2
Most read
6
Most read
7
Most read
Usuluddin Kertas 2 : Ulum Al-Quran
Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir : Zaman Tabi’in dan Zaman Tadwin
a) Zaman Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in
Dalam zaman ini, dibahagikan kepada dua iaitu:
I. Zaman Tabi’in
• Ulama pertama yang berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir
berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah daripada
kalangan ulama Tabi’in yang dipelopori oleh Mujahid.
• Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk
mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:
i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah.
ii. Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
iii. Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
iv. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 238
Hijrah.
• Ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah ke
kota-kota yang baru dibuka kerana wilayah Islam yang sudah mula
terbuka luas pada zaman Tabi’in menyebabkan munculnya beberapa
aliran di berbagai kota yang dipimipin oleh para sahabat.
• Mereka yang paling terkenal dalam kalangan ahli Tafsir ialah Mujahid
Ibn Jabar dan Sa’id Ibn Jubair.
• Sebagai rumusannya, majoriti ilmu Tafsir masih terus wujud dalam
bentuk pengajaran dan riwayat secara lisan.
• Pembukuan ilmu Tafsir yang berlaku pada zaman Tabi’in masih belum
pesat cuma apa yang ketara dan jelas ialah pada waktu itu unsur-unsur
Israiliyat mula menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu Tafsir.
A. Kitab Tafsir Zaman Tabi’in
Kitab tafsir yang wujud pada zaman ini merupakan ekoran inisiatif
atau laluan yang dirintis oleh Mujahid. Antara kitab tafsir yang
terkenal pada zaman itu ialah:
a. Tafsir al-Saudi yang meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah
yang menerangkan riwayat-riwayat yang dirujukkan Ibn
Mas’ud dan Ibn Abbas.
b. Tafsir Ibn Juraij yang meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah
yang mana tafsir ini meriwayatkan segala riwayat mengenai
ayat-ayat al-Quran, sahih dan da’if.
c. Tafsir Maqatil yang meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah.
d. Tafsir Muhammad Ibn Ishak.
II. Zaman Tabi’ al-Tabi’in
• Zaman ini bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah.
• Perkembangan tafsir zaman ini ekoran wilayah Islam yang sudah mulai
terbuka luas.
• Ulama golongan tabi’ al-tabi’in telah berusaha dengan gigih untuk
menyempurnakan lagi pentafsiran Al-Quran.
A. Kitab Tafsir Zaman Tabi’ Al-Tabi’in.
• Ulama tabi’ Al-Tabi’in telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan
lebih teratur. Pada peringkat zaman itu, mereka telah mulai menulis tafsir
yang merangkumi atau melengkapi semua surah-surah Al-Quran.
• Antara lain, di dalam kitab tafsir tabi’ Al-Tabi’in majoritinya mengandungi
perkataan-perkataan sahabat dan para tabi’in yang tersebut sebelum ini.
• Antara kitab tafsir yang terkenal yang wujud pada peringkat zaman ini
ialah :
a) Al-waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah.
b) Al-‘allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah.
c) Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.
• Kitab Tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir Al-Tabari. Merupakan
kitab tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang paling besar yang
wujud sehingga kini.
B. Sumber tafsir Zaman Tabi’in dan Tabi Al-Tabi’in
• Pertamanya : Mereka berpegang kepada penjelasan yang terdapat dalam
al-Quran itu sendiri.
• Kedua : Kemudian mereka berpegang kepada penjelasan-penjelasan
Rasullullah yang mereka terima menerusi riwayat para sahabat.
• Ketiga : Mereka juga bersandarkan kepada tafsiran para sahabat.
• Keempat : Di samping itu mereka juga mengambil pandangan golongan
Ahli Kitab.
• Kelima : Akhirnya para pentafsir dari kalangan tabi’in ini berpegang
kepada apa yang dibukakan oleh Allah terhadap mereka menerusi ijtihad
dan pemikiran mereka sendiri.
