoh:
sambungan…
ii. Gaya bahasa perbandingan
Simile
• Penggunaan gaya bahasa yang membandingkan dua
hal padahal berlainan ataupun sengaja dianggap sama.
• Selalunya menggunakan perkataan “seperti”,
“umpama”, “bagai” dan “laksana”
“...akan bunyi-bunyian dan segala bedil itu
tiada berhenti gegak gempita juga bunyinya,
tiadalah diketahui orang akan kenaikan
kecemasan itu, seperti orang bermain-main
juga rupanya.”
(Misa Melayu, 46-47)
Contoh:
sambungan...
iii. Pantun
• Puisi lama yang biasanya
terdiri daripada empat
baris dalam tiap-tiap
rangkap.
• Dua baris pertama
merupakan pembayang
dan yang selainnya
merupakan baris
maksud.
“Balai bertingkap bersulor bayong,
Kenaikan sultan sedang berangkat,
Bagai zamrud di-merchu gunong,
Saperti intan sudah terikat.
Kenaikan sultan sedang berangkat,
Meninggalkan desa berahman indera,
Saperti intan sudah terikat,
Persembahan segala bala tentera.”
(Misa Melayu, 68)
Contoh:
sambungan...
iv. Syair
• Misa Melayu mengandungi
bahagian syair yang terlalu
panjang.
• Mengandungi 424 rangkap
syair yang mengisahkan
persiapan-persiapan dan
pelbagai peristiwa yang
berlaku semasa Sultan
Iskandar Inayat Shah belayar
ke laut.
• mengulangi peristiwa yang
telah diceritakan dalam
bahagian prosanya,
malahan beliau turut
memuatkan maklumat baru
yang tidak diceritakan pada
bahagian prosa.
Ada sa-buah baharu di-reka,
Dandan-nya indah sikap belaka,
Ukiran kalok bertulis belaka,
Sikap sa-perti se-ekor naga.
Sa-ekor mawas tegak di-haluan,
Saperti singa menchari lawan,
di-kurniakan duli yang di-pertuan,
kenaikan raja putera bangsawan.
(Misa Melayu, 122)
Contoh:
Nilai Ilmu dalam Misa
Melayu
• Antara fungsi sesuatu ilmu itu ialah
disebarkan untuk menambah ilmu
pengetahuan dan mengembangkan lagi
perkara yang mengandungi pelbagai
kemusykilan dan lain-lain.
• Dalam Misa Melayu, ilmu yang ingin dikaji
ialah ilmu pentadbiran atau sistem beraja,
ilmu firasat, ilmu sejarah dan ilmu
ekonomi.
• Pentadbiran  perbuatan melaksanakan urusan, mengelola, atau
menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi.
• pentadbiran  mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal
ehwal fungsi pentadbiran atau fungsi kerajaan.
• Sebagai contoh, dalam Misa Melayu telah diwujudkan sistem beraja
yang mengikut susunan yang telah diatur dengan baik. susunan
tersebut ialah :
 Raja Muda
 Raja Bendahara
 Raja Di Hilir
 Raja Di Baruh
 Raja Kecil Besar
 Raja Kecil Tengah
 Raja Kecil Muda
 Raja Kecil Bongsu
1. Ilmu Pentadbiran Atau
Sistem Beraja
• Dalam Misa Melayu, ilmu firasat dapat dikenal pasti
menerusi perbualan Sultan Iskandar dengan pawangnya
berkenaan keinginannya untuk mencari ikan di sungai.
Maka titah baginda, “Hai Sang Paya Indera dan Sang Paya Diraja, di mana sungai-sungai
yang baik beta hendak menuba?” Maka sembah pawang kedua itu, “Tuanku, ampun.
Kepada pemandangan patik sekalian, sungai yang baik dan ikannya banyak Sungai
Budimanlah yang patut tuanku berangkat bermain-main membawa adinda baginda
sekalian.”
(Misa Melayu)
• Petikan tersebut, menunjukkan bahawa pawang
berkenaan mempunyai ilmu firasat iaitu dengan hanya
melihat kawasan dan keadaan sungai terbabit, mereka
sudah mengetahui keadaan serta ikan-ikan yang berada
di dalam sungai terbabit.
2. Ilmu Firasat
• Misa Melayu adalah sebuah sejarah Perak dari awal
hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur
Syah. Tetapi tumpuan diberi kepada era Sultan Mudzafar
Shah dan Sultan Iskandar Dzulkarnain.
• Pengkisahan bermula dari Al-Marhum Jalilullah yang
mempunyai beberapa orang putera.
• Selepas baginda, takhta kerajaan diganti oleh Marhum
Besar, Sultan Mahmud yang dikatakan memerintah selama
120 tahun. Baginda diganti oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah yang memerintah selama 20 tahun.
• Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah , negeri
Perak telah terbahagi kepada dua wilayah politik.
3. Ilmu Sejarah
sambungan…
• Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat
Shah , negeri Perak telah terbahagi kepada dua
wilayah politik :
Kuala Kangsar yang diperintah oleh Raja Inu,
bergelar Sultan Mudzafar Shah
Pulau Tiga yang diperintah oleh Raja Bisnu yang
bergelar Sultan Muhamad Shah.
• Atas usaha dan kebijaksanaan Raja Iskandar,
putera pertama Sultan Muhamad Shah, maka
Perak telah disatukan semula
• Pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah negeri
Perak membuat hubungan diplomatik dengan Belanda.
Melalui hubungan tersebut Belanda telah berjaya
memonopoli pasaran bijih timah yang dibawa keluar
melalui Sungai Perak.
• Sedikit sebanyak, dengan kegiatan perniagaan bijih timah
itu telah membawa kemakmuran kepada negeri Perak pada
ketika itu.
• Masyarakat pada ketika itu menggunakan sistem
ekonomi feudal. Dalam sistem tersebut, sultan dan
pembesar negeri adalah orang-orang yang memonopoli
eksport dan import. Manakala, rakyat biasa sekadar
pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-
mata.
1. Ilmu Ekonomi
sambungan…
• Pedagang luar juga datang berdagang ke
negeri Perak pada ketika itu. Ia dapat
dilihat menerusi petikan teks ini :
“Adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina dan orang Keling pun
semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai
rupanya dan lakunya.”
(Misa Melayu)
• Misa Melayu merupakan satu karya yang
memperlihatkan sejarah pemerintahan kerajaan Perak,
gambaran kehidupan, norma dan nilai-nilai yang
ditunjukkan oleh masyarakat pada ketika itu.
