SlideShare a Scribd company logo
Recording from Unit MMN, MOE (draft as of 12.30pm)
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI
MAJLIS PEMBUKAAN PERSIDANGAN MUSIM PERMESYUARATAN KETIGA
BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA TAHUN 2017
Beta bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dapat pula bersama-sama di Majlis
Istiadat Pembukaan Rasmi bagi mesyuarat pertama dari Musim Permasyuaratan
ke-13 Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini.
Beta terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli diatas perlantikan
semula dan juga Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baru dilantik.
Beta juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas
ahli-ahli majlis menyuarat Negara diatas sumbangan mereka didalam
persidangan-persidangan majlis yang lalu.
Beta berharap dengan perlantikan ahli-ahli baru akan membawa kesan yang baik
dan positif kepada persidangan ini.
Beta percaya ahli-ahli akan dapat menanai tanggungjawab yang diamanahkan
dengan penuh ikhlas dan jujur serta bersikap terbuka dan bebas dalam
memberikan apa jua pandangan, dalam persidangan inilah ahli-ahli akan
berpeluang untuk membincang atau membahas isu-isu yang dianggap mustahak,
diantara isu mustahak itu ialah yang berkaitan dengan ekonomi kita semua sudah
maklum bahawa keadaan ekonomi dunia terus mengalami ketidaktentuan
walaupun pada akhir-akhir ini harga minyak dunia menunjukkan tanda-tanda
positif namun begitu kita masih saja perlu terus berwaspada kerana harga minyak
dunia dijangka berada pada paras yang rendah tanpa mungkin dianggarkan
tempoh. Maka kerana itu, kerajaan beta perlu terus giat untuk memperbagaikan
ekonomi negara.
Alhamdulillah sejak kebelakangan ini usaha kearah ini sudah mula menampakkan
kesan walaupun hasil yang diraih masih memerlukan masa. Dari segi pelaburan
kita mula mendapati banyak pelabur-pelabur asing telah memberikan perhatian
mereka terhadap potensi Negara sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju
beberapa projek pelaburan langsung asing akan memulakan operasi mereka
sementara ada juga yang sudah ditahap perlaksanan sedang beberapa cadangan
pelaburan baru lagi masih dalam penelitian. Perkemabangan ini tentunya positif.
Ia bukan saja dari sudut pengukuhan ekonomi malahan juga kesan limpahnya
akan dapat kita perolehi. Dari peningkatan aktiviti ekonomi akan membawa lebih
banyak lagi wujudnya peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk warga
tempatan. Namun, dengan perkembangan ini janganlah mula kita cepat-cepat
berpuas hati tetapi usaha pembaharuan adalah masih perlu diteruskan kerana
transformasi ekonomi memerlukan perancangan jangka panjang. Matlamat kita
ialah untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan
yang menarik. Selaras dengan ini, beta telahpun memperkenankan untuk
diwujudkan zon perdagangan bebas (Free Trade Zone). Dengan wujudnya zon ini
akan memudahkan lagi aktiviti pelaburan terutama dalam sektor pembuatan.
Satu lagi keutamaan kerajaan beta ialah meningkatkan nilai dan prestasi syarikat-
