SlideShare a Scribd company logo
7
Most read
9
Most read
10
Most read
0
NAMA PELAJAR
BIL NAMA NO. MATRIK
1 NOR MAZIDAH BINTI ABDULLAH 047664
2. RUZINA ANITA BINTI HARUN 047676
MAKLUMAT KURSUS
NAMA KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
KOD KURSUS : DWE 31503
NAMA PENSYARAH UST AB AZIZ B SULAIMAN
TARIKH HANTAR 13 DISEMBER 2019
TAJUK TUGASAN :
LAPORAN KAEDAH PENGAJARAN
PENGAKUAN:
Tandatangan Digital:
NOR MAZIDAH
RUZINA ANITA
Tarikh : 27 APRIL 2019
1
SENARAI ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN …………………………………………………... 2
2. LAPORAN KAEDAH PENGAJARAN
2.1 KAEDAH PERTAMA : TALAQQI MUSYAFAHAH …….
2.2 KAEDAH KEDUA : TIKRAR ……………………………….
2.3 KAEDAH KETIGA : PENERANGAN ………………………
2.4 KAEDAH KEEMPAT : PERBINCANGAN ………………...
3
4
5
7
3. KESIMPULAN ……………………………………………………. 8
2
KAEDAH PENGAJARAN
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang
tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan
pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata
pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik.
Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran
dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah
kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran
ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang
diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan &
Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya
yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates,
simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai
kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama
pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata
pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan
masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang
sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
3
LAPORAN KAEDAH PENGAJARAN
KAEDAH PERTAMA : TALAQQI MUSYAFAHAH
Pengenalan
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah
SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran
kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu
Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan
kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta
dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Talaqqi
Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Talaqqi pada Istilah :
Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada
sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.
Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua
bibir. Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru,
melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut ) Guru memberi contoh bacaan
kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara
individu. Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti
berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu
betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang
meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid
Prinsip
1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
4
Objektif
1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Kekuatan
1. Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan
guru.
2. Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya.
3. Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru ini dapat mengelakkan murid-murid
mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.
4. Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru.
Kelemahan
1. Pembelajaran lebih berpusatkan guru
2. Murid menjadi pasif
3. Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.
4. Memerlukan banyak masa untuk menyemak bacaansetiap murid dengan waktu pengajaran danpembelajaran
yang terhad.
KAEDAH KEDUA : TIKRAR
Pengenalan
Pada sudut bahasa bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah iaitu aktiviti bacaan berulang-
ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru
membaca murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid –murid lain. Murid-
murid membaca secara kelas . Murid-murid membaca beramai -ramai mengikut kumpulan,
kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.
Seorang murid membaca ,yang lain mendengar sahaja.
5
Prinsip
1. Hendaklah ditentukan bahan/ isi kandungan
2. Memastikan tahap kebolehan murid
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid dengar dengan teliti
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan fasih dan guru berpuas hati
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid menguasainya.
Objektif
1. Murid dapat menyebut huruf (kalimah) dengan betul dan fasih.
2. Menekan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.
Kekuatan
1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina kenyakinan diri murid.
Kelemahan
1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran.
KAEDAH KETIGA : PENERANGAN
Pengenalan
Penerangan merupakan kaedah pendidikan tradisional. Ia digunakan secara meluas oleh para
guru dan pensyarah dan disampaikan secara lisan. Struktur kaedah penerangan merupakan
pengucapan yang mengandungi semua bahagian ciri yang diikuti dengan hujjah dan pandangan
(arguments) serta penyoalan retorikal (metaforikal, simbolik, tidak literal dan abstrak). Ia boleh
dibina dalam bentuk menyatakan, kuliah, narration, mendedahkan, menjelaskan atau ucapan
mudah (simple speech).
6
Prinsip
1. Perancangan untuk penerangan yang sesuai.
2. Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu.
3. Jangka masa menerang yang sesuai.
4. Pemeringkatan atau penyusunan idea.
5. Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan ayat) yang sesuai.
6. Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui.
7. Berkait rapat dengan objektif.
8. Respons para pelajar.
Objektif
1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.
2. Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajarandengan jelas.
3. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah – langkah menjalankan satu
ujikaji atau menyelesaikan masalah.
4. Menjelaskan sebab – sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan
berlakunya peristiwa tertentu.
Kekuatan
1. Cara yang berkesan menyediakan maklumat baru dan mem beri penjelasan mengenai
maklumat sedia ada.
2. Ianya berguna untuk meliputi konsep asas, prinsip dan sistem.
3. Boleh merangsang minat murid pada pelajaran akan datang.
4. Boleh direkodkan untuk kegunaan masa akan datang.
Kelemahan
1. Memberi beban pembelajaran sepenuhnya kepada guru.
2. Menawarkan peluang yang terhad untuk penilaian dan maklum balas.
3. Menimbulkan masalah kepada guru jika guru tidak menguasai pelajaran tersebut.
4. Memberi bebanan kepada murid terlalu banyak maklumat yang diberikan oleh guru dalam
masa yang singkat.
7
KAEDAH KEEMPAT : PERBINCANGAN
Kaedah yang melibatkan aktiviti pembelajaran melalui percambahan dan pertukaran idea serta
perkongsian maklumat tentang sesuatu perkara atau isu. Murid akan berbincang, bertukar fikiran
dan maklumat berkaitan untuk memantapkan pemahaman terhadap konsep, membina konsep
yang baru, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Melalui perbincangan, idea-idea
yang menyokong atau menentang akan dibangkitkan untuk mendapatkan satu kesimpulan
pemahaman yang lebih mantap dan jitu. Perbincangan kelas (atau kumpulan kecil) yang
dirancang dengan rapi akan dapat merangsang minat murid untuk menambahbaik pengetahuan
lama serta menambah pengetahuan serta kemahiran yang baru.
Prinsip
1. Tajuk yang sesuai
2. Maklumkan tujuan perbincangan.
3. Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
4. Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
5. Guru sebagai fasilitator
6. Penglibatan pelajar perlu aktif
7. Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan
8. Adakan rumusan akhir
9. Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
10. Beri pujian dan galakan
Objektif
1. Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan
terkawal.
2. Mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial murid-murid.
3. Mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.Kelebihan :
8
Kekuatan
1. Meningkatkan kemahiran pelajar utk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan
tersusun.
2. Bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul.
3. Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
4. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat.
5. Mewujudkan sikap suka membaca kerana perlu membuat rujukan.
6. Memperkembangkan kemahiran belajar.
7. Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara ligik dan matang.
Kelemahan :
1. Tidak semua terlibat secara aktif.
2. Mengambil masa yang lama.
3. Kadang-kadang disiplin murid dan bilik darjah tidak terkawal.
4. Terkadang menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jawapan atau kesimpulan yang diberikan.
5. Hanya pelajar aktif saha yang mengeluarkan idea dan pendapat manakala sebahagiannya
hanya mendiamkan diri dan kurang mitivasi untuk meningkatkan daya pemikiran mereka.
6. Secara tidak langsung, guru hanya berinteraksi dan b
KESIMPULAN
Keperluan kepada kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul tidak boleh
dipandang ringan dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal. Kepentingan kaedah ini sama
pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana sistem falsafah
pendidikan terutamanya Pendidikan Islam. Pelaksanaan kaedah-kaedah pengajaran yang
dirancang dengan teliti akan membolehkan ia berkembang mengikut matlamat yang ditentukan.
Musa Daia (1992) berpendapat bahawa seorang guru mesti mempunyai kemahiran yang
cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza. Walaupun banyak kaedah
pengajaran yang baharu diperkenalkan, tetapi perlu ditekankan bahawa tidak ada satu formula
pun yang betul-betul dapat menentukan bagaimana cara untuk mengajar. Apa yang perlu
9
dilakukan ialah menyesuaikan kaedah-kaedah yang pelbagai itu dengan kehendak dan kehidupan
manusia yang dinamik.
Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan
Islam merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala kelemahan yang ada pada setiap
kaedah. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya adalah
bergantung kepada kehendak individu guru itu untuk mengunakan mana-mana kaedah yang
bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.
RUJUKAN:
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1 & 2.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
https://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/kaedah-pendidikan-islam-1.html
http://tujuhpen.blogspot.com/2014/05/kaedah-dan-teknik-pengajaran.html
http://blogkita86.blogspot.com/2009/04/kaedah-dan-model-pengajaran-pendidikan.html
http://cikthur.blogspot.com/2010/04/strategi-pembelajaran-dan-pengajaran.html