C. Nilai Tafsir Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in
• Nilai Tafsir Tabi’in dan Tabi al-Tabi’in terbahagi kepada 2 :
a) Golongan yang menolak
• Antara kalangan tabi’in yang menolak dasar ijtihad dalam tafsir ialah :
i. Sa’id ibn Musayyah
ii. Muhammad Ibn Sirin
b) Golongan yang menerima
• Antara kalangan tabi’in yang menerima dasar ijtihad dalam tafsir ialah
:
i. Mujahid
ii. ‘Ikrimah dan sahabat-sahabatnya
• Daripada 2 golongan ulama tersebut, maka golongan yang menolak
dasar ijtihad dalam tafsir telah mencela golongan yang menerima
ijtihad tersebut.
• Rumusan yang dapat dibuat pada peringkat tersebut dilaksanakan
melalui 2 sistem atau manhaj sahaja, iaitu :
- tafsir Ma’thur atau al-Manqul.
- tafsir ijtihad atau al-Ma’qul.
• Melalui penjelasanyang dibuat sebagaimana tersebut di atas, dapat
dibuat penilaian di sini bahawa Tafsir al-Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in itu
mempunyai nilai tertentu, iaitu :
a) Seandainya tafsiran dan ijtihad mereka semata-mata, tanpa
berasaskan ijtihad Rasulullah, maka tafsiran dan pandangan
ulama tabi’in dan tabi’ al-tabi’in itu merupakan suatu ijtihad yang
tidak wajib diikuti.
b) Sekiranya tafsiran dan ijtihad ulama tabi’in dan tabi’ al-tabi’in itu
dengan berasaskan kepada ijtihad Rasulullah, maka ia merupakan
suatu ijtihad yang wajib diikuti.
c) Pada zaman tabi’in dan tabi’ al-tabi’in dan dalam tafsiran
khususnya telah berlaku percampuran serta meresapnya unsur-
unsur israiliyat. Hal tersebut berlaku lantaran tabi’in mulai bergaul
rapat dengan orang-orang Yahudi yang berada di persekitaran
Madinah.
d) Pada zaman tabi’in dan tabi’ al-tabi’in telah timbul dan berlakunya
perselisihan di dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran di antara
mereka.
b) Zaman Tadwin
• Zaman ini atau gerakan pembukuan ilmu Tafsir secara khususnya berlaku
pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyyah dan awal pemerintahan
Bani Abbasiyah.
• Pembukuan tafsir atau juga zaman Tadwin berlaku pada akhir kurun
kedua Hijrah yang berlangsung selari dengan pembukuan Hadis dan
dapat dibahagikan kepada empat peringkat :
a) Peringkat Pertama : Pembukuan Tafsir dan Hadis. Tokoh permuka dan
pelopor antaranya ialah :
i) Thu’bah Ibn al-Hajjaj
ii) Waki’ Ibn al-Jarrah
iii) Sufian Ibn ‘Uyariah
b) Peringkat Kedua : Peringkat pengasingan di antara tafsir dengan hadis
yang mana munculnya ulama seperti :
i) Ibn Majah
ii) Ibn Jarir al-Tabari
iii) Abu Bakar Ibn al-Munzir al-Naisaburi
iv) Ibn Abi Hatim
v) Ibn Hibban
vi) al-Hakim
vii) Abu Bakar Ibn Mardawah
Tafsiran mereka ini bersandarkan kepada Rasulullah, sahabat dan
tabi’in.
c) Peringkat ketiga : Pentafsiran dilakukan dengan memotong sanad-
sanad atau juga meninggalkan sanad-sanad yang menyebabkan
berlakunya tafsir yang sahih dengan tafsir yang tidak sahih. Selain itu,
munculnya tafsir palsu serta berlaku pemahaman daripada unsur-
unsur Israiliyat.
d) Peringkat keempat : Ahli tafsir menggunakan pendapat sendiri dalam
pentafsiran yang dikenali sebagai Tafsir Bi al-Ra’yi, yang mana semua
ayat diulas mengikut selera ulama yang pakar dalam bidang tertentu.
A. Perkembangan Tafsir Zaman Tadwin
Zaman Tadwin dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
• Tafsir Zaman Mutakhirin
• Zaman ini berlangsung selama hamper 8 abad, iaitu bermula dari awal
abad keempat Hijrah hingga abad kedua belas Hijrah.
• Pada peringkat zaman ini juga perkembangan dakwah Islam dan
kuasa politik bergerak amat meluas meliputi daerah Parsi, Asia
Tengah, India, Turki, Afrika Utara dan juga Asia Tenggara.