syarikat berkaitan kerajaan (GLCS). Syarikat-syarikat ini termasuk syarikat-
syarikat yang ditubuhkan melalui usahasama dengan pelabur-pelabur asing akan
mampu untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, khasnya di
sektor bukan minyak dan gas.
Disamping itu, sektor swasta juga akan terus diberi keutamaan untuk membina
keupayaan dalam aktiviti-aktiviti perusahaan mikro kecil dan sederhana MSME,
selaras sebagai usaha menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan
perusahaan mikro kecil dan sederhana ini.
Beta telahpun memperkenankan penubuhan SME bank. Penubuhan bank ini
dapatlah diharapkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kewangan yang
mudah, accessible financing, bagi mendokong aktiviti-aktiviti perniagaan di
negara ini. Bank ini akan beroperasi berdasarkan konsep syari’ah, syari’ah
compliant. Apapun rancangan, semuanya turut bergantung kepada sumber
tenaga manusia. Inilah masalah kita. Di Brunei, sumber tenaga tempatan masih
saja bermasalah. Disamping masalah terlalu memilih kerja, juga jadi masalah
ialah sudah dapat kerja di sektor swasta tetapi tidak kekal lama, hanya sebulan
atau seminggu dua sahaja, sudah berhenti. Balik semula memilih jadi
penganggur.
Berkaitan ini, beta telah memperkenankan satu program apprenticeship untuk
mewujudkan khusus bagi graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan.
Program ini akan dilancarkan pada bulan April 2017 in shaa Allah. Ia akan dikenali
sebagai Program iReady, khusus sebagai platform bagi para graduan memasuki
alam pekerjaan sama ada di sektor swasta atau sektor awam. Menyentuh
mengenai keperluan tenaga manusia, penyediaan asas ilmu pengetahuan adalah
utama. Maka kearah ini, pencapaian penuntut-penuntut dari peringkat sekolah
rendah sehingga ke peringkat menengah adalah perlu untuk diberikan penekanan.
Maka untuk itu, agensi-agensi berkenaan perlulah merangka perancangan yang
actionable dan realistic serta cost effective agar semua isu dapat ditangani secara
berkesan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Juga perlu diambil
perhatian bahawa pendidikan pada masa ini tidak hanya terhad di bilik-bilik darjah
sahaja tetapi banyak ilmu, maklumat dan kemahiran boleh diperolehi melalui
penggunaan teknologi internet yang boleh diakses dengan mudah dan cepat.
Namun dalam kegairahan memanfaatkan teknologi canggih ini, kita juga
dikehendaki supaya jangan lalai dari anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab
yang menggunakan teknologi untuk tujuan-tujuan keburukan termasuk
penggunaan media sosial untuk menyebarkan berita-berita palsu dan fitnah.
Semua ini boleh mengundang kepada bencana. Beta berharap semua pihak perlu
turut menyedari dan mengambil perhatian serius mengenainya.
Akhirnya, beta berharap persidangan Majlis Mesyuarat Negara tahun ini akan
memberikan lebih tumpuan kepada perkara-perkara strategik untuk
mengukuhkan lagi kemajuan sosioekonomi negara. Ahli-ahli Yang Berhormat juga
diharapkan dapat mengemukakan pandangan-pandangan dan saranan-saranan
bernas tanpa takut-takut atau ragu-ragu untuk kepentingan masyarakat dan
negara.

