2. DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF
Dasar Pendidikan Inklusif adalah untuk memastikan MBPK mendapatkan hak
yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan dan dapat
menyesuaikan diri dengan murid aliran perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka;
membina keyakinan diri bagi mencapai potensi yang optimum;
seterusnya meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta
komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
“ Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK
ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan
kualiti penyediaannya secara keseluruhan”
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)
3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF
MATLAMAT
•matlamat PPI adalah untuk
meningkatkan akses kepada
pendidikan bagi MBPK belajar
bersama-sama murid arus
perdana dalam persekitaran
tanpa halangan.
OBJEKTIF
memastikan MBPK mendapat hak yang
sama rata untuk belajar dalam
persekitaran tanpa halangan
membina keyakinan diri MBPK bagi
mencapai potensi yang optimum
memastikan MBPK dapat menyesuaikan
diri dengan murid arus perdana bagi
meningkatkan kemahiran kehidupan
harian mereka
meningkatkan kesedaran dan
penerimaan warga sekolah serta komuniti
tentang kepelbagaian keupayaan MBPK.
4. DEFINISI
Selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013, definisi PPI adalah seperti di bawah:
“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu
program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
6. PENDEKATAN PPI
MBK Inklusif Penuh
•MBK yang berdaftar di kelas arus
perdana
•MBK PPKI yang belajar sepenuhnya
di kelas arus perdana.
•MBK turut terlibat dalam aktiviti
kokurikulum sebagimana murid arus
perdana.
MBK Inklusif Separa
MBK yang berdaftar di kelas
PPKI
MBK belajar bersama-sama
murid arus perdana dalam
inklusif separa bukan akademik
atau inklusif separa akademik.
mata pelajaran bahasa Inggeris, bahasa
Melayu atau mata pelajaran elektif; atau
terlibat dalam kegiatan kokurikulum
bersama-sama murid arus perdana dan
berjadual.
7. PEREKODAN DATA MBK PPI
a) MBK Inklusif Penuh
-MBK yang berdaftar di kelas arus perdana dalam APDM sebagai inklusif penuh
b) MBK Inklusif Separa
- MBK didaftarkan di kelas PPKI dan ditandakan sebagai inklusif separa dalam
APDM
8. UJIAN KENDIRI TOPIK 1
Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI)?
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 mentakrifkan PPI ialah
program pendidikan bagi MBK (MBK) yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid
lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam melaksanakan PPI?
Dua pendekatan PPI yang digunakan ialah inklusif penuh dan inklusif separa.
Apakah objektif PPI?
Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran
tanpa halangan.
Membina keyakinan diri MBK dalam menyesuaikan diri bersama-sama murid arus
perdana bagi mencapai potensi yang optimum.
Meningkatkan kemahiran kehidupan harian MBK supaya mampu berdikari dan
menjadi anggota masyarakat yang dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang
kepelbagaian keupayaan MBK
9. PELAKSANAAN
PROGRAM PENDIDIKAN
INKLUSIF (PPI)
i. Pengenalan
ii. Peranan Pentadbir Sekolah
iii. Peranan Guru Arus Perdana
iv. Setiausaha PPI
v. Peranan Guru Pendidikan Khas
vi. Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
10. PENGENALAN
Bahagian ini memberi penekanan berkaitan pelaksanaan PPI pada
peringkat sekolah oleh pentadbir dan guru.
Modul ini akan memberi fokus kepada langkah Sembilan (9) dalam
Carta Alir Langkah Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif, iaitu
Pengajaran dan Pembelajaran di Kelas Inklusif.
11. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sekolah (Mempunyai PPKI) Sekolah (Tanpa PPKI)
• Mengikuti kurikulum serta kokurikulum
dan pentaksiran arus perdana
• Laporan perubatan, profil murid, analisis
ujian dan rekod prestasi perlu diambil
kira dalam merancang PdP murid
• Guru arus perdana yang mengajar di
kelas inklusif perlu diberikan
pendedahan dalam mengendali MBK
• Guru pendidikan khas dan guru mata
pelajaran perlu bekerjasama untuk
merancang PdP yang sesuai mengikut
keupayaan murid
• Guru arus perdana menulis Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) seperti biasa
dengan memasukkan keperluan
pengajaran khusus MBK
• MBK dalam PPI belajar menggunakan
kurikulum kebangsaan
• Pengubahsuaian kaedah pengajaran,
penyediaan bahan dan penyampaian
• Laporan perubatan, profil murid, analisis
ujian dan rekod prestasi hendaklah
digunakan bagi merancang pengajaran
murid
• Guru arus perdana yang mengajar di
dalam kelas inklusif perlu diberi
pendedahan dalam mengendalikan
MBK.