• Ilmu-ilmu seperti ilmu Hadis, Fekah, Sejarah, Usul Fekah, ilmu Bahasa
dan Sastera telah menuju pengkhususannya, iaitu ilmu yang berdiri
sendiri kesan pertembungan kebudayaan, politik dan pemikiran-
pemikiran asing.
• Antara tahun 322 hingga 542 Hijrah merupakan tahun
berlangsungnya perkembangan pentafsiran al-Qur’an dengan
gemilang sekali.
• Ahli tafsir melakukan penyemakkan semula terhadap riwayat-riwayat
tafsir yang diragui, khasnya yang berasal daripada Israiliyat dan
Nasrani.
• Ulama juga telah melakukan usaha menyelaraskan tafsiran mereka
sesuai dengan pemikiran umat Islam dan dilakukan berdasarkan
sepenuhnya riwayat-riwayat hadis yang sahih serta kaedah-kaedah
bahasa Arab juga kaedah-kaedah ijtihad yang digariskan pada masa
itu.
• Kitab-kitab tafsir secara khususnya menitikberatkan aspek tertentu,
iaitu:
i. Tafsir yang ditinjau dari sudut ilmu Bahasa dan tatabahasa: Di
antaranya ialah Tafsir al-Kasyaf oleh Al-Zamakhsyari, Tafsir
Ma’ani al-Quran oleh al-Zujjaj, Tafsir al-Basit oleh al-Wahidi.
ii. Tafsir yang menitikberatkan tentang sifat-sifat Allah: Di
antaranya ialah Tafsir Mafatih al-Ghaib oleh Imam al-Razi.
iii. Tafsir yang ditinjau dari sudut hukum dan ibadat: Di antara
ialah Tafsir al-Qurtubi oleh al-Qurtubi, Kitab Ihkam al-Quran
oleh al-Syafi’i.
iv. Tafsir yang ditinjau dari sudut kisah-kisah dan cerita-cerita
terdahulu yang mana termasuk juga kisah berasal daripada
orang Yahudi dan Nasrani: Di antaranya ialah Tafsir al-Khazin
oleh ‘Ala’ al-Din ibn Muhammad al-Baghwi dan Tha’labi.
v. Tafsir yang berhubungan dengan Tasawwuf: Di antaranya
ialah Tafsir al-Thauri oleh Abu Muhammad Sahl ibn Abdullah
al-Tahuri.
vi. Tafsir yang memperkatakan tentang lafaz-lafaz al-Quran: Di
antaranya ialah Kitab Mu’jam Gharib al-Quran oleh
Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi daripada Sahih al-Bukhari.
• Selain itu, terdapat juga kitab tafsir yang ditulis berdasarkan aliran
politik serta akidah, seperti Tafsir Muktazillah dan Tafsir Syiah. Di
antaranya ialah:
i. Pertama: Tafsir Muktazilah ialah dengan memberi penekanan
akal dalam persoalan agama, contohnya : Tafsir Tanzih al-
Quran An al-Mata’ yang disusun oleh Abd al-Jabar ibn Ahmad
Ibn al-Khalil.
ii. Kedua: Tafsir Syiah antaranya ialah: Tafsir al-Quran ‘Ala al-
Wajh al-Ijmal Min Kalam Sayd al-Mu’minin Ali Ibn Abi Talib
yang disusun oleh Abu al-Qasim Ali Ibn Tahir.
• Tafsir Zaman Moden
• Berlaku atau bermula pada awal abad keempat belas Hijrah atau akhir
abad ke-19 Masehi.
• Umat Islam mengalami bermacam bentuk penindasan, yang mana
agama Islam dihina dan dicemari ekoran penjajahan Barat dari sudut
perkara, ekonomi, politik dan cara hidup.
• Lanataran itu, beberapa orang mujaddid Islam telah bangkit dan
berjuang mengubah nasib umat Islam dan negara Islam itu antaranya
ialah Jamaludin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh di Mesir dan
lain-lain.
• Semangat tajdid mempengaruhi Tafsir al-Quran yang mana kitab
tafsir itu disusun dan dikarang pada waktu itu tidak lagi dengan
mewarisi riwayat-riwayat lama yang disandar atau yang dipetik
daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in semata-mata.