More Related Content

PDF
1) sambutan bupati wonosobo pada acara rat tutup buku 2020 kpri dharma praja
PDF
16 sept, sambutan bupati wonosobo gathering bumd
PDF
Sambutan bupati peresmian ksp cu lestari buntu
PDF
Sambutan bupati wonosobo pada acara evaluasi bumd tahun 2021
PDF
Faqs frequently asked questions reformasi birokrasi-e-book
PDF
20 sept, sambutan pengambilan sumpah pejabat fungsional
PDF
04 okt, sambutan pembukaan sosialisasi pp 94 tahun 2021 tentang disiplin pns
DOCX
Surat pernyataa2
1) sambutan bupati wonosobo pada acara rat tutup buku 2020 kpri dharma praja
16 sept, sambutan bupati wonosobo gathering bumd
Sambutan bupati peresmian ksp cu lestari buntu
Sambutan bupati wonosobo pada acara evaluasi bumd tahun 2021
Faqs frequently asked questions reformasi birokrasi-e-book
20 sept, sambutan pengambilan sumpah pejabat fungsional
04 okt, sambutan pembukaan sosialisasi pp 94 tahun 2021 tentang disiplin pns
Surat pernyataa2

What's hot (20)

DOC
Laporan depan ..RAT 2013 KPRI SMPN 3 BATAM
DOCX
Daftar simpanan anggota koperasi ksp bmt amanah mandiri desa konde kecamatan ...
PDF
Sambutan bupati wonosobo pada acara rat tutup buku 2020 kpri dharma praja
PDF
29 sept, sambutan bupati penerimaan kaji banding tp pkk lamandau
DOCX
afandi harlim (2)
PDF
3) sambutan bupati wonosobo acr peresmian keg2020
DOCX
Sambutan sekda pencanangan zona integritas menuju wbk
PDF
8 sept, sambutan launchig pembayaran non tunai pengujian kendaran bermotor
PDF
20 sept, sambutan penyerahan sk dan pengambilan sumpah pns kabupaten wonosobo
PDF
Sambutan bupati wonosobo acara pelantikan 60 jabfung
PDF
Sambutan bupati wonosobo acara bulan dana pmi
PDF
21 sept, sambutan bupati wonosobo rapat pobl september
PDF
Sambutan bupati wonosobo acara penutupan bulan dana pmi
DOCX
Lamaran baf
PDF
Sambutan bupati wonosobo penyerahan sk pensiun agt
PDF
Sdm sambutan sosialisasi
DOCX
Undangan bmt
DOCX
Surat pernyataan tanggung jawab mutlak
PDF
22 juni, sambutan bupati agraria
DOCX
Laporan depan ..RAT 2013 KPRI SMPN 3 BATAM
Daftar simpanan anggota koperasi ksp bmt amanah mandiri desa konde kecamatan ...
Sambutan bupati wonosobo pada acara rat tutup buku 2020 kpri dharma praja
29 sept, sambutan bupati penerimaan kaji banding tp pkk lamandau
afandi harlim (2)
3) sambutan bupati wonosobo acr peresmian keg2020
Sambutan sekda pencanangan zona integritas menuju wbk
8 sept, sambutan launchig pembayaran non tunai pengujian kendaran bermotor
20 sept, sambutan penyerahan sk dan pengambilan sumpah pns kabupaten wonosobo
Sambutan bupati wonosobo acara pelantikan 60 jabfung
Sambutan bupati wonosobo acara bulan dana pmi
21 sept, sambutan bupati wonosobo rapat pobl september
Sambutan bupati wonosobo acara penutupan bulan dana pmi
Lamaran baf
Sambutan bupati wonosobo penyerahan sk pensiun agt
Sdm sambutan sosialisasi
Undangan bmt
Surat pernyataan tanggung jawab mutlak
22 juni, sambutan bupati agraria
Ad

More from Mohd Fadhilullah (7)

PDF
Writing a business plan 1 hour slide
PDF
Takaful all risk bicycle cw 2017
PDF
All risk takaful for bicycles in Brunei
PDF
Amendments to the customs import and excise duties 1 april 2017
PPTX
Business and entrepreneurship for pkbn 2017
PPTX
Business kit manual training 20130416
PPTX
Mobile app slide
Writing a business plan 1 hour slide
Takaful all risk bicycle cw 2017
All risk takaful for bicycles in Brunei
Amendments to the customs import and excise duties 1 april 2017
Business and entrepreneurship for pkbn 2017
Business kit manual training 20130416
Mobile app slide
Ad