• Karya ini menepati ciri-ciri sebuah karya agung kerana
aspek pemikiran, falsafah, nilai budaya dan pandangan
hidup, nilai ilmu, estetika serta teknik kepengarangan
berjaya digarapkan dengan baik menerusi karya
tersebut.
• Berdasarkan aspek-aspek itu, karya ini dapat
dijadikan panduan kepada generasi akan datang
untuk mengambil segala iktibar daripada segala
peristiwa yang berlaku dalam karya ini.
Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ahmad Fauzi Mohd Basri (1992). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Badrulzaman Bin Mohd Zanadi, (1986). Menjelang 100 Tahun Tertubuhnya Bandar Diraja Kuala Kangsar Dan
Perkembangan Seni Bina Istana Iskandariah. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.
Bluntschli, J. R. (2000). The Theory of The State. Canada: Batoche Books.
Buyong Adil, (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun, (2013). Sebuah Versi Baru Hikayat ‘Misa Melayu’ Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University
Library. Minden : Universiti Sains Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Misa Melayu oleh Raja Chulan. (1962). Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Meriam Yaacob (2015). Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu dalam Karya Sastera. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

More Related Content

PPT
Bab 3 Jirim
PDF
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
PDF
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
PPTX
Teori tret allport
PPT
Teknik Pengucapan Awam
PDF
Bab-3- Keunikan-karya-agung
PPTX
Performance appraisal
PPTX
Basic H2S training
Bab 3 Jirim
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Teori tret allport
Teknik Pengucapan Awam
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Performance appraisal
Basic H2S training

What's hot (20)

PDF
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
PDF
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
PPTX
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
PPTX
Filologi Dalam Sejarah
PDF
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
PDF
Pensejarahan Malaysia Bab 6
PDF
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
PPTX
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
PPTX
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
PPTX
Tuhfat al nafis
PPTX
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
DOCX
Makna sastera
DOCX
36876504 kaedah-simulasi
PPTX
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
PPTX
Falsafah pendidikan guru
DOCX
TUGASAN LITERASI BAHASA
PPT
Kemerosotan melaka
PDF
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
PPT
Kemahiran mendengar
PDF
Sejarah Lisan Tajuk 1
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
Filologi Dalam Sejarah
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Pensejarahan Malaysia Bab 6
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Tuhfat al nafis
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Makna sastera
36876504 kaedah-simulasi
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Falsafah pendidikan guru
TUGASAN LITERASI BAHASA
Kemerosotan melaka
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Kemahiran mendengar
Sejarah Lisan Tajuk 1
Ad

Viewers also liked (20)

PDF
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
PPT
Karya agung melayu
PPT
DOCX
Sinopsis hikayat abdullah munsyi
PDF
Pensejarahan Malaysia Bab 5
DOCX
M phil
DOCX
DOCX
Qué se-entiende-por-inventario
DOCX
3.2 guia etica
PPTX
Tipos de cable UTP
PPTX
Presentación1 tic sobre el diseño instruccional
PPTX
Presentación1 fernando
DOCX
Crise hídrica
PPTX
Actividad 3.3.6
PPTX
Presentacion fatla
DOCX
resume
PPTX
"Men vi kör ju typ scrum"
PPTX
Presentación1 fernando
DOCX
THIS IS MY CITY
PDF
Night and Day Interview
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Karya agung melayu
Sinopsis hikayat abdullah munsyi
Pensejarahan Malaysia Bab 5
M phil
Qué se-entiende-por-inventario
3.2 guia etica
Tipos de cable UTP
Presentación1 tic sobre el diseño instruccional
Presentación1 fernando
Crise hídrica
Actividad 3.3.6
Presentacion fatla
resume
"Men vi kör ju typ scrum"
Presentación1 fernando
THIS IS MY CITY
Night and Day Interview
Ad

Similar to Karya Agung Melayu (Misa Melayu) (20)

PPTX
Hikayat merong-mahawangsa
PPTX
Sejarah Melayu
PDF
Keagungan Karya Agung Melayu
PDF
Keagungan Karya Agung Melayu
PPTX
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
PPT
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
PDF
HIKAYAT ACHEH
PPTX
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
PDF
Tutorial 1
PPTX
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
PPTX
Sultan alauddin riayat syah
PPT
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
PPT
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
PPTX
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
PPTX
Keunikan karya agung - sejarah melayu
DOCX
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
DOCX
Note topik 1
PPTX
Kerjaan islam disumatra
PPTX
Kesultanan aceh
PDF
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Hikayat merong-mahawangsa
Sejarah Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
HIKAYAT ACHEH
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Tutorial 1
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
Sultan alauddin riayat syah
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Keunikan karya agung - sejarah melayu
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
Note topik 1
Kerjaan islam disumatra
Kesultanan aceh
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu

Recently uploaded (20)

DOCX
Lembar Kerja Mahasiswa Information System
DOCX
Modul Ajar Deep Learning PKWU Rekayasa Kelas 12 SMA Terbaru 2025
PDF
lembar kerja LMS tugas pembelajaran mendalam
PDF
PPT Resources Seminar AITalks: AI dan Konseling GPT
PDF
Modul 7 Kp 1 Pelatihan Pembelajaran Mendalam
PDF
INSTRUMEN IMPLEMENTASI DAN REFLEKSI PERENCANAAN PEMBELAJARAN-ARNI.pdf
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Senbud Seni Musik Kelas XII Terbaru 2025
PPTX
ppt kelas XII materi sifat koligatif larutan
PPTX
Analisis-Kasus-PNS-Telat-Pelayanan-Publik-Terhambat Fiks.pptx
DOCX
Modul Ajar Deep Learning PJOK Kelas 10 SMA Terbaru 2025
PDF
BAHASA INDONESIA KELAS 6 SD TEKS INFORMATIF
PDF
Deck Rumah Pendidikan untuk Mendukung Program Prioritas Kemendikdasmen.pdf
PDF
Digital Statecraft Menuju Indonesia Emas 2045: Diplomasi Digital, Ketahanan N...
PPTX
Keterbatasan-Fasilitas-dalam-Mengajar-KKA.pptx
PDF
Materi Seminar AITalks: AI dan Konseling GPT
PPTX
PENGIMBASAN PEMBELAJARAN MENDALAM (DEEP LEARNING)
PPTX
Rancangan Kegiatan Kokurikuler SMP N 1 Karanggede
PDF
883668952-KP-4-Modul-2-Kerangka-Pembelajaran-Mendalam.pdf
PPTX
PPT SURAT AL FIL LOMBA MAPSI SEKOLAH DASAR
PPTX
Peran Staf Ritel dalam Penanganan dan Distribusi Produk
Lembar Kerja Mahasiswa Information System
Modul Ajar Deep Learning PKWU Rekayasa Kelas 12 SMA Terbaru 2025
lembar kerja LMS tugas pembelajaran mendalam
PPT Resources Seminar AITalks: AI dan Konseling GPT
Modul 7 Kp 1 Pelatihan Pembelajaran Mendalam
INSTRUMEN IMPLEMENTASI DAN REFLEKSI PERENCANAAN PEMBELAJARAN-ARNI.pdf
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Senbud Seni Musik Kelas XII Terbaru 2025
ppt kelas XII materi sifat koligatif larutan
Analisis-Kasus-PNS-Telat-Pelayanan-Publik-Terhambat Fiks.pptx
Modul Ajar Deep Learning PJOK Kelas 10 SMA Terbaru 2025
BAHASA INDONESIA KELAS 6 SD TEKS INFORMATIF
Deck Rumah Pendidikan untuk Mendukung Program Prioritas Kemendikdasmen.pdf
Digital Statecraft Menuju Indonesia Emas 2045: Diplomasi Digital, Ketahanan N...
Keterbatasan-Fasilitas-dalam-Mengajar-KKA.pptx
Materi Seminar AITalks: AI dan Konseling GPT
PENGIMBASAN PEMBELAJARAN MENDALAM (DEEP LEARNING)
Rancangan Kegiatan Kokurikuler SMP N 1 Karanggede
883668952-KP-4-Modul-2-Kerangka-Pembelajaran-Mendalam.pdf
PPT SURAT AL FIL LOMBA MAPSI SEKOLAH DASAR
Peran Staf Ritel dalam Penanganan dan Distribusi Produk

Karya Agung Melayu (Misa Melayu)

  • 1. BMS3022 Karya Agung Melayu Disediakan oleh: Hitrah binti Jusaan D20121058050 Norasyikin binti Latip D20121058054 Norwana binti Siro D20121058055 Zaidatol Akmaliah binti Zulkiflly D20121058058 Mohammad Nizam bin Humdanni D20121058065 Kumpulan C (4) Analisis karya tradisional: Misa Melayu (Raja Chulan)
  • 2. Pengenalan • Sebuah karya pensejarahan Melayu yang terkenal selepas Sulalatus Salatin • Meriwayatkan sejarah negeri Perak dari sejak zaman awal hinggalah ke kurun kelapan belas • Hasil karya seorang sejarawan istana kurun kelapan belas itu, iaitu Raja Chulan • Misa Melayu adalah sebuah karya yang "realistik" serta tidak mengandungi dongeng dan cerita rakyat atau, dengan kata lain, tidak mencampurkan dongeng dan fantasi dengan fakta sejarah
  • 3. Sinopsis Misa Melayu • Karya Agung Misa Melayu mengisahkan kehidupan Raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 sehingga tahun 1780-an. • Antara kisah yang diceritakan dalam misa Melayu ialah: - perihal kesultanan negeri Perak yang berasal daripada keturunan yang agung, iaitu Raja Iskandar Zulakarnain dan jurai keturunannya sehingga Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan yang memerintah sehingga ke selatan Tanah Melayu. - Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, dikatakan orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji untuk perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban, yang berhampiran dengan muara Sungai Kinta dan Sungai Perak setelah mendapat kebenaran daripada Sultan Muzaffar Syah. - Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain yang menyusur pantai negeri Perak bersama Raja Chulan - Menceritakan kisah Sultan Muhammad yang merupakan waris muda menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah yang merupakan waris tua untuk takhta kerajaan negeri Perak ketika itu. Peristiwa seterusnya yang dimuatkan di dalam Misa Melayu adalah kisah mengenai Sultan Muzaffar Syah yang menginginkan seorang Raja Muda untuk menjadi menantunya. - Kisah Sultan Muhammad Syah (1744 – 1750) yang telah mengorbankan kedudukannya sendiri sebagai sultan Perak ketika itu, supaya negeri Perak dapat dicantumkan semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja, iaitu kekandanya yang bernama Sultan Muzaffar Syah.
  • 5. Pemikiran dalam Misa Melayu • Pemikiran di dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan oleh pengarang. Bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang (Seri Lanang Jaya et. al, 2016). • Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri dalam memilih idea dan menjelmakannya menjadi mesej atau isi yang merupakan subjek yang dibawa oleh pengarang di dalam karyanya. • Dalam Misa Melayu, pengarang membawakan beberapa pemikiran yang jelas terlihat di dalamnya iaitu soal politik, soal ekonomi dan soal agama.
  • 6. • Pengarang Misa Melayu menampakkan keunikan sistem politik Perak iaitu rajanya tidak memerintah secara mutlak. • Raja terlebih dahulu mendapatkan nasihat pembesar negeri dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat. 1. Soal Politik “Dalam wasiatnya Sultan Muzaffar Syah (1752) … yang sangat beta harap sekarang, baiklah anak kita Raja Mudalah yang akan ganti kita. Maka hendaklah bicara orang besar- besar dan segala hulubalang pegawai pada memerintahkan takhta kerajaan anak kita dan selenggarakan hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak… dan hendaklah muafakat sama-sama kepada barang bicara dengan sekalian orang besar- besar hulubalang dan pada anak raja-raja dan yang memegang agama kita …” (Hikayat Misa Melayu, Halaman 51) Contoh
  • 7. • Aspek pewarisan takhta pula, umum mengetahui Perak menjalankan sistem penggiliran dalam pemerintahannya. Raja Di Hilir Raja Di Baruh Raja Kecil Besar Raja Kecil Tengah Raja Kecil Muda Raja Kecil Bongsu Raja Bendahara Raja Muda
  • 8. sambungan… • Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu prosedur yang ketat yang perlu dipatuhi. • Contohnya, Raja Kimas yang bergelar Raja Kecil Muda dilantik menjadi Raja Muda, manakala Raja Alaudin yang bergelar Raja Kecil Tengah telah diangkat menjadi Raja Bendahara. • Hal ini membuktikan tidak semua waris taktha itu perlu menaiki taktha mengikut giliran atau tangga waris taktha itu.
