Unit SPBT 1
SEKOLAH KEBANGSAAN PIANGGU
26820, KUALA ROMPIN,
PAHANG
Kertas Kerja
Projek Kecemerlangan Bilik Operasi SPBT Sekolah
Kebangsaan Pianggu
Unit Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah Kebangsaan Pianggu, Kuala Rompin, Pahang
Unit SPBT 2
PENDAHULUAN
Stor SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan hanya
merupakan tempat menyimpan buku teks. Dari masa ke masa penambahbaikan telah dibuat
dan jawatankuasa telah bersetuju menubuhkan sebuah bilik operasi yang serba lengkap dan
kondusif sejajar dengan transformasi negara masa kini. Bilik Operasi SPBT Sekolah
Kebangsaan Pianggu telah beroperasi pada tahun 2013 dengan kemudahan asas yang
terhad. Walaubagaimanapun, sistem pengurusan dan pendokumentasian telah dikemaskini
dan diberi penambahbaikan mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia.
RASIONAL
Dapatan pemantauan oleh beberapa Pegawai BBT dari Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 2014 telah mendapati SK Pianggu berpotensi
untuk dicalonkan mewakili Daerah Rompin dalam Pertandingan Pengurusan SPBT
Cemerlang 2015 ke peringkat Negeri Pahang. Justeru itu, pihak sekolah sangat berbesar
hati untuk terus meningkatkan kecemerlangan pengurusan SPBT dan bertekad untuk
menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada semua pelajar sekolah di samping
usaha memartabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu utama. Sumbangan idea, tenaga,
sokongan moral dan kewangan untuk merealisasikan Pengurusan SPBT Cemerlang
sehingga ke peringkat kebangsaan sangat diperlukan.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah unit yang membantu
kecemerlangan pelajar melalui aspek keutamaan buku teks sebagai sumber ilmu
utama dengan menyediakan pelbagai kemudahan tempat membaca seperti Taman
SPBT, Anjung SPBT dan Pondok SPBT.
2. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus, berinisiatif,
kreatif, berfungsi, kondusif dan selamat.
3. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan buku stok dengan
kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik.
4. Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan
pengurusan SPBT di sekolah.
MATLAMAT
1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam pengurusan SPBT
serta mesra pelajar.
2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan pelajar untuk terus membaca dan
menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama dalam pelajaran.
3. Menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain dalam mencapai
kecemerlangan yang sama.
Unit SPBT 3
SASARAN
1. Bilik Operasi SPBT Sekolah
2. Taman SPBT
3. Anjung Ilmu SPBT
4. Pondok SPBT
TARIKH PELAKSANAAN
1 Mac 2015 hingga 15 Mac 2015
PENGLIBATAN
Pengurusan – Jawatankuasa Unit SPBT
Keceriaan – Semua guru
PERANCANGAN PROJEK DAN KOS
SASARAN KERJA-KERJA ANGGARAN KOS
1.Bilik Operasi SPBT
Sekolah
 Pelupusan
 Sistem fail
 Papan Kenyataan
 Alatulis
 Mural
RM 2,000
2. Taman SPBT
 Simen, batu, pasir
 Cat minyak
 Papan dan kayu
 Alatan pertukangan
 Pasu dan bunga
RM 3,000
3.Anjung Ilmu SPBT
 Cat simen
 Cat mural
 Pasu dan bunga
 Papan dan kayu
 Alatan pertukangan
 Banting
RM 3,000
4.Pondok SPBT
 Kain
 Papan dan kayu
 Alatan pertukangan
 Cat minyak
 Banting
RM 2,000
5.Runcit RM 1,000
Unit SPBT 4
LAMPIRAN SASARAN YANG AKAN DICERIAKAN
Unit SPBT 5
PENUTUP
Projek Kecemerlangan BOSS ini diharap dapat mencapai objektif dan matlamatnya. Selain
itu, diharap semua kemudahan dan keceriaan yang disediakan dapat menarik minat serta
mengubah persepsi positif pelajar terhadap buku teks SPBT seterusnya memartabatkan
buku teks sebagai sumber ilmu utama.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
................................... ........................................
NURULZATUL IRKIN BINTI BAHRIN ASMAH BINTI IDRIS
Setiausaha Unit SPBT Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pianggu Sekolah Kebangsaan Pianggu
26820 Kuala Rompin 26820 Kuala Rompin
Pahang Pahang