• Pendedahan dalam mengendalikan MBK
boleh diperoleh dari JPN/ PPD/
Jurulatih Utama Pusat/ Jurulatih Utama
Negeri/ guru pendidikan pendidikan
Khas di sekolah berhampiran
12. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sekolah (Mempunyai PPKI) Sekolah (Tanpa PPKI)
• Guru pendamping akan menyediakan
RPH berdasarkan RPH guru arus perdana
• Guru boleh merancang dan mengubah
suai kaedah pengajaran, penyediaan
bahan, penyampaian dan aktiviti
pembelajaran
• Guru pendidikan khas dan guru mata
pelajaran perlu bekerjasama untuk
merancang dan melaksanakan PdP
• Penulisan Rancangan Pendidikan
Individu yang mengikuti inklusif penuh
boleh dikecualikan daripada penyediaan
RPI
• Menyediakan Analisis Pencapaian MBK
enam (6) bulan sekali
• Guru arus perdana menulis RPH
seperti biasa dengan memasukkan
keperluan pengajaran khusus MBK
• Guru arus perdana dan guru
pendamping secara bersama-sama
menyediakan analisis pencapaian
(jika perlu).
13. LAPORAN PRESTASI MBPK PPI
Cadangan laporan prestasi ialah sekali untuk setiap minggu/
bulan mengikut keperluan MBK.
MBK yang mengikuti PPI, guru pendamping hendaklah
menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali.
Laporan berkenaan hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas (PKPK)/ PKP sebagai rekod.
Perkembangan prestasi MBK yang mengikuti PPI boleh
dibincangkan dari semasa ke semasa atau dibincangkan di
dalam Mesyuarat Panel Penempatan dan JPKS.
16. PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
Pengetua/ Guru Besar
Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan.
Merancang, menubuhkan dan mempengerusi JPKS.
Mengurus PCG bagi kegunaan MBK di PPI sama ada yang mengikuti PPI
secara inklusif penuh atau inklusif separa adalah mengikut peraturan
kewangan dan kelulusan kewangan semasa.
17. PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
Membantu menyelaras pelaksanaan PPI
membantu menguruskan mesyuarat JPKS
mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk
mengikuti PPI
memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI
membantu memastikan keperluan buku teks MBK
disediakan dan mencukupi untuk MBK di PPI
menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK)
bersama-sama Jawatankuasa Bantuan Peringkat
Sekolah (JBPS) seperti pada SPK2/2018
• membantu merancang dan melaksanakan
LDP kepada semua guru yang berkaitan
• memohon sokongan guru pendamping
yang mempunyai PPKI dari sekolah
berhampiran melalui PPD atau JPN (bagi
negeri yang tiada PPD)
• merancang dan menyusun jadual waktu
bagi guru pendidikan khas yang
berperanan sebagai guru pendamping
(jika perlu)
• menyediakan dan menyelaras data MBK
di PPI untuk keperluan JPN/ PPD
Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum, PK
Petang (bagi sekolah yang tiada PPKI)
18. PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
Bekerjasama dengan PK Pentadbiran, PK
HEM, PK Kokurikulum dan Penyelia Petang
dalam melaksanakan PPI di sekolah
mengikut garis panduan yang disediakan
membantu pihak pentadbiran
menubuhkan dan menguruskan mesyuarat
JPKS
mengenal pasti MBK yang berpotensi
untuk mengikuti PPI
memantau perkembangan pencapaian
MBK di PPI
mengenal pasti guru pendidikan khas
yang boleh diberikan peranan sebagai
guru pendamping
Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKI (Sekolah yang ada
PPKI)
• bekerjasama dengan GPK
Pentadbiran dalam merancang dan
menyelaras LDP kepada guru arus
perdana dan guru pendidikan khas;
• merancang dan menetapkan jadual
waktu bagi guru pendidikan khas yang
berperanan sebagai guru pendamping
tanpa menambah bilangan waktu
pengajaran sedia ada.
• bekerjasama dengan PK Pentadbiran
dalam menjalankan bimbingan
(coaching and mentoring) guru-guru
yang terlibat dalam PPI
19. PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
•Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKI (Sekolah yang ada
PPKI)
•Menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI yang berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN/
PPD
•Menyedia dan membentangkan cadangan nama murid, maklumat murid dan kelas yang terlibat
untuk pelaksanaan PPI dalam Mesyuarat JPKS
•Memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan pelaksanaan PPI di sekolah didokumenkan
•Memastikan keperluan murid di kelas inklusif disediakan
•Melaksanakan proses transisi dengan memperkenalkan murid ke kelas inklusif;
•Menyediakan Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan kerjasama guru arus perdana
•Menyediakan analisis prestasi dan pencapaian MBK di PPI
•PKPK/Penyelaras PPKI memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan PPI di sekolah
didokumentasikan.
20. PERANAN GURU ARUS PERDANA
Guru Kelas Guru Mata Pelajaran
• Menjadi ahli JPKS;
• Mengemas kini data dan profil MBK
dalam APDM seperti EMK, RMT dan
berkaitan
• Merekod kehadiran MBK di PPI
• Memastikan kebajikan MBK dijaga
• Bekerjasama dengan setiausaha
peperiksaan bagi membantu MBK
didaftarkan sebagai Calon
Berkeperluan Khas (CBK)
• Menyediakan laporan prestasi MBK
• Bekerjasama dengan guru mata
pelajaran dan guru pendidikan khas
bagi membuat pemilihan “rakan
inklusif” untuk MBK di PPI.