  • 9. • Pengarang juga turut memasukkan soal ekonomi ke dalam hikayat Misa Melayu. • Hal ekonomi merujuk kepada wujudnya aktiviti perniagaan dan perdagangan yang menjadi perkara dalam penceritaan sesebuah karya. • Pengarang dalam Misa Melayu menunjukkan wujudnya perdagangan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. 2. Soal ekonomi “… baginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke benua Keling (India). Adapun akan Sultan Iskandar itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka itulah baginda menitahkan Tambi Kecil pergi akan mengambil barang siapa mahu membawa kapalnya masuk berniaga ke dalam negeri Perak ini, kerana baginda hendak berjual gajah.” (Misa Melayu, halaman 78) Contoh
  • 10. • Soal agama turut menjadi satu gagasan idea atau pemikiran yang disampaikan oleh pengarang di dalam Hikayat Misa Melayu. • Soal agama menunjukkan kewujudan tuhan, sifat baik seseorang, pahala dan sebagainya. • Pengarang menunjukkan watak Sultan Muzaffar Syah yang berpegang teguh pada ajaran Islam. 3. Soal agama
  • 11. Contoh: “… hatta maka antara sebulan lama selangnya, maka baginda pun telah datanglah sudah takdir Allah Taala; maka baginda pun geringlah terlalu berat sangat….” “… maka beberapa pula sedekah kepada segala fakir miskin daripada emas dan perak dan kain-kain beribu -beribu dikurniakan baginda hendak pohonkan rahmat ke hadrat Khalikal-abad, di dalam pada itu pun tiada juga betah gering baginda …” “… setelah itu, maka gering baginda itu pun makin bertambah beratnya pula. Maka berhimpunlah segala anak raja-raja dan orang besar-besar dan hulubalang rakyat sekaliannya …” ‘”… maka kepada suatu hari, baginda pun tahulah ia akan dirinya telah datang kehendak Allah Taala kepadanya kepadanya tambahan baginda itu raja alim ulama, tambahan pula sangat kuat amal ibadatnya.” (Hikayat Misa Melayu, halaman 22) sambungan…
  • 13. Falsafah • Falsafah membawa maksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu- ilmu lain. • Plato dalama Mana Sikana (1996) pula mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang asli.
  • 15. • Naskhah yang dihasilkan oleh Raja Chulan ini mengisahkan sejarah negeri Perak yang bermula dengan pemerintahan raja-raja sebelum Sultan Muzaffar Shah, iaitu Almarhum Jaliullah, Almarhum Besar dan Almarhum Sulung serta diakhiri dengan Sultan Alauddin Mansur Shah. 1. Falsafah Sejarah
  • 16. Jurai Pemerintahan Kerajaan Perak Almarhum Jaliullah (Sultan pertama yang dicatatkan dalam Misa Melayu) Sultan Mahmud Shah (Putera Almarhum Sultan Jaliullah) Raja Radin atau Sultan Alauddin Riayat Shah (Anak saudara Sultan Mahmud Shah) Raja Inu atau Sultan Muzaffar Shah (Adinda Sultan Alauddin) Sultan Iskandar Zulkarnain (Putera Sultan Muzaffar) Sultan Mahmud Shah (Adinda Sultan Iskandar) Sultan Alauddin Mansur Shah (Sultan terakhir dalam Misa Melayu)
  • 17. Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Raja Chulan mencuba untuk memperlihatkan sejarah pemerintahan di Perak yang tidak menggunakan sistem penggiliran seperti sistem pemerintahan sultan bagi negeri-negeri lain melalui catatannya dalam Misa Melayu. Hal ini demikian kerana, Perak memberi peluang kepada semua kaum kerabat yang lain untuk menduduki takhta setelah mangkatnya sultan yang memerintah pada ketika itu. Falsafah yang cuba ditunjukkan:
  • 18. "Maka sekarang ini apalah sudahnya negeri sebuah, raja dua? Kepada hati beta hendaklah kita persilakan Sultan Muzaffar Shah itu kembali ke istananya ke Berahman Indera, supaya kerajaan kepada baginda itu; biarlah beta berhenti, kerana baginda itu saudara yang tua kepada beta, tidaklah datang hati beta hendak melebihi daripada baginda itu." (Misa Melayu, 1992:2-3) Kerajaan Perak pada era Sultan Muzaffar Shah terbahagi kepada dua kerajaan, dan turut diperintah oleh dua orang sultan yakni, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Muhammad Shah yang berlaku disebabkan pertelingkahan serta perebutan kuasa antara kedua- dua sultan tersebut . 2. Falsafah Politik
  • 19. Pihak Belanda di Tanjong Putus, mengutus surat ke Betawi mengadu dan meminta bantuan untuk bertindak. Tak lama kemudian, datanglah wakil Kompeni Belanda dari Betawi dengan satu angkatan mengandungi tujuh buah kapal. Wakil Belanda itu terus memberi tahu Laksamana dan Shahbandar yang ia hendak mengadap Sultan. Pihak Sultan sudah tentu rasa cemburu kedatangan wakil Belanda sedemikian rupa. Baginda bersiap sedia dengan pengawal-pengawal-pengawal yang dilengkapkan dengan senjata-senjata; keris, istinggar, pelaras, pistol dan lain-lain lagi. (Misa Melayu, 1992:12) Kebijaksanaan seorang pemimpin dalam menyelesaikan segala persengketaan dan perselisihan faham yang berlaku antara pihaknya dengan pihak lain
  • 20. Utusan Belanda itu menyampaikan sepucuk surat kepada baginda, tujuannya berkehendakkan membeli bijih timah dan bijih itu hendaklah dihilirkan ke Tanjong Putus dan di sanalah ditimbang dan dibayar. Tetapi baginda enggan menyetujui kehendak Belanda itu. Oleh sebab sangat marahnya, lalu dibedilnya arah ke Tanjong Bidor dengan maksud hendak menakut-nakutkan Shahbandar dan Menteri. Malam itu juga Shahbandar mdik ke Pulau Indera Sakti mengadap Sultan untuk memberi tahu peristiwa yang berlaku. Mendegar hal itu, sangatlah murka Sultan. (Misa Melayu, 1992:15-16)
  • 21. 3. Falsafah Ekonomi Hubungan perniagaan yang termeterai antara dua pihak berjaya menjamin kestabilan ekonomi sesebuah kerajaan. Pembelian bijih timah dan pembinaan loji perniagaan bijih timah menjamin kestabilan dan kekukuhan ekonomi Perak. Dengan adanya pembelian bijih timah dari orang-orang Belanda itu, maka negeri Perak pun makmur dan wang pun bertukar tangan. (Misa Melayu, 1992:8)
  • 22. Sementara itu permaisuri baginda (Raja Budak Rasul) pun hamil. Apabila genap tujuh bulan, diadakanlah istiadat melenggang perut dan mandi-manda. Sebelum dilangsungkan istiadat itu, berbagai- bagai permainan telah diadakan beberapa hari; joget, bunyi-bunyian cara Melayu, cara Kedah, cara Acheh, termasuk Menora. Selain daripada itu, diadakan juga berjenis-jenis permainan sukan laut dan darat. Pendeknya sepanjang istiadat itu berjalan selama tujuh hari tujuh malam, bermacam-macamlah permainan dan bunyi-bunyian serta bakaran mercun yang hingar-bingar, diadakan oleh rakyat. (Misa Melayu, 1992:14) Intergrasi kaum yang berlaku ekoran daripada aktiviti keramaian yang dilakukan oleh rakyat kerajaan Perak terhadap sesuatu peristiwa. 4. Falsafah Sosial
  • 23. Kemuncaknya daripada perak bertakhtakan emas dan permata pudi manikam, tingkapnya daripada ijok besi khersani, dindingnya berturap dengan nilam kapur yang diselang-selikan dengan cermin dan kaca. Di tingkat yang ketujuh terdapat balai peranginan yang dipenuhi dengan kisi-kisi sekelilingnya. Dan dihujung tiap-tiap kisi itu pula bergantung daun budi berbentuk empat segi. Apabila ditiup angin, berbunyilah daun-daun budi itu seperti buluh perindu, dan apabila digoyang angin dan disinari cahaya matahari, gemerlapanlah rupanya dipandang dari jauh. (Misa Melayu, 1992:14) Status sosial golongan istana yang menunjukkan jurang sosial yang sangat ketara
  • 24. 5. Falsafah Etika Baginda menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada siapa-siapa yang menguzurkan diri daripada menziarahi jenazah al-marhum. Akibat dari hukuman-hukuman ini, beberapa orang besar dilucutkan jawatannya dan beberapa orang pula diikat kaki tangannya dan dijemur di tengah padang. Tetapi, akhirnya banyak yang diberi keampunan. (Misa Melayu, 1992:11) Sultan Iskandar telah menghukum sesiapa yang tidak menghadirkan diri ke istiadat pengebumian Almarhum Sultan Muzaffar Shah.
  • 25. NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP
  • 26.  Menurut Carla (2014), budaya dimaksudkan sebagai corak berkongsi tingkah laku dan interaksi membina kognitif, afektif dan kefahaman yang dipelajari melalui proses sosialisasi.  Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat (Seri Lanang Jaya et al. 2016) NILAI BUDAYA
  • 27. PANDANGAN HIDUP Pandangan hidup pula adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam (Seri Lanang Jaya et al. 2016: 117). Menurut Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan hal akhirat.
  • 28. Adat Meminang dan Berkahwin  Adat peminangan dan perkahwinan merupakan salah satu kebudayaan Melayu yang masih unggul dan dipertahankan serta diamalkan sehingga kini.  Berdasarkan Misa Melayu, dapat dilihat adat meminang dan berkahwin yang berlaku dalam kalangan golongan diraja.  Misalnya, Raja Muda Iskandar yang ingin meminang Puteri Sultan Muzaffar atau Raja Budak Rasul. Buktinya, berdasarkan petikan teks dibawah: “… 1992: hal) “… maka titah baginda laki isteri, “ Apa pekerjaan anakanda kedua datang ini?”. Maka anak raja kedua itu pun berdatang sembah, demikian sembahnya, “ Tuanku, patik ini disuruhkan oleh anakanda Raja Muda untuk menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia baginda laki isteri. Adapun, sembah anakanda itu hendak memohonkan diperhamba sekali. Tetapi, harapkan ampun juga diperbanyak-banyak di atas jemala ubun- ubun patik sekalian ini…”. (Misa Melayu, 1992: halaman 12)
  • 29.  Kemudian, majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dan dihadiri oleh rakyat jelata.  Buktinya, dapat dilihat berdasarkan petikan teks di bawah : k “… maka mempelai Raja Muda pun dihiasilah oleh raja yang tua-tua dengan selengkap pakaian mempelai raja-raja yang besar-besar, maka diberi memakai pakaian kerajaan negeri Perak…” “… setelah Menteri mendengar titah baginda maka ia pun masuk menjunjung Duli Yang Maha Mulia baginda, lalu ia membaca khutbah Saidina Ali nikah…”. (Misa Melayu, 1992: halaman 48)
  • 30. Pandangan hidup yang dipegang oleh masyarakat Melayu khususnya di negeri Perak ialah ‘Biar mati anak, jangan mati adat’. Ungkapan ini amat sesuai sekali bagi masyarakat Melayu ketika itu kerana mereka sentiasa mendahulukan adat dalam apa cara sekalipun. Hal ini dapat, dilihat apabila Raja Muda Iskandar memulakan adat peminangan untuk menyampaikan hasrat hatinya ingin memperisterikan Raja Budak Rasul sebelum meneruskan adat yang seterusnya iaitu adat perkahwinan. Pandangan Hidup
  • 31. Adat Bertindik dan Berinai  Pada zaman feudal lagi masyarakatnya sudah menjalankan adat bertindik dan berinai.  Jika dilihat, adat ini masih lagi diteruskan dan diamalkan pada masyarakat kini namun adat tersebut disesuaikan mengikut syariat Islam supaya tidak menyerupai agama lain.  Berdasarkan, Misa Melayu, adat bertindik dapat dilihat melalui peristiwa bertindik yang dijalankan terhadap Raja Budak Rasul. Buktinya dapat dilihat berdasarkan petikan teks di bawah: kk “…Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat meriah, kemudian diikuti pula dengan istiadat bertindik puteri yang baru bertunang itu, maka pada akhir tahun yang ketiga pertunangan itu disatukanlah Puteri Raja Budak Rasul dengan Raja Muda”. (Misa Melayu, 1992: halaman 10)
  • 32.  Adat berinai pula kebiasaannya dilakukan sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan dijalankan oleh pihak sebelah perempuan.  Adat berinai yang diadakan dalam kalangan golongan diraja akan memperlihatkan upacara yang gilang gemilang.  Berdasarkan Misa Melayu jelas menunjukkan adat berinai dilakukan ke atas Raja Budak Rasul.  Adat berinai yang dilakukan jelas menunjukkan pengaruh agama Hindu yang kuat sewaktu pemerintahan diraja Perak. Buktinya seperti dibawah: kk “… Hatta maka berjaga-jaga itu pun sampailah tujuh belas malam hingga pada malam berinai, maka daripada siangnya itu, maka masuklah Orang Kaya Besar mengarak inai ke dalam. Maka inai pun dibubuhnya di atas kepala seekor binatang kera ‘Hanuman’. Maka diletakkan lah di atas perarakan, lalu diaraklah masuk ke dalam kota sampai ke balai penghadapan, maka disambut oranglah inai itu dengan seperti adat. Maka Orang Kaya Besar pun dikurnia baginda persalin dengan selengkapnya. Maka pada malam itu berinailah. (Misa Melayu, 1992: halaman 42)
  • 33. Pandangan Hidup  Pandangan hidup yang dipegang oleh masyarakat Melayu ialah ‘Biar mati anak, jangan mati adat’.  Ungkapan ini dipegang oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana mereka sentiasa mendahulukan adat dalam apa cara sekalipun.  Namun, adat yang diamalkan ini disesuaikan dengan syariat agama Islam supaya tidak menyerupai agama lain.  Oleh itu, jelas dilihat masyarakat pada ketika itu amat berpegang teguh kepada adat resam dalam kehidupan seharian mereka.