More Related Content

DOCX
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
PDF
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
DOCX
Kertas kerja minggu ubk
DOC
Surat jemputan perasmi
DOCX
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
DOCX
Surat sumbangan pibg
DOC
Surat mohon sumbangan pibg
DOCX
PLAN STRATEGIK PENDIDIKAN MORAL 2021-2025...docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas kerja minggu ubk
Surat jemputan perasmi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Surat sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
PLAN STRATEGIK PENDIDIKAN MORAL 2021-2025...docx

What's hot (20)

DOCX
Contoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
DOCX
Aktiviti kelab boss
DOCX
Contoh surat sumbangan
DOCX
Contoh surat memohon sumbangan pibg
DOC
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
PPTX
578990637-Penjaminan-Kualiti-4P.pptx
DOCX
DOCX
Surat panggilan mesyuarat guru
DOCX
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
DOCX
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
DOCX
Tentatif majlis anugerah kecemerlangan
DOCX
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
DOCX
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
DOCX
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
DOCX
Kertas kerja program Ziarah Cakna
DOC
Surat mohon sumbangan hamper
DOC
KERTAS KERJA HARI LAHIR PRASEKOLAH 2022 .doc
DOCX
Sijil penghargaan penceramah
PPTX
DOC
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
Contoh Borang Maklum Balas Minit Mesyuarat
Aktiviti kelab boss
Contoh surat sumbangan
Contoh surat memohon sumbangan pibg
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
578990637-Penjaminan-Kualiti-4P.pptx
Surat panggilan mesyuarat guru
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm polis
Tentatif majlis anugerah kecemerlangan
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
Kertas kerja program Ziarah Cakna
Surat mohon sumbangan hamper
KERTAS KERJA HARI LAHIR PRASEKOLAH 2022 .doc
Sijil penghargaan penceramah
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
Ad

Viewers also liked (20)

DOCX
Paperwork cintailah buku teks kita
DOCX
Label SUDUT SPBT
DOCX
hiasan bilik SPBT
DOC
Peraturan buku teks
PDF
Poster kelas balut buku
PPTX
Bilik boss untuk blog
PDF
Poster kempen baca buku teks
DOCX
Perancangan tahunan unit spbt 2015.
DOCX
Pelan strategik sekolah
DOCX
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
DOCX
pertandingan mewarna kulit buku
DOC
Carta gantt kelab spbt
DOC
Kertas kerja bilik gerakan
DOCX
Rujukan fail
DOC
Fail meja spbt
DOCX
Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012
PPSX
Power point spbt sk.chabau
DOCX
Minit mesyuarat opkim 3
PPTX
Pengurusan bilik darjah
Paperwork cintailah buku teks kita
Label SUDUT SPBT
hiasan bilik SPBT
Peraturan buku teks
Poster kelas balut buku
Bilik boss untuk blog
Poster kempen baca buku teks
Perancangan tahunan unit spbt 2015.
Pelan strategik sekolah
Pelan strategik spbt. 2013 2017 (2)
pertandingan mewarna kulit buku
Carta gantt kelab spbt
Kertas kerja bilik gerakan
Rujukan fail
Fail meja spbt
Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012
Power point spbt sk.chabau
Minit mesyuarat opkim 3
Pengurusan bilik darjah
Ad

Recently uploaded (6)

DOCX
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan.docx
PPTX
Ahli jawatankuasa PSS( pusat sumber sekolah).pptx
DOCX
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan (1).docx
DOCX
KERTAS KERJA MERDEKA ( sambutan merdeka peringkat sekolah).docx
PPTX
sains tingkatan satu dua tiga empat.pptx
PPTX
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026 (1).pptx
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan.docx
Ahli jawatankuasa PSS( pusat sumber sekolah).pptx
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan (1).docx
KERTAS KERJA MERDEKA ( sambutan merdeka peringkat sekolah).docx
sains tingkatan satu dua tiga empat.pptx
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026 (1).pptx