• Menjadi ahli JPKS
• Menerima kehadiran dan memastikan
keberadaan MBK di kelas inklusif
• Bekerjasama dengan guru yang diberi
peranan sebagai guru pendamping dalam
merancang RPH berpandukan kurikulum
kebangsaan
• Melaksanakan PdP dengan menggunakan
kaedah dan strategi yang bersesuaian
• Bekerjasama dengan guru yang diberikan
peranan sebagai guru pendamping untuk
menjaga kebajikan MBK
• Melaporkan perkembangan dan
pencapaian akademik MBK
• Meningkatkan pengetahuan dengan
menghadiri latihan berkaitan PPI.
21. PERANAN GURU ARUS PERDANA
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Disiplin
• Memberikan khidmat bimbingan
dan kaunseling kepada MBK dan
ibu bapa/ penjaga mereka
• Menyediakan laporan tentang
khidmat kaunseling untuk MBK
• Bekerjasama dengan guru arus
perdana/guru pendidikan khas
untuk menjaga kebajikan MBK
• Merancang dan melaksanakan
program bersama-sama guru arus
perdana/guru pendidikan khas
untuk MBK
• Bekerjasama dengan
pentadbir, guru arus perdana
dan/atau guru pendidikan
khas berkaitan masalah
tingkah laku MBK
• Merekod dan menyediakan
laporan atau maklumat
berkaitan disiplin bagi murid
yang terlibat.
22. PERANAN GURU ARUS PERDANA
Guru Pemulihan Guru SPBT
• Mengenal pasti MBK yang
berada di kelas arus perdana
direkodkan sebagai murid
inklusif
• Mengenal pasti MBK yang
berada dalam kelas Pemulihan
Khas bagi ditempatkan dalam
PPI (bagi sekolah yang tiada
PPKI).
• Mengurus pesanan,
pengagihan dan pemulangan
buku teks Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) MBK.
23. SETIAUSAHA PPI
Bagi sekolah yang mempunyai PPKI perlu dilantik dalam kalangan guru
pendidikan khas. Keutamaan diberikan kepada guru pendidikan khas yang
telah menghadiri kursus PPI
Bagi sekolah yang tiada PPKI, dicadangkan dilantik dalam kalangan guru
bimbingan dan kaunseling atau guru yang menguruskan kebajikan murid
Menyediakan urusan surat menyurat JPKS
Membantu melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan
Membuat dokumentasi pelaksanaan PPI.
24. PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Mengenal pasti MBK dalam kelas masing-
masing yang berpotensi untuk diinklusifkan
Mentadbir Senarai Semak Kesediaan Inklusif
(SSKI) berdasarkan panduan yang disediakan
Melengkapkan borang pencapaian murid
berdasarkan SSKI dan menyediakan senarai
nama MBK yang ‘bersedia’, ‘kurang bersedia’
dan ‘tidak bersedia’ untuk diinklusifkan
Melaksanakan pentaksiran akademik kepada
MBK yang “bersedia” dan MBK ‘kurang
bersedia’ dirujuk kepada pasukan pelbagai
disiplin (MDT)
Melengkapkan borang cadangan penempatan
ke kelas inklusif bagi setiap MBK yang layak
Guru melengkapkan surat penempatan MBK di
PPI dan menetapkan perjumpaan bersama ibu
bapa/ penjaga
Mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran
yang diikuti oleh MBK di PPI
Membimbing dan membantu MBK semasa PdP
Menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK
mengikut keperluan
Membantu guru mata pelajaran merancang RPH
dan bekerjasama menjayakan PdP
Memantau perkembangan prestasi dan
pencapaian MBK di PPI
Bekerjasama dengan guru kelas dan guru mata
pelajaran bagi membuat pemilihan “rakan
inklusif” untuk MBK di PPI.
26. UJIAN KENDIRI TOPIK 2
Apakah perbezaan peranan guru pendidikan khas
dan guru arus perdana dalam pelaksanaan PPI?
Berapa lamakah tempoh percubaan bagi MBK yang mengikuti PPI?
Adakah pihak pentadbir sekolah boleh
mengasingkan keputusan peperiksaan awam MBK
yang berada di PPI?
27. UJIAN KENDIRI TOPIK 2
MBK yang mengikuti PPI perlu menjalani tempoh percubaan tidak
melebihi tiga (3) bulan.
Ya. Pihak Pentadbir Sekolah boleh mengasingkan keputusan peperiksaan
awam MBK yang berada di PPI berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil.
23/1998 Kebenaran Bagi Murid-murid Menduduki Peperiksaan Awam.
Guru Pendidikan Khas Guru Arus Perdana
Peranan Guru Pendidikan Khas
adalah sebagai Guru Resos/ guru
pendamping (mana-mana yang
berkaitan) kepada guru mata
pelajaran.
Guru kelas dan/ atau guru mata
pelajaran yang
bertanggungjawab untuk
mendidik MBK menggunakan
pendekatan PdP yang berkesan.
Berusaha untuk menggalakkan
persekitaran inklusif dalam sesi
PdP.