Titah Kebawah Duli semasa MMN 2017

  • 1. Recording from Unit MMN, MOE (draft as of 12.30pm) TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI MAJLIS PEMBUKAAN PERSIDANGAN MUSIM PERMESYUARATAN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA TAHUN 2017 Beta bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dapat pula bersama-sama di Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi bagi mesyuarat pertama dari Musim Permasyuaratan ke-13 Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini. Beta terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli diatas perlantikan semula dan juga Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baru dilantik. Beta juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas ahli-ahli majlis menyuarat Negara diatas sumbangan mereka didalam persidangan-persidangan majlis yang lalu. Beta berharap dengan perlantikan ahli-ahli baru akan membawa kesan yang baik dan positif kepada persidangan ini. Beta percaya ahli-ahli akan dapat menanai tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur serta bersikap terbuka dan bebas dalam memberikan apa jua pandangan, dalam persidangan inilah ahli-ahli akan berpeluang untuk membincang atau membahas isu-isu yang dianggap mustahak, diantara isu mustahak itu ialah yang berkaitan dengan ekonomi kita semua sudah maklum bahawa keadaan ekonomi dunia terus mengalami ketidaktentuan walaupun pada akhir-akhir ini harga minyak dunia menunjukkan tanda-tanda positif namun begitu kita masih saja perlu terus berwaspada kerana harga minyak dunia dijangka berada pada paras yang rendah tanpa mungkin dianggarkan tempoh. Maka kerana itu, kerajaan beta perlu terus giat untuk memperbagaikan ekonomi negara. Alhamdulillah sejak kebelakangan ini usaha kearah ini sudah mula menampakkan kesan walaupun hasil yang diraih masih memerlukan masa. Dari segi pelaburan kita mula mendapati banyak pelabur-pelabur asing telah memberikan perhatian mereka terhadap potensi Negara sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju beberapa projek pelaburan langsung asing akan memulakan operasi mereka
  • 2. sementara ada juga yang sudah ditahap perlaksanan sedang beberapa cadangan pelaburan baru lagi masih dalam penelitian. Perkemabangan ini tentunya positif. Ia bukan saja dari sudut pengukuhan ekonomi malahan juga kesan limpahnya akan dapat kita perolehi. Dari peningkatan aktiviti ekonomi akan membawa lebih banyak lagi wujudnya peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk warga tempatan. Namun, dengan perkembangan ini janganlah mula kita cepat-cepat berpuas hati tetapi usaha pembaharuan adalah masih perlu diteruskan kerana transformasi ekonomi memerlukan perancangan jangka panjang. Matlamat kita ialah untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan yang menarik. Selaras dengan ini, beta telahpun memperkenankan untuk diwujudkan zon perdagangan bebas (Free Trade Zone). Dengan wujudnya zon ini akan memudahkan lagi aktiviti pelaburan terutama dalam sektor pembuatan. Satu lagi keutamaan kerajaan beta ialah meningkatkan nilai dan prestasi syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLCS). Syarikat-syarikat ini termasuk syarikat- syarikat yang ditubuhkan melalui usahasama dengan pelabur-pelabur asing akan mampu untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, khasnya di sektor bukan minyak dan gas. Disamping itu, sektor swasta juga akan terus diberi keutamaan untuk membina keupayaan dalam aktiviti-aktiviti perusahaan mikro kecil dan sederhana MSME, selaras sebagai usaha menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan perusahaan mikro kecil dan sederhana ini. Beta telahpun memperkenankan penubuhan SME bank. Penubuhan bank ini dapatlah diharapkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kewangan yang mudah, accessible financing, bagi mendokong aktiviti-aktiviti perniagaan di negara ini. Bank ini akan beroperasi berdasarkan konsep syari’ah, syari’ah compliant. Apapun rancangan, semuanya turut bergantung kepada sumber tenaga manusia. Inilah masalah kita. Di Brunei, sumber tenaga tempatan masih saja bermasalah. Disamping masalah terlalu memilih kerja, juga jadi masalah ialah sudah dapat kerja di sektor swasta tetapi tidak kekal lama, hanya sebulan atau seminggu dua sahaja, sudah berhenti. Balik semula memilih jadi penganggur. Berkaitan ini, beta telah memperkenankan satu program apprenticeship untuk mewujudkan khusus bagi graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan. Program ini akan dilancarkan pada bulan April 2017 in shaa Allah. Ia akan dikenali sebagai Program iReady, khusus sebagai platform bagi para graduan memasuki alam pekerjaan sama ada di sektor swasta atau sektor awam. Menyentuh mengenai keperluan tenaga manusia, penyediaan asas ilmu pengetahuan adalah
  • 3. utama. Maka kearah ini, pencapaian penuntut-penuntut dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah adalah perlu untuk diberikan penekanan. Maka untuk itu, agensi-agensi berkenaan perlulah merangka perancangan yang actionable dan realistic serta cost effective agar semua isu dapat ditangani secara berkesan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Juga perlu diambil perhatian bahawa pendidikan pada masa ini tidak hanya terhad di bilik-bilik darjah sahaja tetapi banyak ilmu, maklumat dan kemahiran boleh diperolehi melalui penggunaan teknologi internet yang boleh diakses dengan mudah dan cepat. Namun dalam kegairahan memanfaatkan teknologi canggih ini, kita juga dikehendaki supaya jangan lalai dari anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan teknologi untuk tujuan-tujuan keburukan termasuk penggunaan media sosial untuk menyebarkan berita-berita palsu dan fitnah. Semua ini boleh mengundang kepada bencana. Beta berharap semua pihak perlu turut menyedari dan mengambil perhatian serius mengenainya. Akhirnya, beta berharap persidangan Majlis Mesyuarat Negara tahun ini akan memberikan lebih tumpuan kepada perkara-perkara strategik untuk mengukuhkan lagi kemajuan sosioekonomi negara. Ahli-ahli Yang Berhormat juga diharapkan dapat mengemukakan pandangan-pandangan dan saranan-saranan bernas tanpa takut-takut atau ragu-ragu untuk kepentingan masyarakat dan negara.