More Related Content

PDF
2. edup2023 psikologi pendidikan
DOC
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
PPTX
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
PPTX
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
PPT
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
PPTX
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
PPT
Konsep pentaksiran
PPTX
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
2. edup2023 psikologi pendidikan
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Konsep pentaksiran
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)

What's hot (20)

DOC
Teori pembelajaran behaviorisme
PPTX
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
PPTX
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
PPTX
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
PPSX
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
PPTX
Model akibat logikal dreikurs
PPTX
Pendekatan inkuiri penemuan
PPTX
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
PPTX
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
PPTX
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
PPT
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
PPTX
Emk - Elemen Keusahawanan
PPTX
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
DOC
Apakah itu pengajaran
PDF
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
PPTX
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
PPTX
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaan
PPTX
Jenis jenis ujian objektif
PPTX
PPTX
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Teori pembelajaran behaviorisme
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Model akibat logikal dreikurs
Pendekatan inkuiri penemuan
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Emk - Elemen Keusahawanan
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Apakah itu pengajaran
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaan
Jenis jenis ujian objektif
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Ad

Similar to Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan (20)

DOCX
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
PPTX
Refleksi dan kajian tindakan
DOCX
Asiment murid dan alam belajar
PPTX
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
DOCX
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
DOCX
Senaraisemak pak21
DOC
Modul 3 3 b (1)
DOC
Modul 3 3 b (1)
DOCX
PPT
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
DOCX
Bagaimanakah prinsip islam hahari
PPTX
tugasan KUMPULAN (murid dan pembelajaran).pptx
DOC
Modul%203%203 e[1]
PDF
Pendekatan pengajaran
PPT
5. kaedah pengajara nl
DOCX
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
PPT
Kemahiran penyoalan
DOCX
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Refleksi dan kajian tindakan
Asiment murid dan alam belajar
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Senaraisemak pak21
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
Bagaimanakah prinsip islam hahari
tugasan KUMPULAN (murid dan pembelajaran).pptx
Modul%203%203 e[1]
Pendekatan pengajaran
5. kaedah pengajara nl
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Kemahiran penyoalan
Ad

Recently uploaded (6)

PPTX
Kelas Dalam Talian Penjodoh Bilangan (ZOOM).pptx
PDF
SAINS TINGKATAN 1_PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
PPTX
SAINS TINGKATAN 1_KUANTITI FIZIK DAN UNITNYA
PPTX
Bab 1 – Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Cikgu Ooi).pptx
PPTX
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8 - Unsur dan Bahan
PPTX
bentuk bentuk bilangan kompleks WPS Office.pptx
Kelas Dalam Talian Penjodoh Bilangan (ZOOM).pptx
SAINS TINGKATAN 1_PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
SAINS TINGKATAN 1_KUANTITI FIZIK DAN UNITNYA
Bab 1 – Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Cikgu Ooi).pptx
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8 - Unsur dan Bahan
bentuk bentuk bilangan kompleks WPS Office.pptx

Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan

  • 1. 0 NAMA PELAJAR BIL NAMA NO. MATRIK 1 NOR MAZIDAH BINTI ABDULLAH 047664 2. RUZINA ANITA BINTI HARUN 047676 MAKLUMAT KURSUS NAMA KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KOD KURSUS : DWE 31503 NAMA PENSYARAH UST AB AZIZ B SULAIMAN TARIKH HANTAR 13 DISEMBER 2019 TAJUK TUGASAN : LAPORAN KAEDAH PENGAJARAN PENGAKUAN: Tandatangan Digital: NOR MAZIDAH RUZINA ANITA Tarikh : 27 APRIL 2019
  • 2. 1 SENARAI ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN …………………………………………………... 2 2. LAPORAN KAEDAH PENGAJARAN 2.1 KAEDAH PERTAMA : TALAQQI MUSYAFAHAH ……. 2.2 KAEDAH KEDUA : TIKRAR ………………………………. 2.3 KAEDAH KETIGA : PENERANGAN ……………………… 2.4 KAEDAH KEEMPAT : PERBINCANGAN ………………... 3 4 5 7 3. KESIMPULAN ……………………………………………………. 8
  • 3. 2 KAEDAH PENGAJARAN Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
  • 4. 3 LAPORAN KAEDAH PENGAJARAN KAEDAH PERTAMA : TALAQQI MUSYAFAHAH Pengenalan Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Talaqqi Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai. Musyafahah Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut ) Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu. Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid Prinsip 1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat. 2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka) 3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru. 4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
  • 5. 4 Objektif 1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat. 2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf. 3. Membaca dengan betul dan fasih. 4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru. Kekuatan 1. Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru. 2. Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya. 3. Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru ini dapat mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah. 4. Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru. Kelemahan 1. Pembelajaran lebih berpusatkan guru 2. Murid menjadi pasif 3. Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid. 4. Memerlukan banyak masa untuk menyemak bacaansetiap murid dengan waktu pengajaran danpembelajaran yang terhad. KAEDAH KEDUA : TIKRAR Pengenalan Pada sudut bahasa bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah iaitu aktiviti bacaan berulang- ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru membaca murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid –murid lain. Murid- murid membaca secara kelas . Murid-murid membaca beramai -ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca ,yang lain mendengar sahaja.
  • 6. 5 Prinsip 1. Hendaklah ditentukan bahan/ isi kandungan 2. Memastikan tahap kebolehan murid 3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid dengar dengan teliti 4. Guru meminta murid mengulangi bacaan fasih dan guru berpuas hati 5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid menguasainya. Objektif 1. Murid dapat menyebut huruf (kalimah) dengan betul dan fasih. 2. Menekan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal 3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris. Kekuatan 1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid. 2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan. 3. Dapat membina kenyakinan diri murid. Kelemahan 1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran. KAEDAH KETIGA : PENERANGAN Pengenalan Penerangan merupakan kaedah pendidikan tradisional. Ia digunakan secara meluas oleh para guru dan pensyarah dan disampaikan secara lisan. Struktur kaedah penerangan merupakan pengucapan yang mengandungi semua bahagian ciri yang diikuti dengan hujjah dan pandangan (arguments) serta penyoalan retorikal (metaforikal, simbolik, tidak literal dan abstrak). Ia boleh dibina dalam bentuk menyatakan, kuliah, narration, mendedahkan, menjelaskan atau ucapan mudah (simple speech).