• Antara kitab tafsir yang disusun dan ditulis pada peringkat moden
ialah:
i. Tafsir al-Manar oleh Rasyid Reda
ii. Tafsir Mahasin al-Ta’wil oleh Jamaludin al-Qasimi
iii. Tafsir al-Jawahir oleh Thantawi Jauhari
Disediakan oleh:Muhammad Fauzi bin Yusof

More Related Content

PPT
Ulum al quran
PPTX
Imam abu hanifah
PPTX
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
PPTX
Kerajaan bani umaiyah
PPTX
Kerajaan bani umaiyah
PDF
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
PDF
Apakah maksud ilmu Fiqh?
ODP
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
Ulum al quran
Imam abu hanifah
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Apakah maksud ilmu Fiqh?
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN

What's hot (20)

PPTX
Metode pendokumentasian al quran
PPTX
sirah nabawiyyah
PDF
Pengenalan ilmu tajwid
PPTX
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
PPTX
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
PPTX
Dakwah secara terang (hanin, anis)
PPTX
Perjanjian hudaibiyah
PPT
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
DOCX
131026331 tarannum-nahawand
PPTX
13.9.2012 imam malik
PPTX
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
PPTX
Perang badar n perang uhud
DOCX
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
PDF
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
PPTX
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
PPTX
Takhrij al hadith
PPTX
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
PDF
Nasikh wal mansukh
DOC
Mustolah hadis
PPTX
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Metode pendokumentasian al quran
sirah nabawiyyah
Pengenalan ilmu tajwid
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Perjanjian hudaibiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
131026331 tarannum-nahawand
13.9.2012 imam malik
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Perang badar n perang uhud
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Takhrij al hadith
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Nasikh wal mansukh
Mustolah hadis
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Ad

Similar to Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin) (20)

PPTX
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
PDF
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH: Deni Wahyuhida Taufiq. SM IV-C FDK UINSU 2019/2020
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH SYARIF HIDAYAT LASE. SM IV MD-E. FDK UINSU 2019/2020
PPTX
TUGAS TAFSIR TEMATIK OLEH NUR FADILLA NASUTION (0104183200) SM IV-E MD FDK UI...
PPTX
Tafsir pada masa Tabi'in
PDF
Tafsir, pembagian dan metodenya
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Bella Pertiwi. SM II PMI-A FDK UINSU 2019/2020
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Eriza Ricki. SM II PMI-A FDK UINSU 2019/2020
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Rahmah Danisya. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Shella Anjeli Astari. SM IV MD-E FDK UINSU 2019/2020
PPTX
Pengantar Tafsir-1 Muhammad Anwar Hadi
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Shania AZHARI. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
PPTX
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK Tika Mailani (0104183191) SM IV-E MD FDK UINSU 2019/2020
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Nadia Cahaya Amanda. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
PPTX
PENGANTAR TAFSIR-1 OLEH Ahmad Mutawalli Nasution. SM MD IV-C. FDK UINSU 2019/...
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH NURVIVIN SAFRIDA. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
PPTX
INTEGRASI ILMU DALAM PENAFSIRAN-IIQ 2021.pptx
PPTX
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Pradana Ubaidillah. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH: Deni Wahyuhida Taufiq. SM IV-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH SYARIF HIDAYAT LASE. SM IV MD-E. FDK UINSU 2019/2020
TUGAS TAFSIR TEMATIK OLEH NUR FADILLA NASUTION (0104183200) SM IV-E MD FDK UI...
Tafsir pada masa Tabi'in
Tafsir, pembagian dan metodenya
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Bella Pertiwi. SM II PMI-A FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK PMI OLEH Eriza Ricki. SM II PMI-A FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Rahmah Danisya. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Shella Anjeli Astari. SM IV MD-E FDK UINSU 2019/2020
Pengantar Tafsir-1 Muhammad Anwar Hadi
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Shania AZHARI. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK Tika Mailani (0104183191) SM IV-E MD FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Nadia Cahaya Amanda. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
PENGANTAR TAFSIR-1 OLEH Ahmad Mutawalli Nasution. SM MD IV-C. FDK UINSU 2019/...