Kertas kerja boss cemerlang

  • 1. Unit SPBT 1 SEKOLAH KEBANGSAAN PIANGGU 26820, KUALA ROMPIN, PAHANG Kertas Kerja Projek Kecemerlangan Bilik Operasi SPBT Sekolah Kebangsaan Pianggu Unit Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Kebangsaan Pianggu, Kuala Rompin, Pahang
  • 2. Unit SPBT 2 PENDAHULUAN Stor SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan hanya merupakan tempat menyimpan buku teks. Dari masa ke masa penambahbaikan telah dibuat dan jawatankuasa telah bersetuju menubuhkan sebuah bilik operasi yang serba lengkap dan kondusif sejajar dengan transformasi negara masa kini. Bilik Operasi SPBT Sekolah Kebangsaan Pianggu telah beroperasi pada tahun 2013 dengan kemudahan asas yang terhad. Walaubagaimanapun, sistem pengurusan dan pendokumentasian telah dikemaskini dan diberi penambahbaikan mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia. RASIONAL Dapatan pemantauan oleh beberapa Pegawai BBT dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 2014 telah mendapati SK Pianggu berpotensi untuk dicalonkan mewakili Daerah Rompin dalam Pertandingan Pengurusan SPBT Cemerlang 2015 ke peringkat Negeri Pahang. Justeru itu, pihak sekolah sangat berbesar hati untuk terus meningkatkan kecemerlangan pengurusan SPBT dan bertekad untuk menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada semua pelajar sekolah di samping usaha memartabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu utama. Sumbangan idea, tenaga, sokongan moral dan kewangan untuk merealisasikan Pengurusan SPBT Cemerlang sehingga ke peringkat kebangsaan sangat diperlukan. OBJEKTIF 1. Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah unit yang membantu kecemerlangan pelajar melalui aspek keutamaan buku teks sebagai sumber ilmu utama dengan menyediakan pelbagai kemudahan tempat membaca seperti Taman SPBT, Anjung SPBT dan Pondok SPBT. 2. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus, berinisiatif, kreatif, berfungsi, kondusif dan selamat. 3. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan buku stok dengan kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik. 4. Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pengurusan SPBT di sekolah. MATLAMAT 1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam pengurusan SPBT serta mesra pelajar. 2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan pelajar untuk terus membaca dan menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama dalam pelajaran. 3. Menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain dalam mencapai kecemerlangan yang sama.
  • 3. Unit SPBT 3 SASARAN 1. Bilik Operasi SPBT Sekolah 2. Taman SPBT 3. Anjung Ilmu SPBT 4. Pondok SPBT TARIKH PELAKSANAAN 1 Mac 2015 hingga 15 Mac 2015 PENGLIBATAN Pengurusan – Jawatankuasa Unit SPBT Keceriaan – Semua guru PERANCANGAN PROJEK DAN KOS SASARAN KERJA-KERJA ANGGARAN KOS 1.Bilik Operasi SPBT Sekolah  Pelupusan  Sistem fail  Papan Kenyataan  Alatulis  Mural RM 2,000 2. Taman SPBT  Simen, batu, pasir  Cat minyak  Papan dan kayu  Alatan pertukangan  Pasu dan bunga RM 3,000 3.Anjung Ilmu SPBT  Cat simen  Cat mural  Pasu dan bunga  Papan dan kayu  Alatan pertukangan  Banting RM 3,000 4.Pondok SPBT  Kain  Papan dan kayu  Alatan pertukangan  Cat minyak  Banting RM 2,000 5.Runcit RM 1,000
  • 4. Unit SPBT 4 LAMPIRAN SASARAN YANG AKAN DICERIAKAN
  • 5. Unit SPBT 5 PENUTUP Projek Kecemerlangan BOSS ini diharap dapat mencapai objektif dan matlamatnya. Selain itu, diharap semua kemudahan dan keceriaan yang disediakan dapat menarik minat serta mengubah persepsi positif pelajar terhadap buku teks SPBT seterusnya memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ................................... ........................................ NURULZATUL IRKIN BINTI BAHRIN ASMAH BINTI IDRIS Setiausaha Unit SPBT Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pianggu Sekolah Kebangsaan Pianggu 26820 Kuala Rompin 26820 Kuala Rompin Pahang Pahang