  • 34. Istiadat Kemangkatan  Istiadat kemangkatan digunakan kepada golongan diraja dan bukan kepada golongan rakyat biasa.  Istiadat kemangkatan ini dilakukan kepada raja atau kerabat diraja apabila mangkat.  Melalui Misa Melayu, istiadat kemangkatan juga turut diselitkan iaitu apabila mangkatnya Sultan Muhammad Syah. Buktinya dapat dilihat pada teks dibawah: kkk “… Maka dihadapi oleh anakanda baginda Al-Marhum Haji Allah.Setelah sudah, maka ditabalkan lalu diaraklah ke makam paduka ayahanda dengan sepertinya adat istiadat al-marhum. Shahadan lagi pula beberapa emas dan perak dihamburkan sepanjang-panjang jalan itu akan derma baginda. Setelah sampai ke makam, diletakkan lalu disembahyangkan pula. Maka berhimpunlah segala orang yang sembahyang menyembahyangkan baginda itu beberapa ratus diberi sedekah daripada rial dan kain-kain. Hatta setelah sudah, maka dikuburkanlah serta dibacakan talkin. Setelah sudah dikuburkan, adinda baginda itu mmaka Sultan Muzaffar Syah pun kembalilah dengan percintaan baginda serta memberi takziah akan adinda baginda itu: tujuh hari baginda berhenti tiada nobat”. (Misa Melayu, 1992: halaman 53)
  • 35. Pandangan Hidup  Istiadat kemangkatan dilakukan adalah untuk membezakan golongan raja dengan golongan bawahan iaitu rakyat.  Istiadat ini dilakukan untuk menunjukkan taat setia dan tanda hormat rakyat kepada raja yang telah berjuang dalam memerintah dan mengekalkan keamanan negeri Perak.  Oleh itu, istiadat ini telah menjadi pegangan hidup bagi rakyat negeri Perak setiap kali mangkatnya seseorang raja.
  • 36. Istiadat Menjunjung Duli  Istiadat menjunjung duli dilakukan adalah untuk memperlihatkan taat setia kepada raja.  Kebiasaannya, adat ini dilakukan mengikut pangkat masing-masing dan dimulai dengan raja-raja serta anak-anak raja. Kemudian, golongan bangsawan dan seterusnya pembesar-pembesar pada waktu pemerintahan tersebut.  Pengarang Misa Melayu telah memperlihatkan istiadat ini melalui peristiwa menjunjung duli yang dilakukan oleh Raja Muda dan anak-anak raja. Buktinya ialah: kk “… Setelah itu, maka turunlah seorang bentara dipersilakan Raja Muda. Maka naiklah Raja Muda menjunjung Duli Yang Maha Mulia. Kemudian, segala raja-raja dan anak-anak raja pun diseur oleh kepala bentara dari atas balai dipanggil naik. Maka naiklah berganti-ganti menjunjung duli baginda. Kemudian maka orang besar-besar pula menyembah dan segala bentara hulubalang pula berganti-ganti menjunjung ahli baginda. Setelah sudah sekaliannya habis menjunjung duli baginda maka semuanya pun duduklah beratur di balai”. (Misa Melayu, 1992 )
  • 37. Pandangan Hidup Adat ini menjadi sebenarnya telah menjadi pegangan mereka sehingga kini. Hal ini demikian kerana, untuk memberikan penghormatan dan memperlihatkan taat setia kepada golongan yang mempunyai kuasa tertinggi dalam tampuk pemerintahan negeri atau negara.
  • 38. Adat Melenggang Perut  Adat melenggang perut merupakan suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang hamil tujuh bulan.  Peristiwa ini jelas diperlihatkan dalam Misa Melayu berdasarkan petikan teks di bawah: hh “Sementara itu permaisuri baginda (Raja Budak Rasul) pun hamil. Apabila genap tujuh bulan, diadakan istiadat melenggang perut dan mandi-manda. Sebelum dilangsungkan istiadat itu berbagai-bagai permainan telah diadakan beberapa hari; joget, bunyi-bunyian, cara Melayu, cara kedah, cara Acheh termasuk Menaro. Selain daripada itu, diadakan juga berjenis- jenis permainan sukan laut (sungai) dan darat”. (Misa Melayu, 1992: halaman 13)  Berdasarkan Misa Melayu dapat dilihat adat melenggang perut dijalankan kepada permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah yang mengandung tujuh bulan.
  • 39. Pandangan Hidup  Ungkapan biar mati anak, jangan mati adat sememangnya menjadi pegangan bagi masyarkat Melayu sehingga kini.  Masyarakat Melayu berpegang kepada ungkapan tersebut kerana memikirkan pelbagai kebaikan khususnya kepada ibu mengandung khususnya dalam adat melenggang perut ini.  Pandangan hidup mereka apabila melakukan adat ini dapat membantu memperbetulkan kedudukan bayi di dalam kandungan dan memudahkan si ibu melahirkan bayi tersebut.