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH NURVIVIN SAFRIDA. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
INTEGRASI ILMU DALAM PENAFSIRAN-IIQ 2021.pptx
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Pradana Ubaidillah. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
Ad

More from MUHAMMAD FAUZI YUSOF (15)

DOC
Jenis jual beli
DOC
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
DOC
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
DOC
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
DOC
Sejarah malaysia adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
DOC
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
DOC
Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam
DOC
Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam
DOC
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
DOC
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
DOC
Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
DOC
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
DOC
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
DOC
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Jenis jual beli
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah malaysia adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam
Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun

Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)

  • 1. Usuluddin Kertas 2 : Ulum Al-Quran Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir : Zaman Tabi’in dan Zaman Tadwin a) Zaman Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in Dalam zaman ini, dibahagikan kepada dua iaitu: I. Zaman Tabi’in • Ulama pertama yang berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah daripada kalangan ulama Tabi’in yang dipelopori oleh Mujahid. • Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah: i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah. ii. Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. iii. Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. iv. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 238 Hijrah. • Ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah ke kota-kota yang baru dibuka kerana wilayah Islam yang sudah mula terbuka luas pada zaman Tabi’in menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai kota yang dipimipin oleh para sahabat. • Mereka yang paling terkenal dalam kalangan ahli Tafsir ialah Mujahid Ibn Jabar dan Sa’id Ibn Jubair. • Sebagai rumusannya, majoriti ilmu Tafsir masih terus wujud dalam bentuk pengajaran dan riwayat secara lisan. • Pembukuan ilmu Tafsir yang berlaku pada zaman Tabi’in masih belum pesat cuma apa yang ketara dan jelas ialah pada waktu itu unsur-unsur Israiliyat mula menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu Tafsir. A. Kitab Tafsir Zaman Tabi’in
  • 2. Kitab tafsir yang wujud pada zaman ini merupakan ekoran inisiatif atau laluan yang dirintis oleh Mujahid. Antara kitab tafsir yang terkenal pada zaman itu ialah: a. Tafsir al-Saudi yang meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah yang menerangkan riwayat-riwayat yang dirujukkan Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas. b. Tafsir Ibn Juraij yang meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah yang mana tafsir ini meriwayatkan segala riwayat mengenai ayat-ayat al-Quran, sahih dan da’if. c. Tafsir Maqatil yang meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah. d. Tafsir Muhammad Ibn Ishak. II. Zaman Tabi’ al-Tabi’in • Zaman ini bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah. • Perkembangan tafsir zaman ini ekoran wilayah Islam yang sudah mulai terbuka luas. • Ulama golongan tabi’ al-tabi’in telah berusaha dengan gigih untuk menyempurnakan lagi pentafsiran Al-Quran. A. Kitab Tafsir Zaman Tabi’ Al-Tabi’in. • Ulama tabi’ Al-Tabi’in telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih teratur. Pada peringkat zaman itu, mereka telah mulai menulis tafsir yang merangkumi atau melengkapi semua surah-surah Al-Quran. • Antara lain, di dalam kitab tafsir tabi’ Al-Tabi’in majoritinya mengandungi perkataan-perkataan sahabat dan para tabi’in yang tersebut sebelum ini. • Antara kitab tafsir yang terkenal yang wujud pada peringkat zaman ini ialah : a) Al-waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah.