  • 7. 6 Prinsip 1. Perancangan untuk penerangan yang sesuai. 2. Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu. 3. Jangka masa menerang yang sesuai. 4. Pemeringkatan atau penyusunan idea. 5. Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan ayat) yang sesuai. 6. Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui. 7. Berkait rapat dengan objektif. 8. Respons para pelajar. Objektif 1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. 2. Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajarandengan jelas. 3. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah – langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah. 4. Menjelaskan sebab – sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Kekuatan 1. Cara yang berkesan menyediakan maklumat baru dan mem beri penjelasan mengenai maklumat sedia ada. 2. Ianya berguna untuk meliputi konsep asas, prinsip dan sistem. 3. Boleh merangsang minat murid pada pelajaran akan datang. 4. Boleh direkodkan untuk kegunaan masa akan datang. Kelemahan 1. Memberi beban pembelajaran sepenuhnya kepada guru. 2. Menawarkan peluang yang terhad untuk penilaian dan maklum balas. 3. Menimbulkan masalah kepada guru jika guru tidak menguasai pelajaran tersebut. 4. Memberi bebanan kepada murid terlalu banyak maklumat yang diberikan oleh guru dalam masa yang singkat.
  • 8. 7 KAEDAH KEEMPAT : PERBINCANGAN Kaedah yang melibatkan aktiviti pembelajaran melalui percambahan dan pertukaran idea serta perkongsian maklumat tentang sesuatu perkara atau isu. Murid akan berbincang, bertukar fikiran dan maklumat berkaitan untuk memantapkan pemahaman terhadap konsep, membina konsep yang baru, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Melalui perbincangan, idea-idea yang menyokong atau menentang akan dibangkitkan untuk mendapatkan satu kesimpulan pemahaman yang lebih mantap dan jitu. Perbincangan kelas (atau kumpulan kecil) yang dirancang dengan rapi akan dapat merangsang minat murid untuk menambahbaik pengetahuan lama serta menambah pengetahuan serta kemahiran yang baru. Prinsip 1. Tajuk yang sesuai 2. Maklumkan tujuan perbincangan. 3. Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor 4. Pastikan pelajar tahu cara perbincangan 5. Guru sebagai fasilitator 6. Penglibatan pelajar perlu aktif 7. Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan 8. Adakan rumusan akhir 9. Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan 10. Beri pujian dan galakan Objektif 1. Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. 2. Mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial murid-murid. 3. Mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.Kelebihan :
  • 9. 8 Kekuatan 1. Meningkatkan kemahiran pelajar utk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan tersusun. 2. Bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul. 3. Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan. 4. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat. 5. Mewujudkan sikap suka membaca kerana perlu membuat rujukan. 6. Memperkembangkan kemahiran belajar. 7. Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara ligik dan matang. Kelemahan : 1. Tidak semua terlibat secara aktif. 2. Mengambil masa yang lama. 3. Kadang-kadang disiplin murid dan bilik darjah tidak terkawal. 4. Terkadang menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jawapan atau kesimpulan yang diberikan. 5. Hanya pelajar aktif saha yang mengeluarkan idea dan pendapat manakala sebahagiannya hanya mendiamkan diri dan kurang mitivasi untuk meningkatkan daya pemikiran mereka. 6. Secara tidak langsung, guru hanya berinteraksi dan b KESIMPULAN Keperluan kepada kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal. Kepentingan kaedah ini sama pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana sistem falsafah pendidikan terutamanya Pendidikan Islam. Pelaksanaan kaedah-kaedah pengajaran yang dirancang dengan teliti akan membolehkan ia berkembang mengikut matlamat yang ditentukan. Musa Daia (1992) berpendapat bahawa seorang guru mesti mempunyai kemahiran yang cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza. Walaupun banyak kaedah pengajaran yang baharu diperkenalkan, tetapi perlu ditekankan bahawa tidak ada satu formula pun yang betul-betul dapat menentukan bagaimana cara untuk mengajar. Apa yang perlu
  • 10. 9 dilakukan ialah menyesuaikan kaedah-kaedah yang pelbagai itu dengan kehendak dan kehidupan manusia yang dinamik. Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala kelemahan yang ada pada setiap kaedah. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya adalah bergantung kepada kehendak individu guru itu untuk mengunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka. RUJUKAN: Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1 & 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. https://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/kaedah-pendidikan-islam-1.html http://tujuhpen.blogspot.com/2014/05/kaedah-dan-teknik-pengajaran.html http://blogkita86.blogspot.com/2009/04/kaedah-dan-model-pengajaran-pendidikan.html http://cikthur.blogspot.com/2010/04/strategi-pembelajaran-dan-pengajaran.html