  • 40. Adat Istiadat Pertabalan Sultan  Berdasarkan Misa Melayu adat istiadat pertabalan sultan ini telah dilakukan ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III.  Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelaran Paduka Seri Sultan Zulkarnian Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.  Pertabalan tersebut telah dilakukan sebelum jenazah almarhum Sultan sebelumnya dikebumikan. Buktinya seperti petikan teks dibawah:
  • 41. “Maka muafakatlah sekaliannya akan bicara menabalkan Raja Muda laki isteri. Setelah sudah putus bicaranya, maka Raja Muda dua laki isteri memakai segala alat pawai kerajaan selengkapnya serta sedia sekalian pedang kerajaan dan segala kebesaran yang lainnya. Setelah itu, maka dihadapi oleh segala anak raja-raja dan segala orang besar- besar dan hulubalang rakyat sekaliannya berhadir, maka bunyi-bunyian pun dipukul oranglah gendang nafiri tujuh kali. Ada pun setelah tujuh kali tabal, maka segala anak raja-raja dan orang besar-besar dan rakyat sekalian serta segala isi negeri Perak ini semuanya mengangkat tangan di atas kepalanya mengatakan, “Daulat tuanku! Barang dilanjutkan Allah kiranya umur zaman baginda diatas takhta singgahsana kerajaan negeri Perak darul ridzuan ikrar sentiasa dihadapan seisi negeri dengan orang tiadalah khalil siang dan malam”. Adapun gelaran baginda itu diatas kerajaan, Paduka seri Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Dzillullahi Filalami. Setelah sudah baginda tabal dua laki isteri, maka diangkatlah oranglah pula jenazah ayahanda baginda ke pintu Rong”. (Misa Melayu, 1992: halaman 52)
  • 42. Pandangan Hidup  Berdasarkan adat pertabalan sultan ini dapat dilihat pegangan golongan diraja ketika itu dari aspek perwarisan takhta.  Negeri Perak amat berpegang kepada konsep pengiliran dalam pemerintahannya.  Hal ini demikian kerana, untuk memberi peluang kepada setiap individu yang mempunyai darah dan keturunan raja untuk memegang tampuk pemerintahan
  • 43. Estetika dan kepengarangan • Estetika dan kepengarangan merupakan salah satu ciri terpenting dalam sesebuah karya agung. • Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani (2016: 91), estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan. • Dalam erti kata lain, estetik dalam sesebuah karya merupakan seni keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. • Kepengarangan pula merupakan mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu. • Sifat kepengarangan dan keunggulan seseorang pengarang dapat dibina melalui seni sastera ataupun nilai estetika yang terdapat dalam karya pengarang itu sendiri.
  • 44. 1. Motif Pengarang 2. Mahu menyampaikan menyampaikan kepada generasi akan datang mengenai kegemilangan pemerintahan raja pada zamannya. Ini dapat dilihat berdasarkan frasa : ‘supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang kelak’ 1. Untuk memenuhi kehendak raja atau dengan erti kata lain menurut titah sultan pada zaman tersebut. tuanku titahkan patik mengarang, diperbuat juga sebarang-barang, sajaknya janggal manisnya kurang, haram tak sedap didengar orang. Bukti: Kepengarangan
  • 45. • Pengarang menggunakan tarikh yang tepat dalam menyatakan sesuatu peristiwa. • Menyelitkan ciri pensejarahan islam dalam karya misa melayu. Dibuktikan melalui penggunaan lafaz Bismillah pada awal penulisannya • menggunakan perkataan yang berunsurkan Islam, iaitu frasa ‘dengan izin Allah’. Contoh lain: “...Ampun tuanku, insya-Allah Taala barang dipanjangkan Allah kiranya hadrat Duli Yang Maha Mulia di dalam dunia ini…” “…setelah sudah baginda berwasiat demikian, maka datanglah peredaran dunia ini. Inna lillahi wainnailaihirajiun.” • Pengarang juga menonjolkan keunikan sistem politik yang berlaku di Perak. • Pengarang tidak menggunakan unsur-unsur mitos atau dongeng di dalam karya tersebut kerana misa Melayu merupakan karya histiografi yang penting bagi negeri Perak. • Karya ini memasukkan pantun dan syair sebagai penyeri karya • mengandungi peristiwa yang benar-benar telah berlaku selain memberikan gambaran mengenai struktur politik, undang-undang, kegiatan ekonomi, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pemerintahan negeri Perak pada zaman tersebut. 2. Kekuatan Kepengarangan
  • 46. • Penggunaan retorik i. Retorik Pemerian Penjelasan dan huraian mengenai sesuatu idea untuk menyampaikan sesuatu fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembacanya. “Hatta, maka baginda pun hendak pindah membuat negeri di pasir pulai. Telah sudah istana baginda diperbuat oleh Raja Muda dan Raja Bendahara serta dengan segala orang besar-besar hulubalang pegawai rakyat sealiannya, lengkap dengan kota paritnya, maka baginda pun berpindahlah ke Pasir Pulai berbuatlah negerilah di sana itu…” Contoh: 3. Seni bahasa
  • 47. sambungan… ii. Retorik Penerangan • Berfungsi untuk memberi penerangan dengan lebih terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. • Bertujuan untuk memberikan penjelasan yang lebih tersusun kepada para pembaca. “Hatta maka beberapa lamanya raja Selangor pun hendak mengerjakan mengahwinkan puteranya dengan anak raja Kedah. Maka raja Selangor pun menyuruh Ke Perak memanggil segala raja-raja Perak. Maka dititahkan Sultan Mahmud Syah…” Contoh:
  • 48. • Gaya bahasa Hiperbola i. Gaya bahasa pertentangan • Penggunaan istilah yang membesar-besarkan dengan tujuan memberi penekanan atau kesan memperhebat. • Gaya bahasa yang mengandungi pernyataan yang berlebih- lebihan jumlahnya, ukurannya atau sifatnya dengan tujuan memberi penekanan. “…Maka gendang negara serunai nafiri ceracap pun dipalu oranglah dengan segala bunyi-bunyian pula berbunyilah, terlalu adzmat bunyinya, tiada sangka bunyi lagi, seperti kiamatlah lakunta Pulau Indera Sakti”. Contoh:
  • 49. sambungan… ii. Gaya bahasa perbandingan Simile • Penggunaan gaya bahasa yang membandingkan dua hal padahal berlainan ataupun sengaja dianggap sama. • Selalunya menggunakan perkataan “seperti”, “umpama”, “bagai” dan “laksana” “...akan bunyi-bunyian dan segala bedil itu tiada berhenti gegak gempita juga bunyinya, tiadalah diketahui orang akan kenaikan kecemasan itu, seperti orang bermain-main juga rupanya.” (Misa Melayu, 46-47) Contoh:
  • 50. sambungan... iii. Pantun • Puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. • Dua baris pertama merupakan pembayang dan yang selainnya merupakan baris maksud. “Balai bertingkap bersulor bayong, Kenaikan sultan sedang berangkat, Bagai zamrud di-merchu gunong, Saperti intan sudah terikat. Kenaikan sultan sedang berangkat, Meninggalkan desa berahman indera, Saperti intan sudah terikat, Persembahan segala bala tentera.” (Misa Melayu, 68) Contoh:
  • 51. sambungan... iv. Syair • Misa Melayu mengandungi bahagian syair yang terlalu panjang. • Mengandungi 424 rangkap syair yang mengisahkan persiapan-persiapan dan pelbagai peristiwa yang berlaku semasa Sultan Iskandar Inayat Shah belayar ke laut. • mengulangi peristiwa yang telah diceritakan dalam bahagian prosanya, malahan beliau turut memuatkan maklumat baru yang tidak diceritakan pada bahagian prosa. Ada sa-buah baharu di-reka, Dandan-nya indah sikap belaka, Ukiran kalok bertulis belaka, Sikap sa-perti se-ekor naga. Sa-ekor mawas tegak di-haluan, Saperti singa menchari lawan, di-kurniakan duli yang di-pertuan, kenaikan raja putera bangsawan. (Misa Melayu, 122) Contoh:
  • 52. Nilai Ilmu dalam Misa Melayu • Antara fungsi sesuatu ilmu itu ialah disebarkan untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan lagi perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan dan lain-lain. • Dalam Misa Melayu, ilmu yang ingin dikaji ialah ilmu pentadbiran atau sistem beraja, ilmu firasat, ilmu sejarah dan ilmu ekonomi.
  • 53. • Pentadbiran  perbuatan melaksanakan urusan, mengelola, atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. • pentadbiran  mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pentadbiran atau fungsi kerajaan. • Sebagai contoh, dalam Misa Melayu telah diwujudkan sistem beraja yang mengikut susunan yang telah diatur dengan baik. susunan tersebut ialah :  Raja Muda  Raja Bendahara  Raja Di Hilir  Raja Di Baruh  Raja Kecil Besar  Raja Kecil Tengah  Raja Kecil Muda  Raja Kecil Bongsu 1. Ilmu Pentadbiran Atau Sistem Beraja
  • 54. • Dalam Misa Melayu, ilmu firasat dapat dikenal pasti menerusi perbualan Sultan Iskandar dengan pawangnya berkenaan keinginannya untuk mencari ikan di sungai. Maka titah baginda, “Hai Sang Paya Indera dan Sang Paya Diraja, di mana sungai-sungai yang baik beta hendak menuba?” Maka sembah pawang kedua itu, “Tuanku, ampun. Kepada pemandangan patik sekalian, sungai yang baik dan ikannya banyak Sungai Budimanlah yang patut tuanku berangkat bermain-main membawa adinda baginda sekalian.” (Misa Melayu) • Petikan tersebut, menunjukkan bahawa pawang berkenaan mempunyai ilmu firasat iaitu dengan hanya melihat kawasan dan keadaan sungai terbabit, mereka sudah mengetahui keadaan serta ikan-ikan yang berada di dalam sungai terbabit. 2. Ilmu Firasat
  • 55. • Misa Melayu adalah sebuah sejarah Perak dari awal hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah. Tetapi tumpuan diberi kepada era Sultan Mudzafar Shah dan Sultan Iskandar Dzulkarnain. • Pengkisahan bermula dari Al-Marhum Jalilullah yang mempunyai beberapa orang putera. • Selepas baginda, takhta kerajaan diganti oleh Marhum Besar, Sultan Mahmud yang dikatakan memerintah selama 120 tahun. Baginda diganti oleh Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah selama 20 tahun. • Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah , negeri Perak telah terbahagi kepada dua wilayah politik. 3. Ilmu Sejarah
  • 56. sambungan… • Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah , negeri Perak telah terbahagi kepada dua wilayah politik : Kuala Kangsar yang diperintah oleh Raja Inu, bergelar Sultan Mudzafar Shah Pulau Tiga yang diperintah oleh Raja Bisnu yang bergelar Sultan Muhamad Shah. • Atas usaha dan kebijaksanaan Raja Iskandar, putera pertama Sultan Muhamad Shah, maka Perak telah disatukan semula
  • 57. • Pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah negeri Perak membuat hubungan diplomatik dengan Belanda. Melalui hubungan tersebut Belanda telah berjaya memonopoli pasaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Perak. • Sedikit sebanyak, dengan kegiatan perniagaan bijih timah itu telah membawa kemakmuran kepada negeri Perak pada ketika itu. • Masyarakat pada ketika itu menggunakan sistem ekonomi feudal. Dalam sistem tersebut, sultan dan pembesar negeri adalah orang-orang yang memonopoli eksport dan import. Manakala, rakyat biasa sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata- mata. 1. Ilmu Ekonomi
  • 58. sambungan… • Pedagang luar juga datang berdagang ke negeri Perak pada ketika itu. Ia dapat dilihat menerusi petikan teks ini : “Adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina dan orang Keling pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya.” (Misa Melayu)
  • 59. • Misa Melayu merupakan satu karya yang memperlihatkan sejarah pemerintahan kerajaan Perak, gambaran kehidupan, norma dan nilai-nilai yang ditunjukkan oleh masyarakat pada ketika itu. • Karya ini menepati ciri-ciri sebuah karya agung kerana aspek pemikiran, falsafah, nilai budaya dan pandangan hidup, nilai ilmu, estetika serta teknik kepengarangan berjaya digarapkan dengan baik menerusi karya tersebut. • Berdasarkan aspek-aspek itu, karya ini dapat dijadikan panduan kepada generasi akan datang untuk mengambil segala iktibar daripada segala peristiwa yang berlaku dalam karya ini. Kesimpulan
  • 60. BIBLIOGRAFI Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ahmad Fauzi Mohd Basri (1992). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Badrulzaman Bin Mohd Zanadi, (1986). Menjelang 100 Tahun Tertubuhnya Bandar Diraja Kuala Kangsar Dan Perkembangan Seni Bina Istana Iskandariah. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA. Bluntschli, J. R. (2000). The Theory of The State. Canada: Batoche Books. Buyong Adil, (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun, (2013). Sebuah Versi Baru Hikayat ‘Misa Melayu’ Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library. Minden : Universiti Sains Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Misa Melayu oleh Raja Chulan. (1962). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siti Meriam Yaacob (2015). Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu dalam Karya Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.