  • 3. b) Al-‘allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah. c) Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah. • Kitab Tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir Al-Tabari. Merupakan kitab tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang paling besar yang wujud sehingga kini. B. Sumber tafsir Zaman Tabi’in dan Tabi Al-Tabi’in • Pertamanya : Mereka berpegang kepada penjelasan yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri. • Kedua : Kemudian mereka berpegang kepada penjelasan-penjelasan Rasullullah yang mereka terima menerusi riwayat para sahabat. • Ketiga : Mereka juga bersandarkan kepada tafsiran para sahabat. • Keempat : Di samping itu mereka juga mengambil pandangan golongan Ahli Kitab. • Kelima : Akhirnya para pentafsir dari kalangan tabi’in ini berpegang kepada apa yang dibukakan oleh Allah terhadap mereka menerusi ijtihad dan pemikiran mereka sendiri. C. Nilai Tafsir Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in • Nilai Tafsir Tabi’in dan Tabi al-Tabi’in terbahagi kepada 2 : a) Golongan yang menolak • Antara kalangan tabi’in yang menolak dasar ijtihad dalam tafsir ialah : i. Sa’id ibn Musayyah ii. Muhammad Ibn Sirin b) Golongan yang menerima • Antara kalangan tabi’in yang menerima dasar ijtihad dalam tafsir ialah :
  • 4. i. Mujahid ii. ‘Ikrimah dan sahabat-sahabatnya • Daripada 2 golongan ulama tersebut, maka golongan yang menolak dasar ijtihad dalam tafsir telah mencela golongan yang menerima ijtihad tersebut. • Rumusan yang dapat dibuat pada peringkat tersebut dilaksanakan melalui 2 sistem atau manhaj sahaja, iaitu : - tafsir Ma’thur atau al-Manqul. - tafsir ijtihad atau al-Ma’qul. • Melalui penjelasanyang dibuat sebagaimana tersebut di atas, dapat dibuat penilaian di sini bahawa Tafsir al-Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in itu mempunyai nilai tertentu, iaitu : a) Seandainya tafsiran dan ijtihad mereka semata-mata, tanpa berasaskan ijtihad Rasulullah, maka tafsiran dan pandangan ulama tabi’in dan tabi’ al-tabi’in itu merupakan suatu ijtihad yang tidak wajib diikuti. b) Sekiranya tafsiran dan ijtihad ulama tabi’in dan tabi’ al-tabi’in itu dengan berasaskan kepada ijtihad Rasulullah, maka ia merupakan suatu ijtihad yang wajib diikuti. c) Pada zaman tabi’in dan tabi’ al-tabi’in dan dalam tafsiran khususnya telah berlaku percampuran serta meresapnya unsur- unsur israiliyat. Hal tersebut berlaku lantaran tabi’in mulai bergaul rapat dengan orang-orang Yahudi yang berada di persekitaran Madinah. d) Pada zaman tabi’in dan tabi’ al-tabi’in telah timbul dan berlakunya perselisihan di dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran di antara mereka. b) Zaman Tadwin
  • 5. • Zaman ini atau gerakan pembukuan ilmu Tafsir secara khususnya berlaku pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyyah dan awal pemerintahan Bani Abbasiyah. • Pembukuan tafsir atau juga zaman Tadwin berlaku pada akhir kurun kedua Hijrah yang berlangsung selari dengan pembukuan Hadis dan dapat dibahagikan kepada empat peringkat : a) Peringkat Pertama : Pembukuan Tafsir dan Hadis. Tokoh permuka dan pelopor antaranya ialah : i) Thu’bah Ibn al-Hajjaj ii) Waki’ Ibn al-Jarrah iii) Sufian Ibn ‘Uyariah b) Peringkat Kedua : Peringkat pengasingan di antara tafsir dengan hadis yang mana munculnya ulama seperti : i) Ibn Majah ii) Ibn Jarir al-Tabari iii) Abu Bakar Ibn al-Munzir al-Naisaburi iv) Ibn Abi Hatim v) Ibn Hibban vi) al-Hakim vii) Abu Bakar Ibn Mardawah Tafsiran mereka ini bersandarkan kepada Rasulullah, sahabat dan tabi’in. c) Peringkat ketiga : Pentafsiran dilakukan dengan memotong sanad- sanad atau juga meninggalkan sanad-sanad yang menyebabkan berlakunya tafsir yang sahih dengan tafsir yang tidak sahih. Selain itu, munculnya tafsir palsu serta berlaku pemahaman daripada unsur- unsur Israiliyat.
  • 6. d) Peringkat keempat : Ahli tafsir menggunakan pendapat sendiri dalam pentafsiran yang dikenali sebagai Tafsir Bi al-Ra’yi, yang mana semua ayat diulas mengikut selera ulama yang pakar dalam bidang tertentu. A. Perkembangan Tafsir Zaman Tadwin Zaman Tadwin dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu: • Tafsir Zaman Mutakhirin • Zaman ini berlangsung selama hamper 8 abad, iaitu bermula dari awal abad keempat Hijrah hingga abad kedua belas Hijrah. • Pada peringkat zaman ini juga perkembangan dakwah Islam dan kuasa politik bergerak amat meluas meliputi daerah Parsi, Asia Tengah, India, Turki, Afrika Utara dan juga Asia Tenggara. • Ilmu-ilmu seperti ilmu Hadis, Fekah, Sejarah, Usul Fekah, ilmu Bahasa dan Sastera telah menuju pengkhususannya, iaitu ilmu yang berdiri sendiri kesan pertembungan kebudayaan, politik dan pemikiran- pemikiran asing. • Antara tahun 322 hingga 542 Hijrah merupakan tahun berlangsungnya perkembangan pentafsiran al-Qur’an dengan gemilang sekali. • Ahli tafsir melakukan penyemakkan semula terhadap riwayat-riwayat tafsir yang diragui, khasnya yang berasal daripada Israiliyat dan Nasrani. • Ulama juga telah melakukan usaha menyelaraskan tafsiran mereka sesuai dengan pemikiran umat Islam dan dilakukan berdasarkan sepenuhnya riwayat-riwayat hadis yang sahih serta kaedah-kaedah bahasa Arab juga kaedah-kaedah ijtihad yang digariskan pada masa itu. • Kitab-kitab tafsir secara khususnya menitikberatkan aspek tertentu, iaitu:
  • 7. i. Tafsir yang ditinjau dari sudut ilmu Bahasa dan tatabahasa: Di antaranya ialah Tafsir al-Kasyaf oleh Al-Zamakhsyari, Tafsir Ma’ani al-Quran oleh al-Zujjaj, Tafsir al-Basit oleh al-Wahidi. ii. Tafsir yang menitikberatkan tentang sifat-sifat Allah: Di antaranya ialah Tafsir Mafatih al-Ghaib oleh Imam al-Razi. iii. Tafsir yang ditinjau dari sudut hukum dan ibadat: Di antara ialah Tafsir al-Qurtubi oleh al-Qurtubi, Kitab Ihkam al-Quran oleh al-Syafi’i. iv. Tafsir yang ditinjau dari sudut kisah-kisah dan cerita-cerita terdahulu yang mana termasuk juga kisah berasal daripada orang Yahudi dan Nasrani: Di antaranya ialah Tafsir al-Khazin oleh ‘Ala’ al-Din ibn Muhammad al-Baghwi dan Tha’labi. v. Tafsir yang berhubungan dengan Tasawwuf: Di antaranya ialah Tafsir al-Thauri oleh Abu Muhammad Sahl ibn Abdullah al-Tahuri. vi. Tafsir yang memperkatakan tentang lafaz-lafaz al-Quran: Di antaranya ialah Kitab Mu’jam Gharib al-Quran oleh Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi daripada Sahih al-Bukhari. • Selain itu, terdapat juga kitab tafsir yang ditulis berdasarkan aliran politik serta akidah, seperti Tafsir Muktazillah dan Tafsir Syiah. Di antaranya ialah: i. Pertama: Tafsir Muktazilah ialah dengan memberi penekanan akal dalam persoalan agama, contohnya : Tafsir Tanzih al- Quran An al-Mata’ yang disusun oleh Abd al-Jabar ibn Ahmad Ibn al-Khalil. ii. Kedua: Tafsir Syiah antaranya ialah: Tafsir al-Quran ‘Ala al- Wajh al-Ijmal Min Kalam Sayd al-Mu’minin Ali Ibn Abi Talib yang disusun oleh Abu al-Qasim Ali Ibn Tahir. • Tafsir Zaman Moden
  • 8. • Berlaku atau bermula pada awal abad keempat belas Hijrah atau akhir abad ke-19 Masehi. • Umat Islam mengalami bermacam bentuk penindasan, yang mana agama Islam dihina dan dicemari ekoran penjajahan Barat dari sudut perkara, ekonomi, politik dan cara hidup. • Lanataran itu, beberapa orang mujaddid Islam telah bangkit dan berjuang mengubah nasib umat Islam dan negara Islam itu antaranya ialah Jamaludin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh di Mesir dan lain-lain. • Semangat tajdid mempengaruhi Tafsir al-Quran yang mana kitab tafsir itu disusun dan dikarang pada waktu itu tidak lagi dengan mewarisi riwayat-riwayat lama yang disandar atau yang dipetik daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in semata-mata. • Antara kitab tafsir yang disusun dan ditulis pada peringkat moden ialah: i. Tafsir al-Manar oleh Rasyid Reda ii. Tafsir Mahasin al-Ta’wil oleh Jamaludin al-Qasimi iii. Tafsir al-Jawahir oleh Thantawi Jauhari Disediakan oleh:Muhammad Fauzi bin Yusof