2
Most read
7
Most read
10
Most read
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH
UNTUK KEDIAMAN
[ALAMAT RUMAH]
DI ANTARA
[NAMA OWNER]
DAN
[NAMA PENYEWA]
PADA TARIKH [TARIKH PERJANJIAN]
BORANG MAKLUMAT PENYEWA
M u k a s u r a t | 2
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 2
Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Tel.Bimbit:
AlamatTetap/Asal:
No. Tel.Rumah:
Pekerjaan:
AlamatPejabat:
No. Tel.Pejabat:
TempohSewaan:
Bilik:
PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA
DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
M u k a s u r a t | 3
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 3
JADUAL PERTAMA
BIL. PERKARA MAKLUMAT
1.
HARI DAN TAHUN PERJANJIAN
DIBUAT
2.
TUANRUMAH
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:
3.
PENYEWA
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:
4. ALAMAT RUMAH YANG DISEWA
5. JENISBANGUNAN
M u k a s u r a t | 4
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 4
JADUAL KEDUA
BIL. PERKARA MAKLUMAT
1. TEMPOHMENYEWA
2. TARIKH BERKUATKUASA
3. SEWA BULANAN
4. JENIS& TARIKH PEMBAYARAN
5. WANG CAGARAN PENDAHULUAN
a) DEPOSIT(1BULAN)
b) UTILITI(ELEKTRIK+AIR)
JUMLAH:
6. PEMBAHARUANPERJANJIAN
Perjanjian diperbuat pada [TARIKH PERJANJIAN] di antara [NAMA TUAN RUMAH] di
alamat [ALAMAT TUAN RUMAH] (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah’) dan
M u k a s u r a t | 5
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 5
[NAMA PENYEWA] di alamat [ALAMAT PENYEWA](kemudian selepas ini dipanggil
'Penyewa').
BAHAWASANYA Tuan Rumah adalah tuan punya berdaftar ke atas Premis yang di
kenali sebagai [ALAMAT RUMAH SEWA@NAMA APARTMENT] (kemudian dari ini
disebut "Premis Tersebut").
DAN BAHAWASANYA Tuan Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan
dan Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh [TEMPOH SEWA]
tertakluk kepada syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini.
MAKA PENYEWA DI SINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT:
1. Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Ringgit Malaysia EMPAT
RATUS RINGGIT (RM400.00) sahaja serta merta dengan perlaksanaan perjanjian
ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram SATU bulan”) di mana Tuan
Rumah mengakui penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan
perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini.
2. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar
bayaran sewa dan bayaran perenggan (3).
3. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau
sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi
undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan
perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua
bentuk sekali pun.
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan sama ada secara keseluruhan dan/atau
sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari
kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip
M u k a s u r a t | 6
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 6
kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan
Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam
surat perjanjian ini.
5. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk
dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam
Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah. Sekiranya apa-apa pindaan atau
tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan
perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau
pertolongan dari Tuan Rumah.
6. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan
Rumah dan/atau di mana sahaja dalam Rumah tersebut.
7. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata,
bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup
dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-
undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan
Tuan Rumah.
8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk
ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan di sekeliling rumah tersebut
sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil
yang diberi kuasa olehnya.
9. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh
penyewaan ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh diduduki
(susutan biasa sama ada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana
alam dikecualikan).
M u k a s u r a t | 7
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 7
10. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang
menggunakan drill (gerudi) penebuk dan dimasukkan ‘wall plug’.
11. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis
daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang
dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.
12. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang
melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau
mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau
yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian
atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan
premiumnya bertambah.
13. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja
perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi
undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana
atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
14. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara
aman dan bertanggungjawab.
15. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau
pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah
memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada
rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak. Atas
tujuan pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis
24 jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.
16. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa
atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran
M u k a s u r a t | 8
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 8
Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang
berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang
dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.
17. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan
bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali
Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan
menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk
membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun
ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.
M u k a s u r a t | 9
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 9
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH:
1. Akan membayar bil elektrik, air, cukai pintu dan cukai tanah yang dikenakan ke
atas Rumah tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar (MELEBIHI RM100.00) yang menimpa ke
atas Rumah tersebut yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga
memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear"
dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-
kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari
penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran
boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak
dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan
daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan
dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa
mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau
perbelanjaan yang ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan
keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa
mendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada
dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan
dengan baik dan selamat.
M u k a s u r a t | 10
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 10
PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:
1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa
membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa,
adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada
Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan
berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang
dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima
pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk
membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan
perjanjian penyewaan ini.
4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila
tempoh seperti mana terkandung di dalam perjanjian ini tamat maka penyewa
mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2)
bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.
5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.
6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku
perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah
tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari dua (2)
bulan notis bertulis kepada penyewa.
7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak
kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran tidak akan
dikembalikan.
M u k a s u r a t | 11
PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 11
8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada
Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam
perjanjian ini.
9. Sebarang pertikaian di antara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan
Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian
tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam
perjanjian ini telah menurunkan di sini tanda tangan mereka pada haribulan dan tahun
yang tersebut di atas.
.....................................................................................
Tuan Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
....................................................................................
Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:

More Related Content

PDF
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman2014
PDF
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
DOCX
Perjanjian sewa rumah
RTF
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman
DOCX
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
 
PDF
Perjanjian sewa rumah contoh
DOC
Perjanjian sewa menyewa
DOCX
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
 
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman2014
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
Perjanjian sewa rumah
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
 
Perjanjian sewa rumah contoh
Perjanjian sewa menyewa
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
 

What's hot (20)

DOC
Perjanjian sewa rumah/bilik
DOC
contoh perjanjian jual beli kenderaan
PDF
Penamatan perkhidmatan school broadband
RTF
sample subsale agreement (company & company)
PDF
Vendor application guidelines
PDF
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
PPT
Kewangan kerajaan
DOC
Surat jemputan ceramah isra mikraj
PDF
Pengurusan dan pengendalian mesyuarat agung JMB/MC Pengurusan Strata
DOCX
Doa majlis persaraan
PDF
Borang perjanjian sewarumah
DOCX
Rekod bacaan iqra
DOC
36758716 surat-persetujuan-pengubahsuaian rumah
PPTX
LAND LAW - Pajak Sewa
DOCX
Doa majlis ihya
DOC
Memo mesyuarat
DOCX
surat contoh tenancy document.docx
DOCX
Minit mesyuarat persatuan
DOCX
Teks ucapan hari raya
DOCX
TEMPLAT TEKS PEMBANGKANG_KETUA PEMBANGKANG.docx
Perjanjian sewa rumah/bilik
contoh perjanjian jual beli kenderaan
Penamatan perkhidmatan school broadband
sample subsale agreement (company & company)
Vendor application guidelines
Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)
Kewangan kerajaan
Surat jemputan ceramah isra mikraj
Pengurusan dan pengendalian mesyuarat agung JMB/MC Pengurusan Strata
Doa majlis persaraan
Borang perjanjian sewarumah
Rekod bacaan iqra
36758716 surat-persetujuan-pengubahsuaian rumah
LAND LAW - Pajak Sewa
Doa majlis ihya
Memo mesyuarat
surat contoh tenancy document.docx
Minit mesyuarat persatuan
Teks ucapan hari raya
TEMPLAT TEKS PEMBANGKANG_KETUA PEMBANGKANG.docx
Ad

Similar to Perjanjian sewa rumah contoh (20)

DOC
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
DOC
Perjanjian sewaan
DOCX
Surat perjanjian sewa
DOCX
Perjanjian penyewaan
DOCX
Surat perjanjian sewa menyewa rumah
DOCX
Dokumen surat pernyataan sewa rumah fix
DOC
Perjanjian sewa rumah
PDF
Legal kontrak
PDF
Fajri legal kontrak
PDF
Surat perjanjian-kontrak-rumah
DOCX
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
DOC
Perjanjian penyewaan rumah untuk kediaman
PDF
Contoh surat-perjanjian-sewa-menyewa-rumah1
PDF
Contoh surat-perjanjian-sewa
PPTX
Kasus sewa menyewa presentasi gratis contoh
PDF
Perjanjian sewa rumah
PDF
Contoh surat-perjanjian-sewa-menyewa-rumah2
DOCX
contoh Surat perjanjian kontrak rumah
DOCX
Surat perjanjian sewa rumah
DOCX
Surat perjanjian sewa rumah
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
Perjanjian sewaan
Surat perjanjian sewa
Perjanjian penyewaan
Surat perjanjian sewa menyewa rumah
Dokumen surat pernyataan sewa rumah fix
Perjanjian sewa rumah
Legal kontrak
Fajri legal kontrak
Surat perjanjian-kontrak-rumah
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
Perjanjian penyewaan rumah untuk kediaman
Contoh surat-perjanjian-sewa-menyewa-rumah1
Contoh surat-perjanjian-sewa
Kasus sewa menyewa presentasi gratis contoh
Perjanjian sewa rumah
Contoh surat-perjanjian-sewa-menyewa-rumah2
contoh Surat perjanjian kontrak rumah
Surat perjanjian sewa rumah
Surat perjanjian sewa rumah
Ad

Recently uploaded (11)

PDF
SE-3525 Surat Edaran Bekerja dan Belajar dari Rumah bagi Civitas Akademika di...
PDF
(CDS) PPT_Pelayanan Bantuan Hukum Pro-Bono di Pemasyarakatan.pdf
PPTX
Aliran-Aliran dalam Ilmu Hukum_Mata Kuliah PIH
PPTX
HUKUM ACARA PERADILAN AGAMA oleh Afandi Mansyur
PPTX
3. SURVAI TRAFFIC COUNTING perhitungan kendaraan.pptx
PPT
SISTIMATIKA HARTA PERKAWINAN REGULASI DAN SEMU ATURAN TERKAIT HARTA
PPT
Perkawinan Aturan dan Akibatnya pada tumbuh kembang anak
PPTX
Norma_Kelembagaan_dan_Keahlian_K3[1].pptx
PDF
Bantuan Hukum di Tingkat Penyidikanaaaaaa
PDF
PERNIAGAAN KELOMPOK 4 tentang sejarah.pdf
PPTX
6. SURVAI SPOT SPEED kecepatan kendaraan sesaat.pptx
SE-3525 Surat Edaran Bekerja dan Belajar dari Rumah bagi Civitas Akademika di...
(CDS) PPT_Pelayanan Bantuan Hukum Pro-Bono di Pemasyarakatan.pdf
Aliran-Aliran dalam Ilmu Hukum_Mata Kuliah PIH
HUKUM ACARA PERADILAN AGAMA oleh Afandi Mansyur
3. SURVAI TRAFFIC COUNTING perhitungan kendaraan.pptx
SISTIMATIKA HARTA PERKAWINAN REGULASI DAN SEMU ATURAN TERKAIT HARTA
Perkawinan Aturan dan Akibatnya pada tumbuh kembang anak
Norma_Kelembagaan_dan_Keahlian_K3[1].pptx
Bantuan Hukum di Tingkat Penyidikanaaaaaa
PERNIAGAAN KELOMPOK 4 tentang sejarah.pdf
6. SURVAI SPOT SPEED kecepatan kendaraan sesaat.pptx

Perjanjian sewa rumah contoh

  • 1. PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN [ALAMAT RUMAH] DI ANTARA [NAMA OWNER] DAN [NAMA PENYEWA] PADA TARIKH [TARIKH PERJANJIAN] BORANG MAKLUMAT PENYEWA
  • 2. M u k a s u r a t | 2 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 2 Nama: No. Kad Pengenalan: No. Tel.Bimbit: AlamatTetap/Asal: No. Tel.Rumah: Pekerjaan: AlamatPejabat: No. Tel.Pejabat: TempohSewaan: Bilik: PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
  • 3. M u k a s u r a t | 3 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 3 JADUAL PERTAMA BIL. PERKARA MAKLUMAT 1. HARI DAN TAHUN PERJANJIAN DIBUAT 2. TUANRUMAH NAMA: NO. KAD PENGENALAN: 3. PENYEWA NAMA: NO. KAD PENGENALAN: 4. ALAMAT RUMAH YANG DISEWA 5. JENISBANGUNAN
  • 4. M u k a s u r a t | 4 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 4 JADUAL KEDUA BIL. PERKARA MAKLUMAT 1. TEMPOHMENYEWA 2. TARIKH BERKUATKUASA 3. SEWA BULANAN 4. JENIS& TARIKH PEMBAYARAN 5. WANG CAGARAN PENDAHULUAN a) DEPOSIT(1BULAN) b) UTILITI(ELEKTRIK+AIR) JUMLAH: 6. PEMBAHARUANPERJANJIAN Perjanjian diperbuat pada [TARIKH PERJANJIAN] di antara [NAMA TUAN RUMAH] di alamat [ALAMAT TUAN RUMAH] (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah’) dan
  • 5. M u k a s u r a t | 5 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 5 [NAMA PENYEWA] di alamat [ALAMAT PENYEWA](kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa'). BAHAWASANYA Tuan Rumah adalah tuan punya berdaftar ke atas Premis yang di kenali sebagai [ALAMAT RUMAH SEWA@NAMA APARTMENT] (kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut"). DAN BAHAWASANYA Tuan Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh [TEMPOH SEWA] tertakluk kepada syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini. MAKA PENYEWA DI SINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT: 1. Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Ringgit Malaysia EMPAT RATUS RINGGIT (RM400.00) sahaja serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram SATU bulan”) di mana Tuan Rumah mengakui penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini. 2. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (3). 3. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun. 4. Tidak menyewakan atau menyerahkan sama ada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip
  • 6. M u k a s u r a t | 6 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 6 kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini. 5. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah. Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah. 6. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau di mana sahaja dalam Rumah tersebut. 7. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang- undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah. 8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan di sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya. 9. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa sama ada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
  • 7. M u k a s u r a t | 7 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 7 10. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill (gerudi) penebuk dan dimasukkan ‘wall plug’. 11. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang. 12. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah. 13. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut. 14. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab. 15. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak. Atas tujuan pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya. 16. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran
  • 8. M u k a s u r a t | 8 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 8 Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa. 17. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.
  • 9. M u k a s u r a t | 9 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 9 TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH: 1. Akan membayar bil elektrik, air, cukai pintu dan cukai tanah yang dikenakan ke atas Rumah tersebut. 2. Membaiki sebarang kerosakan besar (MELEBIHI RM100.00) yang menimpa ke atas Rumah tersebut yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja- kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini. 3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani. 4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
  • 10. M u k a s u r a t | 10 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 10 PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA: 1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. 2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera. 3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini. 4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh seperti mana terkandung di dalam perjanjian ini tamat maka penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut. 5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan. 6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari dua (2) bulan notis bertulis kepada penyewa. 7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran tidak akan dikembalikan.
  • 11. M u k a s u r a t | 11 PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 11 8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini. 9. Sebarang pertikaian di antara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara. PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tanda tangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas. ..................................................................................... Tuan Rumah Nama: No. Kad Pengenalan: Tarikh: .................................................................................... Penyewa/Ketua Rumah Nama: No. Kad Pengenalan: Tarikh: